Sunday, November 16, 2008

www.auto.pdniaga.com - Berita lama

 

Am


22 Julai, 2008 20:52 PM

 

Pemasangan Tali Pinggang Keledar Percuma Untuk Pemilik Kereta Perodua

PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Seramai 431,262 pemilik kereta keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang tidak dilengkapi tali pinggang keledar bagi penumpang belakang boleh memasang alat keselamatan itu secara percuma mulai awal tahun depan.

Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata sejumlah RM41.8 juta diperuntukkan oleh syarikat pengeluar kereta tempatan itu bagi pembekalan dan pemasangan tali pinggang keledar belakang secara percuma membabitkan model Kancil, Kenari, Kelisa, Kembara dan Rusa.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata pemasangan itu hanya boleh dilakukan di cawangan pusat servis Perodua di seluruh negara.

Ong berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Perodua bagi program berasaskan komuniti untuk keselamatan automotif.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh dan Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar.

Ong berkata kesedaran bagi pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang juga telah mencatatkan peningkatan daripada 1 peratus kepada 17 peratus dalam tempoh advokasi yang dijalankan mulai Jun lalu.

"Ini hanya merupakan angka purata. Di sesetengah kawasan pekan kecil dan pinggir bandar, peratusannya lebih rendah. Tetapi terdapat peningkatan yang ketara," katanya.

Kerajaan memutuskan bahawa pemakaian tali pinggang belakang diwajibkan mulai Jun lalu, dengan tempoh advokasi selama enam bulan dan penguatkuasaan undang-undang bermula Januari depan.

Kenderaan yang tidak mempunyai tali pinggang keledar belakang bagaimanapun diberikan pengecualian selama tiga tahun sebagai tempoh untuk memasang alat keselamatan tersebut.

Sebelum itu dalam ucapannya, Ong berkata berdasarkan perangkaan tahun lalu, pemakaian tali pinggang keledar belakang berupaya menyelamatkan 175 nyawa, 350 lagi daripada kecederaan parah dan 1,050 daripada kecederaan ringan.

-- BERNAMA

 

 

 

.


__._,_.___
Senarai Web:
�      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
�      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
�      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
�      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
�      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
�      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
�      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
�      Jana Iklan � http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Recent Activity
Visit Your Group
Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Find helpful tips

for Moderators

on the Yahoo!

Groups team blog.

.

__,_._,___

No comments: