Saturday, May 24, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3923

2 Messages

Digest #3923
1
2
Fw: MPK beri peluang hingga 31 Mei ini by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Fri May 23, 2014 9:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SEKELIP MATA 5 BERADIK JADI YATIM PIATU,IBU DAN BAPA MAUT DIGILIS LORI
bloglist-malaysia.blogspot.
biaqpila.blogspot.com
Oleh: biaqpila hensem >

KUALA LUMPUR: Lima beradik menjadi yatim piatu dengan sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut digilis sebuah lori dalam satu kejadian langgar lari di susur Jalan Chan Sow Lin pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh memberitahu kejadian berlaku pada jam 8 pagi apabila kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dari arah Cheras menuju ke jalan Chan Sow Lin.

"Motosikal yang ditunggangi mangsa secara tiba-tiba hilang imbangan menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah lori," kata Mohan.

Mangsa kemudian digilis oleh lori tersebut yang kemudiannya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Identiti mangsa dikenali sebagai Jefri Mohd Zain, 50 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40 dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih lagi mengesan lokasi pemandu lori tersebut dan saksi kejadian digesa tampil untuk membantu siasatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bantuan dan sumbangan anda amat diperlukan..

Susulan kes kemalangan maut pasangan suami isteri yang digilis lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew pagi tadi. Pasangan tersebut meninggalkan 5 orang anak berumur diantara 3 hingga 15 tahun.

Alamat rumah : 3-2-18 blok 3, jalan 7/154d, taman desa cheras, cheras kuala lumpur.

Kami sepakat admin2 page memberikan amanah kepada pemilik akaun ini untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa..

No akaun : 164593088136 (Maybank)
Nama pemegang akaun : Ramlah Jais

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz32Y8w0qsX

sedakasejahtera

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/05/sekelip-mata-5-beradik-jadi-yatim.html#ixzz32YNe8O71

Fri May 23, 2014 9:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Boleh bayar kompaun kereta RM15, MPK beri peluang hingga 31 Mei ini
telokbakong.blogspot.
penpasksgb.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melantik 335 ejen yang berdaftar bagi memudahkan orang ramai mendapatkan kupon letak kenderaan dalam usaha memastikan semua lokasi mempunyai sistem letak kenderaan yang tersusun dan sistematik.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan, Zaireezal Ahmad Zainuddin berkata MPK juga akan melaksanakan sistem berkupon terbabit di dua lokasi baru iaitu Simpang Empat Sungai Udang dan Bandar Puteri.

Katanya, bagi kawasan Sungai Udang, orang ramai boleh mendapatkan kupon berkenaan di Kedai Telekomunikasi CLH Enterprise (016-6688657),Stesen Minyak Petron (012-3393536) dan Pasar Mini Badurun Trader (016-2227046).

Untuk kawasan Bandar Puteri, pengguna boleh mendapatkan kupon letak kereta di Stesen Minyak Caltex(012-3018833), Foto LNL (012-6348352), Kedai Alat Tulis Super Win Trading (012-2241633), B&P Stationery and Convenient Shop (016-3354820) dan Kedai Makan Sejuk Beku Permata Hitam Trading (012-3023988).

"Dalam usaha memastikan orang ramai peka dengan sistem yang diguna pakai, MPK juga akan mengecat petak dan pemasangan banting serta papan tanda bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan sistem yang diguna pakai, sejak 2012 itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Zaireezal berkata, MPK menetapkan Majlis RM0.50 sejam untuk setiap kupon, manakala bagi sebuah buku harga dikenakan RM2.50 untuk lima keping.

"Manakala bagi kupon harian, satu kupon berharga RM3.90 bagi sembilan jam dan sebuah buku berharga RM19.50 (lima keping) dan pas bulanan, harga ditetapkan RM80 sebulan.

"Pada masa sama, MPK juga memberikan tawaran RM10 bagi bayaran kompaun dalam tempoh tiga hari, sepanjang Mei ini.

"MPK juga mengadakan kempen Tawaran Khas RM15 kepada semua kompaun letak kereta kecuali kesalahan halangan petak Orang Kelainan Upaya (OKU)," katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Bahagian Letak Kereta MPK 03-3375839/8037.-NFN-
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: