Saturday, September 4, 2010

www.auto.pdniaga.com - Digest Number 2728

Messages In This Digest (2 Messages)

1.
Fw: 25 lebuh raya beri diskaun tol From: - eSpAcE 9808 -
2a.
Re: Miss-gear Naza Citra From: Shahrul Izwan

Messages

1.

Fw: 25 lebuh raya beri diskaun tol

Posted by: "- eSpAcE 9808 -" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri Sep 3, 2010 8:58 am (PDT)




25 lebuh raya beri diskaun tol sempena raya

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Sebanyak 25 syarikat konsesi lebuh raya akan memberikan pelbagai insentif termasuk diskaun tol bermula dari 3.33 peratus sehingga kadar percuma kepada semua jenis kenderaan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah itu diambil sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi kepada rakyat selain merupakan satu kaedah menyuraikan trafik setiap kali musim perayaan.

"Dengan memberikan diskaun dan tol percuma, lebih ramai pemandu akan menggunakan lebuh raya pada masa bukan waktu puncak dan seterusnya mengurangkan kesesakan," katanya ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat Kementerian Kerja Raya 2010 di sini semalam.

Shaziman berkata, hanya dua buah syarikat konsesi memberikan diskaun pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu tetapi ia meningkat kepada 25 buah tahun ini.

Katanya, orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut berhubung diskaun bayaran tol berkenaan boleh melayari laman web Kementerian Kerja Raya di www.kkr.gov.my.

JPJ menyamar pantau orang ramai balik raya

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

JAAFAR

----------------------------------------------------------

IPOH - Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan menyamar sebagai orang awam untuk merakam gambar kesalahan pengguna jalan raya sempena perayaan Aidilfitri dari 4 September hingga 25 September ini.

Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed berkata, skuad pemantau itu akan melakukan rondaan di 15 laluan maut yang dikenal pasti di seluruh negeri ini sepanjang tempoh tersebut.

"Anggota penguat kuasa kami menaiki kereta persendirian dengan berpakaian biasa dan masing-masing akan membawa kamera digital bagi merakam kesalahan pengguna di jalan raya.

"Enam kesalahan menjadi keutamaan pemantauan ialah melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, mengekori kenderaan terlalu rapat dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jaafar berkata, teknik penyamaran tersebut merupakan salah satu daripada enam strategi JPJ Perak untuk mengurangkan kemalangan maut sepanjang Ops Sikap 22.
2a.

Re: Miss-gear Naza Citra

Posted by: "Shahrul Izwan" Shahrul.Izwan@wdc.com

Fri Sep 3, 2010 7:13 pm (PDT)



Salam,

Kalau problem camni biasanya kene tukar gearbox je la..tapi sebelum tu nak
Tanya minyak auto penah tukar tak?kalau penah tukar follow x schedule?byk yg
saya tgk masalah gearbox ni punca dari owner sendiri..penjagaan gearbox auto
x sama macam manual..kalau gearbox auto kita layan macam manual jugak mmg
cepat lingkup la...sebenarnya x susah nak jaga gearbox auto nie..apa yg
penting 2 perkara nie ja:-

1. Sentiasa tukar minyak dan filter ikut schedule(20,000 - 100,000km
bergantung pada model kenderaan). Pastikan minyak dan filter tu original.
2. jaga cooling system jgn bagi overheat. Kalau berlaku overheat,
dinasihatkan lepas setel masalah overheat tu,terus tukar minyak gearbox
sebab gerenti minyak gearbox ikut sama hangit..

kalau owner btul2 ikut 2 perkara diatas,insyaAllah sepanjang hayat kenderaan
tu gearbox tu akan bertahan..silap haribulan langsung tak payah bukak
gearbox...jangka hayat gearbox auto adalah 100% bergantung pada minyak
auto...kalau minyak auto tu elok,berkualiti dan owner rajin tukar,memang
ianya akan tahan lama...nampak macam cerewet tapi sebenarnya tidak..kalau
diikutkan manual lagi cerewet..dahla minyak kena tukar, kene bukak gearbox
lagi nak tukar clutch plate/housing...

sewaktu bengkel/ejen Naza tu cek keta sedara ada tak diorang tukar/cek
minyak gearbox?kalau tak, sedara bule cuba hantar woksyop suruh mekanik buat
flushing dan tukar minyak + filter..saya tak pasti kot ada cara lain bule
buat tapi kalau sama jugak mungkin sedara terpaksa tuka gearbox..bule cuba
swap dgn Caren @ Sonata...

________________________________

From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf
Of muhtar_coral
Sent: Thursday, September 02, 2010 10:54 AM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: www.auto.pdniaga.com - Miss-gear Naza Citra

Saya menggunakan Naza Citra sejak 2006, selepas jaminan 2 tahun; satu
masalah yang timbul iaitu 'miss gear' semasa bertukar gear 2 ke 3. Jika
berlaku sedemikian enjin berbunyi kuat kerana gear tak masuk. Buat masa ini
belum ada bengkel-bengkel atau pun ejen Naza sekalipun yang boleh mengatasi
masalah ini.

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Mental Health

Learn More

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Dog Zone

on Yahoo! Groups

Join a Group

all about dogs.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Senarai Web:
•      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
•      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
•      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
•      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
•      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
•      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
•      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
•      Jana Iklan – http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
MARKETPLACE

Hobbies & Activities Zone: Find others who share your passions! Explore new interests.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: