Wednesday, November 5, 2008

www.auto.pdniaga.com - Dilanggar isteri sendiri

Kesiannya..mesti rasa bersalah seumur hidup..

 

 

 

Dilanggar isteri sendiri

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: “Sebaik enjin dihidupkan, saya tertekan pedal minyak lalu kereta terus meluncur laju ke hadapan. Ketika itu, saya terdengar bunyi hentakan tanpa menyedari suami berada di bawah kereta.

“Saya menukar gear untuk berundur tapi mendapati kereta agak berat untuk berundur seolah-olah tersangkut sesuatu. Saya kemudian terdengar suara suami sedang mengerang kesakitan dengan kepala berlumuran darah,” kata Che Su Hashim, 56.

Suaminya, Salim Sidek, 58, peneroka Felda Chuping dekat sini, meninggal dunia selepas dilanggar kereta dipandu Che Su kira-kira jam 7.45 pagi di Kampung Binjai, Utan Aji dekat sini, semalam.

Ketika kejadian hanya mereka berdua berada di rumah yang dijadikan tempat persinggahan sementara ketika mengerjakan sawah di kampung terbabit.

 

Che Su yang trauma ketika ditemui di rumahnya, berkata dia tidak menyedari gear kereta Perodua Kancilnya berada dalam kedudukan gear satu ketika menghidupkan enjin.

Menurutnya, arwah yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dipercayai sedang membongkok untuk mengisi baja padi di hadapan kereta yang dipandu isterinya.

“Saya tidak menyedari suami berada di hadapan kereta ketika hendak menghidupkan enjin untuk pergi ke sebuah lagi rumah kami di Chuping,” katanya.

Dia yang panik selepas melihat mangsa berlumuran darah terus berlari meminta pertolongan abang iparnya, Fadzil Sidek, yang menetap di rumah bersebelahan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika pegawai perubatan tiba.

Mayat arwah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, yang mengesahkan kejadian itu, berkata kes terbabit dikategorikan sebagai kematian mengejut.

“Kami menolak sebarang unsur khianat. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala kesan hentakan kuat akibat dilanggar kereta dipandu isterinya,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, polis sedang menunggu laporan bedah siasat daripada HTF selain laporan Unik Forensik yang pergi ke tempat kejadian.

Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Anuar Salim, 40, ketika ditemui di bilik mayat HTF, berkata dia dimaklumkan saudara-mara bapa hanya cedera dan memintanya pulang segera.

“Apabila saya tiba di rumah, saya melihat mayat bapa terbujur kaku di laman rumah. Saya baru menyedari bapa sudah meninggal dunia,” katanya yang menetap di Bukit Keteri dekat sini.



 

 

 

__._,_.___
Senarai Web:
�      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
�      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
�      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
�      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
�      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
�      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
�      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
�      Jana Iklan � http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Check out the

Y! Groups blog

Stay up to speed

on all things Groups!

.

__,_._,___

No comments: