Messages In This Digest (2 Messages)
- 1.
- Fw: Bila Ajal Tiba, Sewaktu Memandu Kereta Pun Mati Juga From: ::-eSpAcE 9808-::
- 2.
- Fw: Pemuda Maut Akibat Kren Tumbang From: ::-eSpAcE 9808-::
Messages
- 1.
-
Fw: Bila Ajal Tiba, Sewaktu Memandu Kereta Pun Mati Juga
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sat Dec 3, 2011 7:11 pm (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Bila Ajal Tiba, Sewaktu Memandu Kereta Pun Mati Juga
Posted by greenboc
Anak sangka bapa tidur
KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun menyangka bapanya tertidur ketika memandu sedangkan lelaki berkenaan sebenarnya meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi Jalan Pedada, Taman Kota Jaya itu, Dina Alisa Lokman hanya mendiamkan diri apabila kepala bapanya, Lokman Ramlan, 42, tersandar pada tingkap sebelah pemandu sebelum Proton Wira Aeroback dipandu lelaki berkenaan berhenti perlahan-lahan.
Dia juga masih terus mendiamkan diri apabila orang ramai datang membantu dan hanya menangis selepas pasukan perubatan Hospital Kota Tinggi (HKT) yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan bapanya meninggal dunia.
Orang ramai menghubungi isteri mangsa, Yusniza Yusof, 37, yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan wanita berkenaan tiba ditemani rakan sekerja sebelum ibu Lokman, Dinah Abu Bakar, 68, sampai bersama kakaknya, Zaleha Ramlan, 49.
AJAL...keadaan Lokman yang tidak bernyawa tersandar pada cermin pintu pemandu.
Gambar kecil, Lokman, sakit jantung
Menurut Zaleha, Lokman pernah bekerja di sebuah bank di daerah berkenaan sebelum meletak jawatan setahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.
"Lokman mengedar produk hasil pertanian kepada pekedai sekitar bandar ini. Dia tidak pernah mengadu sakit dan gigih bekerja," katanya yang ditemui di Unit Forensik HKT.
Menurut Zaleha, Dina yang juga anak kedua daripada empat beradik tidak faham dengan apa yang menimpa bapanya.
"Dina menyangka bapanya tertidur dan kerana itu dia mendiamkan diri sehinggalah menyedari bapanya sudah tiada lagi.
"Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian dan menganggapnya sebagai takdir," katanya.
Seorang lelaki yang enggan dikenali pula menyatakan Lokman serta Dina dilihat bersarapan di sebuah kedai berhampiran lokasi berkenaan sejam sebelum itu.
"Mangsa sempat membelikan aiskrim untuk anaknya sebelum mereka berlalu pergi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik mengesahkan kejadian.
"Setiba di Jalan Pedada, mangsa mendapat serangan jantung lalu memperlahankan kereta ke bahu jalan.
"Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian Lokman akibat serangan jantung dan jenazahnya dituntut ahli keluarga," katanya.
Jenazah Lokman dibawa pulang ke Kampung Bukit Lintang, Lukut, untuk dikebumikan. -hm
Ulasan GB
Sungguh mujur, kereta itu berhenti perlahan-lahan. Tidak membabitkan kemalangan.
Dan sungguh benar firman Allah:
"Apabila datang ajal mereka, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat".
Ibnu Muthi pada suatu hari memandang ke rumahnya yang tersergam indah dan berasa kagum tetapi kemudian ia menangis. Beliau berkata: "Andai kata kematian itu tidak wujud pasti aku akan lebih mencintaimu dan gembira memilikimu. Andai kata kita tidak akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sempit itu sudah tentu mata kita akan terpesona melihat harta dunia ini". Lalu beliau terus menangis.
Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.
Oleh kerana itulah, tazkiratul maut atau mengingati mati ini menjadi salah satu cara dalam pendidikan Islam dan manhaj pembentukan peribadi.
comments:
Anonymous said...
Innalillahiwainnailahirajiuun. .
Anonymous said...
Alhamdulillah, dia meninggal dgn mudah dan tidak menyusahkan orang lain. Moga diampuni dan dirahmati oleh Allah swt.
AzMiR
Reformis Anak Muda said...
Innalillahiwainnailahirajiuun. . 'moral of the story'... di minta sahabat2 semua.. tolonglah pergi buat pemeriksaan doktor bila umur dah 40 tahun, terutamanya jantung. Minggu lepas sahabat aku usia 40 tahun meninggal, rebah atas padang main bola.
abang sayang negara said...
innalillah..mcm ni la berita yg betul2 kita mahu..ada berita..ada tazkirah..penuh pengajran..sy harapkn greenboc terus memberi berita2 manfaat..jika berita yg menghentam kerajaan pon..biar yg benar2 kukuh tntg rasuah,kroni, projek terbengkalai. ttp jika hanya tntg provokasi..baik greenboc elakkn drpd lama2 nnt dicemuh org sama seperti media massa arini..teruskan perjuangan menegakkan kebenaran n menentang kezaliman.
- 2.
-
Fw: Pemuda Maut Akibat Kren Tumbang
Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sat Dec 3, 2011 7:28 pm (PST)
----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
Ngeri - Pemuda Cina Maut Akibat Kren Tumbang
azwandengkil
Assalamualaikum WBT,
Sangat mengerikan. Kejadian berlaku di Cyber Valley Dengkil lebih kurang jam 12.30 tghhari tadi sebelum solat Jumaat. Sebuah kren yang digunakan untuk memasang papantanda di sebuah premis perniagaan di lokasi terbabit telah tumbang dan pekerja yang berada diatas kren tersebut turut terhumban serta jatuh di atas kerb jalan yang mengakibatkan kecederaan parah dikepala dan beberapa bahagian badan yang lain hingga menyebabkan kematiannya. Berikut adalah gambar dilokasi kejadian ihsan dari Brader Che Kok.
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment