Saturday, January 31, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4119

2 Messages

Digest #4119

Messages

Fri Jan 30, 2015 7:20 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pegawai Polis Pengiring Maut Dalam Kemalangan Di Pekan

telokbakong.blogspot 

pahangdaily.blogspot

PEKAN: Seorang anggota polis pengiring yang dalam perjalanan untuk bertugas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh seorang pejalan kaki yang juga anggota polis di Kilometer 6, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini, tengah hari semalam.

Koperal Helmee Akhsan Yahya, 29, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan maut semasa menerima rawatan di Hospital Pekan.

Pejalan kaki itu, Koperal Amran Abdullah, 48, dari Cawangan Tugas Am di IPD yang sama turut meninggal semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata dalam kemalangan jam 1.20 tengah hari itu, Helmee Akhsan dalam perjalanan menghala ke Ubai untuk bertugas.

Beliau dikatakan cuba mengelak Amran yang sedang melintas jalan namun gagal lalu merempuhnya.

"Akibat itu motosikal Helmee terbabas dan melanggar pasu bunga di atas pembahagi jalan sebelum dia terpelanting," katanya. Punca sebenar kemalangan sedang disiasat, katanya.

#sumber

Fri Jan 30, 2015 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[EKSKLUSIF] 10 Kegunaan Hebat Aluminium Foil Yang Kita Tidak Tahu | WAJIB BACA !!!
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

[EKSKLUSIF] 10 Kegunaan Hebat Aluminium Foil Yang Kita Tidak Tahu | WAJIB BACA !!! | Aluminium Foil adalah sejenis kertas aluminium yang kita selalu gunakan untuk membakar ikan atau apa-apa saja yang melibatkan memasak makanan yang bakar-bakar.

Kebanyakan kita mempunyai aluminium foil ini di dapur dan hanya akan digunakan apabila hendak membakar makanan.

Kebanyakan kita tidak tahu bahawa aluminium foil init terdapat pelbagai kegunaan yang hebat. Di sini dikongsikan lima kegunaan lain aluminium foil.

1. MENGEKALKAN RASA PIZZA YANG DISIMPAN

Jika anda memesan pizza balik kerumah tedapat lebihan pizza yang tidak habis anda tidak lagi perlu buang. Ramai orang membuang kerana sudah tidak sedap dimakan kalau disimpan. Ikut cara ini, anda bungkuskan pizza tersebut dengan aluminium foil satu persatu dan letakkan didalam peti ais bahagian atas. Biar ia disitu sehingga anda hendak makan semula.

Apabila hendak dimakan anda keluarkan semula dan panaskan ia di dalam oven atau pun kuali selama 10 minit dan hasilnya seolah-olah pizza yang baru dipesan kerana pizza anda masih segar dan elok.

2. MENCUCI KOTORAN DEGIL DI BEKAS MAKANAN ANDA

Jika dirumah anda tiada penggosok besi untuk mencuci kotoran degil di bekas makanan, ada tidak perlu risau aluminium foil boleh menggantikan penggosok besi anda.

Keronyokkan aluminium foil tersebut dan gumpalakn seperti bola kecil dan anda terus boleh menggunakannya untuk menggosok bekas makanan anda.

3. MENCANTIKKAN SEMULA BINGKAI GAMBAR LAMA

Bahan-bahan yang diperlukan.
a.. Bingkai kayu lama yang sudah lusuh
a.. Aluminium foil
a.. Gam
a.. Pewarna Metalik
a.. Pisau

Sapukan gam di atas sekeliling bingkai bahagian hadapan

Terbalikkan bingkai tersebut atas hamparan Aluminium foil dan biarkan kering

Selepas kering, Potong alumnium foil tersebut dengan pisau ikut bentuk bingkai

Sapu cat bewarna kesukaan anda dia atas aliminium foil tersebut

Dan ini hasinya. Cantikkan

4. MENGASAH GUNTING YANG TUMPUL

Langkah ini adalah yang paling senang, anda hanya perlu menggunting Aluminium foil tersebut berulang kali dan hasilnya gunting anda akan menjadi tajam semula

5. MEMUDAHKAN ANDA MENGGOSOK BAJU

Menggosok baju adalah perkara yang paling ramai orang tidak suka kerana lambat tetapi terpaksa lakukannya.

Kali ini kami akan berkongsi caranya untuk memudahkan anda menggosok baju.

Tanggal sarung kain papan penggosok baju anda dan anda hamparkan aluminium foil di atas papan tersebut dengan membalut keseluruhan permukaannya.

Sarung semula sarung kain tersebut

Anda sudah boeh menggunakannya. Kelebihan cara ini adalah anda tidak perlu berkali-kai mengulang gosok di tempat yang sama kerana haba strika akan memanaskan foil tersebut dan akan membalikkan haba terkena baju anda.

Keadaan ini terjadi seolah-olah anda menggosok kedua-dua bahagian baju depan dan belakang. Selain itu cara ini melancarkan pergerakan strika anda apabila ditolak kerana aluminum foil ini membuatkan permukaan menjadi licin.

6. MEMBERSIHKAN OVEN

Penat untuk mengikis sisa makanan yang hangus terjatuh di bahagian bawah oven? Lapiskannya dengan aluminium foil di bawah permukaan oven. Ini akan membolehkan segala air atau sisa makanan tidak melekat di bawah permukaan oven.

7. MENJADIKAN SABUN BUKU TAHAN LAMA

Lapikkan sekeping aluminium foil di dalam bekas sabun mandi anda sekaligus akan mengelakkan aliran air yang banyak.

8. MEMBUAT PEMANTUL POTRAIT

Keadaan permukaan aluinium foil yang meantulkan cahaya sesuai untuk menggantikan pemnatul cahaya yang mahal. Dengan menggunakan kadbod yang dibaluti dengan kertas aluminium foil sebagai pemantul potrait akan menjadikan gambar yang diambil lebih hidup dan cantik!

9. MELANCARKAN SIARAN TV

Sekiranya televisyen ada seperti dalam gambar di mana pemain DVD diletak di atas tv akan menyebabkan siaran tv akan terganggu kerana medan magnet antara kedua-dua alat ersebut bertembung. Untuk mengatasi masalah ini hanya perlu meletak sekeping aluminum foil antara pemain DVD itu dan tv anda.

10. MELEMBUTKAN GULA PERANG

Ramai orang memasukkan gula perang ke dalam mikrowave untuk melembutkan isi gula tersebut, namun ini sebenarnya menjadikan gula tersebut semakin mengeras. Jadi, untuk melembutkan gula perang tersebut, cuba balutkan gula perang dengan kertas aluminium foil dan bakar pada 300 darjah (Fahrenheit) selama 5 minit.

sumber
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: