Messages In This Digest (6 Messages)
- 1.
- Rampasan minyak...!!!! From: fuzzy 1
- 2.
- Rampasan Minyak Tiruan From: - eSpAcE 9808 -
- 3.
- tarik balik kereta From: - eSpAcE 9808 -
- 4a.
- Re: nk tnya cermin crack From: Yasmi Yahaya
- 5a.
- Re: penjagaan kereta lama?please From: Muaz CK
- 6.
- Off-Topic: Di serang ikan ganjil!! 18SG (x de rupa pirana pun) From: ahmad sopuan abdullah
Messages
- 1.
-
Rampasan minyak...!!!!
Posted by: "fuzzy 1" fuzzyinn@yahoo.com fuzzyinn
Mon Feb 15, 2010 10:08 pm (PST)
Attachment(s) from fuzzy 1
1 of 1 Photo(s)
1 of 1 File(s)
- 2.
-
Rampasan Minyak Tiruan
Posted by: "- eSpAcE 9808 -" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Mon Feb 15, 2010 10:09 pm (PST)
----- Original Message -----
From: mohd.raziff.mohamad.zulkifli @prudential. com.my
Subject: Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek - Semuanya Tiruan
Bt 17
Jalan Rawang
Selangor
5 Feb 2010
Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.
Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.
Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.
Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas.
Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.
Lelaki itu -"U siapa?"
Saya - "Kenapa? Ada apa masalah?"
Lalu saya menunjukkan tag nama saya.
Lelaki itu - "U tidak boleh ambil gambar. Company kita tak benarkan."
Saya sebenarnya dah mengagak kejadian begini akan berlaku kerana telah banyak kali mengalaminya.
Lelaki itu - " Tolong jangan ambil gambar. Ini policy kami, kami tidak mahu customer lari, sales kami jatuh sebab u kasi keluar ini kes."
Saya - "Maaf, saya tak boleh ikut kata u, sebab ini hal pengguna. Masalah customer lari, bukan masalah saya, saya mewakili pengguna. U ingat saya tak kena marah dengan orangramai, sebab buat berita, tapi tak mau tunjuk apa barangnya. Lebih baik saya balik?"
Lelaki itu kemudian membuat beberapa panggilan telefon, tak taulah apa yang diadukannya.
Lelaki itu - " Kita boleh kautim. U ambik gambar, tapi ini produk u kasi tutup nama. Berapa, 500 bole(RM)?
Saya - " Sori, u mau bayar saya satu juta pun, saya tak mau."
KPDNKK -" Macam inilah.U jangan ganggu dia ok? Apa-apa hal, u cakap dengan kita punya bos. Timbalan Pengarah on the way. Dia buat dia punya kerja, u buat u punya kerja. Ini hal pengguna, kena tipu.
Sebenarnya, saya dah terfikir untuk SMS rakan di SPRM untuk buat sesuatu, tapi hold dulu, kerana mungkin dia bergurau mengenai tawaran itu. Tapi jika dia cuba ulangi lagi, rasanya dah lain jadinya berita ini...
Kilang haram ini dipercayai telah beroperasi kira-kira setahun lalu.
Pekerjanya hanya seorang - lelaki yang ditangkap polis bersabit kes nakortik.
Dialah yang membuka, mengunci kilang, mengisi, mengepam, membungkus minyak, melekat label.
Itu dakwaan dia, yang menurutnya, tauke hanya datang sekali-sekala memberikan arahan.
Beribu-ribu liter minyak pelincir pelbagai kelikatan yang diisi di dalam berbagai tong dan tangki ditemui.
Tidak cukup di dalam, minyak juga ada di luar bangunan, dan ada pula 2 stor menyimpan barangan seperti botol.
Tuirut ditemui beribu-ribu botol kosong, kotak, penutup botol,pelekat/label pelbagai jenama minyak pelincir, dari yang murah sehinggalah yang berharga ratusan ringgit sebotol.
Dan ianya kemudian diisi mengikut formula yang telah ditetapkan ke dalam botol-botol pelbagai jenama minyak pelincir di negara ini.
Ada minyak pelincir, minyak brek, minyak gearbox dan macam-macam minyak lagi termasuk yang dikeluarkan Proton.
Tiada apa bezanya pembungkusan/botol dengan yang asli - semuanya sama (hampir sama?), kecuali yang membezakannya ialah mungkin kelikatan/warna minyak di dalam botol itu.
Dan ianya hanya mungkin diketahui tiruan setelah pengguna menggunakannya, di mana mungkin cepat mengalami kerosakan pada enjin atau enjin tidak berkuasa seperti yang didakwa pengeluar.
Menurut Penolong Pengarah Kanan KPDNKK Selangor, Zakaria Tamby Chik, siasatan awal pihaknya mendapati minyak ini diedarkan ke seluruh negara.
Beribu-ribu bengkel seluruh negara dipercayai menggunakan minyak ini kerana harganya yang murah dari harga sebenar.
Rampasan ini bernilai kira-kira setengah juta ringgit.
Kelemahan pihak pengeluar asal ialah, mereka mungkin tiada ciri keselamatan atau seperti hologram untuk mengelakkan pengguna tertipu membelinya.
Itulah sebabnya mungkin arahan diberikan kepada pihak guaman supaya media tidak dibenarkan menyiarkan apakah produk yang ditiru.
Jadi, jika anda menghantar kereta anda untuk diservis ke bengkel, sebaiknya anda beli sendiri minyak yang dijual di stesyen minyak kemudian baru beri pada mekanik.
Tidak dinafikan, memang ada bengkel tidak mengetahui minyak yang dijual kepada pelanggan adalah tiruan, tetapi kebanyakannya MEMANG mengetahui ia adalah tiruan...
Jadi, adakah benar, saya melakukan kesalahan menyiarkan entry/berita sebegini semata-mata sebagai peringatan kepada kita semua?
Dan juga, mungkin anda telah mendapat sedikit gambaran bagaimana wartawan juga menghadapi risiko untuk disaman jika menyiarkan sesuatu tanpa asas yang kukuh
Posted by ondscene
- 3.
-
tarik balik kereta
Posted by: "- eSpAcE 9808 -" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Mon Feb 15, 2010 10:09 pm (PST)
Giliran Volkswagen tarik kereta
SEJUMLAH kereta Volkswagen Novo Gol dan Voyage diletakkan di luar bilik pameran di Rio de Janeiro kelmarin.
--------------------- --------- --------- --------- --------- -
SAO PAULO - Pengeluar kereta kedua terbesar di Brazil selepas Fiat, Volkswagen kelmarin mengumumkan penarikan balik hampir 200,000 unit model Novo Gol dan Voyage yang dikeluarkan di Brazil sebelum Julai 2009 berikutan masalah roda belakang yang mungkin boleh tertanggal.
Pengumuman itu mengikuti proses penarikan balik kenderaan Toyota di seluruh dunia akibat masalah brek dan pedal minyak, selain Honda di Amerika Utara, Jepun, Taiwan dan Australia ke atas model-model yang mengalami kegagalan beg udara.
Di laman webnya, Volkswagen Brazil menyatakan sebanyak 193,620 unit Novo Gol dan Voyage berisiko tidak mempunyai pelinciran yang mencukupi pada roda belakang dan boleh menyebabkan bunyi bising.
Penggunaan secara berterusan boleh menyebabkan roda itu tersekat.
"Dalam kes-kes yang ekstrem, roda itu boleh tercabut," jelas kenyataan tersebut.
"Perlu diingatkan bahawa penarikan ini hanya melibatkan kenderaan yang dikeluarkan di antara tahun 2009 hingga 2010. Kereta yang dibuat selepas Julai tidak mengalami masalah pelinciran ini," kata seorang jurucakap Volkswagen.
Beliau menafikan Volkswagen lambat bertindak.
"Masa diperlukan untuk mengenal pasti masalah. Apa yang lebih penting ialah masalah telah dikenal pasti dan diselesaikan," katanya.
Ia merupakan tindakan kali ketiga Volkswagen menarik kereta keluarannya di Brazil.
Pada April 2008, ia memanggil balik 477,000 unit model kompak Fox kerana berdepan masalah tempat duduk belakang. Sementara pada Disember tahun yang sama, 120,000 unit model lama Fox, Novo Gol dan Voyage diperiksa kerana masalah brek. - AFP
Toyota pikul tanggungjawab - Bina semula keyakinan selepas skandal penarikan balik kereta
SEORANG juruteknik memeriksa sebuah kereta Prius Hibrid di sebuah kilang di Taipei semalam.
--------------------- --------- --------- --------- --------- -
WASHINGTON - Presiden Toyota, Akio Toyoda semalam berkata, beliau memikul tanggungjawab secara peribadi ekoran tindakan gergasi automotif dunia itu memanggil balik jutaan kereta buatan syarikat itu yang menghadapi masalah keselamatan.
Namun, dia berikrar untuk membina semula keyakinan Toyota selepas mengambil alih teraju setahun lalu dan bersedia mewujudkan satu pasukan baru jurutera di Amerika Syarikat (AS) bagi memperbaiki kawalan mutu dan keselamatan.
"Saya sudah melancarkan kajian semula dari peringkat atas hingga ke bawah bagi seluruh operasi kami di serata dunia untuk memastikan masalah terbesar dialami kini tidak akan berlaku lagi," katanya dalam ruangan pendapat yang disiarkan akhbar Washington Post semalam.
Kata Toyoda, usaha drastik itu diharap bukan setakat memenuhi standard biasa tetapi jauh melepasi tahap keselamatan tertinggi yang selama ini berjaya meletakkan imej baik Toyota sepanjang 70 tahun.
"Sebagai sebahagian langkah itu, kami akan membentuk Pusat Kecemerlangan Kualiti Automotif di AS dengan sepasukan jurutera terbaik memberi tumpuan memperkuat pengurusan dan kawalan mutu di Amerika Utara," katanya.
Toyoda memberi pandangan itu selepas syarikat itu memanggil semula 437,000 unit Prius dan model hibrid lain Toyota di pasaran dunia bagi membaik pulih kerosakan sistem brek, siri terbaru jutaan kenderaannya yang terpaksa ditarik balik.
"Saya berasa amat kesal dengan langkah memanggil balik itu dan memohon maaf.
"Sebagai Presiden Toyota, saya memikul tanggungjawab peribadi dan saya sendiri mengarahkan usaha membina semula keyakinan terhadap produk kami," katanya.
Beliau berkata, dengan sejarah panjang syarikat itu yang sentiasa meletakkan keperluan pelanggan sebagai keutamaan, Toyota ternyata menanggung aib apabila gagal mematuhi standard tinggi ditetapkan sendiri ekoran kes terbaru kali ini.
"Kami mengambil tanggungjawab di atas kesilapan kami sendiri, belajar daripada kesilapan itu dan bertindak pantas bagi memenuhi keperluan pelanggan serta badan-badan penyelia bebas kerajaan lain," kata Toyoda.
"Anda boleh melihat kesungguhan saya bahawa Toyota bakal sekali lagi bangkit semula tetapi prinsip terkuat yang memimpin kami sejak 50 tahun iaitu Toyota akan membina mutu tertinggi, paling selamat dan dipercayai di dunia," katanya. - AFP
----- Original Message -----
From: SYuN
Subject: Honda Pula Tarik Balik Kereta
TOKYO: Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda dikatakan menarik semula jualan kira-kira 430,000 kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakan di Amerika Utara kerana kerosakan pada beg udara yang dipercayai boleh meletup dan mencederakan atau membunuh penumpang.
Penarikan semula itu turut meliputi jualan di Jepun, Mexico, Taiwan dan Australia, sekali gus meningkatkan jumlah penarikan yang berlaku sejak 2008 menjadikannya lebih setengah juta kenderaan ditarik semula akibat kerosakan yang sama.
Menurut pengeluar kereta kedua terbesar Jepun itu, kerosakan berlaku pada alat pengembang beg udara yang besar kemungkinan boleh pecah, lalu menghasilkan serpihan keluli yang akan melenting melepasi kusyen beg udara yang mana boleh menyebabkan kecederaan atau kematian penumpang.
Kata mereka lagi, antara model kenderaan yang terbabit termasuk Honda Accord, Civic, TL, CR-V, Odyssey, Pilot dan CL di Amerika Utara, sementara Inspire, Saber dan Lagreat dijual di Jepun. - AFP
Sumber : Harian Metro Online
BAHAYA JUGA BEG UDARA DIBEKALKAN DI KERETA ...
SO, KENA BERJAGA-JAGA LA YANG PAKAI KERETA BERISI BEG UDARA....
- 4a.
-
Re: nk tnya cermin crack
Posted by: "Yasmi Yahaya" yasmi@ymail.com wnh8067
Mon Feb 15, 2010 10:11 pm (PST)
salam..
iskh.. kalau macam tu dah kira menipu tu, tak baik tu... dah crack .. kalau masih solid ok.. buat insuran cover windscreen..
jangan marah.. sekadar pandangan..
--- On Thu, 2/11/10, Azmi OilyMan <mr.oilyman@gmail.com > wrote:
From: Azmi OilyMan <mr.oilyman@gmail.com >
Subject: Re: www.auto.pdniaga.com - nk tnya cermin crack
To: automobil@yahoogroups.com
Date: Thursday, February 11, 2010, 12:11 PM
Salam,
Buat sementara sila tampal dgn packing tape (kaler clear). Ini boleh menahan dari crack tu merebak.
Bila renew insuran, tambah cover utk windscreen. Lps tu g tukar cermin dan claim. Kalo nk tahan pakai cermin yg multilayer, atau cermin murah tp tinted full.
------
Azmi Abdullah
OILYMAN TECHNOLOGY
Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
Tel: +60192764645 or +60176930306
E-Mail: azmi@oilyman. com.my
Web: www.oilyman. com.my
Video: http://www.youtube. com/user/ mienyak
Forum: http://oilyman. com.my/forum
WE SUPPLY BEST QUALITY OF ENGINE CARBON CLEANER (DECARBONIZER)
2010/2/11 <anuar@yahoogroups. com>
nk hide nama gak lahh letak david beckam ke hehhe
salam pg ni ada batu kecik kene cermin depan pastu ada crack sket lah ...kecik jekkk dlm 1/2 inci .... area kl kat mana ada kedai cermin ni??mana yg elok?elok ke klu g jmpa dr cermin ni??berapa anggaran nk repair cermin ni ke better bli baru..insuran cermin kete xda plakk...camner ekk
Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
- 5a.
-
Re: penjagaan kereta lama?please
Posted by: "Muaz CK" muazck@gmail.com azz95
Mon Feb 15, 2010 10:11 pm (PST)
Salam..
Penjagaan kereta lama sama saja macam kereta baru. Ada benda rutin dan ada
benda istimewa yang masing2 perlu sama2 diberi perhatian.
Ini jawapan2 saya untuk soalan2 anda.
Soalan 1, minyak hitam lebih kurang sama sahaja untuk kelikatan atau jenis
sama, kecuali mungkin untuk yang terlalu mahal seperti Mobil 1. Saya biasa
menggunakan minyak enjin Castrol, atau Duckhams 20w50 untuk Mini saya, yang
tahun 1980. Untuk minyak mineral, saya syorkan Duckhams, sebab warna dia
hijau kot, jarang jumpa, tapi rasa2nya minyak BP ada juga yang hijau.
Mungkin pilihan saya itu kerana bila jarang jumpa, kurang peluang untuk
membeli minyak kitar semula. Itu pendapat kecil saya. Minyak hitam Duckhams
yang botol kuning pun dalam 40an juga harganya.
Soalan 2, talaan atau tuning selalunya perlu bila kebiasaan penggunaan
petrol berbeza dari biasa. Mungkin untuk jarak yang sama, penggunaan minyak
bertambah. Atau kadar melahu enjin sudah bertambah, dari 800rpm menjadi
1200. Kes2 sebegini memerlukan talaan semula. Kebiasaannya talaan semula
memerlukan pencucian karburator atau throttle body dahulu. Biasanya mintalah
ditukar palam pencucuh dahulu, supaya talaan dioptimumkan untuk cucuhan yang
sihat.
Soalan 3, kurang pasti. Mungkin juga enjin membakar minyak hitam, dan wap
minyak enjin memasuki condenser pendingin hawa.
Soalan 4, jajaran atau alignment selalunya dapat dirasai keperluan
membaikinya sewaktu hujan. Kereta akan membuai2 atau sewaktu dengannya.
Pendek kata, kereta tak bergerak lurus lah.
Soalan 5, gegaran itu biasanya disebabkan resonasi. Dan saya dapat rasakan
gegaran juga kerana roda tidak seimbang, memerlukan balancing. Tapi itu
hanyalah pendapat saya. Pihak yang lebih pakar boleh menasihati.
Soalan 6, bering enjin adalah alas besi diantara aci engkol dengan enjin.
Fungsinya sebagai medium pelicin antara bahagian2 berputar.
Soalan 7, Penjagaan kereta automatik sama sahaja dengan kereta manual,
kecuali penukaran minyak giar lebih kerap, iaitu setiap 20ribu km untuk
kereta2 seperti Proton Saga lama dan Wira.
2010/2/12 Hisham Mohd <tamantemara@yahoo.com >
>
>
> salam semua
>
> aku ni kurang tahu sangat tentang penjagaan kereta,tambah pulak kereta yang
> aku pakai hari hari sudah berusia lanjut dekat dekat 16 tahun,jadi aku
> harap,ada lah kesudian dari sesapa kat sini yang boleh memberikan tunjuk
> ajar agar kereta mampu terus bertahan.aku pakai kereta wira sedan automatik
>
> soalan saya ;
>
> 1.benar kah kalau kita gunakan minyak hitam murah dan bertukar tukar jenama
> minyak hitam tersebut akan memudaratkan enjin?...sebab saya biasa gunakan
> minyak hitam murah je dalam 45 ringgit.
>
> 2.macam mana kita nak memastikan kereta dapat di tuning semula?
>
> 3.sejak akhir akhir ni kereta saya terbau minyak hitam sikit bila aircond
> dipasang lama ?kenapa yea
>
> 4.tentang alignment?macam mana?macam mana punca?
>
> 5.kereta saya apabila dipecut 120-140kmj setereng bergegar?
>
> 6.apakah itu enjin bearing?macam mana fungsinya?
>
> 7.penjagaan kereta automatik?macam mana?
>
>
>
>
>
>
>
>
>
- 6.
-
Off-Topic: Di serang ikan ganjil!! 18SG (x de rupa pirana pun)
Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my asafahaha
Mon Feb 15, 2010 10:12 pm (PST)
[Attachment(s) from ahmad sopuan abdullah included below]
----- Forwarded Message ----
From: mr otai <mrotai1509@yahoo.com >
To: ayah nek ahmad <asafahaha@yahoo.com.my >; Mohd Sulaiman Abdullah <mdsman@tm.com.my >; norasyikin syikin <eikincute80@yahoo.com >
Sent: Friday, 12 February 2010 2:56:40
Subject: Fw: ((Tmn2Syurga)) PICMEL: Di serang ikan ganjil!! 18SG (x de rupa pirana pun)
----- Forwarded Message ----
From: Mohd Noor Faiz <bjy_mnf@yahoo.com >
To: suhada a.jamir <suhada.ahmadjamir@uob.com.my >; azman jaafar <syurga_42@yahoo.com.my >; ariz lokman <ariz7710@yahoo.com >; azman keliwon <azman_0056@yahoo.com >; daya mkm <aleeya2406@yahoo.com >; fuad chulan <afc_master@yahoo.com >; hafiz abd halim <hafiz_ah@ppj.gov.my >; khaliza ipb <ayebest_83@yahoo.com >; MARIAHTUL QIBTIYYAH MOHD. ALI <atie_aria@yahoo.com >; Muhamad Abbas <mhbcx@yahoo.com >; siti aisyah <saisyah@bankislam.com.my >; zamfitri abd rahman <zametro@yahoo.com >; fairus kosas <fairus_fs86@yahoo.com >; feri_laut erlyda <feri_laut@yahoo.com >; otai faiz <mrotai1509@yahoo.com >; junaidah jun <jun_orief@yahoo.com >; yusof sajohan <wira0219@yahoo.com.my >; deq han puteh <d_han98@yahoo..com >; Norhidayati Ismail <nor_tulip@yahoo.com >; kaksuraya ismail <suazrai@yahoo.com.my >; kak pitri pitriah <pitrizainal@yahoo.com >; kak rozita rozita <rozita@rocketmail.com >; kak suhailah suriff <selasayang@yahoo.com >; kak yati hamka <yati_hamka@yahoo.com >
Sent: Thu, February 11, 2010 10:43:35 PM
Subject: Fw: ((Tmn2Syurga)) PICMEL: Di serang ikan ganjil!! 18SG (x de rupa pirana pun)
----- Forwarded Message ----
From: Esbee Ai <esbeeai@gmail.com >
Sent: Tue, February 9, 2010 9:45:37 PM
Subject: ((Tmn2Syurga)) PICMEL: Di serang ikan ganjil!! 18SG (x de rupa pirana pun)
_____________________ _________ __
_____________________ _________ __
_____________________ _________ __
_____________________ _________ __
_____________________ _________ __
_____________________ _________ __
Click here to get emails from webgroup
_____________________ _________ __
_____________________ _________ _________ _________ _________ _
New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/ Attachment(s) from ahmad sopuan abdullah
6 of 6 Photo(s)
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Senarai Web:
� Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
� Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
� Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
� Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
� Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
� Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
� PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
� Jana Iklan � http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
� Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
� Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
� Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
� Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
� Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
� Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
� PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
� Jana Iklan � http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment