Monday, January 9, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3172

Messages In This Digest (3 Messages)

Messages

1.

Fw: Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sun Jan 8, 2012 6:16 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

----- Original Message -----
From: Suara Rakyat

Subject: Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012

Bantuan Rakyat 1Malysia (BR1M) yang dibayar sekali sahaja kepada ketua isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan hanya mula diagihkan pada 15 Januari 2012. Walaubagaimanapun kadar premium semua jenis kenderaan akan naik bermula 16 Januari 2012. Bukan itu sahaja, laporan akhbar juga menyatakan kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat.

Kadar premium motor diselaras
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my

PELARASAN semula kadar premium tangani isu struktur dalam sektor insurans motor dan sektor Takaful. - Gambar hiasan

Dilaksana berperingkat mulai 16 Januari

BANK Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari ini dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil.

Bank pusat itu berkata, pelarasan yang hanya membabitkan jumlah yang kecil itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

"Ia pelarasan kali pertama kerana kadar premium itu tidak pernah dikaji semula dalam tempoh lebih 30 tahun, sekali gus menyebabkan orang ramai berdepan dengan beberapa kesulitan, khususnya ketika membuat tuntutan.

"Sepanjang tempoh itu juga, bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans di Malaysia didapati meningkat dengan nyata.

"Selain itu kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat," katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Sebagai contoh, apabila diselaraskan kelak, perlindungan pihak ketiga bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc akan hanya mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama.

Untuk kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang juga adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.

Bank Negara berkata, pelarasan kadar premium tarif motor itu juga akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan kadar premium yang diselaraskan terus mencerminkan pengalaman tuntutan.

"Langkah menyelaraskan semula kadar premium itu bagi menangani isu struktur dalam sektor insurans motor dan sektor takaful.

"Ia adalah sebahagian daripada langkah penambahbaikan yang dikenal pasti di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baru yang diumumkan pada 11 Mac tahun lalu," katanya.

Bank pusat itu berkata, rangka kerja itu turut akan merintis jalan ke arah pelonggaran tarif sektor insurans motor pada 2016, iaitu apabila kadar premium akan dibezakan lagi mengikut profil risiko kenderaan individu dan lebih berpatutan kepada pemilik kenderaan kerana kenderaan yang mempunyai pengalaman tuntutan lebih baik akan menikmati kadar premium lebih wajar berbanding dengan pemilik kenderaan lain mempunyai profil risiko lebih tinggi.

"Rangka kerja itu akan membabitkan pelaksanaan segera beberapa langkah kritikal bagi meningkatkan kecekapan dalam penyelesaian tuntutan.

"Antara lain, ia turut akan mengurangkan dengan ketara purata jangka masa penyelesaian tuntutan kepada enam hingga 18 bulan daripada tempoh satu hingga lima tahun ketika ini," jelasnya.

Bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat dan manfaat daripada rangka kerja ini, khususnya penambahbaikan proses penyelesaian tuntutan motor, katanya, Bank Negara dan industri insurans akan terus memberikan maklumat mengenainya kepada orang ramai menerusi program kesedaran dan capaian pengguna.

Bank Negara berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai rangka kerja itu boleh menghubungi bank pusat di TELELINK: 1-300-88-5465 atau melayari www.insuranceinfo.com.my, selain mengemukakan pertanyaan kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau penanggung insurans individu.

PENYELARASAN KADAR PREMIUM TARIF MOTOR
rafinamimi - Mrs.Yie

Penyelarasan kadar premium tarif motor akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 16 Januari 2012, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini merupakan pelarasan kali pertama dibuat kerana kadar premium ini tidak pernah dikaji semula dalam masa lebih 30 tahun lalu.

Bank pusat berkata pelarasan premium itu adalah dalam jumlah yang kecil dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

Bagi perlindungan pihak ketiga, motorsikal yang berkapasiti 110cc akan mengalami kenaikan premium antara RM1-RM3.50 setahun (maksimum 30 sen sebulan) dalam jangka masa empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400cc, pelarasan premium adalah antara RM6-RM34 setahun (maksimum RM2.80 sebulan) bagi jangka masa yang sama.-BERNAMA

Higher insurance premium for motor vehicles from Jan 16

KUALA LUMPUR (Jan 6, 2011): The gradual revision in the motor tariff premium rates will be implemented effective Jan 16,, says Bank Negara Malaysia (BNM).

The central bank said the premium adjustment was in small quantum and to be implemented over a period of four years.

For third-party cover, motorcycles of 110cc will experience a premium increase of between RM1-RM3.50 per year only (a maximum of 30 sen a month) over the next four years.

For a private car of 1,400cc, the premium adjustment will be between RM6-RM34 per year (a maximum of RM2.80 a month) over the same period.

For commercial vehicles such as outstation taxis and buses, the impact of the premium adjustment on the passengers will be minimal, at less than 10 sen per passenger per trip.

http://www.thesundaily.my/news/258970
2.

Fw: Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Jalanraya Di New Jersey

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sun Jan 8, 2012 6:17 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Jalanraya Di New Jersey
Posted by greenboc

Seorang pelajar Malaysia terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kemalangan sebuah kereta di New Jersey, demikian menurut akhbar The Republic, yang berpejabat di Columbus, Indiana, Amerika Syarikat.

Laporan itu mengesahkan bahawa pelajar yang terbunuh dalam kemalangan Isnin lepas di laluan Interstate 78 itu, menuntut di Ohio State University, tetapi namanya belum disiarkan.

Pelajar kedua berada dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain dilaporkan dalam keadaan stabil. Kesemua mereka berusia antara 19 dan 21 tahun.

Laporan itu menyatakan kemalangan itu berlaku pada kira-kira 4 petang (waktu tempatan) bila Chevrolet Equinox terbabas keluar jalan dan melanggar pokok dan tiang lampu. Polis berkata pemandu keletihan.

Sementara itu, Wisma Putra ketika dihubungi berkata pihaknya akan menghubungi Kedutaan Malaysia di AS untuk mendapatkan butir-butir lanjut. - BERNAMA

comments:

kadio manong said...
Tuan GB laporan tu biag la tepat terutamanya kes mati macam ni.....
Kedutaan kata tak mati, cuma cedera aje..... eh eh

greenboc said...
Di hujung laporan itu sudah disebutkan siapa yang melaporkan iaitu BERNAMA.

Ia telah dipetik oleh beberapa akhbar tempatan.

GB belum berkesempatan membuat kemaskini terhadap berita tersebut.

Anonymous said...
YA...BETUL TU GB.
BACA HABIS DULU SETIAP BERITA @ MAKLUMAT YG DISIARKAN, BARU KOMEN.
MEMANG KAT BAWAH TU TERTULIS SUMBERNYA BERNAMA.
3.

Fw: Abarth Enam Sembilan Lima Ferrari Tributo

Posted by: "suhaimi ibrahim" designplanet78@yahoo.com   designplanet78

Sun Jan 8, 2012 8:34 pm (PST)



----- Forwarded Message -----
From: suhaimi ibrahim <designplanet78@gmail.com>
To: designplanet78@yahoo.com
Sent: Monday, January 9, 2012 12:32 PM
Subject: Abarth Enam Sembilan Lima Ferrari Tributo


Abarth Enam Sembilan Lima Ferrari Tributo.
Tags 500, 695, Abarth, Ferrari, Fiat

rekaan grill yang sporty 

 Kalau sebut pasal kereta yang laju dan bagus untuk dipandu. Yang
terbayang di fikiran kita biasanya kereta yang mahal. Tapi kali ini
kereta kecil juga boleh memberi kepuasan itu. Model asas Fiat 500
mungkin agak mahal di Malaysia (kereta lain pun mahal). Tapi luar sana
ia mungkin murah. Tuner House Abarth yang sinonim dengan jenama Fiat
menghasil sebuah model khas Fiat 500 yang di naik taraf (macam Neo R3
atau Neo Lotus) .

Dengan mengambil ilham dari Ferrari 360 Stradale, luaran dan dalaman
Fiat 500 ini di perkemaskinikan dengan sempurna. Apa yang menarik ianya
mengunakan block enjin masih sama 1.4cc,  cuma penambah pendesak turbo,
piston lebih besar dan remapped ECU  telah melonjakkan kuasa nya kepada
180 kuasa kuda. Agak besar untuk enjin sekecil ini. (Fiat 500 + turbo +
piston + ECU = power)

Dalaman terdiri dari dua seat bucket carbon fiber dari Sabelt dan papan
pemuka dengan kemasan carbon fiber. Dengan tranmisi  "automated manual"
model ini dibekalkan dengan gear "telinga arnab" ( paddle shift daa..)
dan tiada tombol gear untuk di pegang, cuma butang butang sahaja.

Kalau dah tuner house Abarth, yang terkenal dengan racing berslogan "in
racing we trust" masakan bunyi sepoi sepoi bahasa menjadi idaman. Kereta
ini dipasang dengan twin muffler dengan bunyi garang ala ala racing..
Wwraapp..!!!  kepish !!!

saya nampak
kembar!!

Kalau dah racing... cakera brek hadapan di pasang dengan dewa brek
Brembo 4 pot di depan dan brek disk di belakang.  Kalau anda tidak mampu
membeli Ferrari adakah ini jawapannya. Bukan juga, ditegas kan disini
bahawa  695 ini adalah jawapan kepada mereka yang inginkan kereta
'hatchback' yang rugged dan sporty dengan citarasa Itali.

cuba teka ini
view depan ke belakang?

Adakah Abarth telah melakukan tugas yang bagus. Jika dilihat dari model
asal Fiat 500 ini, terbukti sesuatu yang jinak dan senyap boleh berubah
ditangan yang handal. Sesuai dengan logo kala jengking Abarth, kecil
tapi menyengat!!

model asal Fiat
500

<a href="http://www.sembang-automobil.blogspot.com/">blog pasal automobil</a>
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Small Business Group

Share experiences

with owners like you

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: