Sunday, June 15, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3938

2 Messages

Digest #3938
1
Fw: Murid Tahun 5 Gagalkan Cubaan Culik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2

Messages

Sat Jun 14, 2014 9:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Murid Tahun 5 Gagalkan Cubaan Culik Adik Dan Sepupunya
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

LAKONAN semula bagaimana mangsa cuba diculik di hadapan rumah jiran.

Ampang: Tindakan berani seorang pelajar tahun lima menarik tangan adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan sepupu lelakinya berusia sembilan tahun cuba dilarikan sekumpulan tiga penjenayah ketika mangsa sedang bermain badminton di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun abang kepada kanak-kanak perempuan itu yang berusia 11 tahun bertindak nekad menarik tangan kedua-dua mangsa sebelum suspek kelam-kabut melarikan diri.

Bapa salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, berkata, dia tersentak sejurus menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan kejadian cubaan culik itu.

"Setibanya di rumah, anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan anak saudara perempuan kami nyaris diculik tiga lelaki yang dilihat menaiki sebuah van.

Sun Jun 15, 2014 12:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah saudara baru yang tiada makanan di rumah
bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com

Gambar isteri Saifullah yang juga merupakan saudara baru bersama dengan anak-anak mereka

Bila kita dengar kes-kes rampasan mayat oleh jabatan agama Islam untuk pastikan saudara baru dikebumikan sebagai seorang muslim kita tentu rasa pelik kenapa boleh jadi begitu.

Bila kita dengar adanya saudara baru ataupun anak-anak kepada saudara baru yang dewasa kemudiannya berkahwin dengan penganut agama lain di kuil atau tokong kita juga rasa pelik bagaimana boleh jadi begitu.

Terlalu banyak isu sebenarnya yang dihadapi oleh saudara baru yang menghadapu tekanan hidup. Ada daripada mereka yang masuk Islam bila merasakan umat Islam mampu membantu mereka keluar daripada masalah hidup samada spiritual maupun fizikal.

Saudara baru masuk Islam dan terabai
Aktiviti berdakwah yang agresif oleh umat Islam di negara kita juga membuatkan ramai yang masuk Islam. Kalau dilihat dalam blog-blog para blogger yang mesra Islam, kita boleh baca mereka asyik ceritakan kehebatan Islam, kebaikan akhlak umat Islam dan bermacam-macam lagi cerita dan alasan untuk mengajak orang masuk Islam.

Tapi apabila mereka memeluk agama Islam, rupa-rupanya hidup mereka semakin tertekan. Sudahlah susah miskin tak berharta, tekanan itu bertambah bila ada di kalangan saudara baru diburu oleh keluarga masing-masing yang tidak bersetuju mereka memeluk islam.

Ada banyak kes saudara baru masuk Islam kemudiannya tiada sesiapa sudi melihat dan membantu mereka. Orang Islam menjauhkan diri daripada mereka apatah lagi orang lain. Bila penganut agama lain yang kuat aktiviti sosialnya tampil dan membawa mereka ke pusat agama mereka untuk bantuan, kita tiba-tiba bangun menunjukkan taring nak marah pada mereka, mana boleh macam tu...?

Cerita saudara baru yang sedih
Ini ada satu keluarga saudara baru yang menyedihkan. Beliau menamakan dirinya sebagai Saifullah bin Abdullah, tinggal di Blok B-3-8, Taman Merak Jaya, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Saudara baru kita ini masuk Islam, kemudian bercinta dengan seorang wanita Indonesia yang juga seorang saudara baru. Mereka bersetuju untuk kahwin dan kemudiannya melansungkan perkahwinan di Thailand.

Gambar lelaki berbaju melayu cerah itu merupakan saudara baru Azley Stanley Abdullah, yang aktif membantu saudara baru lain. Mereka menziarah rumah keluarga Saifullah untuk membantu.

Selepas berkahwin semuanya ok. Mereka dikurniakan 4 orang anak masing-masing berumur 13 tahun, 7 tahun, 5 tahun dan 6 bulan. Kemudiannya Saifullah telah mengalami kemalangan di tempat kerja yang mengakibatkan ibu jari dan jari tengahnya putus. Dia kemudiannya kehilangan sumber pendapatan bila tak boleh kerja lagi.

Sejak itu tekanan demi tekanan hidup dialami oleh Saifullah sehingga bertindak seperti orang kurang siuman. Mana taknya?, dengan bebanan kos sewa RM200 sebulan, dan keperluan lain yang datang bertubi-tubi semuanya memerlukan duit, dan tak ada bantuan membuatkan siapa saja hidup tertekan.

Masalah saudara baru ini
Berikut masalah saudara baru yang bernama Saifullah ini:

1.. Sewa rumah RM200 sebulan
2.. Masalah pendaftaran perkahwinan yang telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Kuala Muda Sg Petani tetapi perlu membayar denda sebanyak RM1600 terlebih dahulu sebelum keluar sijil.
3.. Visa isteri pula sudah tamat sejak 2012 lalu dan kena baya kompoun sebanyak RM2000
4.. Lain-lain bantuan keperluan hidup yang dianggarkan antara RM1500 ke RM2000.
Sejak Saifullah menghadapi musibah dan tak kerja, mereka sekeluarga telah berjaya menjalani kehidupan dan menyara makan minum diri mereka dan anak-anak yang masih kecil dengan menjual segala barang rumah mereka satu persatu.

Sedih bila dengar cerita mereka terpaksa menjual perabut, TV, peti sejuk, blander dan lain-lain satu demi satu untuk makan dan minum mereka. Sampai akhirnya rumah mereka kosong dan tak ada apa lagi. Anak mereka yang sulong berumur 13 tahun itu bercadang berhenti sekolah untuk bekerja bagi membantu menyara keluarganya.

Saudara baru juga yang prihatin
Alhamdulillah ada rakan-rakan dari Pulau Pinang yang prihatin untuk memantau kes-kes sebegini dan berusaha buat apa yang patut untuk membantu mereka. Dan yang menariknya rakan-rakan yang prihatin itu terdiri daripada mereka yang juga merupakan saudara baru.

Mereka bangun berusaha membantu kerana mereka dah faham masalah yang dialami oleh para saudara baru yang biasanya masuk Islam dan kemudiannya terpinggir oleh keluarga sendiri dan juga masyarakat Islam itu sendiri yang nampaknya masing-masing ada masalah mereka sendiri dan tak dapat nak menolong.

Saya sedang usahakan kutipan dana atau sumbangan dari orang ramai bagi mengumpulkan dana kepada rakan-rakan saudara baru kita yang berusaha bangun bagi membantu saudara baru yang tercicir yang ada ramai di Pulau Pinang.

Moga dengan adanya dana bantun mereka dapat bergerak lebih aktif dan mampu membantu lebih ramai lagi saudara baru dan menghalang berlakunya rampasan mayat dan juga rampasan anak dara dari majlis perkahwinan di gereja, kuil atau tokong.

Anda yang nak bantu untuk turut serta menyumbang dengan persatuan yang terdiri daripada saudara-saudara baru yang prihatin mengumpul mereka yang tersisih selepas memeluk Islam dan membantu mereka boleh buat sumbangan anda di akaun berikut:

Akaun no: 5571 3923 0356
Bank: Maybank
Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
Insyaallah saya akan update dari masa ke masa kes-kes terpencil saudara baru yang memerlukan bantuan. Insyaallah mereka akan disaring terlebih dulu untuk memastikan kesahihannya sebelum dibantu.

Bukan tak boleh harapkan kerajaan, tapi kita perlu juga berusaha untuk membantu secara sukarela agar tanggung jawab aktiviti kemasyarakatan kita tertunai.

Terima kasih kepada Ustaz Haji Abdul Malik Abdullah, pegawai Mubaligh, Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, JHEAIPP yang juga merupakan ajak biro dakwah MYIKUT dan juga Muhammad Nur Azley Syanley, pengerusi IKUT.

Semua mereka adalah saudara baru, yang tak baru sebenarnya sebab dah lama peluk Islam dan amat aktif berdakwah dan membantu saudara lain yang baru.
comments:
1.. kampong lad
'saudara baru' ni kasta ka apa?

a.. Mohd Shubhi
Sesungguhnya orang-orang beriman itu saudara. Jadi bila mereka belum beriman tak masuk dalam kategori itu, bila beriman maka jadilah mereka saudara, iaitu saudara yang baru...macam tu lah kot..ganti nama saja dan tak ada kasta macam pekerja baru dalam sesebuah kilang, tak ada kena mengena dengan kasta sebab CEO yang baru masukpun kita panggil pekerja baru jugak...wallahu'alam!

2.. Anonymous
Saya juga mualaf, semasa baru memeluk islam sy dikehendaki mgisi borang. Ada satu soalan yg menarik perhatian sy. Soalan tsb meminta sy mberitahu pihak MUIS apa tujuan saya memeluk islam. Perlukah sy jawab? Itukan sepatutnya antara sy dgn Allah sahaja. Kemudian sy dikehendaki isi borang untuk zakat, dalam borang tsb pula ada soalan ttg pkerjaan sy. Memandangkan pkerjaan sy adala pendidik d ipta maka mungkin juga itula sebabnya sy tak pernah dapat zakat setelah setahun memeluk islam. Sy tak kejar sgt duit zakat tu tapi sy nak ingatkan seorang mualaf ada hak mdapat zakat regardless apa pekerjaanya.

a.. Mohd Shubhi
Pusat zakat perlu jawab soalan ini kenapa saudara tak diberikan zakat. Kelamahan manusia memang banyak, pegawai pusat zakat tak terkecuali.

Saya juga berminat nak tahu bagaimana saudara/i memeluk Islam, nak tahu kerana ingin memahami pintu-pintu yang membuka hidayah.

Dari situ saya dapat kesedaran bahawa tidak ada sesuatupun kejadian yang berlaku itu sia-sia.

Ada orang peluk Islam sebab tertarik melihat orang solat, ada yang tertarik lihat orang berwuduk, ada yang nak kahwin, ada yang tertarik pada akhlak kawan muslinya, ada yang masuk Islam sebab dengar azan, ada masuk sebab suka berpuasa, ada yang masuk sebab baca terjemahan Quran...dan semuanya ok tanpa ada pengecualian, orang mendapat hidayah dari berbagai sebab dan kita perlu menerimanya tanpa ada perbezaan..

3.. Anonymous
Salam, mohon pencerahan. Saya cuba TT derma online melalui Maybank2u tetapi di"reject"; oleh system. Alasan yg diberikan ialah " Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]".

a.. Mohd Shubhi
W'salam,

Sebelum ini dah buat transfer tak ada masalah pulak. Saya tak pasti dan dah maklumkan perkara ini.

Cuba pastikan samada tuan/puan masukkan no yang betul... sementara saya dapatkan maklum balas dari pemegang akaun.

Mohon maaf atas kesulitan dan terima kasih!

4.. Abuu Garsia
Assalamualaikum, Sy Azley dr myIKUT..baru ja check dgn kwn dr Maybank..katanya masalah dr acct sender bukan penerima..mkin ada sesuatu yg maybank2u request yg tidak diikuti...dicadangkan check dgn branch @ try transfer guna ATM jika masih ada masalah sila maklum..insyaALLAH sy akan membantu..017-5313272

a.. Mohd Shubhi
Terima kasih Tuan Azley !

5.. rosli hassan
Saya cadangkan selain beri akaun bank ,untuk membantu saudara baru ini,eloklah diletakkan tabung-tabung direstoran -restoran mamak dan kedai orang Islam seperti Mydeen agar sumbangan itu lebih cepat dapat dikutip .
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: