Tuesday, July 22, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3966[1 Attachment]

8 Messages

Digest #3966
1
Fw: MAS Nazak, Perlu Diisytihar Bankrap.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Ni Ke Viva Terbaru 2014.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5a
Fw: BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6a
kisah kereta kemalangan - terkini by "Nazri Ahtar" littlenoti
6c
Re: kisah kereta kemalangan - terkini by "Zaiedishaq" zaiedishaq

Messages

Mon Jul 21, 2014 9:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MAS Nazak, Perlu Diisytihar Bankrap.. Bukankah Itu Memang Hasrat Najib?
greenboc.blogspot.
Posted by greenboc

Tidak! Tidak Mungkin Untuk Kali Kedua...Ya Allah Ya Tuhanku...!"

BELUM pernah dalam sejarah penerbangan awam dunia, dua pesawat dari model yang sama dan dari sebuah syarikat penerbangan yang sama musnah dalam tempoh empat bulan. Dan jika dicantum jumlah mangsa yang terkorban akibat malapetaka ini, ia adalah satu rekod dunia malah yang terburuk dalam sejarah penerbangan awam dunia. Malah Dunia pun tiada jawapan kepada bencana yang menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia ini.

Akan tercatat dalam sejarah, dalam tempoh empat bulan sahaja, MAS kehilangan 534 pelanggan dan kakitangan dengan 239 orang dari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sehingga kini tidak dapat dikesan dan dijejaki.

Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi oleh MAS adalah sangat-sangat luar biasa dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dipikul.

Jika kita di luar MAS berasa gundah, resah dan gelisah, apatalah lagi mereka yang berada di dalam syarikat itu.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS

Seorang bekas kakitangan MAS yang dikenali penulis menangis teresak-esak sebaik sahaja berita mengenai tragedi ini muncul di kaca televisyen.

"Tidak!Tidak mungkin untuk kali kedua...Ya Allah Ya Tuhanku..," katanya sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tangan.

Itu airmata dari bekas kakitangan MAS, apatah lagi mereka yang masih berkhidmat.

Dalam kes ini, bukan sahaja MAS tetapi Malaysia sebagai sebuah negara sedang sengsara dan kebigungan menghadapi krisis kedua yang melanda syarikat penerbangan kebangsaan dalam tempoh tidak sampai lima bulan.

Pada 8 Mac lalu, MAS turut kehilangan pesawat dari model yang sama dan kehilangannya itu masih tidak ditemui sehingga ke saat ini sekaligus menjadikannya misteri antarabangsa paling dahsyat.

Bukan sahaja ia tidak ditemui malah secebis serpihan daripada bangkai pesawat tersebut pun tidak dapat dikesan.

Petanda di mana ia terhempas atau menghilang pun masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab.

Kemudian insiden terbaru yang berlaku di Ukraine pada Khamis lagi menyayat hati. Kesemua 295 penumpang dan anak kapal terkorban dalam sekelip mata apabila pesawat dari model yang sama dan milik syarikat penerbangan yang sama hancur musnah jatuh terhempas di kawasan konflik antara etnik Rusia Ukraine dengan kerajaan pusat pimpinan etnik Ukraine.

Teori yang diperkatakan oleh semua orang ialah ia musnah ditembak menggunakan roket tapi tiada siapa pun yang tampil mengakui bertanggungjawab melakukannya atau pun dilihat melakukannya.

Sejak malam semalam sehinggalah ke saat ini, semua stesen televisyen tempatan dan antarabangsa iaitu dari CNN, BBC sehinggalah ke Al Jazeera tidak henti-henti menyiarkan program temubual khas untuk membicarakan tragedi yang menimpa pesawat MAS ini.

MAS untuk kali yang keduanya menjadi topik bualan paling panas semua agensi berita, media dan televisyen dunia.

Belum pernah dalam sejarah syarikat penerbangan ini, ia menerima liputan yang begitu meluas dan menjadi bahan berita utama dunia sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan.

Tetapi apa yang pasti ialah, syarikat penerbangan yang kini sedang nazak dan berhadapan dengan kemungkinan diisytihar bankrap sebagai jalan terbaik untuk memulihkannya semula perlu berhadapan dengan satu lagi kisah sedih, pahit dan malang serta perhatian dunia ekoran insiden kedua yang menimpanya.

Persoalan paling besar yang kini menjadi tanda tanya ialah bagaimanakah malapetaka seperti ini melanda sebuah syarikat penerbangan yang rekod perkhidmatannya adalah antara yang terbaik dan cemerlang di dunia dalam tempoh masa yang begitu singkat.

Percayalah, jawapannya akan terus diperdebatkan sehingga ke akhir masa... -mstar

Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.

Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.

"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.

MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.

Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.

Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.

MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.

"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.

"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.

WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.

"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.

Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.

Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.

"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.

"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.

Penganalisis bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan "jalan keluar yang pahit", walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.

"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.

"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor . -TMI (16 Mei 2014)

ULASAN GB

Selepas 2 bulan Najib berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh, maka pada 18 Julai 2014, MH17 pun terhempas ditembak jatuh di Ukraine mengorbankan 295 nyawa.

Hukum Alam yang berlaku persis mengiyakan kata-kata Najib itu, dan MAS kini benar-benar nazak. Tiada pilihan kecuali membangkrapkannya apabila nahas dua buah pesawat MH370 dan MH17 berlaku di dalam tempoh selang 4 bulan yang mengorbankan 500 orang kesmeuanya.

GB dah kata sebelum ini... "setiap perkataan adalah doa" (kullu kalan ad-du'a".

Najib, you asked for it!

comments:
Anonymous said...
mcm ada sesuatu yg tak kena dgn pm malaysia, menyebabkan bencana dahsyat yg tak tertanggung. mungkin elok kalau najib letak jawatan. ada pengganti yg lbh baik dr dia

Anonymous said...
MAS adalah nasional carrier dan melibatkan nama baik negara.Dual mala-petaka yg berlaku dalam tempuh yg singkat,munkin memberi isyarat ada "kesialan"; dikalangan pemimpin-pemimpin negara dewasa ini.

Anonymous said...
Sebelum Najib nak istiharkan MAS bankrupt, istiharkan diri dulu letak jawatan PM. Laki bini sama aja meluat tengok muka seposen konon tengah menangis ketika pertemuan dgn waris mangsa. Itu semua lakonan aja tengok nanti raya bukan main laki bini berpesta joget, bergelek, menyanyi terlalak2 tak sedar dah tua bangka. Ini bukan fitnah dibulan puasa tetapi ada dlm rakaman video raya lepas2. Klau raya ni dua ekor laki bini ni buat perangai lagi tak tahu nak ckp lagi.

Anonymous said...
Salam GB, salah 1 sebab MAS buang duit sebab sewa facility dripada MAB. MAB buat duit gila2.
Air Asia nak wat airport sendiri pun Gov tak bagi.

Fread

Anonymous said...
sedih pun yea

rata rata orang melayu dalam mas kena cari kerja laIn sudah. harga getah sawit dah jatuh teruk , bela ikan keli saja yang baik buat masa ini.

apa pun mas perlu ada menu kari kepala ikan keli dalam hidangan ke eropah , bagi orang puteh makan.

ikan keli pun halal...

Anonymous said...
Mr. Najib ini bukan 1st time crash ini dah kali kedua dah. Lu dan juga ceo mas wajib letak jawatan beb atau lu nak kita tolong lu letak jawatan? Please letak jawatan dan jangan paksa we all tolong lu letak jawatan sebab ini for sure akan banyak kejadian tidak diingini akn berlaku.

Anonymous said...
Sokong 100%...PM dan Menteri2 yg Bebal Bodoh lagi Bahlul sila letsk jawatan......MAS dari dulu hingga skrg terus Rugi di bawah pemerintahan Umno

Anonymous said...
PM kulit tebal...x tahu malu...x layak jadi pemimpin....ini lah PM Kangkung

Anonymous said...
Memang ada "kesialan"; dikalangan pemimpin negara sekarang.Lihat apa yg berlaku diSabah - tak pernah sempadan negara diserang kecuali waktu konfrontasi dulu,sekarang bukan sahaja diserang malah berlaku penculikan demi penculikan seolah-olah sempadan negara tak dikawal.Semua ni menunjukkan "kesialan"; - mala-petaka datang satu demi satu.Bukan sahaja PM wajar dipertanggng-jawabkan malah seluruh anggota kabinet turut terlibat.

Mon Jul 21, 2014 9:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

2,679 pemandu teksi terima RM300 insentif KN menjelang Aidilfitri
telokbakong.blogspot
faqar.blogspot.
Posted by BJ Zainulfaqar
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, seramai 2,679 pemandu teksi, teksi pelancongan dan kereta sewa yang berdaftar di bawah Kerajaan Negeri menerima sumbangan insentif RM300, dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM803,700.

"Seramai 2,072 orang pemandu di bahagian pulau dan 607 orang pemandu di bahagian Seberang Perai terima insentif ini...saya harap semua (penerima) terus mempromosi Pulau Pinang.

"Selagi Kerajaan Negeri mendapat mandat, kita akan beri RM600 tahun, (iaitu) RM300 kita beri awal tahun, dan bakinya RM300 sekarang.

"Kita tak seperti Kerajaan Pusat dengan beri (RM500) lima tahun sekali (sempena Pilihan Raya Umum Ke-13)," ujar Guan Eng di Dewan Sri Pinang di sini baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna), Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri), dan Abd. Malik Darus (Pengerusi Gabungan Persatuan Pemandu Teksi & Kereta Sewa Negeri Pulau Pinang) turut hadir pada majlis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng berkata Kerajaan Negeri bersedia untuk menjadi orang tengah antara pertubuhan gabungan itu dan Putrajaya berhubung beberapa isu berbangkit yang menyentuh kepentingan pemandu teksi persendirian di negeri ini.

Malah, katanya lagi, Kerajaan Negeri turut bersedia untuk menawarkan kos khidmat guaman, sekiranya pasukan Abd. Malik nekad mahu mengfailkan saman di mahkamah berhubung isu-isu berbangkit tersebut.

Sebelum itu, Abd. Malik membangkitkan isu syor Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya semua teksi persendirian yang berusia lewat 10 tahun sahaja ditukar dengan kenderaan nasional Proton Exora, jika mahu permit teksi mereka diperbaharui.

"Mengapa mesti Exora, kalau kena pakai gear satu kalau nak naik bukit Balik Pulau, enjin kereta ini pun 'makan' minyak kuat.

"Mengapa teksi persendirian sahaja diminta tukar pada Exora jika nak permit, teksi syarikat yang berusia lebih 10 tahun tidak pula susah berurusan dengan SPAD," soal Abd, Malik semasa berucap pada majlis sama.

Pun begitu, Abd. Malik memberitahu, SPAD pada rundingan dua bulan lepas bersetuju untuk memperbaharui permit dalam tempoh setahun sahaja lagi untuk teksi persendirian yang berusia 10 tahun.

Selain itu, Abd. Malik turut mempertikai syor SPAD memperkenalkan tarif meter baru khusus untuk mereka yang bertukar pada kenderaan Teksi 1Malaysia (TEKS1M), selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Takkan TEKS1M sahaja diberi nikmat jika kadar sewa naik nanti.

"Adakah kerana rata-rata kami yang berusia 60 tahun ini susah untuk dapat penjamin jika nak pinjam beli Exora, maka, kami ditekan sebegini," soal Abd. Malik lagi.

Bagaimanapun, Abd. Malik berkata, pihaknya hanya berhasrat menerima tawaran Kerajaan Negeri untuk menjadi 'orang tengah', tetapi, tidaklah sampai mahu dibantu merujuk beberapa isu berbangkit tersebut ke mahkamah.

"Kita sangat hargai tawaran (kos khidmat guaman) Kerajaan Negeri, ini (insentif RM300) adalah pemberian yang ulung-ulung di Malaysia kerana hanya di negeri ini sahaja saja kita dapat.

"Kita lebih percaya kaedah rundingan dengan SPAD, sebab itu kita mungkin minta Kerajaan Negeri jadi 'orang tengah' jika perlu nanti," ujar Abd. Malik lagi.

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada awal Februari lepas, seramai 1,969 penerima berdaftar menerima sumbangan RM300, manakala, pada majlis kali ini penerima direkodkan bertambah 710 orang lagi.

Mon Jul 21, 2014 9:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RUPA-RUPANYA NOTIS LARANGAN PENGGUNAAN RUANG UDARA UKRAINE SUDAH DIKELUARKAN OLEH FAA 3 BULAN LALU !!!!!
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!

Bukan tujuan mencari kesalahan dengan menunding jari tetapi sekadar melontarkan persoalan demi mendapatkan jawapan agar dapat merungkai kekusutan dan pencerahan.

FAA telah mengeluarkan notis amaran khas lebih 3 bulan yang lalu agar semua penerbangan komersial dikehendaki menggelak menggunakan laluan ruang udara Ukraine kerana negara tersebut sedang bergolak.

Diberitakan Korean Airline sudah pun mengambil saranan FAA dengan tidak menggunakan laluan udara berkenaan.

Apakah MAS tidak dimaklumkan akan amaran FAA atau ambil sambil lewa????

Rakyat berhak tahu .. maka wajar pihak berwajib memberi respon yang menyakinkan rakyat.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

Sent: Monday, July 21, 2014 1:15 AM
Subject: Fw: Punca Ukraine Tersalah Tembak MH17

Bukan sahaja Sykt Korea tapi Australia juga tak guna laluan tersebut sejak Mac
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Pesawat Asia berhenti guna laluan MH17 ditembak sejak berbulan lepas, lapor AFP

OLEH MD IZWAN

Beberapa negara Asia berhenti menggunakan laluan penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.

Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.

"Kami berhenti terbang merentasi Ukraine atas faktor keselamatan," kata jurucakap Asiana Lee Hyo-Min yang dipetik daripada agensi berita, Agence France-Presse (AFP).

Korean Air juga menukar laluan ke 250km selatan Ukraine "kerana keadaan politik tidak stabil di wilayah tersebut, kata pegawainya, dipetik daripada AFP.

Jurucakap Qantas juga berkata mereka menukar laluan merentasi Ukraine sejak beberapa bulan lalu.

Hari ini, syarikat penerbangan Thailand, Thai Airways International (THAI) mengumumkan penukaran laluan tidak merentasi negara bergolak tersebut.

Terkejut dengan insiden tersebut, MAS hari ini juga mengumumkan menukar semua laluannya di Eropah ke laluan alternatif bagi mengelak ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 Boeing 777 terhempas di kawasan itu semalam.

Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat MAS Boeing 777 ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.

Pesawat MH17 yang terbang 300 meter di atas kawasan larangan apabila ditembak jatuh kumpulan pemberontak di timur Ukraine mengorbankan 298 nyawa.

Pesawat malang itu membawa seramai 154 penumpang warga Belanda, Australia (27), Malaysia (45, termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi), Indonesia (12 termasuk 1 bayi), Britain (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) serta penumpang yang masih belum dikenalpasti seramai 41 orang.

Menurut pelbagai pihak, kumpulan pemberontak pro-Rusia dipercayai terlibat dalam tembakan itu.

Ekoran itu, semua pihak membantahnya dan mengharapkan siasatan terperinci dibuat dan penjenayah itu dibawa ke muka pengadilan. – 18 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesawat-asia-berhenti-guna-laluan-mh17-ditembak-sejak-berbulan-lepas-lapor#sthash.uWrTguc5.dpuf

Mon Jul 21, 2014 9:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ni Ke Viva Terbaru 2014..
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.net

Sekali tengok mesti korang akan ingat ni mungkin model terbaru myvi dari perodua.. Tapi ia sebenarnya model terbaru viva.. Seiras dengan Daihatsu Ayla.. Model ni takde lagi dipamerkan.. Cuma leaked picture.. So, pada yang duk berkira-kira nak beli kereta baru.. Keep calm dulu.. Nantikan harga yang akan diberitahu oleh perodua.. Tak tau samada perodua masih menggunakan nama viva.. Atau alya ditukar nama menjadi Ayvi, Takpun Ayva... tak pun Ayviva..

comments :
1.. Anonymous
bleh tahan segak bergaya

2.. Anonymous
baru plan nk amik proton.. xjadi la mcm ni.

3.. Nurzakiah Hanum
macam cantik je

4.. Khai♥Rin : anies
rs jam ni jg nk g trade in kete lama hehehe

5.. Anonymous
kalau admin tak bagi tahu, gambar first tu saya ingat mitsubhisih lancer evo X tadi. rupanya kereta ketot tu.

6.. Anonymous
atau pun nama ayoyo atau aiya.. sori, lawak je!

Mon Jul 21, 2014 9:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Subject: BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG

Salam Ramadan kepada semua pembaca. Diam tak diam sudah 22 hari kita berpuasa dan lebih kurang 8 hari sahaja lagi kita menyambut kedatangan Syawal. Korang dah balik kampung halaman masing-masing? Pastinya ada yang belum lagi kan.

Terkini, PDRM telah pun menyediakan BORANG MAKLUMAT : BALIK KAMPUNG sempena cuti perayaan Aidilfitri ini. Apa sebenarnya tujuan borang ini? Tujuan borang ini dikeluarkan ialah demi mencegah kegiatan jenayah semasa penduduk di kawasan perumahan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung semasa cuti perayaan.

Borang ini perlu diisi oleh pemilik kediaman & diserahkan semula ke Balai Polis berhampiran, bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan. Didalam borang ini juga disertakan ips-tips bagi mengelakkan kejadian pecah rumah dan banyak lagi. Dimana anda boleh mendapatkan borang ini? Sungguh mudah, dengan hanya klik DOWNLOAD atau layari laman web PDRM. Akhir kata, selamat bercuti. :D

suffer.frenzyfm.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Jul 21, 2014 8:34 pm (PDT) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

As salam,

kisah kereta kena langgar belakang, orang yang langgar kena sama, orang yang dilanggar kena tambah duit bayar utk keluar kereta.

insurans company = takaful malaysia

sorry takaful. ko bakal hilang paling sikit 3 client sebab kes nih.

kronologi

jumaat 4 pm - kena langgar. sembang borak since masing2 bz, janji jumpa lewat petang @ semenyih.

jumaat 6pm - aku bz siapkan baby baru lahir 3 hari, baru kluar spital. aku msg mamat tu, aku bz, minta dia mai rumah aku since dua2 mmg dok kat semenyih.

jumaat 8pm - aku dpt sms 'saya on the way ke jelebu, hari isnin baru balik'. aku balas "kita kena setel benda ni paling lewat esok tghari"

sabtu tghari - henpon senyap, xde msg, xde call dari mamat nih. tow truck sampai, police report, kreta masuk bengkel.

isnin - mamat tu patutnya dah balik, tapi tak call aku.

1 minggu - polis tak siap lagi report sebab mamat tu tak report. aku text dia suh buat report, dia maki aku plak...statement yang tak tahan .."ari tu kita janji camne bang ?" kepala hotak dia. 

2 minggu - cuti skolah, polis cuti seminggu - report aku tak siap2 lagik.

3 minggu - tak siap lagik

4 minggu - aku gi ngadap sarjan IPD Kajang, baru nak gocoh2 siapkan report aku.

siap je terus gi hantar bengkel, baru nak proses.

minggu 5 - senyap
minggu 6, insurans baru lulus claim
minggu 7 - tak siap lagik
minggu 8 - bengkel call kata kena bayar RM650, tak puas hati, aku call insurans company, diaorang sahkan. sebabnya terlibat kemalangan dan sebab tak ambil windscreen protection.

minggu depan nak raya nih. skrg kreta aku berjemur bawah panas mentari..... hadoih.

wasalam.

rgds,

Nazri Ahtar

Tue Jul 22, 2014 12:10 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

OK..kita waspada..
keta bro Nazri ker yg kena ni ?

On Tuesday, July 22, 2014 11:34 AM, "Nazri Ahtar littlenoti@yahoo.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


 
As salam,

kisah kereta kena langgar belakang, orang yang langgar kena sama, orang yang dilanggar kena tambah duit bayar utk keluar kereta.

insurans company = takaful malaysia

sorry takaful. ko bakal hilang paling sikit 3 client sebab kes nih.

kronologi

jumaat 4 pm - kena langgar. sembang borak since masing2 bz, janji jumpa lewat petang @ semenyih.

jumaat 6pm - aku bz siapkan baby baru lahir 3 hari, baru kluar spital. aku msg mamat tu, aku bz, minta dia mai rumah aku since dua2 mmg dok kat semenyih.

jumaat 8pm - aku dpt sms 'saya on the way ke jelebu, hari isnin baru balik'. aku balas "kita kena setel benda ni paling lewat esok tghari"

sabtu tghari - henpon senyap, xde msg, xde call dari mamat nih. tow truck sampai, police report, kreta masuk bengkel.

isnin - mamat tu patutnya dah balik, tapi tak call aku.

1 minggu - polis tak siap lagi report sebab mamat tu tak report. aku text dia suh buat report, dia maki aku plak...statement yang tak tahan .."ari tu kita janji camne bang ?" kepala hotak dia. 

2 minggu - cuti skolah, polis cuti seminggu - report aku tak siap2 lagik.

3 minggu - tak siap lagik

4 minggu - aku gi ngadap sarjan IPD Kajang, baru nak gocoh2 siapkan report aku.

siap je terus gi hantar bengkel, baru nak proses.

minggu 5 - senyap
minggu 6, insurans baru lulus claim
minggu 7 - tak siap lagik
minggu 8 - bengkel call kata kena bayar RM650, tak puas hati, aku call insurans company, diaorang sahkan. sebabnya terlibat kemalangan dan sebab tak ambil windscreen protection.

minggu depan nak raya nih. skrg kreta aku berjemur bawah panas mentari..... hadoih.

wasalam.

rgds,

Nazri Ahtar

Tue Jul 22, 2014 1:02 am (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Alahai..
Ni yang sedih dengar.
Lagi la pulak nak raya..

Dulu pernah terkena sekali, lepas kena cakap nak settle tapi akhirnya,
senyap camtu aje..

2014-07-22 15:10 GMT+08:00 bashah bwasi@yahoo.com [automobil] <
automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> OK..kita waspada..
> keta bro Nazri ker yg kena ni ?
>
>
> On Tuesday, July 22, 2014 11:34 AM, "Nazri Ahtar littlenoti@yahoo.com
> [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>
>
> As salam,
>
> kisah kereta kena langgar belakang, orang yang langgar kena sama, orang
> yang dilanggar kena tambah duit bayar utk keluar kereta.
>
> insurans company = takaful malaysia
>
> sorry takaful. ko bakal hilang paling sikit 3 client sebab kes nih.
>
>
> kronologi
>
> jumaat 4 pm - kena langgar. sembang borak since masing2 bz, janji jumpa
> lewat petang @ semenyih.
>
> jumaat 6pm - aku bz siapkan baby baru lahir 3 hari, baru kluar spital. aku
> msg mamat tu, aku bz, minta dia mai rumah aku since dua2 mmg dok kat
> semenyih.
>
> jumaat 8pm - aku dpt sms 'saya on the way ke jelebu, hari isnin baru
> balik'. aku balas "kita kena setel benda ni paling lewat esok tghari"
>
> sabtu tghari - henpon senyap, xde msg, xde call dari mamat nih. tow truck
> sampai, police report, kreta masuk bengkel.
>
> isnin - mamat tu patutnya dah balik, tapi tak call aku.
>
> 1 minggu - polis tak siap lagi report sebab mamat tu tak report. aku text
> dia suh buat report, dia maki aku plak...statement yang tak tahan .."ari tu
> kita janji camne bang ?" kepala hotak dia.
>
> 2 minggu - cuti skolah, polis cuti seminggu - report aku tak siap2 lagik.
>
> 3 minggu - tak siap lagik
>
> 4 minggu - aku gi ngadap sarjan IPD Kajang
> <https://www.facebook.com/pages/IPD-Kajang/119000261502455>, baru nak
> gocoh2 siapkan report aku.
>
> siap je terus gi hantar bengkel, baru nak proses.
>
> minggu 5 - senyap
> minggu 6, insurans baru lulus claim
> minggu 7 - tak siap lagik
> minggu 8 - bengkel call kata kena bayar RM650, tak puas hati, aku call
> insurans company, diaorang sahkan. sebabnya terlibat kemalangan dan sebab
> tak ambil windscreen protection.
>
> minggu depan nak raya nih. skrg kreta aku berjemur bawah panas
> mentari..... hadoih.
>
>
> wasalam.
>
>
> rgds,
> Nazri Ahtar
>
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: