Sunday, December 4, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3143

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Fw: Bila Ajal Tiba, Sewaktu Memandu Kereta Pun Mati Juga

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Dec 3, 2011 7:11 pm (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Bila Ajal Tiba, Sewaktu Memandu Kereta Pun Mati Juga
Posted by greenboc

Anak sangka bapa tidur

KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun menyangka bapanya tertidur ketika memandu sedangkan lelaki berkenaan sebenarnya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi Jalan Pedada, Taman Kota Jaya itu, Dina Alisa Lokman hanya mendiamkan diri apabila kepala bapanya, Lokman Ramlan, 42, tersandar pada tingkap sebelah pemandu sebelum Proton Wira Aeroback dipandu lelaki berkenaan berhenti perlahan-lahan.

Dia juga masih terus mendiamkan diri apabila orang ramai datang membantu dan hanya menangis selepas pasukan perubatan Hospital Kota Tinggi (HKT) yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan bapanya meninggal dunia.

Orang ramai menghubungi isteri mangsa, Yusniza Yusof, 37, yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan wanita berkenaan tiba ditemani rakan sekerja sebelum ibu Lokman, Dinah Abu Bakar, 68, sampai bersama kakaknya, Zaleha Ramlan, 49.

AJAL...keadaan Lokman yang tidak bernyawa tersandar pada cermin pintu pemandu.
Gambar kecil, Lokman, sakit jantung

Menurut Zaleha, Lokman pernah bekerja di sebuah bank di daerah berkenaan sebelum meletak jawatan setahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

"Lokman mengedar produk hasil pertanian kepada pekedai sekitar bandar ini. Dia tidak pernah mengadu sakit dan gigih bekerja," katanya yang ditemui di Unit Forensik HKT.

Menurut Zaleha, Dina yang juga anak kedua daripada empat beradik tidak faham dengan apa yang menimpa bapanya.

"Dina menyangka bapanya tertidur dan kerana itu dia mendiamkan diri sehinggalah menyedari bapanya sudah tiada lagi.

"Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian dan menganggapnya sebagai takdir," katanya.

Seorang lelaki yang enggan dikenali pula menyatakan Lokman serta Dina dilihat bersarapan di sebuah kedai berhampiran lokasi berkenaan sejam sebelum itu.

"Mangsa sempat membelikan aiskrim untuk anaknya sebelum mereka berlalu pergi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian.

"Setiba di Jalan Pedada, mangsa mendapat serangan jantung lalu memperlahankan kereta ke bahu jalan.

"Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian Lokman akibat serangan jantung dan jenazahnya dituntut ahli keluarga," katanya.

Jenazah Lokman dibawa pulang ke Kampung Bukit Lintang, Lukut, untuk dikebumikan. -hm

Ulasan GB

Sungguh mujur, kereta itu berhenti perlahan-lahan. Tidak membabitkan kemalangan.

Dan sungguh benar firman Allah:

"Apabila datang ajal mereka, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat".

Ibnu Muthi pada suatu hari memandang ke rumahnya yang tersergam indah dan berasa kagum tetapi kemudian ia menangis. Beliau berkata: "Andai kata kematian itu tidak wujud pasti aku akan lebih mencintaimu dan gembira memilikimu. Andai kata kita tidak akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sempit itu sudah tentu mata kita akan terpesona melihat harta dunia ini". Lalu beliau terus menangis.

Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.

Oleh kerana itulah, tazkiratul maut atau mengingati mati ini menjadi salah satu cara dalam pendidikan Islam dan manhaj pembentukan peribadi.

comments:

Anonymous said...
Innalillahiwainnailahirajiuun..

Anonymous said...
Alhamdulillah, dia meninggal dgn mudah dan tidak menyusahkan orang lain. Moga diampuni dan dirahmati oleh Allah swt.

AzMiR

Reformis Anak Muda said...
Innalillahiwainnailahirajiuun.. 'moral of the story'... di minta sahabat2 semua.. tolonglah pergi buat pemeriksaan doktor bila umur dah 40 tahun, terutamanya jantung. Minggu lepas sahabat aku usia 40 tahun meninggal, rebah atas padang main bola.

abang sayang negara said...
innalillah..mcm ni la berita yg betul2 kita mahu..ada berita..ada tazkirah..penuh pengajran..sy harapkn greenboc terus memberi berita2 manfaat..jika berita yg menghentam kerajaan pon..biar yg benar2 kukuh tntg rasuah,kroni,projek terbengkalai.ttp jika hanya tntg provokasi..baik greenboc elakkn drpd lama2 nnt dicemuh org sama seperti media massa arini..teruskan perjuangan menegakkan kebenaran n menentang kezaliman.
2.

Fw: Pemuda Maut Akibat Kren Tumbang

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Dec 3, 2011 7:28 pm (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Ngeri - Pemuda Cina Maut Akibat Kren Tumbang
azwandengkil

Assalamualaikum WBT,

Sangat mengerikan. Kejadian berlaku di Cyber Valley Dengkil lebih kurang jam 12.30 tghhari tadi sebelum solat Jumaat. Sebuah kren yang digunakan untuk memasang papantanda di sebuah premis perniagaan di lokasi terbabit telah tumbang dan pekerja yang berada diatas kren tersebut turut terhumban serta jatuh di atas kerb jalan yang mengakibatkan kecederaan parah dikepala dan beberapa bahagian badan yang lain hingga menyebabkan kematiannya. Berikut adalah gambar dilokasi kejadian ihsan dari Brader Che Kok.

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Learn about issues

Find support

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

Friday, December 2, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3142

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Fw: Modal RM5.945 bilion, Kutip RM24.266 bilion

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Dec 1, 2011 7:33 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Tol: Modal RM5.945 bilion, Kutip RM24.266 bilion

selatanonline
Kiriman -NSA-

"KUALA LUMPUR - Kerajaan pusat Barisan Nasional jelas tidak adil dan tidak berhati nurani kerana masih membenarkan syarikat-syarikat pengendali lebih raya terus mengutip tol walau pun mereka sudah pun mengaut keuntungan yang amat besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan BN melalui jawapan bertulis Parlimen telah mengakui bahawa syarikat pengendali tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) yang telah membelanjakan RM5.945 bilion untuk pembinaan lebuh raya itu telah memperolehi RM24.266 bilion daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan sehingga 31 Disember 2010.

Katanya, ia menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan RM18.321 bilion setakat 31 Disember 2010 daripada pelaburan asal.

"Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol?

"Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta sedangkan hasil kutipannya sudah pun tiga kali ganda pelaburan asal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, keadaan yang sama berlaku kepada Jambatan Pulau Pinang yang dikuasai kerajaan pusat telah mengutip RM1.859 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu ia mencatatkan lebihan RM924 juta.

Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, katanya, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta, dengan kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta.

"Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038, malah kutipan tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat di Pulau Pinang menjadi mangsa keputusan kerajaan BN melanjutkan kutipan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sehingga akhir tahun 2038, dan bukannya tarikh luput asal pada tahun 2021.

Menurutnya, rakyat juga dihukum atas perkara yang sama untuk (BKE) yang turut dilanjutkan tempoh tol 11 tahun kepada tahun 2038 berbanding tarikh luput asal tahun 2026.

"Ini telah dilakukan supaya kenaikan kadar tol untuk lima lebuh raya lain dibeku selama lima tahun. Tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua Malaysia-Singapura, " tambahnya.

Justeru, Guan Eng mencabar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut setelah Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa beliau (Guan Eng) bersikap "double-standards" dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.

"Saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan "double-standards" apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat," katanya

PENGECUALIAN PAMPASAN TOL ~ SEMAKAN SEMULA TERMA KONSESI

Lebuhraya Sekarang hingga 2015 Struktur tol Semasa Struktur tol baru Tarikh luput semasa konsesi Tarikh luput baru konsesi
NSE Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun 5% pada 2016 and setiap tiga tahun selepas Dec 31, 2038
Elite Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun May 31, 2030
Linkedua Tiada kenaikan 25% setiap lima tahun Dec 31, 2038
BKE Tiada kenaikan 15% - 25% setiap lima tahun June 27, 2026
Penang Bridge Tiada kenaikan 10% setiap lima tahun Tiada kenaikan Dec 31, 2021 Dec 31, 2038

Menurut Guan Eng, semakan semula terma konsesi seperti di atas bukanlah satu keadaan "menang-menang" bagi semua pihak kerana ia hanya satu kemenangan besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja.

Beliau hairan bagaimana menteri berkenaan tetap mendakwa bahawa semakan semula perjanjian tol itu membawa manfaat kepada rakyat melalui pembekuan kenaikan kadar tol, sedangkan kenaikan kadar tol tersebut sebenarnya menyamar di sebalik lanjutan tempoh tol.

"Kesannya mungkin tidak dirasai sekarang, tetapi kesakitannya akan berlanjutan selama 17 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang dan 11 tahun bagi BKE," tambah beliau. -Roketkini.com"

Posted by CucUtAlIb
2.

Fw: Toyota perkenal kereta telefon pintar

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Dec 1, 2011 8:06 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Toyota perkenal kereta telefon pintar

selatanonline
Kiriman cermin_muka

" PRESIDEN syarikat Toyota Motor Corp., Akio Toyoda bergambar di sisi kereta konsep dan skuter yang ditunggang sambil berdiri, Winglet di Tokyo semalam.

Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".
Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.

Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.

"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.

Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. - Agensi

Idhamlim

Posted by CucUtAlIb
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Find support for

Mental illnesses

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

Thursday, December 1, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3141[3 Attachments]

Messages In This Digest (6 Messages)

Messages

1a.

NEW NEOSOCKET Fuel Economizer - Save Gas 10%-30% (Agen Negeri di per

Posted by: "Razali Bin Md Yusoff" razali.mdyusoff@osram-os.com

Wed Nov 30, 2011 7:04 am (PST)





Salam Tuan Mod

Agen Negeri & kawasan diperlukan segera...call 016-4831769 untuk harga
agen & maklumat lanjut (Perempuan pun boleh buat)

NEW NEOSOCKET Fuel Economizer - Save Gas 10%-30% NEO SOCKET .

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KERETA & SKUTER SYM ... MUDAH START & TOP SPEED

http://www.youtube.com/watch?v=O8BA1y3ChAs&feature=related

Neo Socket is the latest technology, a breakthrough invention and
patented device that could save fuel consumption by 10-30%.

Neo Socket also helps improve car's engine acceleration and the
performance of on board equipment such as stereo, air-condition and
lights. It also provides more horse power, longer battery life and
higher throttles response. Neo Socket, gives cars cleaner emission and
helps reduce carcinogenic emissions that are responsible for Global
Climate Changes (GCC). That means less pollution and more clean air. Neo
Socket is proven safe, convenient and easy to use. Just plug-in into the
12V cigarette lighter of your car and Neo Socket starts working
instantly.

Increased Gas Mileage
Lower emission
Save on gas by 20%
Hi-Grade (Blue)
Cleaner emission
More horse power
Longer battery life
Too easy to use and start working instantly

How To USE
1. Insert Neosocket into cigarette lighter socket.
2. The light turns ON (May be you need to turn on the engine at this
time
3. Start driving

FAQ
1. Does this work for Gas/Fuel engines only?
It does work for Gas/Fuel as well as diesel engines.

2. How does this works?
Just plug-in into the 12V cigarette lighter of your car and Neo Socket
starts working instantly.

3. Does this work for 24V?
No, Neosocket only works for 12V cigarette socket only.

4. Does it have a fuse?
Yes, it does have a fuse.

5. Does Neosocket work if attached to cigarette socket adapters?
Yes, it does work if attached to cigarette socket adapters

Testimony:

1. Salam,

Saja nak kongsi pengalaman guna Neo Socket ni... battery kereta saya
guna dari tahun 2008 (dekat 3 tahun dah). Dua bulan sudah bateri saya
dah mula lemah dan susah nak start waktu pagi... Bila saya mula pakai
NEO Socket ni, lepas 2 hari kekuatan bateri kembali seperti biasa, mudah
hidupkan enjin dan yang paling ketara, pickup & topspeed cepat. Mile
ledge pun betambah lebih kurang 10~20km extra...kira berbaloi la pakai
NEO Socket ni...Modal hanya RM50 dan saya dapat pemjimatan petrol secara
berterusan, tidak sepeti sesetengah produk voltage stabilizer yang
harganya mencecah sehingga ratusan RM seunit... Nak pakai pun risau
takut dak dak kesan... Dengan Neo Socket radio kereta saya lebih clear,
lampu lebih terang, mudah start, aircond pun cepat sejuk... nak transfer
ke motor SYM pun boleh ....kira berbaloi-baloi... (Li Penang)

2. Bro,

Neo Socket ni nampak simple jer tapi bila pasang pickup dan response
pada throttle lebih cepat dari dulu... saya guna Gen2 Auto. Dulu pinckup
agak lembap jer...Sekarang saya mula ada keyakinan terutamanay ketika
nak memotong...Zoom...Lepas ni nak pasang Surbo pulak...stok ada? (Man -
Kulim)

3. Salam bro Zali,

Saya guna Naza Ria NGV. Hari tu try beli 1 unit Neo Socket pasang pada
MPV saya, response pickup dan penjimatan bahan api ada
improvement...Saya dapat lebih km dari sebelum ini. Kini saya tambah
lagi 1 unit Neo Socket (jadi twin Neo Socket ), pickup & response lebih
baik, macam guna bahan api petrol. Neo Socket memang best. Nak jadi
agen boleh? (Hadi KL)

4. Hi,

I've received your Neo Socket yesterday, TQ. Now already installed in my
Alza and I can feel the response to my pickup increased and more power
to climb the hill on my way to Cameron Highland very smooth even I bring
my family along (full load). Now I'm on top on Cameron Highland...
Enjoying my holiday. Tq for your Neo Socket. (Suezie - Ipoh)

Neo Socket is the latest technology, a breakthrough invention and
patented device that could save fuel consumption by 10-30%. The 100%
Japanese made device was first launched in Hokkaido, Japan and it is
presently being used in the United States, Canada, Australia,United
Kingdom, Germany, France, Middle East and Asia.

Neo Socket also helps improve car's engine acceleration and the
performance of on board equipment such as stereo, air-condition and
lights. It also provides more horse power, longer battery life and
higher throttles response. Neo Socket, gives cars cleaner emission and
helps reduce carcinogenic emissions that are responsible for Global
Climate Changes (GCC). That means less pollution and more clean air. Neo
Socket is proven safe, convenient and easy to use. Just plug-in into the
12V cigarette lighter of your car and Neo Socket starts working
instantly.

Electrolysis Condenser / Capacitor

Is a passive electrical component that can store energy in the electric
field between a pair of conductors (called "plates"). The process of
storing energy in the capacitor is known as "charging", and involves
electric charges of equal magnitude, but opposite polarity, building up
on each plate. A capacitor's ability to store charge is measured by its
capacitance, in units of farads.

Capacitors are often used in electric and electronic circuits as
energy-storage devices. They can also be used to differentiate between
high- frequency and low-frequency signals. This property makes them
useful in electronic filters. Practical capacitors have series
resistance, internal leakage of charge, series inductance and other
non-ideal properties not found in a theoretical, ideal, capacitor.

A capacitor consists of two conductive electrodes, or plates, separated
by a dielectric, which prevents charge from moving directly between the
plates. Charge may however move from one plate to the other through an
external circuit, such as a battery connected between the terminals.

Dieletric in center

When any external connection is removed, the charge on the plates
persists. The separated charges attract each other, and an electric
field is present between the plates. The simplest practical capacitor
consists of two wide, flat, parallel plates separated by a thin
dielectric layer.

Energy Storage

A capacitor can store electric energy when disconnected from its
charging circuit, so it can be used like a temporary battery. Capacitors
are commonly used in electronic devices to maintain power supply while
batteries are being changed. (This prevents loss of information in
volatile memory.)

In car audio systems, large capacitors ranging from .5 to over 100
farads are used to store energy for the amplifier to use on demand.

Somewhat Like a Battery

Capacitors act like tiny storage batteries that charge and discharge
rapidly. Made of two plates separated by a thin insulator or sometimes
air, when one plate is charged negative and the other positive, a charge
builds up and remains after the current is removed. When power is
required, the circuit is switched to conduct current between the plates,
and the charge is released. See ultracapacitor.

Agen Negeri & kawasan diperlukan segera...call 016-4831769 untuk harga
agen & maklumat lanjut

Pulau Pinang - 016-4831769 (Zali)

Butterworth / Sg Dua / Kulim - 0124621882 (Uzir)

Kepala Batas/ Sg Petani - 0135131510 (Am)

Shah Alam / KL / Seremban - 0129319464 (Hadi)

Selangor /Shah Alam - 0192764645 (Azmi Oilyman)

Puchong /KL - 0173620557 (Jasmoni)

Subang Jaya/ Lembah Kelang / Puchong / KL - 012-2909066 (Mohd)

Kuala Lumpur - 019-3149137 (Afzai)

Pahang - 019-9310217 (Malek)

Perak / Ipoh - 012-5006650 (Azizan)

Perak / Ipoh - 012-5617805(Loh)

Alor Setar -

Kulim - 014-7555058

Kangar/ Perlis -

Johor -

Terengganu - 012-2909066 (Mohd)

Kelantan - 012-2909066 (Mohd)

Sabah -

Sarawak -

Harga Promosi RM55 sahaja. (POSLAJU + RM5)

Tempahlah sekarang pada harga promosi ini

Bagi Luar Kawasan Pulau Pinang boleh order melalui Online. Sila Bank in
ke akaun dibawah dan sms saya jenis barang yang hendak ditempah.

Maybank- 107143131880 ( Razali Md Yusoff)

Atau

CIMB - 07140119007524 ( Razali Md Yusoff)

Setelah pembayaran dibuat,sila sms ke 016-4831769 (Zali)

1. nama anda

2. no transaksi

3. masa bayaran

4. tarikh bayaran

5. Alamat anda

2a.

CARI RIM 14 INCHI ASAL UNTUK VAN TOYOTA HIACE

Posted by: "Aziz" maman6548@yahoo.com.my   maman6548

Wed Nov 30, 2011 7:05 am (PST)



Selamat Sejahtera Semua.
Kepada sahabat2 yang boleh tolong saya dapatkan rim 14 inchi 5 lubang untuk van toyota hiace.Sebelum ini saya guna rim 16 inchi.Saya harap sahabat2 di sini dapat membantu.
Terima kasih.

2b.

Re: CARI RIM 14 INCHI ASAL UNTUK VAN TOYOTA HIACE

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Wed Nov 30, 2011 9:28 pm (PST)



as salam,

Bang Aziz, toyota hiace to ada specific model ape2 tak ? Insyallah kalau saya 'ter' ke kedai potong, boleh tolong tanyakan sekali.

 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: Aziz <maman6548@yahoo.com.my>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, November 30, 2011 9:18 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - CARI RIM 14 INCHI ASAL UNTUK VAN TOYOTA HIACE


 
Selamat Sejahtera Semua.
Kepada sahabat2 yang boleh tolong saya dapatkan rim 14 inchi 5 lubang untuk van toyota hiace.Sebelum ini saya guna rim 16 inchi.Saya harap sahabat2 di sini dapat membantu.
Terima kasih.

3.

Fw: lawak

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed Nov 30, 2011 7:57 am (PST)

[Attachment(s) from ::-eSpAcE 9808-:: included below]

----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

----- Original Message -----
From: "ABD. JALIL BIN OTHAMAN" <jalil@sirim.my>

-----Original Message-----
From: Mohd Fazil Abdul Rahaman [mailto:arfazil@malaysiaairlines.com]

From: Mohammed Tang Chik

Subject: lawak

Attachment(s) from ::-eSpAcE 9808-::

1 of 1 File(s)

4.

Fw: great ideas

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed Nov 30, 2011 8:01 am (PST)

[Attachment(s) from ::-eSpAcE 9808-:: included below]

----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

----- Original Message -----
From: "ABD. JALIL BIN OTHAMAN" <jalil@sirim.my>

-----Original Message-----
From: Mohd Fazil Abdul Rahaman [mailto:arfazil@malaysiaairlines.com]

From: Mohammed Tang Chik

Subject: great ideas

Attachment(s) from ::-eSpAcE 9808-::

1 of 1 File(s)

5.

Fw: Berjalan tengah jalan lebih selamat dari tepi jalan.

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed Nov 30, 2011 8:02 am (PST)

[Attachment(s) from ::-eSpAcE 9808-:: included below]

----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

----- Original Message -----
From: roslan mohd

Subject: Berjalan tengah jalan lebih selamat dari tepi jalan.

Attachment(s) from ::-eSpAcE 9808-::

1 of 1 File(s)

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Y! Groups blog

the best source

for the latest

scoop on Groups.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.