Tuesday, October 28, 2008

www.auto.pdniaga.com - Klang bertambah sesak mulai 1 november 08

 Subject: Klang bertambah sesak mulai 1 november 08

 

KLANG 23 Okt. - Jika anda mahu ke Bandar Diraja ini menggunakan Lebuh Raya Persekutuan, bersiap sedia untuk menghadapi kesesakan jalan yang lebih teruk untuk masuk ke bandar itu.

Ini kerana mulai 1 November ini, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup sepenuhnya jejambat di atas Bulatan 100 dari arah Shah Alam ke Pelabuhan Klang selama tiga bulan.

Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina approach slab jejambat baru ke Jambatan Kota dilaksanakan.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menaik taraf Jalan Persekutuan itu yang melalui pusat bandar Klang yang dimulakan sejak awal tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

Bulatan 100 yang sememangnya sentiasa sesak walaupun sebelum projek itu dimulakan, dijangka akan bertambah teruk berikutan penutupannya.

Ahli Majlis MPK, Jamuliddin Elias berkata, berikutan penutupan itu, semua kenderaan dari Shah Alam yang menggunakan Lebuh Raya Persekutuan perlu melalui Bulatan 100 dan jalan susur Persiaran Sultan Ibrahim atau Jalan Batu Tiga untuk ke pusat bandar, Pelabuhan Klang atau Banting.

Menurutnya, kenderaan dari Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kapar, Jalan Meru, Pelabuhan Utara atau Pelabuhan Klang dinasihatkan supaya tidak melalui pusat bandar sebaliknya menggunakan Lebuh Raya Shahpadu.

Katanya, kenderaan dari Lebuh Raya Shahpadu, NKVE dan Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Jalan Kota Raja, Jalan Kebun, Jalan Sungai Jati dan kawasan sekitarnya juga diminta tidak melalui pusat bandar.

"Mereka dinasihatkan supaya menggunakan Jalan Datuk Mohamad Sidin atau lebih dikenali sebagai Jambatan Connaught atau Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

"Pada masa yang sama, bagi melancarkan aliran trafik di Bulatan 100, Jalan Batu Tiga, Lebuh Tapah dan Jalan Mantin akan diubah menjadi jalan sehala," katanya kepada pemberita di sini.

Jamuliddin berkata, kenderaan dari Jambatan Musaeddin yang hendak ke Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur atau Jalan Meru hendaklah melalui Jalan Pasar ke Lebuh Tapah kemudian menuju ke Jalan Mantin seterusnya Jalan Sireh dan Bulatan 100.

Ujarnya, bagi kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Jalan Kapar yang hendak ke Klang atau Banting boleh melalui Jalan Kapar ke Jalan Sireh kemudian ke Bulatan 100 dan seterusnya ke Jalan Batu Tiga dan Jambatan Musaeddin.

"Kenderaan dari Lebuh Raya Persekutuan yang hendak ke Klang Selatan atau Banting pula boleh menggunakan Bulatan 100 menuju ke Persiaran Sultan Ibrahim dan Jambatan Kota.

"Bagi kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Kapar yang hendak ke Jalan Pasar atau Lebuh Tapah pula, mereka boleh melalui Jalan Kapar/Jalan Meru ke Jalan Raja Bot kemudian ke Jalan Nanas seterusnya ke Jalan Pasar," katanya.

Sehubungan itu, pengguna diminta bersabar dengan kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak di sebelah pagi dan petang.

MPK, pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya turut menasihatkan orang awam supaya memilih laluan alternatif untuk menuju destinasi dan mengelakkan daripada menggunakan laluan tersebut sebanyak mungkin.

"Jika tiada pilihan lain, diharap pengguna dapat merancang masa perjalanan iaitu mungkin keluar lebih awal di sebelah pagi dan pulang lewat malam bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan," katanya.

Tinjauan mendapati, walaupun berlaku kesesakan tetapi laluan tersebut masih dapat menampung jumlah trafik dan kenderaan dapat bergerak perlahan untuk beredar dari pusat bandar.

 

 

KESESAKAN di Bulatan 100, Klang dijangka menjadi lebih teruk apabila jejambat di atasnya ditutup oleh MPK selama tiga bulan mulai 1 November ini. - Gambar MOHD. SHAHARANI SAIBI


 


 

__._,_.___
Senarai Web:
�      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
�      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
�      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
�      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
�      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
�      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
�      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
�      Jana Iklan � http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Recent Activity
Visit Your Group
Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Check out the

Y! Groups blog

Stay up to speed

on all things Groups!

.

__,_._,___

No comments: