Monday, August 3, 2009

www.auto.pdniaga.com - Digest Number 2411[2 Attachments]

Messages In This Digest (12 Messages)

Messages

1.

FW:  AlBukhary International University

Posted by: "Razali Bin Md Yusoff" razali.mdyusoff@osram-os.com

Sun Aug 2, 2009 6:28 pm (PDT)





\

Email Dari Kawan Saya..
------
Saya ada mendapat maklumat berkenaan AlBukhary International University
telah mula membuat pengambilan pelajar pioneer mereka. Apa yang saya
difahamkan, keutamaan akan diberi kepada pelajar2 yang datang dari
keluarga yang susah ataupun anak2 yatim. Pelajar2 yang diterima masuk
ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. Maklumat lanjut
ttg kursus2 dan syarat kemasukan, sila layari:

http://www.aiu <http://www.aiu/> . edu.my/programme s.html
<http://www.aiu.edu.my/programmes.html
<http://www.aiu.edu.my/programmes.html> >

Elok diwar-warkan berita ini supaya mereka2 yang layak mendapat manfaat
dari usaha Yayasan Al-Bukhary ini.

________________________________

Selamat dlm talian.
Tingkatkan kpd Internet Explorer 8 cepat,selamat
<http://us.lrd.yahoo.com/_ylc=X3oDMTFncjBrcDc4BHRtX2RtZWNoA1RleHQgTGluaw
R0bV9sbmsDVTExMDM0NjYEdG1fbmV0A1lhaG9vIQ--/SIG=11kliekco/**http%3A/downl
oads.yahoo.com/my/internetexplorer/> , terbaik utk Yahoo! agar fikiran
aman. Percuma. Dapatkan IE8 di sini!
<http://us.lrd.yahoo.com/_ylc=X3oDMTFncjBrcDc4BHRtX2RtZWNoA1RleHQgTGluaw
R0bV9sbmsDVTExMDM0NjYEdG1fbmV0A1lhaG9vIQ--/SIG=11kliekco/**http%3A/downl
oads.yahoo.com/my/internetexplorer/>

2.

CALL NOW ---- > DISCOUNT UP TO RM4000 FOR TOYOTA VIOS & AVANZA

Posted by: "TOYOTA DEALER" get_toyota_today@yahoo.com   get_toyota_today

Sun Aug 2, 2009 6:30 pm (PDT)



HI
GOOD DAY
 
REBATE FOR TOYOTA CARS
 
VIOS - RM 4000
 
AVANZA - RM 4000
 
CAMRY - RM 2000
 
ALTIS -  RM 3000
 
INNOVA - RM 2500
 
WISH - RM 1000
 
YARIS - RM 1000
 
RUSH - RM3000
 
HILUX - RM 3500
 
CALL NOW
 
SURESH RAJ
 
016-878 8681
 
drivewheels18@yahoo.com
 

3a.

Re: Perlu Info: Enjin CAMPRO

Posted by: "rhm tan" rhmtan70@yahoo.com   rhmtan70

Sun Aug 2, 2009 7:39 pm (PDT)



Bro,
Betul lah macam bro Karl8 tu cakap. Memang polisi SC camtu.
SC tu kata warranty void, bukan enjin rosak...
Kalau bawa minyak sendiri memang tak diterima walaupun kita bawa minyak petronas.
kalau beli kat kedai spare part harga Synthium 800 dalam RM85, kalau di SC
kena bayar RM97. Synthium 1000 RM145 kat SC RM180

Alasan yang saya pernah dengar dia kata minyak yang dijual di kedai sparepart
ada kemungkinan dah expired sebab tu dijual murah...
Try tanya SC selain Proton Edar yg diiktiraf oleh proton, mungkin boleh guna
minyak yang kita bawa sendiri...

RHM...

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, July 28, 2009 10:27:43 AM
Subject:Re: www.auto.pdniaga.com - Perlu Info: Enjin CAMPRO

salam,

bro, kalau saya la.....benda2 cengini selalunya saya call terus HQ company yang buat service tu. dalam kes nih, call terus HQ proton service centre. kalau perlu, bukak balik T&C aggreement balik. tengok balik hitam putih.

good luck.

rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: Karl8 <alidariff@yahoo. com>
To: automobil@yahoogrou ps.com
Sent: Monday, July 27, 2009 2:07:05 PM
Subject:Re: www.auto.pdniaga. com - Perlu Info: Enjin CAMPRO

strategy perniagaan la tuh..guna la alasan apa asaja nak charge harga minyak petronas melambung dr harga asal.. xkan xbese kottt

--- On Mon, 7/27/09, Abdul Rahman bin Johari <arahman@newhoongfat t.com.my> wrote:

>From: Abdul Rahman bin Johari <arahman@newhoongfat t.com.my>
>Subject: www.auto.pdniaga. com - Perlu Info: Enjin CAMPRO
>To: respeks_group@ yahoogroups. com, SahabatInteraktif@ yahoogroups. com, Kelakar@yahoogroups .com, automobil@yahoogrou ps.com
>Date: Monday, July 27, 2009, 9:24 AM
>
>
>
>Salam, nak tanya betul ke kereta baru dengan enjin CAMPRO tidak sesuai menggunakan minyak fully sintetik? Ada kawan yang ingin tukar minyak hitam di servis centre dan telah membawa minyak hitam sendiri(fully sintetik) tetapi diberitahu oleh service centre yang waranty kereta akan jadi void jika menggunakan minyak hitam tersebut. Benarkah begitu, ingin penjelasan.. .
>

4a.

Re: Tips Jaga Kereta

Posted by: "All Seeing Eyes" pisonearth@yahoo.com   pisonearth

Sun Aug 2, 2009 8:32 pm (PDT)

[Attachment(s) from All Seeing Eyes included below]

wsalam...direct link: http://hotfile.com/dl/9342603/8b998ee/Tips_Jaga-Kereta.rar.html
attachment.. pdf format..

--- On Mon, 8/3/09, Mohd Husaiful Hamzah Shukor <husaiful_03@yahoo.com> wrote:

From: Mohd Husaiful Hamzah Shukor <husaiful_03@yahoo.com>
Subject: Tips Jaga Kereta
To: pisonearth@yahoo.com
Date: Monday, August 3, 2009, 10:35 AM

Salam,

Boleh tak kirimkan saya "Tips Jaga Kereta" dalam bentuk file (pdf atau apa-apa sahaja format) untuk sebagai rujukan saya.

Terima kasih.

Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.

Attachment(s) from All Seeing Eyes

1 of 1 File(s)

4b.

Re: Tips Jaga Kereta [1 Attachment]

Posted by: "Abdul Rahman bin Johari" arahman@newhoongfatt.com.my   man_apache

Sun Aug 2, 2009 9:39 pm (PDT)



E-BUKU ini diedarkan secar a P ERCUMA s ebagai panduan dan maklumat
untuk pengguna
(Sila klik untuk memperolehi lain-lain maklumat)
e-BUKU PANDUAN PENJAGAAN KERETA & KESELAMATAN
KLIK DISINI JIKA ANDA BELUM MENYERTAINYA
TAJUK ARTIKEL
1. Bateri rosak boleh dibaiki
2. Punca stereng kereta menjadi berat
3. Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya
4. Tindakan perlu jika asap ekzos kereta bertukar warna
5. Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul
6. Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar
7. Punca penggunaan minyak petrol bertambah
8. Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder
9. Memeriksa punca stereng kereta berat
10. Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi
PANDUAN
1. Langkah sebelum mulakan perjalanan
2. Cara kawal kenderaan semasa kecemasan
3. Panduan jika brek tak berfungsi
4. Tip memandu ketika kecemasan
5. Jaga bateri kereta secara berkala

Bateri rosak boleh dibaiki
BATERI adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin
kenderaan. Bateri yang lemah, rosak
dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan.
Malah, kereta yang tidak dihidupkan
selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.
Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara
yang perlu dilakukan sekurangkurangnya
sekali seminggu.
Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki,
tetapi tidak menjamin berapa lama
hayat kuasa bateri anda akan bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak
tahan lama ialah kerana bahagian
dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar
melekatkan sebarang pelekat yang
disapukan kepadanya.
Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri
yang sudah retak terutama boleh
menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa
bateri.
Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian
dindingnya sudah retak dengan membaiki
semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.
Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan
plastik. Bersihkan bahagian luar bateri
itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan
tompokan berminyak dan gris.
Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum
memasukkan simen khas ke
dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai
Batrepair ini boleh dibeli di kedai
aksesori kereta.
Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering
sebelum mengambil tindakan lain.
Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke
dalam lubang disediakan pada paras
ditentukan. Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu
ke bengkel kereta untuk ujian
daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.
Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya
ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu
lama mengecas bateri itu juga boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum
seperti retak.
Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan
dan sekali gus, petanda anda
perlu menukar kepada bateri baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta
memerlukan alat pengecas khas yang
mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.
Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif
bateri dibersihkan dari semasa ke semasa
sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.
Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air
panas ke kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke
bahagian terminal itu agar tidak
terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi
terminal ialah akan menyebabkan
arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.
Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri
berkarat dan mudah terputus.
Punca stereng kereta menjadi berat
ADA ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi
semakin ketat dan berat. Anda perlu
menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini
menyusahkan terutama ketika meletak
kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku ialah tekanan angin tayar depan yang
terlalu rendah, penjajaran (alignment)
tayar depan kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di
dalam kotak gear stereng,
kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan
penyelarasan yang kurang
sempurna pada peralatan pengemudian.
Dalam pada itu, stereng automatik dan biasa memang berbeza. Namun, untuk
tujuan meletak kereta,
mengundur atau membelok, stereng automatik lebih mudah dan selesa.
Namun, ada ketikanya masalah stereng berlaku ketika anda memandu laju.
Ketika kenderaan bergerak pada
kelajuan tinggi di atas jalan yang rata, roda depan terasa meliar dan
stereng sukar dikendalikan.
Keadaan ini berbahaya terutama jika kenderaan bergerak laju melebihi 100
kilometer sejam apa lagi jika
melalui jalan basah dan licin.
Punca keadaan ini terjadi antara lain disebabkan kehausan sambungan
sistem roda kemudi terutama hujung
dan pangkal rod pengikat, kehausan atau kesalahan penyelarasan alat
pengemudian. Malah terlalu banyak
gerak bebas pada pengalas roda depan dan kelonggaran pada stereng (di
dalam kotak gear stereng) juga boleh
menjadi puncanya.
Sistem pengemudian lazimnya membabitkan kerangka kereta. Dalam situasi
roda depan meliar dan stereng
sukar dikendalikan adalah masalah yang sering melanda sistem pengemudian
apabila terlalu banyak gerak
bebas pada stereng.
Jadi, apabila berhadapan dengan masalah stereng sukar dikawal, mula-mula
usahakanlah agar kenderaan
dapat bergerak lurus. Tetapi biasanya apabila ada kerosakan pada sistem
penggerak roda depan, kenderaan
tidak dapat bergerak lurus. Kenderaan akan bergerak seolah-olah 'hanyut'
ke kiri dan kanan.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, antara pemeriksaan dan
pembaikan kecemasan yang boleh
dilakukan termasuk memeriksa gerak bebas stereng. Gerak bebas stereng
adalah gerakan berputar stereng

yang tidak menyebabkan roda depan bergerak ke kiri atau kanan. Gerak
bebas normal stereng adalah sebesar
10-30mm dari suatu tanda tetap.
Apabila gerak bebas stereng terlalu besar, maka akan terjadi kenderaan
bergerak dalam keadaan liar.
Memang sukar untuk memeriksa sendiri rod kemudi dan sambungan yang
longgar, jadi bawalah ke bengkel.
Kerosakan sistem gantungan terutama belakang juga menyebabkan pemanduan
yang tidak selesa. Ketika
sedang dipandu di atas jalan datar, bahagian belakang kenderaan
bergoyang kuat sehingga menjejaskan
keselesaan penumpang belakang.
Keadaan itu boleh terjadi disebabkan bolt pegas daun penyerap hentak
belakang patah. Akibatnya kenderaan
tidak stabil dan tidak dapat dipandu dengan mudah terutama pada kelajuan
tinggi. Keadaan ini sering terjadi
terutama pada kenderaan besar.
Gejala yang sama mungkin terjadi disebabkan tiupan angin sampingan yang
kuat. Bagaimanapun, keadaan ini
banyak terjadi pada kenderaan ringan.
Keadaan sistem pengemudian hendaklah diperiksa dengan teliti kerana ia
berkaitan dengan keselamatan
penumpang.
Punca kerosakan radiator dan cara membaikinya
RADIATOR adalah antara komponan penting dalam enjin kereta. Kerosakan
pada radiator boleh menyebabkan
enjin panas dan pecutannya kurang baik.
Sekiranya keadaan itu berlaku, anda tidak perlu panik sebaliknya
berhentikan kenderaan dan cuba lakukan
pemeriksaan. Cara ini lebih baik daripada membiarkan enjin kereta anda
panas dan mungkin terbakar.
Panas pada bahagian enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk
kurang bekalan air dalam radiator,
paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan
pada termostat sistem penyejuk.
Selain itu, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran
petrol, ekzos tersumbat, masalah
cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik
turut menyebabkan enjin menjadi
panas.
Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat
bertindak kerana boleh menyebabkan
kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas,
berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh.
Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara
waktu dan periksa salah satu
daripada punca yang dinyatakan tadi. Periksa radiator kenderaan untuk
memastikan tidak berlaku kebocoran
di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator
atau tali kipas terputus, matikan enjin.
Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan
enjin kenderaan dan jalankannya
seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.
Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip
radiator dengan jumlah yang
banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan
bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk
dapat dialirkan dengan lebih baik.
Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan
putaran enjin tadi dan buka penutup
radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan
bahaya semburan air dan wap panas
yang keluar daripada radiator.
Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam
keadaan biasa dan matikan enjin
sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam
radiator, ia akan menyebabkan enjin
menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.
Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.
Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukkannya menggunakan
belakang pemutar skru dan putar
perlahan menggunakan kain.
Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir
keluar dan tekanan dalam radiator
menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.
Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan
atau saluran paipnya, hidupkan
enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat
sambungan itu.
Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat
pada putaran enjin yang rendah.
Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat
rosak, gunakan kawat sebagai
ganti.
Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan
perkuatkan dengan kawat. Anda perlu
ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa
ke bengkel berhampiran.
Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan
mengganggu kitaran air atau
menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.
Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili
pembuangan. Jika aliran air tidak lancar
atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator
tersumbat.
Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk
dapat dikeluarkan. Buka tutup
radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira sepuluh minit untuk
mengeluarkan kerak atau karat itu.
Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau
lumpur yang melekat pada bahagian

muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu
hingga air menjadi panas.
Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara
tekanan tinggi atau
menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian
kenderaan turut menyebabkan enjin
kenderaan menjadi panas.
Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang
mendaki bukit atau membawa
muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Enjin itu boleh disejukkan
kembali dengan cara menghentikan
kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran
tinggi atau isikan radiator dengan air
sejuk.
Tindakan perlu jika asap ekzos kereta bertukar warna
LAZIMNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu
dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa
tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna
kelabu dan hitam. Ini menunjukkan
ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator.
Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti
proses pembakaran yang terjadi
dalam silinder.
Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab
pertanyaan seperti berikut:
Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika
ini berlaku, anda seharusnya lega
kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan
campuran petrol-udara yang
tepat.
Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol
yang masuk (campuran terlalu sedikit).
Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses
pembakaran yang tidak sempurna
kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih
atau kebiru-biruan pula bermakna
minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos
juga berwarna putih kerana adanya
wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.
Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang
boleh menyebabkan keadaan itu
berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup
dan karburator rosak.
Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat.
Ketika enjin bergerak, bukalah
penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan
asap tidak lagi hitam, maka
jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.
Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup
atau tidak terbuka penuh ketika enjin
sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk
memeriksa keadaan itu, bukalah
penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke
tidak terbuka penuh, perbaikilah

kedudukannya.
Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta
anda ke bengkel.
Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak
mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini
terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan
injap rosak.
Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala
silinder rosak sehingga air dapat masuk
ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar
bersama-sama asap ekzos menyebabkan
asap berwarna putih.
Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan
putih akibat minyak pelincir. Wap
minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.
Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul
PEMILIK kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala
bahagian enjin pula tidak comot. Untuk
membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin
ada banyak kesan minyak yang
tidal dapat dihilangkan dengan air.
Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan
meragam. Seelok-eloknya gunakanlah
bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak
dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual
di kedai aksesori untuk menghilang
gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia
meresap kemudian lap dengan kain
kering.
Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada
bahagian luaran enjin kerana boleh
merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu
atau lumpur yang melekat pada
komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator,
gegelung penghidup, pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.
Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih,
siramlah dengan air panas kemudian
bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi
jaga jangan sampai air masuk ke
dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu
dipastikan sentiasa terbuka.
Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika
ada kebocoran minyak pelincir,
elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang
bergerak.
Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya
dan tambahkan minyak pelincir jika
kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin
akan bocor sedikit dan minyak
pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta
diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak,
mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan
dan pembakaran. Tapi
jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan
petrol.
Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat.
Baik periksa sendiri kerana jika
dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan
anda sebenarnya membantu
memajukan perniagaan mereka.
Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke
bengkel mencuci kereta dan bayar
antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih
dan cantik semula.
Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang
sesuai untuk pencucian
kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.
Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan
itu tidak dibersihkan dengan baik,
cat akan cepat rosak.
Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air
dengan cepat dan merosakkan
permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi
retak-retak.
Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan
membuat semburan tanpa
menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak
terlalu kotor, debu yang melekat
dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat
dihilangkan, gunakan kain bersih basah.
Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada
permukaan cat. Ini disebabkan kotoran
berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.
Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun
melekat terlalu lama di badan
kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta
bahan kimia sabun boleh memakan
cat.
Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil
yang lebih baik setelah kereta kering
sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak
melindungi permukaan supaya tetap
menarik dan hidup.
Punca enjin mengaum tetapi tidak bergerak lancar
SETELAH beberapa tahun menggunakan kereta yang sama, anda mungkin
berhadapan dengan situasi bahawa
enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh. Keadaan sebegini biasanya
mudah dirasai ketika mendaki
bukit.

Ada ketikanya anda berasa enjin kereta sudah mengaum tetapi kereta tidak
meluncur laju. Selain disebabkan
kerosakan dan kebocoran ekzos, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti.
Malah, dalam keadaan biasa kereta dapat bergerak menaiki bukit dengan
menggunakan gear ketiga. Tetapi,
sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak dan
akhirnya terpaksa menukar kepada
gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat.
Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan
pada sistem penyalaan, penyaluran
petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek
ketat atau tekanan enjin tidak
cukup.
Justeru, apabila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap
sebab-sebab dan pembaikan
kecemasan sebegini boleh dilakukan:
· Pertama; periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan
dengan memeriksa palam pencucuh.
Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur,
bukalah penutup pengagih dan
periksalah suis-suis penutup arus.
· Kedua; periksa sama ada sistem penyaluran petrol berada dalam keadaan
baik. Apabila petrol yang
mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu
banyak atau terlalu sedikit) keadaan
itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang
sempurna, sehingga keupayaan
enjin akan berkurangan.
Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh
kotoran.
Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin
terlalu panas.
Periksa juga adakah cekam rosak atau brek yang bergesel. Adakalanya
enjin tidak mengeluarkan daya penuh
bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri.
Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak
dapat disalurkan dengan baik
sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak
mengeluarkan daya penuh.
Masalah berkenaan sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali
enjin tidak mengeluarkan daya penuh,
tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan dalam banyak
keadaan, cekam atau brek yang
bergesel menjadi puncanya.
Seterusnya, enjin juga tidak mengeluarkan daya penuh apabila mampatan
enjin tidak cukup tinggi. Biasanya
kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua atau gasket
kepala selinder bocor. Masalah ini sering
terjadi kepada kereta yang menggunakan suntikan terus dan selalu dipandu
laju dalam perjalanan jauh.
Bagaimanapun, gejala ini kurang menjadi kepada kenderaan yang berjalan
kurang daripada 100,000
kilometer.

Punca penggunaan minyak petrol bertambah
SEBELUM ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh
bergerak hingga 200 kilometer.
Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150
kilometer saja. Ada yang mengatakan
kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti
kebocoran, permukaan bahan api
dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat
atau pelarasan skru pada
karburetor kurang tepat.
Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat,
plag haus, suis pemutus arus terbakar,
mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat,
masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan
melihat pada tempat meletak
kenderaan.
Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu,
bermakna kenderaan mungkin
mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.
Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol,
ketatkan sambungan yang longgar
menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan
lilitkan benang vinil dan ketatkan
sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk
menjimatkan penggunaan bahan api sekali
gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan
petrol bukan sekadar harganya
tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin
kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan,
periksa puncanya sebelum
membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak
di pasaran.
Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan
sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda
mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.
Umumnya cara terbaik mengekalkan
tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap
dan cara pemanduan kerana ia banyak
mempengaruhi penggunaan petrol kereta.
Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar
ke gear seterusnya, tabiat
menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau
menuruni bukit boleh menyebabkan
penggunaan petrol yang berlebihan.

Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu
mengurangkan penggunaan petrol
sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi
punca penggunaan petrol melebihi
20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang
lebih daripada kadar yang sesuai
juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada
banyak barang yang tidak sepatutnya
berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban
enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta
dan alat yang dapat membantu
ketika kecemasan.
Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah
penggunaan petrol pada kadar lima
peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna
ketika kereta memecut.
Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan
perbatuan dan prestasi kereta anda.
Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali
memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke
destinasi.
Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder
MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna
hitam) cukup penting bagi
membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia
perlu ditukar pada setiap 5,000
atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.
Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh
dilakukan pada 1,000 kilometer
pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.
Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi,
ia juga bertujuan menyejukkan
geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.
Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat
selain memendapkan bahan bakar.
Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi
kotor akibat bahan bakar dalam enjin
termasuk percampuran dengan air.
Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang
disediakan oleh syarikat pengeluar kereta
cara menjaga ketahanan enjin kereta.
Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000
kilometer atau enam bulan atau manamana
yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.

Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak
pelincir sendiri kerana ia mudah
dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan
bekas untuk mengisi minyak
pelincir lama.
Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat
bahagian kereta bagi memudahkan anda
memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika
minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan
terakhir.
Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk
diganti ketika enjin masih panas. Ini
kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran
bahan bakar yang perlu
dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.
Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak
pelincir, eloklah dihidupkan enjin
itu untuk beberapa minit terlebih dulu.
Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir
tetapi apabila diperiksa kelihatan
kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.
Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi
enjin yang masih baru atau bahagian
enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.
Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit
menyebabkan berlaku kehausan
sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.
Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi
dalam tempoh singkat
menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam
keadaan biasa.
Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak
berkenaan bagi melancarkan
perjalanan kenderaan anda.
Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding
silinder daripada oksida, karbon
dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan.
Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa
kotoran yang ada di dalamnya
dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak
itu perlu diganti baru dengan
segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.

Memeriksa punca stereng kereta berat
ADA ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi
semakin ketat dan berat. Anda perlu
menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini
menyusahkan terutamanya ketika meletak
kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang
terlalu rendah, penjajaran (alignment)
tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir
di dalam kotak gear stereng,
kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan
penyelarasan yang kurang
sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan
tayar hadapan dan pelinciran
sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah,
tongkatlah kenderaan hingga
kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan
dan skru sistem pengemudian
cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear
stereng, sambungan bebola atau
gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk
mengetahui kerosakannya, putarlah
stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan
penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit
ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka
waspadalah terhadap pelbagai kelainan
yang wujud.
Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang
datar, stereng terasa cenderung
untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan
kuat untuk mengelakkannya terus
berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan
yang tidak sama, diameter rim kiri dan
kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat,
pegas (spring) gantungan depan
yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda
depan sudah rosak atau kurang
baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang
bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban
kenderaan cukup seimbang.
Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama
tekanannya. Jika tidak, samakan.
Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah
kenderaan, rasa dan perhatikan
bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk
membelok ke satu arah, hentikan
kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus
sama. Kemudian periksa adakah salah
satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan
juga penyelarasan brek kurang baik
atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh
itu, penjagaan aspek penjajaran

roda depan tidak boleh dipandang ringan.
Cara mengatasi masalah enjin tidak berfungsi
ENJIN adalah elemen terpenting bagi sesebuah kenderaan. Namun, ada
ketikanya jika tidak bernasib baik,
enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah start.
Ada beberapa kemungkinan kerosakan yang boleh terjadi berdasarkan
gejala, sebab dan pembaikan yang
boleh dilakukan.
Jika ada masalah dengan sistem pemula (starter), kita perlu belajar cara
menghidupkan enjin apabila bateri
dan/atau motor starter dalam keadaan rosak.
Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau
motor starter dalam keadaan
rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:
l Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan (untuk kereta manual).
Meskipun bateri dalam keadaan lemah,
enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri
sekurang-kurangnya masih dapat
dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang
untuk menolak kenderaan anda ke
depan. Apabila kenderaan sudah bergerak cukup cepat, maka lepaskan
pedal. Apabila enjin sudah dapat
berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak
untuk meninggikan putaran enjin.
Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara
ditarik kenderaan lain. Prosedur
kedua-dua cara itu tidak dapat digunakan untuk kereta
automatik.
l Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan
bateri dari kenderaan lain. Jika ada
kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup
panjang, maka enjin dapat dihidupkan
dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan
negatif dari kedua-dua kenderaan
itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa
yang sama.
Satu lagi masalah yang mungkin dihadapi ialah motor starter berfungsi
tetapi enjin tidak dapat dihidupkan.
Ketika suis kontak starter diputar, motor starter berfungsi tetapi
gandar enjin tidak berputar. Dan dalam
keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat
berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik
dan kemudian mati dengan tiba-tiba.
Pelan bersiar-siar ditangguhkan sehingga masalah diatasi. Kini mereka
meneruskan misi untuk mengesan
masalah yang terjadi. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin
berlaku adalah kerosakan pada

motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.
Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis
kontak diputar, motor starter
berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat
berfungsi atau ketika suis kontak starter
diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian
mati dengan tiba-tiba.
Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada
sistem penyaluran bahan bakar
(sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi
dan dapat memutar gandar enjin
dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu
menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada
bateri dan peralatan start.
Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak
akan secara tiba-tiba rosak. Justeru,
kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem
penyalaannya.
Apabila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah
minyak dalam tangki, adakah minyak
dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin
terletak pada sistem penyalaan.
Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar distart kerana minyak
yang masuk dalam ruang
pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup
jarum yang mengendalikan
kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi,
mungkin kerana tersekat habuk.
Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak
daripada karburator, bersihkan
kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.
Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut.
Pijak pedal petrol sepenuhnya,
jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder
melalui saluran isap dapat dihilangkan
dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian
sehingga putaran enjin terlalu tinggi.
Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi,
sedangkan karburator tetap melimpah.
Dalam hal ini, jika tidak tahu membetulkan sendiri, adalah lebih baik
bawa ke bengkel untuk dibaiki.
PANDUAN
Langkah sebelum mulakan perjalanan
- Rancang perjalanan anda
Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak
memandu dalam keadaan teragakagak.
Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta.
- Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika
itulah tubuh memerlukan masa

rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih
dan mengantuk.
- Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk
- Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak
sebelum memandu
- Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan
raya seperti memandu laju dan
secara berbahaya.
- Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan
air radiator. Selain itu periksa bahagian
lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan.
Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan
angin, keadaan tayar dan tayar
gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan
keberkesanan brek serta memeriksa
getah pengelap cermin.
- Sumber Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)
Cara kawal kenderaan semasa kecemasan
ADALAH penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana
memberhentikan kenderaan dalam keadaan
kecemasan bagi mengelak kemalangan.
Jika sebelum ini, panduan mengenai bagaimana memberhentikan kenderaan
sekiranya brek gagal berfungsi,
kenderaan terbabas dan pemecut terlekat didedahkan, ikuti panduan
seterusnya sekiranya anda menghadapi
masalah lain.
Tayar pecah
1. Pegang stereng dengan erat.
2. Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu
membelok ke kiri dan ke kanan.
3. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
4. Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
5. Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat
untuk menukar tayar.
6. Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.

7. Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan yang lain
agar pemandu kenderaan lain akan
mengetahui ada kecemasan di hadapan.
Lampu hadapan kenderaan terpadam
1. Kejadian ini akan mengehadkan pandangan anda.
2. Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek
segera tanpa menyebabkan
kenderaan terbabas.
3. Naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas.
4. Hentikan kenderaan dengan segera.
5. Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan
untuk memberi amaran kepada
pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
Kenderaan terbakar
1. Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik.
2. Hentikan kenderaan dengan segera.
3. Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
4. Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
5. Gunakan alat pemadam.
Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Panduan jika brek tak berfungsi
SEMALAM satu panduan diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), untuk
membantu anda sekiranya
menghadapi masalah ketika di jalan raya iaitu brek gagal berfungsi.
Pada hari ini, dua lagi panduan tambahan disediakan iaitu ketika
kenderaan anda terbabas dan masalah
pemecut terlekat.

Kenderaan terbabas
- Jika bahagian belakang kenderaan anda terbabas, anda dikehendaki
melepaskan pedal pemecut dengan
segera dan menekan brek kenderaan.
- Kemudian anda dikehendaki memusingkan stereng kenderaan kearah
belakang yang terbabas itu dan anda
dinasihati supaya tidak menggunakan brek dalam keadaan itu.
Pemecut terlekat
- Jika jalan raya berada dalam keadaan yang selamat, cuba tarik injak
pemecut yang terlekat dengan hujung
kasut anda.
- Sekiranya cubaan anda untuk menarik injak pemecut yang terlekat dengan
hujuang kasut tidak berjaya,
anda boleh mematikan suis enjin dan menggunakan brek untuk
memberhentikan kenderaan.
- Kemudian anda dikehendaki memegang stereng dengan kuat supaya tidak
terkunci semasa suis enjin
dimatikan dan berhenti segera di tempat selamat untuk membaiki injak
pemecut yang rosak sebelum
menggunakan perkhidmatan mekanik.
- Sumber JPJ
Tip memandu ketika kecemasan
JIKA kenderaan anda mempunyai masalah ketika berada di jalan raya, anda
boleh mengikut panduan yang
diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti di bawah ini:
1. Brek gagal berfungsi
- Jika pemandu menekan injak brek, tetapi injak brek terus menyentuh
lantai, pamkan injak brek segera, bagi
memulihkan tekanan.
- Sekiranya gagal, tarik brek tangan, tukar gear rendah dengan
menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk
memperlahankan kenderaan.
- Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit curam atau
kenderaan itu membahayakan
pengguna lain, segera cari objek untuk digesel seperti semak di tepi
jalan, rel adang dan bahu jalan, agar
kenderaan dapat dikawal dan diperlahankan.
- Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada pemandu lain dan
pejalan kaki.
- Sumber JPJ
Jaga bateri kereta secara berkala

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda.
Justeru, penjagaan bateri perlu
dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara
tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus
membantutkan aktiviti harian anda.
Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu
anda mengelak kejadian tidak
diingini.
- Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda
(gunakan lampu suluh jika keadaan tidak
jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada
di antara paras maksimum dan
minimum sepanjang masa.
- Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum)
ataupun melebihi paras maksimum.
- Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.
- Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan
daripada menggunakan air galian.
- Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan
bandingan berada dalam keadaan
nyahcas untuk masa yang lama.
- Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan
pensulfatan dan periksa sambungan sama
ada ketat atau sebaliknya.
- Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara
tidak tersumbat.
- Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.
- Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak
kuat besar kemungkinan bateri
tidak dapat berfungsi.
-- Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.
DAPATKAN e-BUKU SETERUSNYA : Akan dimaklumkan

All Seeing Eyes wrote:
>
> [Attachment(s) <#TopText> from All Seeing Eyes included below]
>
> wsalam...
>
> direct link:
> http://hotfile.com/dl/9342603/8b998ee/Tips_Jaga-Kereta.rar.html
>
> attachment.. pdf format..
>
>
>
> --- On *Mon, 8/3/09, Mohd Husaiful Hamzah Shukor
> /<husaiful_03@yahoo.com>/* wrote:
>
>
> From: Mohd Husaiful Hamzah Shukor <husaiful_03@yahoo.com>
> Subject: Tips Jaga Kereta
> To: pisonearth@yahoo.com
> Date: Monday, August 3, 2009, 10:35 AM
>
> Salam,
>
> Boleh tak kirimkan saya "Tips Jaga Kereta" dalam bentuk file (pdf
> atau apa-apa sahaja format) untuk sebagai rujukan saya.
>
> Terima kasih.
>
> ----------------------------------------------------------
> Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya
> sekarang.
> <http://mys.rd.yahoo.com/search/toolbar/mail/signature/*http://malaysia.toolbar.yahoo.com/>
>
>
>
5a.

Kedai Tayar, Balancing & Alignment Di Kota Bharu

Posted by: "Nu Hairi" nmryie@gmail.com

Sun Aug 2, 2009 9:28 pm (PDT)



Assalamualaikum,

Saya nak tanya kepada pakar2 keta di sekitar Kota Bharu,
kedai tayar yg kiranya buat keje balancing dan alignment OK laa,
kalau boleh yg ada buat on wheel balancing.

Saya pernah buat dulu on-wheeling balancing dan alignment
kat satu kedai tayar area Jalan Lundang tp hasilnya
masih tak memuaskan dan steering masih senget walaupun
dah ckp byk kali, pulak tu caj lagi mahal dari buat kat KL.

Saya skrg ni dah tak duduk KL, duduk kawasan pedalaman,
lagi laa susah nak cari kedai tayar yg OK.

Harap kepada pakar2 keta yg tahu dapat inform
atau rekemenkan kat saya.

Sekian terima kasih.
5b.

Re: Kedai Tayar, Balancing & Alignment Di Kota Bharu

Posted by: "Mat Min" ikemasinn@gmail.com   ike_masin

Mon Aug 3, 2009 12:20 am (PDT)



Cuba try dekat Handy Auto .... dekat Kg. Paya Bemban, Jalan Hospital
......... kedai cina ...... no phone dia 0129523838

2009/8/3 Nu Hairi <nmryie@gmail.com>

>
>
> Assalamualaikum,
>
> Saya nak tanya kepada pakar2 keta di sekitar Kota Bharu,
> kedai tayar yg kiranya buat keje balancing dan alignment OK laa,
> kalau boleh yg ada buat on wheel balancing.
>
> Saya pernah buat dulu on-wheeling balancing dan alignment
> kat satu kedai tayar area Jalan Lundang tp hasilnya
> masih tak memuaskan dan steering masih senget walaupun
> dah ckp byk kali, pulak tu caj lagi mahal dari buat kat KL.
>
> Saya skrg ni dah tak duduk KL, duduk kawasan pedalaman,
> lagi laa susah nak cari kedai tayar yg OK.
>
> Harap kepada pakar2 keta yg tahu dapat inform
> atau rekemenkan kat saya.
>
> Sekian terima kasih.
>
>
>
>
6a.

ISC Servo

Posted by: "KAMAL VM" kamal@virtualmalaysia.com   smachok

Sun Aug 2, 2009 9:38 pm (PDT)



Assalamualaikum geng automobil,

Kereta wira saya menggunakan enjin 1.3 injection. Saya mendapati masalah
pada tuning enjin dimana tuning rendah pada time idle atau selepas start
enjin. Setelah dibawa pemeriksaan ke proton edar servis, mekanik
menunjukkan masalah timbul pada sensor ISC Servo dan throttle. Jadi
bahagian throttle telah dibaiki tetapi tidak pada bahagian ISC Servo,
mekanik mencadangkan agar dicari alat ganti di kedai spare part/kedai
potong tetapi kebanyakkan kedai tidak ada stok atau tiada dalam
simpanan. Jadi saya telah menghubungi EON servis untuk mendapatkan
sebutharga dan didapati harga yang ditawarkan terlalu tinggi RM 1000++.

Jadi saya ingin bertanya sekiranya member2 automobil dapat memberitahu
kedai / mekanik yang boleh menukar/membaiki sensor ini dengan kadar yang
berpatutan.

Sekian, terima kasih.
KAMAL

6b.

Re: ISC Servo

Posted by: "Azmi OilyMan" mr.oilyman@gmail.com   oilymantech

Sun Aug 2, 2009 10:10 pm (PDT)



Salam,

Mgkn masalah saudara ada kaitan dgn karbon.
Jumpa saya, kita cuci karbon dan tgk mcm mana.
Ada keadaan dimana sensor itu kotor dan tidak dpt membaca data dgn betul.

Cuci throttle body dan membantu sgt. Jika cuci karbon guna produk OilyMan,
ia akan cuci throttle body sekali.. cuci karbon, cuci sensor, cuci TB, semua
sekali jalan la ni, dgn satu kos shj..

Anyway, brp jumlah mileage kereta anda skrg?

------
Azmi Abdullah
OILYMAN TECHNOLOGY
Shah Alam, Selangor, MALAYSIA
Tel: +60192764645 or +60176930306
E-Mail: azmi@oilyman.com.my
Web: www.oilyman.com.my
Video: http://www.youtube.com/user/mienyak
Forum: http://oilyman.com.my/forum
WE SUPPLY BEST QUALITY OF ENGINE CARBON CLEANER (DECARBONIZER)

2009/8/3 KAMAL VM <kamal@virtualmalaysia.com>

>
>
> Assalamualaikum geng automobil,
>
> Kereta wira saya menggunakan enjin 1.3 injection. Saya mendapati masalah
> pada tuning enjin dimana tuning rendah pada time idle atau selepas start
> enjin. Setelah dibawa pemeriksaan ke proton edar servis, mekanik
> menunjukkan masalah timbul pada sensor ISC Servo dan throttle. Jadi
> bahagian throttle telah dibaiki tetapi tidak pada bahagian ISC Servo,
> mekanik mencadangkan agar dicari alat ganti di kedai spare part/kedai
> potong tetapi kebanyakkan kedai tidak ada stok atau tiada dalam
> simpanan. Jadi saya telah menghubungi EON servis untuk mendapatkan
> sebutharga dan didapati harga yang ditawarkan terlalu tinggi RM 1000++.
>
> Jadi saya ingin bertanya sekiranya member2 automobil dapat memberitahu
> kedai / mekanik yang boleh menukar/membaiki sensor ini dengan kadar yang
> berpatutan.
>
> Sekian, terima kasih.
> KAMAL
>
>
7.

Promosi aidilfitri dan 100% loan

Posted by: "jeslina.cute" jeslina.cute@yahoo.com.my   jeslina.cute

Mon Aug 3, 2009 4:19 am (PDT)




JASLINA subDealer Proton dan Perodua

Promosi aidilfitri dan 100% loan

Skim ini adalah satu skim pinjaman kenderaan 'mudah", skim ini menggalakkan yang masih belajar atau yang baru sahaja mendapat kerja (walau tidak sampai sebulan bekerja) masih boleh memohon pinjaman kereta di bawah skim ini

Pinjaman penuh untuk yang sudah bekerja atau yang masih belajar,tidak perlu slip gaji 3 bulan untuk membuktikan gaji anda

Anda layak memilih mana-mana kereta Proton atau Perodua seperti di bawah:-

'0' muka dan bayaran bulanan anggaran RM350 sebulan:-
- Viva 660 (M) bulanan RM289.79 jangkamasa 9 tahun
- Viva 850 (M) bulanan RM402.49 jangkamasa 9 tahun
- Saga BLM 1.3 (M) bulanan RM446.43 jangkamasa 9 tahun

'0' muka dan bayaran bulanan anggaran RM450 sebulan:-
- Viva 1.0 (M) bulanan RM455.74 jangkamasa 9 tahun
- viva 1.0 (A) bulanan RM492.89 jangkamasa 9 tahun

'0' muka dan bayaran bulanan anggaran RM500 sebulan:-
- Satria Neo 1.6 (M) bulanan RM543.67 jangkamasa 9 tahun
- Satria Neo 1.6 (A) bulanan RM580.82 jangkamasa 9 tahun
- Myvi 1.3 (M) bulanan RM568.84 jangkamasa 9 tahun
- Myvi 1.3 (A) bulanan RM575.32 jangkamasa 9 tahun
- Persona 1.6 (A) bulanan RM600.62 jangkamasa 9 tahun
- Persona 1.6 (M) bulanan RM563.47 jangkamasa 9 tahun

Dokumen yang diperlukan:-
1. salinan ic
2. salinan lesen memandu
3. salinan kad matrix pelajar
4. salinan Ijazah / Diploma / Transcript
5. salinan surat tawaran kerja

"Kejujuran dan Professionalisma adalah moto kami"
Hubungi JASLINA subDealer Proton dan Perodua sekarang:-

Hubungi / sms H/P: +6012 649 5846
Email: Jeslina.cute@yahoo.com
YM:Jeslina.cute@yahoo.com
http://www.jeslinashowroom.blogspot.com/

BANDINGKAN diskaun,Hadiah PERCUMA dan komisen yang diberi

TIADA YANG SEUMPAMANYA!!!!

Interest serendah 3.7%

HADIAH PERCUMA yang ditawarkan jika beli kereta dengan kami:
1.PERCUMA Petrol
2.PERCUMA Touch & Go
3.PERCUMA towing 1 tahun
4.PERCUMA Voucher Tinted berjumlah RM350
5.PERCUMA steering lock
6.PERCUMA Jumper Cable
7.PERCUMA Blind Spot Mirror
8.PERCUMA Sunshade
9.PERCUMA Payung
Jumlah hadiah percuma keseluruhan bernilai RM800



RM3,000 muka dan bayaran bulanan anggaran RM600- 1,300 sebulan:-
- Honda City Grade S 1.5 (A) bulanan RM1,281054
- Honda Civic i-vtec 1.8 (A) bulanan RM1,405.20
- Nissan Sentra 1.6 (M) bulanan RM1,007.56

RM7,000 muka dan bayaran bulanan anggaran RM700 sebulan:-
- Toyota Vios 1.5J (M) bulanan RM766.17

POPULAR Performance car on the road: Mitsubishi Lancer 2.0GT
- RM13,000 muka bayaran bulanan RM1,339.13

Nota:
**Kiraan bayaran bulanan berlandaskan Interest seperti dibawah dan `0' downpayment untuk 9 tahun:-
Proton - 3.7%
Perodua - 3.6%
Kereta Import- 3.5%

"Kejujuran dan Professionalisma adalah moto kami"
Hubungi JASLINA subDealer Proton dan Perodua sekarang:-

Hubungi / sms H/P: +6012 649 5846
Email:jeslina.cute@yahoo.com
YM:jeslina.cute@yahoo.com
http://www.jeslinashowroom.blogspot.com/

8.

IKLAN: ACESSORIES KERETA.

Posted by: "syed mohd syamsi" sya881@yahoo.com   sya881

Mon Aug 3, 2009 5:41 am (PDT)

[Attachment(s) from syed mohd syamsi included below]

SALAM N SEJAHTERA..

TUMPANG LALU TUAN MODERATOR UNTUK IKLAN..
DISINI SAYA ADA BUAT BANYAK PENAMBAHAN UNTUK
ACESSORIES KERETA..
BOLEH ATTACHKAN..
SESAPER BERMINAT BOLEH LER CONTACT:

SYED: 0132622181 LOKASI:SHAH ALAM

TERIMA KASIH...

Attachment(s) from syed mohd syamsi

1 of 1 File(s)

9.

voltage stabilizer & ground cable...

Posted by: "afiez" badai13@yahoo.com   badai13

Mon Aug 3, 2009 8:22 am (PDT)



salam tok mod,

nk tumpang tanya sket kpd rakan2...
keberkesanan mengguna voltage stabilizer dan ground cable....
wira saya rasanye mcm makin low power bila buka air con....
minta nasihat sket.....terima kasih...

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Mental Health

Learn More

Cat Groups

on Yahoo! Groups

Share pictures &

stories about cats.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Senarai Web:
•      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
•      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
•      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
•      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
•      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
•      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
•      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
•      Jana Iklan – http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan

No comments: