Tuesday, April 8, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3888

6 Messages

Digest #3888
1a
Re: Teka-teki kereta. by "bashah" bwasi
1b
Re: Teka-teki kereta. by "Zaiedishaq" zaiedishaq
1c
Re: Teka-teki kereta. by "bashah" bwasi
3
Fw: SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA LAGI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4

Messages

Mon Apr 7, 2014 3:08 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

amaran: bila mula start sejuk enjin kipas tak gerak tau, bila panas jer dia TETIBA akan autopusing..so jangan pegang kipas semasa ujian....jika tidak jari boleh putus..TENGOK KIPAS SAjA

On Monday, April 7, 2014 6:00 PM, bashah <bwasi@yahoo.com> wrote:

 
wsalam.
ya, mungkin kipas radiator...
cari tempat selamat dan takde budak2 atau mak budak 
on enjin, on aircon, bukak bonet enjin...
ada 2 kipas - cek dua2 kipas tu kalau ader yg sangkut...
kalau kipas lari canak ok, maknay mungkin radiator karat dah masuk lubang - cuci radiator - ni kena bawak pomen biasa, atau sendiri bikin bukak gasket radiator dibawah utk buang karat kalu ada branilah...
kalau kipas kong - mungkin sebab fius yg kong atau enjin kipas yg kong atau wayar kipas yg sudah short - ni kena bawak pomen letrik/pomen biasa
On Monday, April 7, 2014 4:35 PM, MHZ <cekelatgetah@gmail.com> wrote:

 
kipas/ motor kipas kot

On 07/04/2014 4:16 PM, Zaiedishaq wrote:

 
>Assalamualaikum abg bro - abg bro sekalian,
>
>
>Saya ada sebuah Proton Wira 1.5A guna radiator 1.6 (tahun lepas pernah jalan 2 silinder sebab gasket pecah).
>Masalahnya ialah;
>Soalan 1. Kalau tak on aircond, temperature enjin akan naik, bila bukak aje elok pulak temperature.
>              a. motor radiator tak cukup laju?
>              b. memang camtu..
>Soalan 2. Hari siang (panas) aircond tak berapa rasa. Bila malam, molek pulak sejuknya.
>              a. adakah bersangkut paut dengan soalan 1(a)?
>              b. memang camtu..
>
>
>Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
>
>
>Wassalam,
>-zaied-
>
>
>
>

Mon Apr 7, 2014 3:37 am (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Terima kasih atas semua pandangan.

*Tanya 1 je lagi.. Hok last..*

*Situasi; enjin mati dan sejuk.*
*Soalan: Kalau kita pusingkan kipas radiator (guna tangan), pusingan mesti
ringan (turning freely) atau berat?*

Cerita pasal putus jari ni, nak kongsi sikit la cerita.
Saya ada sorang kawan. Nama dia Zam. Satu hari tu dia basuh kete, lap²
enjin, panas-panas enjin.
Tetiba dia nak check tension belting. Dia pun hulur jari telunjuk dia kat
belting yang tengah potong tu..
Zas, jari telunjuk kanan dia sekarang tak cukup 1 ruas.

Sekian,
-zaied-

2014-04-07 18:08 GMT+08:00 bashah <bwasi@yahoo.com>:

>
>
> amaran: bila mula start sejuk enjin kipas tak gerak tau, bila panas jer
> dia TETIBA akan autopusing..so jangan pegang kipas semasa ujian....jika
> tidak jari boleh putus..TENGOK KIPAS SAjA
>
>
> On Monday, April 7, 2014 6:00 PM, bashah <bwasi@yahoo.com> wrote:
>
> wsalam.
> ya, mungkin kipas radiator...
> cari tempat selamat dan takde budak2 atau mak budak
> on enjin, on aircon, bukak bonet enjin...
> ada 2 kipas - cek dua2 kipas tu kalau ader yg sangkut...
> kalau kipas lari canak ok, maknay mungkin radiator karat dah masuk lubang
> - cuci radiator - ni kena bawak pomen biasa, atau sendiri bikin bukak
> gasket radiator dibawah utk buang karat kalu ada branilah...
> kalau kipas kong - mungkin sebab fius yg kong atau enjin kipas yg kong
> atau wayar kipas yg sudah short - ni kena bawak pomen letrik/pomen biasa
> On Monday, April 7, 2014 4:35 PM, MHZ <cekelatgetah@gmail.com> wrote:
>
> kipas/ motor kipas kot
>
> On 07/04/2014 4:16 PM, Zaiedishaq wrote:
>
>
> Assalamualaikum abg bro - abg bro sekalian,
>
> Saya ada sebuah Proton Wira 1.5A guna radiator 1.6 (tahun lepas pernah
> jalan 2 silinder sebab gasket pecah).
> Masalahnya ialah;
> Soalan 1. Kalau tak on aircond, temperature enjin akan naik, bila bukak
> aje elok pulak temperature.
> a. motor radiator tak cukup laju?
> b. memang camtu..
> Soalan 2. Hari siang (panas) aircond tak berapa rasa. Bila malam, molek
> pulak sejuknya.
> a. adakah bersangkut paut dengan soalan 1(a)?
> b. memang camtu..
>
> Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
>
> Wassalam,
> -zaied-
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Mon Apr 7, 2014 6:04 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Keta aku : boleh pusing 5x lepas ditolak dg JARI (free)
On Monday, April 7, 2014 6:37 PM, Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com> wrote:

 
Terima kasih atas semua pandangan.

Tanya 1 je lagi.. Hok last..

Situasi; enjin mati dan sejuk.
Soalan: Kalau kita pusingkan kipas radiator (guna tangan), pusingan mesti ringan (turning freely) atau berat?

Cerita pasal putus jari ni, nak kongsi sikit la cerita.
Saya ada sorang kawan. Nama dia Zam. Satu hari tu dia basuh kete, lap² enjin, panas-panas enjin.
Tetiba dia nak check tension belting. Dia pun hulur jari telunjuk dia kat belting yang tengah potong tu..
Zas, jari telunjuk kanan dia sekarang tak cukup 1 ruas.

Sekian,
-zaied-

2014-04-07 18:08 GMT+08:00 bashah <bwasi@yahoo.com>:


>amaran: bila mula start sejuk enjin kipas tak gerak tau, bila panas jer dia TETIBA akan autopusing..so jangan pegang kipas semasa ujian....jika tidak jari boleh putus..TENGOK KIPAS SAjA
>
>
>
>
>
>On Monday, April 7, 2014 6:00 PM, bashah <bwasi@yahoo.com> wrote:
>

>wsalam.
>ya, mungkin kipas radiator...
>cari tempat selamat dan takde budak2 atau mak budak 
>on enjin, on aircon, bukak bonet enjin...
>ada 2 kipas - cek dua2 kipas tu kalau ader yg sangkut...
>kalau kipas lari canak ok, maknay mungkin radiator karat dah masuk lubang - cuci radiator - ni kena bawak pomen biasa, atau sendiri bikin bukak gasket radiator dibawah utk buang karat kalu ada branilah...
>kalau kipas kong - mungkin sebab fius yg kong atau enjin kipas yg kong atau wayar kipas yg sudah short - ni kena bawak pomen letrik/pomen biasa
>On Monday, April 7, 2014 4:35 PM, MHZ <cekelatgetah@gmail.com> wrote:
>

>kipas/ motor kipas kot
>
>On 07/04/2014 4:16 PM, Zaiedishaq wrote:
>

>>Assalamualaikum abg bro - abg bro sekalian,
>>
>>
>>Saya ada sebuah Proton Wira 1.5A guna radiator 1.6 (tahun lepas pernah jalan 2 silinder sebab gasket pecah).
>>Masalahnya ialah;
>>Soalan 1. Kalau tak on aircond, temperature enjin akan naik, bila bukak aje elok pulak temperature.
>>              a. motor radiator tak cukup laju?
>>              b. memang camtu..
>>Soalan 2. Hari siang (panas) aircond tak berapa rasa. Bila malam, molek pulak sejuknya.
>>              a. adakah bersangkut paut dengan soalan 1(a)?
>>              b. memang camtu..
>>
>>
>>Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
>>
>>
>>Wassalam,
>>-zaied-
>>
>>
>>
>>
>
>
>
>
>

Mon Apr 7, 2014 3:17 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

kan aku dah cakap org kita ni kreatif....
hilangkan tension bro...
relek ..relek..

On Monday, April 7, 2014 4:11 PM, MHZ <cekelatgetah@gmail.com> wrote:

hahaha.. bab buat lawak ni kita memang pelopor

On 04/04/2014 11:34 PM, -:eSpAcE9808:- wrote:

 
>

>
>
>MALAYSIA JADI PELOPOR TEKNOLOGI BARU AIR KELAPA GANTI PETROL.
>telokbakong.blogspot.
>naimnikmat.blogspot
>Dicatat oleh Na'im Nikmat

Mon Apr 7, 2014 6:10 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA LAGI
telokbakong.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Mon Apr 7, 2014 6:11 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

10 Sebab Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Patut Dilarang Sama Sekali Dari Menggunakan Gajet
telokbakong.blogspot.
lamannurani-mrpresident.blogspot
Posted by Mr. President
Akedemi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.

Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.

Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-

1. Perkembangan otak
Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).

2. Perkembangan fizikal terbantut
Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).

3. Obesiti Epidemik
Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).

4. Kurang tidur
60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).

5. Penyakit mental
Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).

6. Keagresifan
Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini."Grand Theft Auto V" mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.

7. Demensia Digital
Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.

8. Ketagihan
Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).

9. Pengeluaran radiasi
Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan "kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).

10. Tidak dapat dikekalkan
Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.

Laporan asal: Huffington Post
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: