Tuesday, April 21, 2009

‘Tiket lantai’ bas ekspres

laporan polis." title="GERAM...Zairi menunjukkan tiket bas dan salinan
laporan polis." border="0" height="336" width="300">
GERAM...Zairi menunjukkan tiket bas dan salinan
laporan polis.

KUALA LUMPUR: Sudahlah ditipu, diherdik pula supaya tidak membuat kecoh. Begitulah nasib malang seorang wanita yang menggunakan khidmat sebuah syarikat bas ekspres di Hentian Bas Kajang untuk pulang ke Dungun, Terengganu Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Aida, 26, berkata, dia sepatutnya menaiki bas ekspres terbabit untuk pulang ke Dungun, namun setibanya di hentian bas itu, dia dimaklumkan perjalanannya dibatalkan.

“Kerana tidak berpuas hati, saya meminta penjelasan pemandu bas itu, namun dia bertegas menyuruh saya menaiki bas keesokan harinya.

“Kemudian, suami saya meminta penjelasan memandangkan saya terpaksa pulang pada malam itu juga kerana bekerja keesokan harinya,” katanya yang bertugas di Mahkamah Dungun.

Bagaimanapun, dakwanya lelaki itu dengan nada tinggi mengherdik dan menyuruhnya pulang serta mengugut supaya tidak membuat kecoh mengenai kejadian itu.

“Sejak bertugas di Dungun kira-kira dua bulan yang lalu, saya sering menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang bertemu dengan suami yang menetap di Kajang, Selangor.

“Saya tidak menyangka diperdaya kerana tiket bas ini dibeli di kaunter jualan tiket Rabu lalu sewaktu pulang ke Kajang dan bukan menggunakan ‘ulat tiket’,” katanya yang membuat laporan bersama suaminya, Zairi Zainal Abidin, 33, di Balai Polis Kajang pada malam kejadian.

Ini bukan kejadian pertama yang berlaku padanya menggunakan syarikat bas ekspres sama.

“Kira-kira dua minggu lalu, sewaktu dalam perjalanan pulang ke Dungun menaiki bas ekspres dari syarikat itu, saya dan dua orang lagi penumpang diarah menukar bas di Hentian Tol Gombak.

“Sebaik menaiki bas seterusnya, saya dapati semua tempat duduk mempunyai penumpang dan pemandu bas mengarahkan saya duduk di atas lantai.

“Bayangkan bagi perjalanan memakan masa melebihi lima jam dan membayar tambang RM34.85 beserta 30 peratus caj tambahan saya disuruh duduk di atas lantai bas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran yang menerima aduan itu berkata, pegawainya diarah menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

No comments: