KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Harga biodiesel sawit di pam akan kekal sama seperti mana diesel biasa apabila adunan biodiesel diperkenalkan di sini tahun depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui, Isnin.
"Apabila kita memperkenalkannya pada 1 Februari tahun depan, harga bagi diesel di pam akan kekal sama. Sekiranya terdapat sebarang bebanan kos yang ditanggung, ia akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.
Chin berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Siri Ceramah Umum Hap Seng bertajuk "Minyak Sawit: Makanan atau Bio Bahan Api? Implikasi Dasar Bagi Masa Depan".
Ia dianjurkan secara bersama oleh Hap Seng Consolidated Bhd, Hap Seng Plantations Holdings Bhd dan Malaysian Mosaics Bhd.
Mulai Februari depan, Malaysia akan menggunakan adunan B5 (lima peratus biodiesel dengan 95 peratus diesel biasa) dalam kenderaan kerajaan, disusuli oleh sektor industri dan pengangkutan.
Chin berkata adunan biodiesel sawit dalam jajaran dua hingga lima peratus dalam sistem diesel negara berpotensi untuk mengurangkan stok minyak sawit sebanyak antara 200,000 dan 500,000 tonne setahun.
"Langkah kerajaan ini adalah bagi membantu mengekalkan harga komoditi dan mengelakkan harganya jatuh ke paras terlalu rendah yang akan menjejaskan perolehan yang dinikmati terutamanya pengeluar dan secara umumnya bagi negara," katanya.
Chin berkata sebagai pengeluar utama minyak sawit, Malaysia mempunyai kelebihan untuk pembekalan bagi memenuhi permintaan untuk bahan api bio di peringkat global yang kian berkembang.
"Oleh kerana itu, kerajaan akan menggalakkan dan mempermudah penubuhan kilang bagi pengeluaran biodiesel bagi penggunaan tempatan dan eksport.
"Sehingga ini Malaysia telah meluluskan sejumlah 91 lesen untuk pengeluaran biodiesel. Setakat akhir Oktober, sejumlah 14 kilang telah memulakan pengeluaran dengan kapasiti tersimpan dicatatkan berjumlah 1.68 juta tonne bahan biodiesel.
"Tahun lepas, Malaysia mengeluarkan 129,715 tonne metil ester berasaskan sawit. Daripada jumlah ini, sebanyak 95,013 tonne bernilai RM253.2 juta dieksport," katanya.
Chin berkata Malaysia akan terus mempromosikan penggunaan untuk bahan api bio ini yang dijana daripada sumber minyak sawit, sementara pada masa yang sama memastikan bekalan mencukupi boleh didapati untuk penggunaan makanan.
"Penggunaan biodiesel berasaskan sawit akan menyokong harga minyak sawit dan menjana pendapatan yang berpatutan kepada pertanian minyak sawit, yang juga disebaliknya dapat menyediakan dana untuk menyokong program biodiesel," katanya.
-- BERNAMA
Michael Bomann, head of vehicle distribution logistics of the BMW Group, and Bernd Kupke, Managing Director of BLG LOGISTICS AUTOMOBILE, jointly cut the ...automobil. bogenlinie. spacer, titel_automobil. Automotive Products Our lightweight technology goes beyond the requirements of aviation. ...Groups untuk mengiklankan senarai jual-beli berkenaan barangan automobil yang baru dan terpakai ... Group ini dibina berasaskan Yahoo Group Automobil. ...
No comments:
Post a Comment