Wednesday, November 30, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3140

Messages In This Digest (5 Messages)

1.
Fw: Stesen Minyak Mudah Alih Pertama. From: ::-eSpAcE 9808-::
2a.
Symantec Ghost 11/11.5 From: rezal_sapuan@amtek.my
2b.
Re: Symantec Ghost 11/11.5 From: Nazri Ahtar
3.
Fw: Bayangkan Bagaimana Mereka Berfikir From: ::-eSpAcE 9808-::
4.
Fw: Azan Selamat Nyawa Guru From: ::-eSpAcE 9808-::

Messages

1.

Fw: Stesen Minyak Mudah Alih Pertama.

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Nov 29, 2011 6:04 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Stesen Minyak Mudah Alih Pertama. Wajar Diperluaskan?
Posted by Ibnu Hasyim

Amir (kanan) mengisi minyak di stesen mudah alih pertama Petronas sambil disaksikan Mokhzani.
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan stesen minyak mudah alih pertama di negara ini, sekali gus bakal menyaksikan kereta lumba Formula Satu (F1) diisi dengan minyak Primax berkuasa tinggi dari Petronas ketika berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, pengenalan stesen minyak mudah alih yang dibangunkan sepenuhnya jurutera tempatan atau 'Petronas Primax Mobile Fuel Dispenser' menelan kos kira-kira RM400,000 mampu menampung sehingga 20,000 liter minyak.

Beliau berkata, stesen minyak mudah alih itu nyata memberi keselesaan kepada pelumba berbanding sebelum ini kerana terpaksa membawa bekalan minyak sendiri seperti mengangkut menggunakan lori tangki atau memasukkan ke dalam tong.

"Kemudahan ini dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan SIC manakala pihaknya terbabit dalam urusan penyelenggaraan dan waktu operasi stesen minyak mudah alih ini akan ditetapkan SIC khususnya pada hari perlumbaan kerana kegunaan petrol pada waktu itu sangat diperlukan," katanya pada sidang media sempena pelancaran stesen minyak itu yang turut dihadiri Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir di SIC, Sepang, semalam.

Pada majlis itu, PDB meraikan 600 tetamu istimewa terdiri daripada pelanggan setia, rakan perniagaan dan media sempena kejayaan Petronas Primax melalui beberapa acara Petronas Xtrack.

Wajarkah stesen minyak mudah alih diperluaskan kepada umum bukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sahaja? (IH)

2a.

Symantec Ghost 11/11.5

Posted by: "rezal_sapuan@amtek.my" rezal_sapuan@amtek.my

Tue Nov 29, 2011 7:21 pm (PST)



Salam Semua,

Sesiapa yang ada software Symantec Ghost 11.5 or 11, boleh share tak?

Dah puas cari dalam internet tapi tak jumpa ...

Thanks and regards

2b.

Re: Symantec Ghost 11/11.5

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Tue Nov 29, 2011 9:57 pm (PST)



As salam,

1. download dan install program utorrent ( http://www.utorrent.com )
2. search 'symantec ghost' pada website isohunt. ( http://www.isohunt.com )
3. biasanya dalam isohunt akan keluar macam2 key generator. but since dah request 11/11.5, rasanya macam dah ada key. so guna balik key yg ada tu la ye ? or else kira pirated copy plak.

or.

norton 15.0 trial download link --> http://norton-ghost.en.softonic.com/

 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: "rezal_sapuan@amtek.my" <rezal_sapuan@amtek.my>
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; automobil@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, November 30, 2011 11:21 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Symantec Ghost 11/11.5


 
Salam Semua,

Sesiapa yang ada software Symantec Ghost 11.5 or 11, boleh share tak?

Dah puas cari dalam internet tapi tak jumpa ...

Thanks and regards

3.

Fw: Bayangkan Bagaimana Mereka Berfikir

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Nov 29, 2011 7:31 pm (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Bayangkan Bagaimana Mereka Berfikir
Posted by mountdweller

Apakah makna 'keselamatan' bagi mereka?

4.

Fw: Azan Selamat Nyawa Guru

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Nov 29, 2011 7:31 pm (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Azan Selamat Nyawa Guru
Posted by greenboc

Melaka: "Saya terkejut apabila kereta terus berhenti secara mengejut dan melihat kira-kira 20 batang besi yang diikat menembusi ke dalam kereta hingga mengenai gear automatik kereta," kata Faridah M Lajis, 40, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan besi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran pasar raya Tesco, dekat sini, petang kelmarin.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca apabila kira-kira 20 batang besi dibawa lori satu tan dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak diikat dengan kemas sehingga ia terhumban menembusi cermin belakang kereta berkenaan.

Mangsa yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Duyong, dekat sini, selepas menghadiri mesyuarat berkenaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, sebelum kejadian kereta dipandunya di lorong kanan Lebuh AMJ bergerak perlahan apabila menghampiri persimpangan Melaka Sentral diekori lori berkenaan yang sarat dengan muatan besi.

"Saya dari Sekolah Menengah Sri Tanjung, Klebang dan sebaik tiba di tempat kejadian semua kenderaan dipandu perlahan kerana ia berdekatan persimpangan dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum telinga berasa berdesing," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, terkejut dengan kejadian itu dia kemudiannya melihat ke bahagian belakang kereta dan mendapati sebahagian besi itu menembusi keretanya.

Katanya, panik dengan kejadian itu, dia segera menelefon ayah dan suaminya mendapatkan bantuan.

"Jantung saya seperti nak gugur apabila melihat besi itu nyaris kena saya. Mujur ketika kejadian saya bersandar di tingkap untuk mendengar azan.

"Syukur Tuhan masih memberi kesempatan kedua kepada saya, selamat daripada kemalangan ini adalah hadiah paling istimewa dalam hidup kerana esok (hari ini) adalah hari lahir saya," katanya. -HM
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Small Business Group

A community for

small business owners

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: