Sunday, December 23, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3461

2 New Messages

Digest #3461
1
Fw: diabetes ancaman baru golongan muda by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: Kompaun RM27K kepada perokok by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Sun Dec 23, 2012 5:19 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Penyakit diabetes ancaman baru golongan muda di negara ini
Bernama Media

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Seramai 300,000 golongan muda di negara ini didapati menghidapi penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai ''T2DM'', kata Pakar Endokrinologi Universiti Sains Malaysia Prof Datuk Dr Wan Mohamad Wan Bebakar.

Beliau berkata jumlah penghidap golongan muda itu dikhuatiri akan meningkat sejajar dengan jangkaan peningkatan penghidap T2DM di seluruh dunia dari 230 juta kepada 440 penghidap menjelang 2030.

Katanya pertambahan bilangan penghidap muda T2DM bermakna risiko berdepan komplikasi penyakit itu pada usia yang lebih muda juga adalah tinggi.

"Hakikatnya, 20.8 peratus dari rakyat Malaysia ketika ini adalah penghidap T2DM. Apa yang kami khuatiri ialah jumlah penghidap muda yang berusia dalam lingkungan 20-25 tahun meliputi lima peratus dari jumlah itu.

"Bilangannya adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang hanya mempunyai dua peratus golongan muda menghidapi penyakit itu," katanya dalam kenyataan sempena pelancaran Kombiglyze Yze Xr, sejenis tablet baru untuk merawat T2DM.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaaan 2011, beliau berkata seorang dari lima penduduk di negara ini menghidapi diabetes dan Malaysia merupakan negara yang mempunyai penghidap diabetes dan pradiabetes tertinggi di Asia Tenggara.

Mengenai tablet baru untuk rawatan T2DM yang sudah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat, Wan Mohamad berkata ia boleh digunakan untuk rawatan penyakit dengan prespkripsi sekali sehari.

"Diabetes jenis ke-2 merupakan penyakit kencing manis yang kronik dan pantas merebak jika tidak dikawal.

"Dalam tempoh masa tertentu, penghidapnya seringkali terpaksa mengambil pelbagai jenis ubatan lain bagi merawat komplikasi yang timbul akibat penyakit ini," katanya.

Sementara itu, Pakar Endokrinologi Sime Darby Healthcare, Prof Dr SP Chan berkata apa yang lebih memburukkan keadaan adalah apabila lebih separuh dari penghidap T2DM seringkali gagal mengawal kadar gula dalam darah mereka.

"Walaupun pesakit dibekalkan dengan maklumat mengenai diabetes serta ubatan secara berterusan, kurang separuh daripada mereka yang mampu mengawal paras gula dalam darah untuk berada pada paras terkawal," katanya dalam kenyataan yang sama.

Beliau juga berkata bagi kesan jangka panjang, pesakit biasanya akan berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit kronik seperti kerosakan jantung dan buah pinggang.

Sun Dec 23, 2012 5:19 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kompaun lebih RM27,000 dikeluarkan kepada perokok di KLIA dan LCCT
idhamlim.com
DRS. KHALIL IDHAM LIM

KUALA LUMPUR: Kompaun berjumlah RM27,774 dikeluarkan terhadap 244 individu termasuk 98 pelancong asing kerana merokok di kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata setiap seorang dikenakan kompaun minimum RM250 dan sekiranya gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan didakwa di mahkamah di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

"Pejabat Kesihatan KLIA banyak menerima aduan mengenai orang awam yang merokok di kawasanlarangan di KLIA dan LCCT.

"Berikutan itu operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 diadakan selama dua hari bermula 16 Disember lalu dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad

"Operasi itu memberi fokus kepada penguatkuasaan Peraturan 11 (1)(g) dan 11(1)(e), PPKHT 2004 di kawasan larangan merokok iaitu di Lapangan Terbang dan Hentian Pengangkutan Awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata dalam operasi itu juga sejumlah 494 Notis Kesalahan dikeluarkan kepada perokok di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana merokok di kawasan larangan.

Beliau berkata pihak jabatan akan meneruskan operasi berkenaan secara berkala di KLIA dan LCCT bagi mengawal dan memberi kesedaran kepada perokok serta melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok basi. - BERNAMA
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: