Saturday, January 8, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 2835[1 Attachment]

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Apa kesan harga minyak naik? Pakar dedah fakta

Posted by: "m h mm z" tebbaloi@yahoo.com   tebbaloi

Fri Jan 7, 2011 6:44 pm (PST)

[Attachment(s) from m h mm z included below]

juz info utk semua. bila pakar berbicara..

klik link atau download file attached

http://img3.imageshack.us/img3/1117/wawancara.jpg

Attachment(s) from m h mm z

1 of 1 File(s)

2a.

Re: Fw: Lagi mangsa keganasan polis [6 Attachments]

Posted by: "jaghahha kkam" radak48ira@yahoo.com   radak48ira

Fri Jan 7, 2011 6:44 pm (PST)



org yg bergelumut dng dadah mau lah kita berhati2 meneliti cerita mereka.
cerita sebelah pihak je tak boleh buat rumusan...mesti dengar cerita dua2 helah pihak....

--- On Tue, 12/28/10, rezal_sapuan@amtek.my <rezal_sapuan@amtek.my> wrote:

From: rezal_sapuan@amtek.my <rezal_sapuan@amtek.my>
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Lagi mangsa keganasan polis [6 Attachments]
To: automobil@yahoogroups.com
Date: Tuesday, December 28, 2010, 9:43 AM

 

[Attachment(s) from rezal_sapuan@amtek.my included below]


Surat khabar Cina berani tulis .... akhbar melayu seperti utusan & bharian

berani ke nak tulis ....

From: bashah <bwasi@yahoo.com>

To: automobil@yahoogroups.com

Date: 28/12/2010 09:29 AM

Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Lagi mangsa

keganasan polis

Sent by: automobil@yahoogroups.com

aku tunggu Hishamuddin komen.....

tauke besar tu

From: :: eSpAcE 9808 :: <rienacom@yahoo.com.sg>

To: zzxingatan <ingatan@yahoogroups.com>

Sent: Mon, December 27, 2010 10:08:32 PM

Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Lagi mangsa keganasan polis

Ada polis baik.. Ada polis jahat.. Yang baik Alhamdulillah.. Yang jahat

apa kita nak buat..

Lagi mangsa keganasan polis: "Polis pukul saya kerana mahu duit!"

kedahlanie

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak. Bermuntah

darahnya, terpelantingnya pada dinding. Dia ditendang sehingga jatuh

berguling-guling dari tangga. Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah

ke mana. Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan

kemalangan jalanraya. Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam

keretanya. Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan

terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

(Embedded image moved to file: pic14604.jpg)Demikianlah pengalaman Chia

Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika

ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati

tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas

dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai

polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.

Chia Buang Hing yang takut dirinya "mati buta-buta" seperti Teoh Beng Hock

secara senyap-senyap meninggalkan cop jari darahnya pada dinding, almari,

cermin dan pintu tandas di Jabatan Nakrotik ketika dibawa ke sana. Beliau

tidak dapat kencing lagi ketika disuruh untuk berbuat demikian kerana

habis air kencingnya ketika dipukul polis.

Lelaki yang berumur 34 tahun ini pernah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya

untuk permohonan reman. Beliau yang sudah cedera, berdarah dan tidak

terdaya untuk berdiri mengadu kepada majistret, bahawa dirinya dipukul

polis dan duitnya diambil polis. Chia Buang Hing memohon untuk menghubungi

isteri dan ibunya, tetapi semuanya tidak dipeduli. Dia dipukul lagi

selepas dibawa keluar mahkamah.

(Embedded image moved to file: pic03902.jpg)Demikianlah pengalaman lima

hari Chia Buang Hing, yang didedahkan dalam satu sidang media bersama ahli

parlimen Segambut, Lim Lip Eng (gambar kiri, kiri), pagi ini. Chia Buang

Hing akhirnya dilepaskan pada 22 Disember, selepas Pegawai Penyiasat (IO)

Azizuddin mengetahui beliau tidak bersalah dan diseksa polis, malah

menyuruh Chia membuat aduan selepas itu.

Sembunyikan diri dalam longkang

Chia Buang Hing yang masih diselubungi ketakutan, tidak berani untuk masuk

ke balai polis secara bersendirian. Menurut pembantu peribadi ADUN

Damansara Utama, Cheah Wing Yin yang mengaturkan agar ahli parlimen

Segambut Lim Lip Eng membuat aduan bersama Chia di balai polis Shah Alam

semalam, berkata mereka tidak menjumpai Chia Buang Hing setelah tiba di

balai.

Apabila dihubungi dengan telefon, barulah mereka mendapati bahawa Chia

Buang Hing bersembunyi di dalam longkang kerana terlalu takut untuk masuk

ke Balai Polis secara bersendirian. Meskipun melalui segala penyeksaan

ini, Chia Buang Hing masih bersyukur, "Saya berterima kasih kepada Tuhan,

kerana nyawa saya masih hidup bila keluar (dari balai polis). Saya ingat,

dalam balai polis ... saya akan mati di situ. Saya rasa tak ada harapan

lagi. Bila saya minta nak hubungi isteri dan ibu, mereka memijak saya

dengan lebih kuat... Jadi saya percaya saya akan mati."

(Embedded image moved to file: pic00153.jpg)Chia Buang Hing menyeru, "Saya

mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni

berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat,

banyak yang dipukul mati..."

Beliau menahan sebak ketika mengenang apa yang berlaku beberapa hari lalu,

berkata "Dengan bantuan YB dan peguam, rakyat, jangan perkara ini berulang

pada orang lain... Saya masih berani untuk tampil dan menyuarakannya,

kerana ia berlaku pada diri saya. Walaupun doktor kata tidak apa lagi

(kecederaannya), tapi saya asyik pening kepala saja beberapa hari ni..."

Polis nampak wang nota

Peristiwa ini berlaku pada jam 11 malam, 18 November, apabila Chia Buang

Hing memandu Proton Waja milikan isterinya dari rumahnya di Tropicana

menuju ke Kota Damansara. Beliau ditahan polis yang sedang buat halangan

jalan (road block) di PJU 3/15, yang memintanya untuk menunjukkan lesen

memandu. Chia berkata polis nampak wang nota RM50-nya, ketika beliau

menyeluk saku depan seluarnya. Menurut Chia, polis meminta wang

daripadanya, tetapi ditolak Chia.

(Embedded image moved to file: pic00292.jpg)Chia (gambar kiri) berkata

kepada polis, "Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau

you angkat duit saya, saya akan report balai." Menurut Chia lagi, anggota

polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja

berkata, "You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar."

Chia mula ditumbuk bertubi-tubi apabila cuba mengambil gambar polis dengan

kamera telefon bimbitnya. Chia terus digari, dan dipukul dalam kereta

walaupun beliau menjerit "Tolong, polis pukul orang. Polis mahu duit!"

Menurut Chia, pengawal keselamatan di Jalan PJU 3/15 nampak kejadian ini,

malah kawannya dalam kereta juga menyaksikan apa yang berlaku. Beliau

dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway. Beliau terus dipukul, ditendang dan

dipijak oleh tujuh orang anggota polis, sehingga Chia muntah darah, cedera

di kedua-dua mata, kening sebelah kiri dan di bawah dagu.

Kemudian, seorang anggota polis mengambil wang nota milikan Chia yang

berjumlah kira-kira RM10,000 dari sakunya dan taburkan di atas lantai. "

You mahu duit ambillah," kata polis tersebut, menurut Chia. Chia mendakwa

bahawa dirinya mempunyai RM18,000 pada dirinya, dan beliau hanya keluar

balai dengan RM5,000.

Chia Buang Hing ialah pemilik tiga buah kedai pembuat bingkai, dan

Pengerusi kepada Kuil Guan-Di di Kuala Lumpur-Selangor. Chia menjelaskan

bahawa dirinya memungut wang pendapatan di ketiga-tiga kedainya pada hari

itu, untuk membayar jamuan hari jadi ibunya di restoran. Malah, beliau

membawa dana bantuan untuk seorang penganut agama dari persatuan kuil-nya.

Ini menjelaskan mengapa beliau membawa wang tunai begitu banyak pada

dirinya ketika ditahan.

Diugut polis

Chia Buang Hing diugut untuk membuat laporan bahawa kecederaannya

disebabkan kemalangan jalan raya, seandainya beliau mahu dibenarkan untuk

menelefon isteri dan ibunya, dan dibebaskan. Malah, polis yang menggarinya

berkata, "Kalau you tak buat report itu, saya akan taruh parang besar yang

berdarah dan taruh dadah dalam kereta awak kasi you supaya kaukau

(dahsyat), dan lokap sama lu long term."

(Embedded image moved to file: pic12382.jpg)Pada jam 3 pagi 19 November,

Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah.

Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal

berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis.

Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan

memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Chia ditolak oleh polis yang menggarinya sehingga jatuh berguling-guling

dari tingkat ketujuh hingga ke tingkat ketiga. Chia mendengar suara polis

berbunyi "Mahu tolak lu mati". Pada ketika itu, Chia sudah muntah darah

dan berbuih di mulut. Menurut Chia lagi, beliau dibawa oleh lima anggota

polis ke satu padang dan ditolak jatuh, namun beliau tidak mati, dan

akhirnya dibawa ke hospital.

(Embedded image moved to file: pic17421.jpg)Selepas pemeriksaan di

Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman.

Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan

majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama

Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang

memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.

Chia yang dilepaskan pada 22 Disember, membuat aduan polis semula di balai

polis Shah Alam pada 23 Disember bersama Lim Lip Eng. Beliau tidak lagi

menaruh kepercayaan kepada polis di IPD Petaling Jaya, dan beliau mendakwa

dirinya masih mampu cam polis yang memukulnya.

Menurut Lim Lip Eng, IPK Selangor telah mengesahkan bahawa mereka akan

menjalankan siasatan ke atas balai polis Kota Damansara dan mengambil

keterangan daripada mangsa kes ini.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah

dan disunting daripada teks asal.

Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Senarai Web:

�      The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
�      Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
�      Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
�      OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: