Thursday, August 27, 2009

www.auto.pdniaga.com - Digest Number 2429

Messages In This Digest (3 Messages)

Messages

1a.

Re: [Fwd: Iklan Honda CRV untuk di Jual SEGERA]

Posted by: "Abdul Rahman bin Johari" arahman@newhoongfatt.com.my   man_apache

Wed Aug 26, 2009 7:15 pm (PDT)



sila tepon no tu bro, aku tlg forward je ni.ntah2 dah jual pe

brader8 wrote:
>
>
> bagi le gambo bro....
>
> 2009/8/20 Abdul Rahman bin Johari <arahman@newhoongfatt.com.my
> <mailto:arahman@newhoongfatt.com.my>>
>
>
>
>
>
>
> Honda CRV untuk dijual SEGERA!
>
> ~Register tahun 2001
> ~Enjin Tiptop
> ~Warna biru gelap
> ~Auto transmission
> ~Power steering
> ~Sunroof
> ~Sport Rim's 17'inch
> ~DVD Player + Display Screen
> ~Dalaman bersih & kemas
> ~Kereta ada di Muar, Johore
> ~Perlu Tunai Segera, Loan urus sendiri.
>
> Dijual pada harga Rm 36,000 sehingga/pada 21 Ogos 2001. Lepas
> tarikh tu kalau belum jual juga, nak tolak kat used car jer.
> (Diorg amik Rm 36,000 juga daaaaaaa)
>
> Sila Hubungi aDam
> 010 2010609
>
> Minta laluan drpd Tuan/Puan Moderator utk sampaikan berita ini
> kepada member
>
>
>
2.

FW: Pengalaman Rakan : Kereta Terhumban Dalam Sungai Kelang (Picture

Posted by: "Razali Bin Md Yusoff" razali.mdyusoff@osram-os.com

Wed Aug 26, 2009 11:17 pm (PDT)



Subject: RE: RG09... Pengalaman Rakan : Kereta Terhumban Dalam Sungai
Kelang<SPAM? (Pictures)>

Terima kasih atas info ni...

Syukur Alhamdulillah bro selamat dari kemalangan...

From: respeks_group@yahoogroups.com
[mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of yaya 77
Sent: Thursday, August 27, 2009 10:49 AM
To: kelakar; respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG09... Pengalaman Rakan : Kereta Terhumban Dalam Sungai Kelang

Buat peringatan...hati-hati semasa memandu kenderaan...

Jam 0130, 17 Ogos 2009, aku dalam perjalanan pulang ke Bukit Tunku
selepas supper bersama rakan di Kg. Baru.. Setiba di Jalan Kinabalu, ada
sebuah kereta menghimpit aku di sebelah kiri.. Aku cuba mengelak ke
kanan dan terlanggar pembahagi jalan di sebelah kanan lalu kereta aku
tercampak perlahan ke kiri jalan dengan keadaan tayar belakang over
steer.. Untuk mengawal kereta dari terus berpusing, aku pun tekan la
pedal minyak.. Oleh kerana jalan licin, tayar depan aku spin lalu
tercampak dengan lajunya ke dalam Sungai Klang..

Dengan berbekalkan ilmu yang aku pelajari dari Discovery Channel, aku
sempat membuka pintu sebelum kereta aku masuk ke dalam sungai.. Air
masuk ke dalam kereta dengan lajunya kerana paras air sungai yang tinggi
disebabkan hujan pada petang tersebut.. Cabut seat belt, aku terus
pecahkan cermin sebelah driver untuk mengurangkan tekanan yang
menghimpit pintu sebelah driver sambil membuka pintu dan terus berenang
ke luar kereta melawan arus sungai yang agak deras....

Aku selamat.. Cuma cedera ringan di tangan, siku, bahu, dahi, tengkuk
dan juga peha.. Syukur.. Nak kena bertaubat ni..

Kereta aku mungkin total lost coz chassis dah lari habis.. Pillar dah
bengkok..

Aku bersyukur masih selamat.. Banyak kebarangkalian yang tidak berlaku
yang mungkin akan menyebabkan kematian aku seperti short circuit masa
aku masih dalam kereta atau kereta aku hentam konkrit yang kat tepi
sungai tu.. syukur....

Berkongsi ilmu sikit,

Kalau kereta dah nak masuk air, cepat-cepat buka pintu dan tingkap..
Macam kes aku, aku sempat buka pintu je.. Tapi bila dah jatuh, pintu tu
tertutup balik... Tapi tak rapat la.. Even tak rapat pun, aku masih
susah nak buka balik disebabkan tekanan air yang kuat.. Aku kena
pecahkan cermin tingkap sebelah aku untuk kurangkan tekanan air dan buka
pintu.. Tekanan masih kuat masa tu tapi tidak la sekuat kalau tingkap
tak buka.. Aku cuma mampu buka pintu sikit je, muat-muat badan aku nak
keluar..

JANGAN TANGGALKAN SEAT BELT SEBELUM KERETA MENDARAT.. Ini penting.. Seat
belt memang akan menyusahkan anda keluar.. Lagi-lagi yang pakai harness
dan full bucket.. Tapi dalam kes aku, seat belt la yang selamatkan aku
dari terhumban ke cermin depan aku yang memang dah pecah.. Seat belt
juga la yang buatkan aku masih melekat kat seat.. Kalau tak pakai, aku
rasa air dah tolak aku kena kat body kereta dah, tak pun kena kat cermin
depan yang dah pecah..

Dah masuk dalam air, memang lemas.. Macam kes aku, lepas kereta dah
mendarat kat dasar sungai, air terus masuk sampai tenggelam kereta..
Takde kesian dah... Lemas camne pun, JANGAN GELABAH.. Mula memang aku
gelabah.. Sebab aku gelabah la aku buang masa dalam 5 minit kat dalam
kereta untuk cabut seat belt.. Lepas 5 minit baru aku try tenangkan diri
dan hasilnya, aku dapat cabut seat belt senang je..

Dah cabut seat belt, cuba cari jalan keluar dari kereta secepat
mungkin.. Macam kes aku, aku pecah cermin belah driver dan buka pintu..
Aku keluar ikut pintu.. Kalau terpaksa pecah cermin, pecah pakai kaki..
Aku pecah pakai tangan sebab aku dah tak fikir apa.. Akibatnya, aku
mengalami kesukaran untuk berenang sebab tangan aku pedih giler..

Dah keluar, JANGAN LEPAK ATAS BUMBUNG KERETA menunggu bantuan.. Berenang
secepat mungkin ke tebing.. Tak reti berenang pun, cuba juga berenang..
Berenang macam anjing pun takpe, asalkan berjaya jauhkan diri dari
kereta.. Kita tak tahu bila kereta akan meletup atau short circuit akan
berlaku.. Macam kes aku, aku tak berenang ke tebing.. Aku asyik fikir
nak selamatkan beg dan juga external drive office awek aku.. Pas dah
keluar kereta, aku hulur tangan kat boot untuk amik beg, kemudian baru
aku berenang ke tebing.. Nasib aku baik sebab tak jadi apa-apa... Aku
tak dapat bayangkan kalau masa aku tengah sibuk nak tarik beg tu kereta
aku short atau terbakar.. Mahu rentung aku..

Itu sahaja yang mampu aku kongsi pengalaman.. Harap korang boleh ambil
masa baca apa yang aku taip ni untuk kegunaan kemudian hari.. Kita tak
mintak tapi takdir kita siapa yang tahu.. Yang paling penting, bawa
kereta berhati-hati dan ikut peraturan.. Nak mod kereta bagi laju boleh
tapi biar guna dengan cara yang betul..

--
Regards,
Yaya

3.

Kereta tak Boleh start

Posted by: "faisal pyeso" ees_bk@yahoo.com

Thu Aug 27, 2009 6:08 am (PDT)



Viva auto tak boleh start....
meter minyak blinking padahal minyak penuh..
hon bunyi ok...
alarm pon ok..
apa problem dia ek?
bateri ke?

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Group Charity

Give a laptop

Get a laptop: One

laptop per child

Yahoo! Groups

Mom Power

Community just for Moms

Join the discussion

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Senarai Web:
•      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
•      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
•      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
•      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
•      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
•      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
•      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
•      Jana Iklan – http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan

No comments: