Sunday, December 17, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4873

10 Messages

Digest #4873

Messages

Sun Dec 17, 2017 12:11 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Dec 17, 2017 12:11 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Dec 17, 2017 7:44 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Apa sebenarnya yang berlaku dengan IMAMS?

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Jahabar Sadiq

DALAM tempoh sehari, kerajaan yang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya membatalkan skim tak masuk akal untuk meraih untung daripada kepesatan perniagaan Umrah di Malaysia.

Perdana Menteri Najib Razak mengatakan beliau tidak bersetuju bakal jemaah dikenakan bayaran untuk memohon visa Umrah di bawah Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Bersepadu (IMAMS) yang diuruskan syarikat swasta.

Menteri Pelancongan Nazri Aziz dipetik sebagai berkata yang beliau membatalkan sistem itu kerana ia jauh berbeza daripada maklumat yang beliau terima dan bentangkan kepada Parlimen.

Timbalannya, Mas Ermieyati Samsudin mengatakan beliau membatalkannya kerana orang bukan Islam menguruskan sistem yang diwujudkan untuk menguruskan ibadah umrah dan akan memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan pengurusan pemantauan serta menangani penipuan pakej umrah yang banyak berlaku.

Biar betul? Itu bukanlah rungutan daripada industri dan bakal jemaah. Lebih daripada 300,000 bakal jemaah yang akan menunaikan umrah tahun depan mahu mengetahui mengapa mereka perlu bayar caj tambahan RM90.10?

Bukan kerana sistem itu kendalian orang bukan Islam.

Lagipun, Nazri juga mengatakan yang perkhidmatan itu hanya berharga RM40 dan tidak wajib.

Bagaimana ada orang boleh tersalah tafsir idea seorang menteri dan melaksanakan sistem wajib dipatuhi semua ejen perniagaan Umrah?

Bagaimana boleh tak ada seorangpun terfikir yang akan wujud tentangan daripada bakal jemaah yang sejak bertahun menyimpan duit untuk melakukan Umrah?

Siapa yang memutuskan untuk membenarkan semua ini dan melancarkan sistem itu? Adakah menteri, timbalan menteri atau pegawai kementerian?

Ia bukanlah keputusan yang dibuat dalam tempoh singkat. Sistem itu perlu dibangunkan, diuji dan menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Arab Saudi dan industri. Tidakkah semua perkara ini dilakukan dan dipertimbangkan?

Adakah wujud dana kerajaan yang digunakan untuk membangunkan IMAMS atau ia memang usaha sama swasta semata-mata? Tidakkah kerajaan mempertimbangkan siapakah pemilik syarikat sebelum menganugerahkan konsensi itu?

Keseluruhan peristiwa dan dolak dalih yang berlaku membuktikan ada perkara lain yang lebih besar, ia bukan hanya salah faham.

Ia hanya membuktikan yang ada orang dalam kerajaan yang tak peduli tentang realiti semasa dan fikir mereka boleh buat untung daripada perniagaan Umrah yang berkembang pesat.

Ya, industri itu perlukan kawal selia dan penipuan perlu dihentikan. Tetapi itu adalah tugas penguatkuasa, bukan tugas sebuah konsensi yang mengutip duit rakyat kerana buat kerja kerajaan.

Ya, IMAMS mungkin idea yang baik atas kertas tetapi realitinya, kosnya bukan sekadar RM90.10 setiap jemaah- harga yang perlu dibayar adalah potensi kerajaan hilang undi setiap seorang jemaah.

INI SYARIKAT KRONI SIAPA? BETULKAH SEMUA DALAM SYARIKAT MENGURUSKAN UMRAH INI BERAGAMA ISLAM?
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom
Berikutan rungutan serta kecaman pelbagai pihak mengenai perlaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia atau IMAMS, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan yang memperkenalkan sistem tersebut tampil dengan kenyataan terbaru meminta syarikat tersebut memastikan kakitangan syarikat itu hanya terdiri daripada mereka yang beragama Islam.
Kata kementerian itu, ia adalah bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam dalam perlaksanaannya.

Selain itu, menurut kenyataan Kemeterian Kebudayaan dan Pelancongan lagi, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam, manakala pemegang sahamnya terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan.

Sebenarnya, dalam isu pengenalan IMAMS ini ada dua perkara yang menjadi rungutan dan kecaman orangramai.
Pertama, COO syarikat tersebut sebagaimana dalam tandatangan suratnya yang tersebar luas kepada syarikat-syarikat pengendali umrah, adalah didapati bukan beragama Islam.

Gambar-gambar beliau yang diambil daripada laman Facebooknya juga disebarkan untuk menyokong perkara itu.

Jika COOnya bukan Islam, kebiasaannya tentulah pemilik dan pemegang saham syarikat itu juga dipegang secara majoriti atau sepenuhnya oleh bukan Islam. Ahli lembaga pengarah hanyalah lantikan semata-mata.

Apakah tiada syarikat orang Islam yang mampu mengendalikan urusan ibadah orang Islam sendiri?

Kenapa syarikat tersebut yang dipilih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan?

Kroni siapa syarikat tersebut?

Meskipun kementerian menggesa syarikat tersebut memastikan kakitangannya mesti beragama Islam, tetapi bagaimana dengan pemilikan dan pemegang sahamnya?

Apa guna jika hanya kakitangan beragama Islam, tetapi pemilik dan pemegang sahamnya bukan Islam?

Di mana suara pemimpin Islam dalam kerajaan atau persatuan-persatuan pengguna berkaitan Islam dalam hal ini? Isu kedua yang menjadi rungutan orangramai ialah caj yang dikenakan oleh syarikat tersebut iaitu sebanyak RM90.10 kepada setiap jemaah yang ingin menunaikan umrah.

Caj RM90.10 yang dikenakan itu adalah meliputi bayaran untuk sistem dan pengurusan sebanyak RM45, insurans RM40 dan GST RM5.10.

Hahahaha....tahniahlah kerajaan Malaysian kerana orang pergi umrah pun dah kena GST di era Najib ini!!

Pada tahun lalu, umat Islam Malaysia yang menunaikan umrah ialah seramai 240 ribu orang dan jika tahun depan jumlahnya meningkat kepada 300 ribu orang, bermakna syarikat itu berjaya mengutip lebih RM27 juta dalam setahun.

Ditolak insurans dan GST yang masuk ke kantung kerajaan yang sentias mendakwa prihatin kepada rakyat, bayangkan berapa syarikat tersebut berjaya mengaut keuntungannya?

Selain kroni siapa syarikat yang dipilih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan itu, tidakkah pengenalan sistem ini hanya satu cara mudah untuk "pau" wang umat Islam yang mahu beribadah, meskipun mereka sebelumnya telah bersusah payah dan membanting tulang untuk mengumpulkannya demi untuk pergi ke Mekah?

'Ingat barang saja GST, ibadah pun GST'

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – 'Ingatkan barangan saja dikenakan GST, rupanya ibadah juga ada GST.'
Demikian antara sindiran dan keluhan rata-rata pengguna media sosial dan pembaca Ismaweb.net yang tidak berpuas hati serta membantah pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

Rata-rata netizen menyelar tindakan kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) menguatkuasakan IMAMS bermula hari ini, yang turut merangkumi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10 selain bayaran tambahan berjumlah RM85.

"Nak beribadat pun kena GST, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka yang teraniaya. Semoga Allah memberi pembalasan kepada mereka yang menyusahkan orang lain," tulis Aziah Mat.

"Astaghfirullah, kenapa sampai mengerjakan umrah pun dikenakan GST? Miskin betulkan kerajaan ini," kata Royal Sanchez.

Pemilik akaun Facebook, Salwa Keluarga Safeforeveraamin berkata, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab menjelaskan sebab dikenakan GST dalam pembayaran umrah kepada rakyat.

"Kerajaan elok perjelas kenapa GST dikenakan…..Jangan sebut saja dikenakan, segelintir rakyat tidak faham," tulisnya.

"Sepatutnya perkara berkaitan agama Islam perlu dirujuk kepada pihak berkenaan agama Islam dan bukannya kementerian pelancongan," tulis Khori Kasim.

"Dah tak berduit sangat ke kerajaan sampaikan nak beribadah pun kena GST? Ini dia PM yang mendaulatkan Islam," kata Liah Qamar.

Muhammad Hamzi meluahkan kekesalan dengan sikap kerajaan kerana menjadikan ibadah sebagai barang dagangan, selain mengakui ianya bakal membebankan bakal jemaah untuk ke Tanah Suci.

"Dah macam negara komunis, semua nak dikaut," tulis Khairil Anuar.

"Kalau penunggang agama buat keputusan, inilah jadinya," kata Salmah Salleh.

Ismaweb.net menerusi laporan eksklusifnya pada Oktober lalu mendedahkan berkenaan program IMAMS yang dikendalikan oleh sebuah swasta yang membuat cadangan kepada kementerian, satu sistem yang boleh diguna pakai serentak dengan penguatkuasaan Lesen Khas Umrah (LKU).

LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan umrah yang banyak dilaporkan sebelum ini.

Menerusi IMAMS, syarikat itu akan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans), daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? Pembangkang hari ini mempertikaikan pengenaan cukai GST ke atas ibadah umrah melalui Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang berkuat kuasa semalam.

Penyelaras Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata pengenaan cukai ke atas orang yang menjalankan ibadah sebagai tidak masuk akal.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? Ini kerana kerajaan sepatutnya permudahkan aktiviti keagamaan, dan memberi insentif kepada rakyat mengerjakan ibadah.

"Nampak sangat kerajaan sudah tak ada duit sehinggakan umat Islam di negara kita nak tunaikan ibadah umrah pun kena bayar GST," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Inilah kerja menteri yang senantiasa kreatif memerah duit rakyat."

IMAMS merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.
Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?
Portal Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ismaweb, melaporkan kerajaan bersetuju untuk membenarkan syarikat pengendali IMAMS mengutip GST dan bayaran untuk sistem pengurusan serta insurans ke atas setiap rakyat yang hendak mengerjakan umrah menerusi IMAMS.

Menurut portal itu lagi, kerajaan mensyaratkan semua syarikat pengendali umrah berlesen dan berstatus muasassah wajib menguna pakai sistem itu.

PKR bagaimanapun mempertikaikan kewajaran melantik sebuah syarikat swasta untuk memantau aktiviti penipuan pakej umrah di negara.

Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sepatutnya kerajaan boleh melakukan sendiri pemantauan secara berkesan, malah kementerian telah menyenaraikan pengendali umrah berlesen di portal.

"Mengapa tanggungjawab ini perlu diswastakan dengan beban GST yang perlu ditanggung oleh jemaah umrah?" katanya dalam kenyataan hari ini.
Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam?
Saifuddin menambah kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memaklumkan lembaga pengarah syarikat pengendali IMAMS dan pemegang saham di syarikat itu terdiri daripada orang Islam juga meragukan.

"Malah mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat terdiri daripada seorang Melayu selaku pengarah dan 3 orang Cina selaku setiausaha.

Sistem IMAMS Untuk Pantau Umrah Dikendalikan Oleh Bukan Islam? "Adakah mereka yang bukan beragama Islam boleh menguruskan amal ibadat umat Islam di negara ini?"

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 17, 2017 7:44 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ibu Sarat Mengandung 8 Bulan Maut Dihempap Rak Kasut
siakapkeli.my

Suri rumah sedang sarat mengandung lapan bulan maut dipercayai dihempap rak kasut di rumahnya di Seksyen 23, di sini, petang semalam.

Mangsa Nor Haslina Harun, 35, dipercayai sedang memeriksa rak kasut yang digantung di bahagian dinding rumah kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut suami mangsa, Izrisham Hussin, 36, sebelum ini isterinya pernah mengadu keadaan rak kasut yang sudah dimakan anai-anai dan kedudukan yang sedikit renggang.

"Selepas makan semalam, Nor Haslin keluar menutup pintu pagar dan saya percaya dia cuba membetulkan rak kasut yang renggang itu.

"Bagaimanapun, rak itu menghempapnya. Ketika kejadian, saya berada di dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Jelasnya, dia percaya isterinya meninggal dunia di tempat kejadian memandangkan keadaan yang agak parah.

"Saya terus menghubungi hospital kerana melihat bayi yang dikandungkan isteri masih bergerak.

"Bagaimanapun, bayi perempuan itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Shah Alam,"katanya.

Mangsa meninggalkan tiga anak, iaitu seorang lelaki dan dua perempuan, berusia antara empat hingga sembilan tahun.

Kira-kira jam 11 pagi tadi, mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata siasatan mendapati rak kasut setinggi 2.4 meter itu menghempap kepala mangsa menyebabkan kecederaan parah.

Sumber - Berita Harian

Demi Selamatkan Adik Yang Hampir Lemas, Gadis Hilang Dihanyutkan Arus Deras
siakapkeli.my

16 Dis - Sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan adiknya yang hampir lemas, seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) terjatuh ke dalam air dan dibawa arus deras di Pusat Rekreasi Lata Lembik Ulu Sungai, Raub, jam 4.50 petang semalam

Mangsa Nor Dyana Abd Malek, 17, yang cacat tangan kanan berasal dari Paya Serai, Jalan Bukit Seladang, Bandar Bera, Bera.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan cuba menyelamatkan adiknya, Siti Normala, 15, yang tergelincir di air terjun pusat rekreasi itu.

"Mangsa hilang dibawa arus namun adiknya selamat. Operasi mencari dijalankan Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Raub disambung jam 8 pagi hari ini selepas dia tidak ditemui semalam," katanya.

Menurut Zahari, operasi mencari dan menyelamat mangsa juga sedikit sukar kerena arus sungai yang deras.

Sumber: Harian Metro

Mayat Gadis Hilang Dihanyut Air Berjaya Dijumpai Tersangkut Dicelah Batu
siakapkeli.my

Ditemui lemas pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dikatakan terjatuh ke dalam air ketika hendak menyelamatkan adiknya di Pusat Rekreasi Lata Lembik Ulu Sungai, Raub, kira-kira 11.25 pagi hari ini.

Mayat mangsa, Nor Dyana Abd Malek, 17, yang cacat tangan kanan ditemui anggota Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Raub tersangkut dicelah batu.

Menurut Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk jalani bedah siasat.

"Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah batu di tempat dia dilaporkan jatuh.

"Bilik gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditutup hari ini," katanya.

Pihak polis menyifatkan kes itu sebagai mati mengejut.

Sumber - Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 17, 2017 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bank Negara Malaysia Akan Keluar Wang Kertas Peringatan Sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
siakapkeli.my

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Spesifikasi wang kertas peringatan ini adalah seperti berikut:

Wang Kertas Sekeping RM600
Nilai muka wang kertas bersaiz besar ini ialah RM600 dan harga jualannya RM1,700 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60
Nilai muka wang kertas bercantum ini ialah RM180 dan harga jualannya RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

Wang Kertas Sekeping RM60
Nilai muka wang kertas sekeping ini ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping. Sebanyak 60,000 keping sahaja dicetak.

Bank Negara Malaysia @BNM_official
The Bank is also issuing commemorative coins in conjunction with the installation of His Majesty Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V as the fifteenth Yang di-Pertuan Agong. Read more: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=4574&lang=en …

Pencarum KWSP Umur 55 Tahun Keatas Dibenarkan Keluarkan Wang Caruman Tanpa Had Jumlah Mulai Januari
siakapkeli.my

Hasil maklum balas dari pencarum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah baik polisinya demi kebajikan pencarumnya.

KWSP membolehkan pencarum berusia antara 55 dan 60 tahun mengeluarkan sebahagian simpanan untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa bermula Januari depan.

Sebelum ini, KWSP hanya membenarkan pengeluaran minimum RM2,000 sekali setiap 30 hari.

Bermula tahun depan juga pencarum boleh mengeluarkan wang serendah RM100 sebulan berbanding RM250 ketika ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, penambahbaikan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pencarum.

"Para pencarum KWSP memohon lebih fleksibiliti dari segi pengeluaran. Jadi, kami penuhi permintaan mereka," katanya.

Disamping itu, pelantikan Amanah Raya Berhad oleh pencarum sebagai penama atau pentadbir untuk simpanan mereka turut dibenarkan.

Jelasnya, cara itu bakal memudahkan agihan simpanan kepada waris sekiranya berlaku kematian pencarum.

Sumber -mStar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 17, 2017 7:45 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kes Waris Saman Guru Kerana Ambil Tindakan Disiplin, NUTP Seru Guru Beri Sokongan Kepada Cikgu Azizan Di Mahkamah
siakapkeli.my

Nasib Cikgu Mohd Azizan yang menampar seorang murid yang didakwa oleh pihak Sekolah Kebangsan Taman Semarak sering kali melakukan kesalahan berat bakal ditentukan pada 19 Disember ini. Apabila beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban 2A Selasa ini atas tuntutan saman yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyeru seluruh ahli NUTP agar turun bersama-sama memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan kerana beliau percaya hanya sokongan moral dan kehadiran yang ramai sahaja mampu untuk kes ini berpihak kepada Cikgu Azizan.

Pelajar berkenaan dipercayai sering melakukan kesalahan seperti menghidu gam, membuli dan sering bergaduh di sekolah.

Pihak NUTP dalam satu postingnya memuatnaik dua keping gambar di mana mereka mendakwa ia adalah penjelasan daripada wakil SK Taman Semarak, tulisan pada gambar itu menyeru supaya seluruh ahli NUTP untuk hadir dan memberikan sokongan moral kepada guru terbabit.

Berikut adalah tulisan pada gambar yang dimuatnaik.

Salam semua, hanya dengan sokongan moral dan kehadiran ramai pada hari pendengaran/perbicaraan kes cikgu ini di Mahkamah Seremban pada 19/12/2017 adalah merit terpenting untuk memastikan kemenangan buat kes ini.

Oleh itu, jasa baik semua adalah diharapkan kecuali tiada kelapangan dan keuzuran. Sila panjangkan pada mereka yang tiada dalam Telegramm bagi memastikan kehadiran yang ramai pada hari tersebut.

Sebagai pencerahan, tindakan tegas cikgu berkenaan kerana disiplin yang berat dan berulang-ulang seperti menghidu gam di dalam sekolah, bergaduh, membuli dan banyak lagi. Tujuan cikgu tersebut adalah untuk mendidik.

PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa seperti ini akan menyebabkan kes disiplin akan menjadi lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak akibat daripada ketakutan dan kerisauan cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin anak-anak SK Taman Semarak selepas ini.

Saya sebagai YDP PIBG akan terus menyokong sepenuhnya guru tersebut demi kemaslahatan anak-anak dan guru-guru SKTS.

Sekian

YDP PIBG SK Taman Semarak

Sumber: NUTP

SOLIDARITI UNTUK CIKGU AZIZAN
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang menyalahi undang-undang secara sukarela, dan menghadapi satu tahun penjara atau denda RM2,000 jika didapati bersalah.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

a.. Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
a.. Buli.
a.. Memukul murid lain.
a.. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.
Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa) Masa: 8.30 pagi

Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.

Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDM sahaja..

Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi di sini dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.~sumber

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 17, 2017 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bila Bayaran Khas RM1500 dan RM750 tahun 2018 akan dibuat?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Pergh... dah dekat hujung-hujung tahun ni banyak pula surat-surat pekeliling yang membawa berita baik dikeluarkan kepada kakitangan-kakitangan awam. Jadi saya nak kongsikan berita yang ditunggu-tunggu iaitu Bayaran Khas RM1500 dan RM750 kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan masing akan dibayar pada tahun depan iaitu tahun 2018!! Surat pekeliling ini dikeluarkan pada 13 Disember 2017 dan telah ditandatangani oleh Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Bayaran khas ini merangkumi:
1.. Bayaran khas Tahun 2017 berjumlah RM1,500 kepada pegawai kerajaan Persekutuan, pembayaran dibuat dua kali iaitu
a.. Bayaran Khas 2017 sebanyak RM1,000 dan,
b.. Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM50o
2. Bayaran Khas Tahun 2017 berjumlah RM750 kepada pesara Kerajaan yang berpencen, pembayaran juga dibuat dua kali iaitu
a.. Bayaran Khas 2017 (pesara) sebanyak RM500 dan,
b.. Bayaran Khas Aidilfitri 2018 (pesara) sebanyak RM25o
Menurut pekeliling ini, Bayaran Khas Tahun 2017 akan dibayar pada 8 Januari 2018. Manakala bayaran untuk Aidilfitri tidak dinyatakan dalam pekeliling tersebut. Jadi pengumuman selalunya akan dibuat sebelum Aidilfitri kebiasaannya.

Untuk membaca dokumen penuh pekeliling Bayaran Khas ini. Anda boleh lawati post di blog saya di sini untuk membacanya. Di dalam dokumen ini ada dinyatakan pegawai-pegawai yang tidak layak mendapat Bayaran Khas ini, bayaran kepada pegawai yang meninggal dunia dan sebagainya. Boleh baca di sana. Semuanya ada dinyatakan dengan jelas.

Semoga bayaran ini dapat membantu sedikit sebanyak para pegawai kerajaan bagi memulakan tahun baharu anda.

Akan ada lagi berita baik untuk penjawat awam menjelang tahun 2018 ini. Saya akan post dari semasa ke semasa. Harap anda sabar menunggu.

Oleh: Aizen Nasa (watcher)
Sumber: http://aizennasa.com/bayaran-khas-rm1500-dan-rm750-tahun-depan-2018/
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: watcher
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

"Daun Ketum Berpotensi Ganti Methadon, Ubati Masalah Ketagihan Dadah." - Profesor Dr Sharif
siakapkeli.my

Kumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih lagi menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum yang dikatakan berpotensi sebagai ubat tahan sakit yang baharu.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor, daun ketum berpotensi bagi menggantikan methadon yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Walaupun begitu, katanya tiada lagi kajian klinikal yang berjaya untuk membuktikan perkara ini.

"Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Tapi kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kajian ini memerlukan data-data dalam haiwan tersebut untuk mendapat kelulusan terhadap etika manusia. Buat masa ini masih belum dibenarkan digunakan pada manusia.

Dr Sharif ditemu bual oleh pemberita selepas beliau menyampaikan syarahan umu pelantikan profesor bertajuk Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini di USM pada Khamis.

Beliau juga berpendapat, sebelum ini ketum sangat terkenal di dalam perubatan khususnya bagi merawat gejala penagihan dadah seperti mengawal gejala tarikan dan terapi gantian.

"Untuk merawat gejala penagihan dadah ada dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama untuk mengawal gejala tarikan dan kedua, terapi gantian methadon," katanya.

Beliau juga mengulas lebih lanjut di mana, pihaknya turut menjalankan penyelidikan bagi membangunkan ubat baharu terhadap jangkitan kulat sistematik yang kemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.
"Kajian yang dijalankan sejak 2007 itu berjaya menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan pihaknya kini sedang menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)," katanya lagi.

Kajian yang telah dijalankan sejak 1960 sehingga kini sudah mengenal pasti sebanyak 57 sebatian daripada pelbagai spesis Mitragyna malah daripada jumlah itu, terdapat 37 jenis alkaloid bagi ketum dan alkaloid utama bagi daun ketum ialah mitraginina.

Sementara itu, Sharif Mahsufi berharap, USM dapat bekerjasama dengan agensi penyelidikan lain seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada masa akan datang bagi mencari baka ketum yang terbaik di Malaysia untuk melengkapkan hasil kajian tersebut.

Sumber: Awani

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Thursday, December 14, 2017 10:47 PM
Subject: Fw: Ketum & Cuti Umrah Penjawat Awam

Ketum berpotensi sebagai penahan sakit dan rawatan dadah - USM

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman 

Ketum berpotensi sebagai penahan sakit dan rawatan dadah - USM

Ketum dilihat mempunyai potensi untuk penghasilan ubat baharu sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah, menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor.

Beliau berkata ketum berpotensi bagi menggantikan methadone yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Bagaimanapun, katanya kajian berhubung potensi itu masih dijalankan dan tiada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan perkara itu.

"Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Tapi kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan.

"Kita memerlukan data-data dalam haiwan itu untuk dapat kelulusan terhadap etika manusia. Sekarang tidak boleh lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum pelantikan profesor bertajuk 'Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini' di George Town hari ini.

Sharif Mahsufi telah menjalankan kajian mengenai potensi ketum itu sejak 2007 sehingga kini dan dibiayai oleh geran program Universiti Penyelidikan (RM860,000), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)/Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) (RM700,000) dan program Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE) (RM5.4 juta).

Beliau berkata walaupun ketum atau nama saintifiknya 'Mitragyna speciosa' digunakan sekian lama sejak tahun 1845, namun tiada data saintifik yang membuktikan ia adalah selamat.

Namun, katanya kajian yang berterusan dan penemuan data-data baharu pada masa depan boleh membuktikan potensi ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Dalam pada itu, Sharif Mahsufi berkata pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan Risda bagi mengenalpasti baka pokok ketum terbaik untuk menjalankan penyelidikan seterusnya.

"Kita tidak ada baka pokok ketum yang terbaik. Kami sedang mencari 'musang king' ketum. The best pokok ketum untuk kita buat kajian. "Pihak Risda ada mengamalkan amalan pertanian baik (GAP). Jadi, mungkin mereka boleh kenal pasti baka ketum yang terbaik," katanya.

- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 17, 2017 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Kalau Dia Pergi, Dia Pesan Nak Bawa Kaki Sekali," Permintaan Danial Buat Hati Netizen Tersentuh
siakapkeli.my

16 Dis - "Doktor beritahu kakinya perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawanya, tetapi dia tidak mahu dan kata jika dia pergi menghadap Ilahi, dia hendak bawa kakinya sekali," kata Mohamad Azmi Si-Hasnan, 42, bapa kepada Muhammad Danial Izmir, 9, yang menghidap barah tulang tahap empat.

Mohamad Azmi dari FELDA Lakum, Lanchang, berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu disahkan menghidap barah tulang sejak Mei tahun lalu selepas mengalami demam teruk hingga mmenyebabkan kaki kanannya bengkak.

"Saya bawanya berubat secara tradisional namun tidak sembuh, jadi saya membawanya ke klinik swasta sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan Lanchang dan doktor meminta dia dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)," kata Azmi lagi.

Menurut Azmi, Di HOSHAS doktor telah membuat imbasan X-ray dan mengesahkan bahawa anaknya menghidap barah tulang sebelum dipindahkan ke Hospita Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Azmi yang sebelum ini bertugas sebagai pemandu lori berkata, di HKL ananya menjalani 36 kali rawatan kemoterapi hingga ogos lalu.

"Ketika mula-mula anak disahkan menghidap penyakit ini, memang dia lemah semangat dan tidak mampu menerima keadaan, tetapi selepas dipujuk dan diberikan semangat oleh keluarga, dia kembali seperti sedia kala," ujar Azmi

Tambah Azmi lagi, sebelum Danial mengidap penyakit tersebut, beliau seorang anak yang periang dan aktif, namun akibat penyakit ini dia tidak mampu berjalan kerana ketumbuhan barah itu semakin membesar.

Doktor menasihatkan anaknya bahawa kaki kanannya harus dipotong bagi mengelakkan sel barah itu mula merebak selain menyelamatkan nyawa beliau tetapi, danial berkata dia enggan memotong kakinya kerana dia sayangkan kakinya itu.

"Jika meninggal dunia, dia mahu ada kaki. Bagaimanapun, kami sekeluarga masih memujuknya untuk memotong kakinya. Doktor kata apabila dia bersetuju bila-bila masa, proses pembedahan membuang kakinya boleh dilakukan," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga kini hanya bergantung kepada bantuan orang ramai dan ahli keluarga lain untuk kos rawatan dan keperluan harian.

"Saya tidak bekerja selepas dibuang kerja kerana sering bercuti manakala isteri, Zurina Omar, 35, pula tidak bekerja," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB (7615854237) atas nama Mohamad Azmi Si-Hasnan.

Sumber: Harian Metro

The Speedy Jantan Kecewa Digugurkan Dari Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan
siakapkeli.my

Khairul Hafiz Jantan yang merupakan raja pecut Asia Tenggara bingung dengan keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang 'menggugurkannya' daripada beraksi dalam Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 di Birmingham, England dari 1 hingga 4 Mac depan.

Pelari yang digelar The Speedy Jantan ini mengakui tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dan masih menaruh harapan untuk bersaing dalam kejohanan yang berprestij itu.

"Bukan tak mahu pergi tapi saya sebenarnya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya tidak tahu sama ada ia keputusan jurulatih atau keputusan KOM.

"Saya akui agak kecewa sebab sudah lakukan persiapan. Lagipun pelari pecut macam saya pun perlu beraksi untuk acara 60 meter (m).

"Mungkin bukan rezeki saya tapi saya tidak boleh berputus asa," ujar Khairul Hafiz yang memenangi pingat emas acara pecut 100m lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu dengan catatan masa 10.38 saat.

Kelmarin Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim mengumumkan jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail akan mewakili negara di Birmingham.

Jelas Karim yang juga Ahli Majlis Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) , keputusan menghantar Muhammad Hakimi dibuat selepas jurulatih Khairul Hafiz tidak memberikan kata putus sehingga tarikh tutup pendaftaran 1 Disember lalu.

Menurut laporan media, Mohd Poad Md Kassim menjelaskan bahawa anak didiknya itu tidak disenaraikan ke Birmingham kerana akan menyertai Kejohanan Pra Sukan Asia 2018 yang bakal berlansung Februari depan di Indonesia.

Bagaimanapun, Karim menegaskan penyertaan Muhammad Hakimi melalui tiket 'wildcard' akan terbatal sekiranya terdapat atlet Malaysia yang layak secara merit ke kejohanan itu sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.

Sumber- Harian Metro

"Kau Belanja Apa Sampai Banyak Tu, Bodoh" - Kisah Suami Tengking Isteri Di Khalayak Gara-Gara Beli Barang Keperluan Melebihi Bajet
siakapkeli.my

Isteri ini adalah amanah yang diberikan pencipta kepada seorang suami. Si suami hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri seperti makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Jika dia melakukan kesalahan tegurlah secara berhemah janganlah diherdiknya dan menjatuhkan maruahnya di hadapan orang ramai.

Berdasarkan perkongsian pengguna Facebook di laman Kisah Rumah Tangga Fans, kisah seorang isteri terpaksa menanggung malu di hadapan orang ramai gara-gara membeli barang melebihi bajet suami. Semoga si suami sedar kesilapannya sebelum terlambat.

Assalamualaikum admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata.
Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya.
Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami?
"Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!" si suami menengking isterinya di depan orang ramai.
Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu.
Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja.
Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, "Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya." Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, "Takpe dik,". Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua.
Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai.
Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami.
Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Terima kasih min.
Sumber - Kisah Rumah Tangga Fans

Sanggup Habisan Wang Pencennya Demi Membina Tempat Pelindungan, Lelaki Ini Selamatkan Puluhan Anjing Tersesat
siakapkeli.my

Seorang lelaki tekad untuk membina tempat pelindungan bagi anjing-anjing tersesat yang telah diselamatkan di kawasan kejiranannya.

Hassan, 70, mula menyelamatkan anjing pada tiga tahun lalu apabila dia melihat
beberapa orang di kawasan kejiranannya bertindak kejam terhadap haiwan tersebut.

"Saya banyak kali melihat haiwan tersebut dibaling batu sehingga kepala mereka bedarah dan badan terluka."

Jelasnya, itu tidak termasuk jika penangkap anjing datang dan membunuh anjing tersebut.

Hassan telah memutuskan bahawa selagi dia masih hidup, dia akan melakukan apa sahaja untuk haiwan yang telah dia selamatkan. Dia juga turut mendapat sokongan penuh dari isteri serta anak-anaknya.

"Dari muda, saya telah mengajar mereka bahawa setiap kehidupan adalah berharga dan perlu dihormati, tidak kira apa jenis haiwan itu. Mereka sama seperti saya, mereka menghargai dan menghormati setiap kehidupan."

"Pada mulanya saya hanya memberi makan kepada anjing-anjing di luar rumahnya. Namun jiran-jirannya tidak menyukai dan sering membuat aduan," katanya.

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membiarkan haiwan tersebut tinggal di dalam rumahnya untuk mengelakkan masalah.

Beliau pernah menyelamatkan seekor anjing yang diberi nama Cindy, yang ditemui dalam keadaan kakinya yang patah dan sangat kurus.

Sejak itu, ia meningkat kepada lebih 20 ekor anjing, yang menyebabkan jiran-jirannya menimbulkan rasa kurang selesa mengenai keadaan itu lagi.

"Ada jirannya yang berusia 20 tahun datang ke rumah saya untuk memberitahu saya bahawa menyentuh dan menyelamatkan anjing menentang kepercayaan agama saya tetapi saya tidak bersetuju. Anjing juga dicipta oleh Allah." katanya.

Tidak dengan itu, jirannya membuat aduan kerana dia membela terlalu banyak anjing. Dia yang tiada pilihan lain terpaksa berpindah ke tempat lain. Dia cuba menyewa tempat lain tetapi mereka tidak bersetuju dengan bayaran sewa. Akhirnya, dia berjaya mencari tempat yang sesuai tetapi pada masa ini ia masih dalam pengubahsuaian.

"Saya hampir menggunakan keseluruhan wang pencennya untuk mendapatkan pelindungan untuk mereka. Saya juga sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah demi menambah kos pelindungan haiwan tersebut," jelasnya.

Sumber - World Of Buzz

Suspek Bunuh, Bakar Dibawa Ke Lokasi Kejadian

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


KUALA LANGAT: Suspek bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu, dibawa ke lokasi kejadian, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek yang ditahan awal pagi semalam, di Taman Pusat Kepong, tiba kira-kira jam 11 pagi tadi sebelum beredar dua jam kemudian.

Katanya, tindakan membawa suspek ke lokasi berkenaan adalah bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap perbuatannya itu.

"Polis turut membawa juru isyarat kerana suspek bisu. Siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Suspek berusia 38 tahun yang juga teman lelaki kepada anak bongsu mangsa, tiba diiringi beberapa anggota selain tangan digari dan memakai penutup muka.

Dalam kejadian jam 6.30 Rabu lalu, satu keluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Mangsa adalah Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73, dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun.

- BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 17, 2017 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dr Rafidah - Ponstan, Voltaren Risiko Ke Buah Pinggang
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot

Bila sakit sangat, ramai suka amik jalan mudah. Telan ubat tahan sakit. Tahan sekejap lepas tu sakit datang balik. Dr rafidah dalam tweet menyatakan selesaikan masalah penyakit tersebut dan jangan terlalu mengambil ubat tahan sakit kerana ia berisiko ke buah pinggang. Logiknya kalau makan terlalu kerap, ia berisiko buah pinggang rosak.

So jaga kesihatan!

Boikot Coca-Cola Menjejaskan Rakyat Malaysia Sendiri ?
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot

Gesaan golongan tertentu agar orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya menjejaskan penduduk tempatan, kata Pengurus Negara Coca-Cola Malaysia, Ahmed Yehia

Coca-Cola telah melabur RM1 bilion sejak 2010 dan mewujudkan lebih 800 pekerjaan serta lebih 200,000 pelanggan di seluruh negara.
Sebarang gesaan untuk memboikot produk Coca-Cola akan menjejaskan pekerja tempatan serta ribuan peruncit, pengedar, pembekal dan mereka yang berkaitan dalam rangkaian pengedaran kami yang bergantung hidup dengan kami sebagai punca pendapatan.

Coco-Cola adalah jenama global, tetapi operasi pengeluaran dijalankan pekerja tempatan.

Sumber : SinarHarian

Teknik Couching Sudah Diharamkan Kerana Boleh Menyebabkan Pesakit Buta
siakapkeli.my

Pengamal aktiviti 'couching' yang didakwa menjadi alternatif untuk merawat penyakit katarak akan diambil tindakan dan dipantau oleh semua Jabatan Kesihatan negeri masing-masig.

'Couching' merupakan teknik menolak lensa mata ke bahagian 'cavity vitreous' yang didakwa mampu merawat penyakit katarak dengan aktiviti itu dilapor viral di media sosial.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, sebelum ini amalan teknik terbabit sudah diharamkan serta sudah disahkan tidak mampu merawat penyakit katarak.

Jelasnya, teknik 'couching' itu dikatakan mampu memberi kesan lebih buruk kepada peaskit dalam jangka masa panjang termasuk menyebabkan buta.

"Pesakit katarak juga dinasihat mendapatkan nasihat pakar perubatan dan menjalani pembedahan di hospital dengan keseluruhan prosesnya hanya mengambil masa hampir 30 minit sahaja.

"Teknik 'couching' ini tak diiktiraf, selain dikhuatiri akan menyebabkan keadaan mata pesakit bertambah buruk jika melakukannya. Ini kerana bahagian mata sangat kompleks dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Sementara itu, Dr Hilmi turut mengesahkan pihaknya masih tidak menerima laporan berhubung sebarang jangkitan ke atas bayi yang didapati minum susu formula tiruan yang dijual di pasaran.

"Kita sudah mengambil beberapa sampel susu formula tiruan yang dijual di pasaran bagi mengenal pasti bendasing yang terdapat dalam bahan makanan bayi itu.

"Bagaimanapun, aktiviti pemantauan penjualan susu formula tiruan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), selain bersedia menjalin kerjasama bagi membanteras isu ini," katanya.

Sumber - Berita Harian

Kilang Mi, Kuetiau Tiada Sijil Halal Sah Diserbu

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang pada Khamis menyerbu sebuah kilang memproses mi dan kuetiau di Mak Mandin, di sini kerana menyalah guna logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bertindak hasil maklumat daripada orang awam yang curiga dengan status halal produk yang dikeluarkan kilang itu, sepasukan penguatkuasa KPDNKK Seberang Perai Utara (SPU) bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu premis berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ketua Cawangan KPDNKK SPU, Zalina Aziz berkata, ketika serbuan ke atas kilang itu terdapat beberapa pekerja sedang membungkus mi dan kuetiau menggunakan plastik tertera logo halal.

Katanya, siasatan awal mendapati produk mi dan kuetiau yang dikeluarkan premis terbabit dipasarkan sekitar Pulau Pinang.

"Produk berkenaan dibungkus menggunakan plastik tertera logo halal JAKIM tetapi pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sijil halal sah.

"Berikutan itu, kami menyita 175.1 kilogram plastik bercetak logo halal dan 15,600 keping pelekat logo halal dari premis berkenaan," katanya di sini, Khamis.

Zalina berkata, pihaknya turut mengarahkan kilang itu untuk memberhentikan kerja-kerja memproses mi dan kuetiau sehingga siasatan dijalankan selesai.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya turut mengambil keterangan pemilik premis berkenaan berusia 50-an untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. - Bernama

4 lelaki berputih mata, penduduk bongkar cubaan curi kerbau

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki dipercayai anggota geng curi lembu dan kerbau berpura-pura memancing ikan di Sungai Kulim, sebelum menyumpit kerbau milik penduduk yang ditambat di tepi sungai berkenaan di Kubang Semang, hari ini.

Geng itu yang dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey untuk mencuri haiwan peliharaan penduduk.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kubang Semang, Saidin Yaakob berkata, sambil memancing, mereka menyumpit kerbau dipercayai dengan ubat pelali bagi melemahkan haiwan itu sebelum disumbat dalam MPV untuk melarikannya.

Bagaimanapun, katanya, gelagat 4 lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu dilihat seorang remaja yang kemudiannya memaklumkan penduduk kampung sebelum mereka cuba menahan geng berkenaan.

"Mereka yang bersenjatakan parang itu panik selepas melihat penduduk kampung, bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kerbau dalam MPV.

"Empat lelaki itu bagaimanapun bertindak mencuri 2 motosikal penduduk ketika cuba melarikan diri. Kerbau yang cuba dilarikan tersebut berharga RM7,000 hingga RM8,000," katanya.

Saidin berkata, pemilik kerbau berusia 50-an itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan beliau pernah kehilangan 3 ekor lembu, Ramadan lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, polis turut menerima laporan daripada pemilik kerbau berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dan polis percaya 4 lelaki itu merupakan anggota sindiket mencuri lembu dan kerbau.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Dec 17, 2017 7:47 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Islam dan kos sara hidup

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


FIRMAN Allah:

۞وَلَوۡ بَسَطَ ٱللَّهُ ٱلرِّزۡقَ لِعِبَادِهِۦ لَبَغَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٖ مَّا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرُۢ بَصِيرٞ ٢٧ وَهُوَ ٱلَّذِي يُنَزِّلُ ٱلۡغَيۡثَ مِنۢ بَعۡدِ مَا قَنَطُواْ وَيَنشُرُ رَحۡمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلۡوَلِيُّ ٱلۡحَمِيدُ ٢٨ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَآبَّةٖۚ وَهُوَ عَلَىٰ جَمۡعِهِمۡ إِذَا يَشَآءُ قَدِيرٞ ٢٩ وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٖ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖ ٣٠ الشورى.

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata. (27) Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmat-Nya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsan-Nya), lagi Yang Maha Terpuji. (28) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya). (29) Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu). (30)" (Surah As-Syura: 27-30)

Tajuk kos sara hidup menjadi perbincangan hangat hari ini, khususnya apabila sangat membebankan kehidupan rakyat sehingga pendapatan tidak mampu menanggung perbelanjaan hidup seharian. Kalaulah yang berpendapatan sederhana yang besar jumlahnya mengeluh, apatah lagi kalangan berpendapatan rendah yang sangat besar juga jumlahnya, penganggur dan golongan kurang upaya. Ia tidak mengira yang bergaji atau bekerja sendiri juga menghadapi bebanan yang sama.

Lebih malang kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar. Semakin besar bandar yang dinaik taraf khususnya apabila disebut bandar raya, semakin berat bebanannya. Petani dan nelayan pula menghadapi peniaga dan penyangak yang juga membebankan kos sara hidup bagi mendapat keperluan yang bukan kerjanya.

Tanpa mengira pelbagai sebab dan punca yang berlaku sehingga meningkatnya kadar inflasi yang melibatkan apa sahaja barangan, perkhidmatan, kejatuhan nilai mata wang, pengurusan, kuasa membeli dan lain-lain atau melibatkan kerajaan, kalangan rakyat dan penggiat ekonomi, semuanya wajib dilakukan muhasabah yang semestinya ditangani oleh semua pihak supaya melakukan islah dan perubahan.

Banyak pihak telah mengulas dan melakukan analisis, serta mengemukakan pandangan yang lebih dipengaruhi oleh teori barat dalam aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan yang memisahkan semuanya daripada agama yang menegaskan kewajipan menghitung dosa dan pahala di sisi Allah dalam semua kegiatan manusia, seperti yang ditegaskan oleh ajaran Islam, bahawa semua urusan cara hidup ada kaitan dengan agama.

Ayat-ayat Al-Quran yang disebut di atas menegaskan betapa kebijaksanaan Allah mentadbir manusia, bukan sekadar menurunkan hidayah-Nya yang dapat dibaca, bahkan manusia juga dikurniakan akal, pancaindera, ilmu dan kemampuan jasad serta rezeki yang cukup secara saksama dan adil.

Sebenarnya manusialah melakukan kesalahan dalam urus tadbir kehidupan mereka, kerana menggunakan akal semata-mata tanpa moral yang luhur apabila meninggalkan hidayah Allah, khususnya sifat mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan masyarakat, sifat tamak haloba mengejar keuntungan tanpa simpati terhadap pengguna, sifat bakhil terhadap orang lain, sanggup boros dan membazir dalam kalangan orang kaya kerana hidup bermewah-mewah tanpa peduli kesannya terhadap golongan miskin. Semuanya memberi kesan negatif kepada ekonomi berkeluarga dan bermasyarakat, khususnya apabila mengundang kos sara hidup yang tidak saksama dengan pendapatan.

Para ulama Islam yang tersohor seperti Ibnu Khaldun, Al-Syatibi dan lain-lain telah menghuraikan aspek tersebut, bukan sahaja untuk zamannya, bahkan meredah masa hadapan ke zaman kita, sehingga menangani masyarakat manusia seluruhnya dengan rezeki yang melimpah ruah tetapi berlaku kesan yang negatif, apabila tanpa mengira perhitungan iman dan akhlak. Namun, Allah menangguhkan balasan akhirnya di Hari Akhirat dengan didahulukan fenomena hidup di dunia supaya sedar dan insaf. Allah berfirman:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤١ الروم

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah Ar-Rum: 41)

Para ulama telah membahagikan kehidupan manusia dengan pembahagian mengikut konsep Al-Dharuriyyat, Al-Hajiyyat, Al-Tahsiniyyat dan Al-Tarafiyyat yang mencakupi aspek kehidupan manusia dan secara khusus juga sangat mempengaruhi aspek ekonomi dan cara kehidupannya dalam lapangan individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Al-Dharuriyyat adalah perkara asas yang perlu dalam keperluan hidup seperti makanan asasi, pakaian dan rumah kediaman, iaitu sekadar dapat hidup walaupun tanpa kesenangan. Keperluan makanan sekadar mengisi perut untuk meneruskan kehidupan, pakaiannya pula sekadar menahan badan daripada udara dan cuaca yang menganggu kesihatan dan menjaga maruah dengan menutup aurat. Kediaman yang cukup bagi tempat menetap dan beristirehat untuk diri dan keluarga, walaupun tanpa punya kenderaan sendiri kerana sudah ada kemudahan pengangkutan kegunaan umum.

Al-Hajiyyat adalah penambah baikan yang diperlukan bagi memberi keselesaan sekadar yang cukup, seperti keperluan perasa gula dan garam, manis dan pedas kepada makanan. Pakaian tambahan dan mengikut musim cuacanya, ada kemudahan bekalan air, elektrik dan ada kenderaan dan lain-lain sekadar yang dihajati.

Al-Tahsiniyyat adalah penambah hiasan supaya lebih menarik dan menghiaskan dalam semua keperluan di atas, seperti memperbagaikan makanan, pakaian dan menghias rumah dan halamannya.

Al-Tarafiyyat adalah kemewahan yang melampaui batas, seperti makanan dan pinggan mangkuk termahal yang diimport, kediaman istana dan mahligai yang besar dan lebih daripada satu, ada yang berpaip airkan emas, kenderaan paling mahal dan jumlah yang banyak melampau, sehinggalah mengimport pemain bola sepak dari luar negara dengan kos berjuta-juta dalam kegiatan sukan. Aspek ini kurang disebut kerana melibatkan segelintir golongan atasan yang berkuasa dan berpengaruh.

Allah menunjukkan konsep kesederhanaan hidup dalam diri, keluarga dan negara dengan firman-Nya:

وَلَا تَجۡعَلۡ يَدَكَ مَغۡلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبۡسُطۡهَا كُلَّ ٱلۡبَسۡطِ فَتَقۡعُدَ مَلُومٗا مَّحۡسُورًا ٢٩ إِنَّ رَبَّكَ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرٗا ٣٠ الإسراء

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil) dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. (29) Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (30)" Surah Al-Isra': 29-30)

Apa yang menjadi masalah apabila manusia sendiri merungkai tertibnya, sehingga perkara Al-Hajiyyat dan Al-Tarafiyyat sudah diangkat menjadi Al-Dharuriyyat, menyebabkan golongan yang mengejar keuntungan yang besar banyak mengeluarkannya, dan mengurangkan pengeluaran Daruriyat sehingga terpaksa diimport dari luar negara, khususnya melibatkan makanan asasi.

Di samping itu, sumber dalam negara sendiri pula di eksport ke luar negara dan tidak diurus dengan baik, kemudian mengimportnya semula dan dikebas dengan mengenakan cukai oleh kerajaan apabila menangani krisis kewangan, sehingga disalahlakukan oleh para peniaga kerana sifat tamak haloba. Daripada pihak yang pertama sehingga yang menjadi orang tengah memaksa penjual runcit menaikkan harga barang.

Tanggungjawab memperbaiki sikap perangai manusia dan peranan politik yang mentadbir serta penggiat ekonomi sangat mempengaruhi pengeluaran dan pasaran.

Ibnu Khaldun pernah menyebut apabila pihak pemerintah dan kroni terlibat dalam banyak perniagaan akan merosakkan perjalanan ekonomi dan kehidupan rakyat, sehingga sekarang ada yang memiliki bot laut dalam dan pekerja asing yang mengacau nelayan miskin di pesisir pantai.

Kerajaan boleh mengendalikan sumber Daruriyyat dalam perkara yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W.

الناس شركاء في ثلاثة: الماء والنار والكلأ

"Manusia itu bersama dalam tiga keperluan asas: air, api dan rumput (padang ragut)."

Hadis ini disebut oleh para ulama Siyasah Syariyyah berkait dengan sebab, realiti dan situasi mengikut zaman. Zaman terkini sudah berubah kepada keperluan asas makanan, kediaman, pendidikan, kesihatan, perhubungan dan lain-lain.

Ini menunjukkan bahawa teori penswastaan yang dipraktikkan oleh pemimpin sudah usang bagi meringankan bebanan kerajaan, apatah lagi dimonopoli oleh kroni politik yang boleh menjadi sebab yang mempengaruhi perkembangan negatif terhadap ekonomi seperti kadar inflasi yang meningkatkan harga barangan dan nilai matawang. Maka kerajaan sekarang perlu membuat kajian semula terhadap kesilapan yang lalu, kerana kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.

Islam juga memasukkan aspek rohani dalam mengawal dan menangani kemampuan yang berbeza dalam masyarakat dengan mewujudkan masyarakat yang bertimbang rasa dan bertolong-menolong, berpandukan firman Allah:

أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٖ دَرَجَٰتٖ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضٗا سُخۡرِيّٗاۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٞ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢ وَلَوۡلَآ أَن يَكُونَ ٱلنَّاسُ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗ لَّجَعَلۡنَا لِمَن يَكۡفُرُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ لِبُيُوتِهِمۡ سُقُفٗا مِّن فِضَّةٖ وَمَعَارِجَ عَلَيۡهَا يَظۡهَرُونَ ٣٣ وَلِبُيُوتِهِمۡ أَبۡوَٰبٗا وَسُرُرًا عَلَيۡهَا يَتَّكِ‍ُٔونَ ٣٤ وَزُخۡرُفٗاۚ وَإِن كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۚ وَٱلۡأٓخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُتَّقِينَ ٣٥ وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ ٣٦ الزخرف

"(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan Rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad S.A.W): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan Kami juga telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi daripada darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik daripada kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. (32) Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga), (33) Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga), (34) Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa. (35). Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.dengan pendapatan). (36)" (Surah Az-Zukhruf: 32-36)

Di antara perangai syaitan itu adalah membazir dalam penggunaan dan perbelanjaan yang boleh mempengaruhi pengeluaran yang tidak seimbang dengan pendapatan golongan sederhana dan rendah yang merupakan paling ramai jumlahnya dalam masyarakat.

Rasulullah S.A.W. juga mengajar akhlak bersimpati dalam kalangan peniaga yang menjual dan pengguna yang membelinya:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً سَمْحًا إِذَا بَاعَ، وَإِذَا اشْتَرَى، وَإِذَا اقْتَضَى) صحيح البخاري(

"Allah mengurniakan rahmat kepada seorang yang bersikap mudah dan bertimbangrasa apabila menjual, membeli dan mengendalikan tuntutan" (Sahih Bukhari)

Akhlak bertimbang rasa daripada semua pihak berkonsepkan persaudaraan kemanusiaan sangat penting kerana melahirkan simpati yang boleh mewujudkan kesimbangan yang adil di antara pendapatan, keperluan dan pengurusan. Seperti pendapatan, gaji dan upah yang mencukupi sara hidup dan kawalan terhadap kegiatan ekonomi seimbang seluruhnya.

Pihak kerajaan hendaklah campur tangan apabila wujudnya masalah rakyat yang mengganggu kehidupan mereka mengikut nas hukum syariat atau Siyasah Syariayah atau Maqasid Syariah.

Apabila berlakunya inflasi pada zaman Rasulullah S.A.W. dan ada permintaan supaya menghadkan harga barangan:

غلا السعر على عهد النبي صلى الله عليه وسلم. فقالوا يا رسول الله! سعر لنا فقال (إن الله هو المسعرالقابض الباسط الرزاق، وإنى لارجو أن القى ربى وليس أحد منكم يطلبني بمظلمة في دم ولا مال). (روه الخمسة إلا النسائي وقال الترمذي هذا حديث حسن صحيح)

"Telah berlaku kenaikan harga barangan pada zaman Rasulullah S.A.W, lalu mereka mengadu: Wahai Rasulullah! Tetapkan harga barangan. Sabda Rasulullah S.A.W: Allah yang menentukan rezeki, sama ada melimpah rezeki dan mengurangkannya. Dia Maha melimpah rezekinya. Aku mengharapkan bertemu Allah (di Akhirat nanti) tidak siapa yang menuntut terhadapku kerana menzalimi darah dan hartanya)."

Para ulama menegaskan bahawa hadis ini tidak mahu menghadkan harga barangan kerana dalam keadaan masyarakat yang sangat berakhlak. Apabila berlakunya keadaan masyarakat yang tidak berakhlak, maka kerajaan sendiri hendaklah mengambil tindakan yang bijaksana membetulkan keadaan berpandukan kaedah Siyasah Syariah berkonsepkan Maqasid Syariah dalam menentukan maslahah oleh kerajaan termasuk dalam perkara yang tidak dinaskan halal dan haramnya oleh Al-Quran dan Hadis:

عن عثمانَ رضِيَ اللهُ عنه قال: إنَّ اللهَ يزعُ بالسلطانِ ما لا يزعُ بالقرآن

"Sesungguhnya Allah mengizinkan tindakan oleh pihak yang berkuasa dalam perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran"

Juga berpandukan kaedah:

تصرف الإمام منوط بالمصلحة

"Tindakan imam terhadap rakyatnya harus dihubungkan dengan kemaslahatan."

Islam berbeza dengan teori Liberal Kapitalisma yang membebaskan kegiatan individu sehingga mengganggu kepentingan masyarakat umum. Islam juga berbeza dengan teori sosialisma dan Komunisma yang menganggu kebebasan individu, kononnya demi masyarakat umum. Islam berbeza dengan semua teori yang lahir daripada pragmatisma dan sekularisma yang memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia.

Islam tidak menghalang sesorang mengumpul kekayaan tetapi diwajibkan dengan cara yang halal dan bermoral luhur, namun diwajibkan juga menunaikan hak masyarakat dengan menunaikan zakat dan diwajibkan aktiviti-aktiviti lain yang mengambil harta, cara mengurus dan perbelanjaannya ada kaitan dengan akhlak serta perhitungan dosa dan pahala.

Maka semua langkah yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar diharamkan. Bukan sahaja haram zat barangan, bahkan termasuk juga pengurusannya. Bukan sahaja diwajibkan reda meredai dalam muamalat urus niaga dan lain-lain, bahkan diharamkan juga monopoli yang menyusahkan masyarakat seperti juga diharamkan riba, menipu, rasuah dan semua perkara yang membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat umum.

Imam Al Ghazali menegaskan:

الدين أس والسلطان حارس وما أس له فمهدوم وما لا حارس له فضائع

"Agama adalah asas dan pemerintah adalah pengawas. Apa-apa yang tiada asasnya menjadi runtuh dan apa-apa yang tiada pengawasnya menjadi hilang atau terbiar."

Ini menunjukkan bahawa menegakkan kebajikan dan mencegah kemungkaran bukan sahaja menjadi kewajipan individu, bahkan diwajibkan juga menegakkan kerajaan yang melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam semua kelakuan bermasyarakat termasuk gangguan kos sara hidup yang menjadi masalah bersama dan jangan hanya menjaga segelintir manusia demi kepentingan tertentu. Allah menegaskan dalam firman-Nya:

كَيۡ لَا يَكُونَ دُولَةَۢ بَيۡنَ ٱلۡأَغۡنِيَآءِ مِنكُمۡۚ وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧ الحشر

"Supaya harta (hasil negara) itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)." (Surah Al-Hasyr: 7)

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Rabiul Awal 1439 / 12 Disember 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: