Tuesday, January 12, 2010

www.auto.pdniaga.com - Digest Number 2537

Messages In This Digest (3 Messages)

Messages

1.

Fw: Apakah Fungsi Voltage Stabilizer Pada Kereta Anda?

Posted by: "- Upin@Ipin -" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Mon Jan 11, 2010 9:00 am (PST)





Apakah Fungsi Voltage Stabilizer Pada Kereta Anda?

Oleh asa_09

Hari ini ramai orang tertanya-tanya, apakah fungsi sebenar voltage stabilizer pada kereta? Di manakah ia di pasang dan mengapakah ia perlu dipasang? Adakah ia membantu performance kereta kita?

Disebabkan kemusykilan ini jadi masih ramai di antara pemilik-pemilik kereta di luar sana masih lagi tidak memerlukan voltage stabilizer ini.

Di bawah ini saya sertakan beberapa jenis voltage stabilizer yang hangat di pasaran.
Stromberg

Pivot Raizin

i-charge

eco charge

Zaptor

Brand lain1

Brand lain2

Brand lain3

Brand lain4

Pasang di mana? ada dua pilihan

Ada yang pasang pada bateri kereta

Ada juga yang pasang pada soket pencucuh api rokok di dalam kereta

Ini adalah hasil penggooglelan saya mengenai Fungsi Voltage Stabilizer..Check it out!

Loads of Testimonials and Comments from Volvo Owners Club Malaysia:

Finer Details:

TO IMPROVE THE ENGINE PERFORMANCE, THE CAR'S ECU IS HIGHLY DEPENDENT ON ALL SENSORS THAT PROVIDE DATA & SIGNALS TO COORDINATE DIFFERENT PARTS IN DIFFERENT PLACES. THE ECU CAN GIVE BEST JUDGEMENT IF & ONLY IF THE SIGNAL IS ACCURATE WHICH AFFECTED BY ELECTRICAL FLOW IN THE SYSTEM. HENCE A STABLE & POWERFUL ELECTRICAL SYSTEM IN CAR WILL ENSURE BEST TORQUE & RESPONSE.

THIS VOLTAGE STABILIZER WITH ITS CIRCUITRY CAN ASSURE FULL RANGE RPM TORQUE. IMPROVED ACCELERATION BOTH IN CIRCUIT AND STREET USE. IT ALSO ENHANCES AUDIO, LAMPS & ALL OTHER EQUIPMENTS TO THEIR MAXIMUM POTENTIAL.
BENEFITS:

* INCREASES TORQUE
* IMPROVES FUEL ECONOMY
* IMPROVES ENGINE RESPONSE
* STABILIZES IDLING
* QUICK ENGINE START
* LESSER ENGINE NOISE
* INCREASES HEADLIGHT BRIGHTNESS
* IMPROVES BATTERY LIFE & AUDIO QUALITY

THIS VOLTAGE STABILIZER STORES ELECTRICAL ENERGY AT ALL TIME TO PROVIDE STABLE & SUFFICIENT ELECTRICAL ENERGY WHENEVER THERE IS VOLTAGE DROP ACROSS THE SUPPLY WHEN POWER NEEDED FROM ALL PARTS IN THE CAR.

THIS SYSTEM CAN FILTER OUT ELECTRICAL NOISE & ELIMINATE IRREGULAR CURRENT FLOW IN THE CAR ELECTRICAL SYSTEM.

ITS SO EASY TO INSTALL, JUST CONNECT THE RED WIRE TO BATTERY POSITIVE & BLACK WIRE TO BATTERY NEGATIVE.

Saya buat penggooglelan lg dan dapat soalan beserta dengan jawapannya.waa ini sudah bagus.

1. Soalan:
Kenapa perlu menggunakan Penstabil Voltan (Voltage Stabilizer - VS) pada kenderaan?
Jawapan:
Apabila enjin dihidupkan, pelbagai peranti elektronik di dalam sesebuah kenderaan akan menggunakan voltan secara serentak contohya lampu, peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung, radio, pendingin hawa dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi seimbang terutamanya kenderaan yang telah berusia. Di sini, VS akan memainkan peranan untuk cuba menyeimbangi voltan dengan penggunaan secara maksimum yang mungkin.

2. Soalan:
Apakah kesan buruk untuk jangka panjang menggunakan VS?
Jawapan:
Setakat ini, hasil pencarian saya di internet tidak ada pendapat yang mengatakan ada kesan buruk penggunaannya. Cuma sebilangan kecil mengatakan harganya mahal dan alat ini bukanlah sesuatu yang penting untuk dimiliki.

3. Soalan:
Kenapa harga VS mahal di pasaran sedangkan komponennya adalah terdiri komponen yang asas sahaja?
Jawapan:
Harganya mahal kerana, anda perlu bayar untuk jaminan produk, rekacipta, kos pengeluaran, pembungkusan yang menarik, gaji kakitangan pengeluar, keuntungan syarikat, kos bahan-bahan mentah yang cantik dan berkualiti, sesetengah syarikat membuat perlindungan insuran serta lain-lain.

4. Soalan:
Bolehkah VS DIY ini mampu berfungsi seperti VS di luar sana?
Jawapan:
Mengapa tidak, komponen adalah sama jadi fungsi pun sama juga.

5. Soalan:
Setelah saya menghasilkan VS ini dan mencubanya, saya perasan ada perubahan setelah menggunakan VS ini, tetapi kelajuannya tetap sama seperti sebelum ini. kenapa?
Jawapan:
Voltage Stabilizer hanyalah sebuah alat tambahan elektronik, mana mungkin dapat mengerahkan komponen mekanikal untuk kelajuan! Kalau ada pun pertambahan kelajuan hanyalah tidak lebih dari 4 - 6%. Jadi kesan positifnya menggunakan VS ini adalah kepada peranti elektronik. Anda perlu ubah bahagian mekanikal untuk kelajuan, atau ubah alat yang mengawal mekanikal cara ia bekerja.

6. Soalan:
Ada orang cakap, VS boleh jimat penggunaan petrol, betul ker?
Jawapan:
Saya akan jawab secara teori bukan ilmiah. Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan api akan lebih efeksyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap kenderaan.

7. Soalan:
Kenapa pihak pengeluar kenderaan tidak mengeluarkan kenderaan baru yang didatangkan sekali dengan VS ini, jika betul VS bagus?
Jawapan:
Pihak pengeluar/pengilang telah mengira pelbagai aspek permotoran. Aspek utama untuk kenderaan baru ialah pemanduan berhemah dan keselamatan. Bukan untuk kelajuan, perlumbaan dan sebagainya. VS tidak memberi banyak kesan untuk pemanduan berhemah. Anda beli kenderaan, andalah yang menentukan fungsi sesebuah kenderaan untuk rupa bentuk kegunaan.

8. Soalan:
Berapa lama VS boleh bertahan dengan kebaikan fungsinya? Setahun? Dua tahun?
Jawapan:
Perlu diingat, tiada benda yang kekal dan tidak rosak. Lambat laun komponen elektronik di dalam VS akan kehilangan fungsinya perlahan-demi perlahan. Anggaran usia komponen elektronik yang berkualiti mampu bertugas dengan baik antara 4 hingga 5 tahun sahaja. Sebab itu, Jepun sudah potong kenderaan sebaik sahaja mencapai 5 tahun lebih, mereka telah akui perkara ini.

9. Soalan:
Saya perhatikan, ada litar VS yang tidak sama antara satu sama lain hasil pencarian di internet. Contohnya, kenapa ada VS yang banyak capasitor dan kurang, begitu juga dengan nilai Farad yang berbeza-beza?
Jawapan:
Jumlah capasitor kurang atau banyak dan nilai Farad yang berbeza akan menentukan nilai kemuatan Voltan (charge and discharge), ini bergantung jenis dan fungsi sesebuah kenderaan. Saya andaikan ini, kalau 1 batang lidi rim basikal di buat besar dan kuat, adakah berupaya 1 batang tersebut mampu menampung beban? Mestilah tidak, sebab ianya akan berputar dan beban tidak sama berat. Jadi, sebab itu dibuat kecil tapi dengan jumlah yang banyak untuk menampung beban dan putaran. Begitu juga dengan jumlah capasitor yang sentiasa bertugas simpan-buang cas dengan kadar yang cepat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

10. Soalan:
Walaupun saya tahu VS ini ada orang cakap bagus, tapi saya tidak yakin akan keberkesanannya, ini apa kes pulak?
Jawapan:
Dalam Islam menekankan keyakinan, kalau tidak yakin, tidak perlu buat VS ini. Jangan buat perkara yang sia-sia dan membazir.-/litarelektrik09.wordpress

Posted by aya
2.

Fwd: Lagi masalah NAZA - maklumbalas

Posted by: "Encik Mie" encikmie@gmail.com   moderator_bertugas

Tue Jan 12, 2010 3:07 am (PST)



From: serizawa786 <serizawa786@yahoo.com>
Date: 2010/1/12
Subject: Re: Lagi masalah NAZA - maklumbalas
To: automobil-owner@yahoogroups.com

a'skum,

Saya amat mengakui kekecewaan yg dialami oleh semua pelanggan tetapi ingin
saya nsihatkan bahawa buatlah aduan dgn cara dan saluran yg betul. Saya
bukanlah wakil dr syarikat yg berkenaan tetapi InsayaAllah saya akan cuba
menyelesaikan aduan semua pada tahap yg termampu..jika ada aduan mengenai
naza silalah hantar aduan dgn penuh detail seperti nama, no telephone, plat
kereta serta model. Ini bertujuan utk dibuat sisatan lanjutan pada aduan
tuan2 dan puan. Sila hantar aduan tuan ke alamar email spt berikut:
serizawa786@yahoo.com.

Saya akui bukan mudah utk memenuhi permintaan semua org tetapi kita akan
cuba sebaik mungkin.

sekian

--- In automobil@yahoogroups.com, rezal_sapuan@... wrote:
>
> Dalam setandan pisang takkan semuanya baik. Dan itulah yang saudara/i
dapat
> ...
>
> Anyway, saya simpati dengan apa yang menimpa saudara/i ...
>
> Sebut pasal kualiti ni memang ada banyak perbezaan untuk local dan export.
> Untuk local mungkin check lebih kurang, tapi kalau untuk export, check
100%
> dan kadang kala sampai 2-3 kali.
>
>
>
>
> almustaqeem
> <almustaqeem@yaho
> o.com> To
> Sent by: Automobil automibil
> automobil@yahoogr <automobil@yahoogroups.com>
> oups.com cc
> mahadir.makhtar@...
> Subject
> 10/11/2006 01:12 Automobil - Lagi masalah NAZA
> AM
>
>
> Please respond to
> automobil@yahoogr
> oups.com
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> KALAU BETUL KITA BELI KERETA NAZA IKUT NASIB, BACALAH LAPORAN YG PANJANG
LEBAR
> INI:-
>
> LAPORAN KEROSAKAN NAZA SUTERA
>
> Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir lebih daripada
berjuta kali
> jika ingin membeli kereta kereta keluaran NAZA kerana kualiti kenderaan
yang amat
> teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah membeli kereta NAZA Sutera 2
bulan lepas
> iaitu pada 1hb Ogos 2006 selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan
dimana wakil
> jualan tuan gagal membekalnya dalam tempuh yang telah dijanjikan oleh
pihak
> Syarikat FS Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja. Disini
saya ingin
> menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap kereta yang telah
dibekalkan oleh
> pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN DENGAN KENDERAAN
YANG BARU.
> Inilah keadaan kenderaan yang telah dibekalkan kepada saya:-
>
> 1. Dari kualiti kereta tersebut adalah jelas bahawa pihak
tuan hanya
> mementingkan soal keuntungan sehingga mengabaikan tentang kualiti
kenderaan
> tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti dan saya melakukan kesilapan
besar
> kerana hanya memandang dari segi rupa sedangkan ia penuh dengan
masalah-masalah.
>
> 2. Dari segi pengamatan saya Jabatan Kualiti Kilang Naza gagal
> melakukan kerja dengan baik kerana sebahagian besar daripada peralatan
didalam dan
> diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul dan kemas. Ini termasuk
> bahagian-bahagian yang dibuat dengan plastik dan besi tidak dilekat atau
dipasang
> dengan kemas dimana ada yang longgar. Seterusnya terdapat
bahagian-bahagian dan
> skru yang sudah berkarat sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja
dan boleh
> dilihat dengan sebelah mata.
>
> 3. Pada minggu pertama, semasa saya memandu kereta balik
daripada
> pejabat dan pada masa itu hujan turun; Saya terpaksa memandu dalam
keadaan basah
> kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu dengan banyak. Disini
saya amati
> getah yang digunakan juga tidak berkualiti atau pun ia tidak dipasang
dengan
> betul. Saya telah menghantarnya ke pusat serbis di Kuala Trengganu,
setelah
> diperbetulkan ia masih tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak
selari
> dengan pintu-pintu yang lain. Jadi keempat-empat pintu ini perlu diketuk
semula
> untuk menyamakannya. Ia masih tidak sempurna kerana semasa hujan air
masuk semula
> melalui pintu belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan yang telah saya
hadapi
> hanya kerana pintu-pintu ini.
>
> 4. Pada minggu ketiga ketiga balik daripada Trengganu stering
kereta
> ini telah berbunyi seperti keldai seolah macam kenderaan yang berumur
lebih
> daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta ini setelah lebih
dari 1
> tahun.
>
> 5. Pada hari saya ambil kenderaan ini system penghawa
dinginnya tidak
> berfungsi dengan betul; Angin sejuk hanya keluar daripada saluran bawah
sahaja
> walaupun saya telah mengubah suis untuk angin itu keluar daripada atas.
Keesokan
> harinya saya hanya kenderaan ke Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah
dibaiki
> dengan menyendal dengan sekeping span dan masih tidak sempurna. Adakah
begini
> caranya ia dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak tahu
camana nak
> pasang penghawa dingin dengan betul. Saya komplen tetapi jawapan amat
tidak
> menyenangkan kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah panel
pembekal
> dan jika saya hendak membaikinya dengan sempurna, saya perlu menghantar
kereta ini
> ke Shah Alam dan ia akan memakan masa lebih daripada 2 hari kerana
keseluruhan
> "dash board" perlu dibuka. Disini pihak Naza tidak membuat pemeriksaan
dengan
> betul kerana takanlah angin ini ini tidak betul pun tak perasan sedangkan
sebaik
> saya terima ia sudah rosak. Janganlah nak menyalahkan orang lain sahaja.
>
> 6. Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza, iaitu bengkel
Syarikat Mesra
> Harmoni Sdn Bhd, nama ajer mesra, upah tarik kenderaan pun saya kena
tanggung,
> saya bersama-sama mekanik membuat pemerhatian ketika kereta ini dibaiki;
Malang
> sungguh kerana tiada banyak yang mampu dilakukan kerana di bengkel ini
tiada
> alatganti yang perlu untuk membaiki kereta Sutera, semua kena tunggu
bekalan
> daripada pihak Naza, kereta saya masih lagi disitu sehingga hari ini
04hb Oktober
> 2006 sejak 15hb September. Bayangkan "oil seal" pun, Naza ambik masa
selama lebih
> daripada 3 minggu.
>
> 7. Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam air untuk
pembersih air
> (wiper) tidak berfungsi dengan betul dimana sekejap kuat sekejap perlahan
dan yang
> paling menyedihkan baru sebulan "wiper" pun dah mula tidak betul
pergerakannya.
> Bila saya menggunakannya ia bergerak dengan sempurna, tetapi bila saya
tutup
> suisnya, ia akan berhenti ditempat-tempat yang ia suka. Sekejap
ditengah-tengah
> cermin setelah dicuba berkali-kalibaru ia berhenti di tempat yang
sepatutnya. Ini
> baru sebulan, kalau setahun mungkin ia tak bergerak lagi. Ia amat
menyusahkan
> untuk menunjuk kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di bengkel nampak
ok, bila
> balik ke rumah, masalah ini timbul semula. Inikah kualiti kereta baru
Naza??? Saya
> rasa pihak Naza tidak ambil berat lansung soal kualiti eksesori kenderaan
ini.
> Macam tangkapmuat ajer.
>
> 8. Bonet belakang kenderaan ini juga tidak dipasang dengan
sempurna
> kerana bonetnya tidak boleh dibuka dengan kunci. Pergi baiki ok, balik
rumah jadi
> balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari hanya kerana nak baiki
bonet
> kereta. Bayangkanlah kesusahan yang telah pihak Naza timbulkan kepada
pengguna.
>
> 9. Batang gear bergegar dan menari sebaik sahaja enjin
dihidupkan macam
> bas buruk yang mengangkut penumpang dikawasan pendalaman yang berumur
lebih
> daripada 30 tahun dan pada masa yang sama kita dapat rasakan seolah enjin
ini nak
> jatuh. Saya telah membeli 2 jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan
sebegini
> ketika ia baru dibeli.
>
> 10. Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat bising yang ganjil
setelah
> kelajuan melebihi 100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan ini saya
terpaksa
> membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya seperti sebuah kapal terbang
hendak
> memulakan penerbangannya, semasa saya pandu, semua penumpang jadi panik
kerana ia
> macam hendak meletup. Saya berjumpa beberapa pemilik kereta ini di
bengkel dan
> mereka menyatakan perkara yang sama dan ia bergantung pada nasib, kerana
adanya
> terima masalah ini setelah ia bergerak lebih daripada 110km/jam.
Tuan-tuan,
> percayalah, ia mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya telah memandu lebih
daripada
> 10 tahun dan kereta kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun
tidak
> mengeluarkan bunyi sebegini. Bila saya suarakan apa-apa yang ganjil
mengenai enjin
> ini, dengan mudah dan selamba sahaja, mekanik menyatakan ianya kerana ia
tidak
> menggunakan "timing belt" dimana ia gunakan "timing chain". Saya bukan
mekanik,
> tapi jangan alasan ini sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan
enjin ini
> sebenarnya tidak berfungsi dengan betul dan akibatnya akan saya terangkan
dibawah.
> Ini bermaksud seolah-olah "timing chain" tidak meningkatkan mutu enjin
pada masa
> ini. Naza sepatutnya kena menyiasat dengan teliti sebelum menggunakan
teknologi
> baru.
>
> 11. Seterusnya kerosakan yang paling teruk setelah
simpton-simpton diatas,
> pada minggu keenam dimana saya menggunakan kereta ini dan ia baru
bergerak
> lebihkurang 3,000km; Pada 15hb September 2006 kereta ini gagal
dihidupkan.Setelah
> sejam mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka enjin boleh
dihidupkan; Ia
> mengejutkan saya, dan saya perhatikan asap putih keluar dengan banyak,
pada mula
> saya ingat enjin belum panas, tetapi ia tak berhenti dan air mula keluar
melalui
> ekzos dengan banyak dan tak berhenti-henti. Saya matikan enjin dan buka
bonet
> hadapan, saya periksa minyak hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam
keadaan
> yang baik.Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak mati
setelah saya
> cabut kunci dan ia amat memeranjatkan saya; Naza telah mencipta kereta
turbo tanpa
> perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati saya hidupkan semula kereta
ini dan
> pandu dengan perlahan ke pejabat seterusnya ke pejabat FS Trading Sdn Bhd
yang
> jauhnya lebih kurang 10km; Disana mekanik telah memeriksa kenderaan dan
apa yang
> mengejutkan saya ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan air telah
kering.
> Apa yang menyedihkan saya, pihak FS Trading pandang sebelah mata sahaja
masalah
> saya ini dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam menunggu
kereta
> tunda untuk menunda kenderaan ini ke bengkel Syarikat Mesra Harmoni di
Taman
> Melati. Saya diberitahu bahwa saya tidak perlu membayar kos tunda,
malangnya
> sampai disana saya diminta membayar kos tunda tersebut. Biasalah
pengguna memang
> selalu malang . Setelah diperiksa, pihak bengkel belum kenalpasti masalah
dan
> minta saya datang keesokan harinya.
> Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini kena dibuka dan perlu
> "overhaul" kerana enjin ini telah dimasuki air. Jadi yang
simpton-simpton sebelum
> ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi dengan betul dan pihak
bengkel hanya
> membuat andaian tanpa mengendahkan apa yang saya laporkan. Saya hairan
kenapa
> kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah sebegini teruk dan ini
adalah
> masalah yang serius dan ianya adalah kereta baru. Bayangkan apa akan
terjadi jika
> ia setelah dua tiga tahun nanti. Jadi pengguna seperti saya yang akan
merana
> kerana terpaksa menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman
selama 7
> tahun. Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal menjawab punca
kerosakan
> tersebut dan tidak mengakui ini masalah serius "MAJOR PROBLEM".
>
> Sekarang telah masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat Mesra
Harmoni,
> sebuah bengkel yang canggih dan gah tetapi tiada bekalan alatganti dan
tidak mahu
> menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00 hanya kerana pihak Naza
lambat
> membayar balik kepadanya iaitu lebih daripada 3 bulan. Biasalah pengguna
kena
> tanggung, saya pada mula tidak berkira soal ini tetapi janganlah asyik
hendak
> menyalahkan orang. Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak
Naza masih
> tidak membekalkan alatganti dan menyuruh saya yang menghubungi pihak Naza
dan saya
> terpaksa hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa sehingga kini
tindakan
> semua pihak seolah-olah saya ini tidak penting. Apa yang saya dapat
simpulkan
> ialah apa pun yang terjadi biar pengguna yang tanggung bebanan janji
syarikat buat
> untung selagi tiada nyawa yang melayang, selagi kita hentam pengguna.
> Pada 30hb September 2006 saya tanya kenapa kereta ini tidak siap, pihak
bengkel
> menjawab bengkel ini sedang menjalankan kempen servis kereta Naza sempena
bulan
> perayaan dan kerana kereta saya mengalami masalah kronik maka ia tidak
> berkesempatan untuk dibaiki dan ia juga disebabkan kerana setelah 2
minggu
> berlalu baru "cylinder head" dibekal oleh Naza dan ia tidak cukup kerana
"oil
> seal" masih lagi tidak dibekalkan. Satu-satu alatganti kena tunggu dan
tunggu
> untuk dibekalkan sehingga saya menawarkan diri untuk mengambil sendiri
alatganti
> tersebut. Tuan kena faham saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya
bukan
> membebankan saya. Kempen itu juga lebih penting jika dibandingkan dengan
kesusahan
> yang ditanggung oleh saya, mereka yang datang untuk serbis kereta tiada
masalah
> ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa menanggung berbagai masalah
kerana
> tiada kereta. Sepatutnya mereka perlu faham masalah saya ini kerana ia
memberi
> kesan kepada imej Naza sendiri.
>
> Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza dan menerangkan bagaimana
> keadaan kereta yang telah dibekalkan kepada saya dan memohon supaya
sebuah enjin
> yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan enjin kereta ini.
Ini adalah
> kerana mekanik disitu tak dapat mengenalpasti punca masalahnya dan
sepatutnya
> pihak Naza wajib membekal kenderaan yang berada didalam keadaan baik.
Malangnya
> permintaan saya tidak dilayan dan macam tiada masalah langsung yang
wujud dihati
> pihak Naza. Pusat Khidmat Pelanggan menyatakan bahawa Naza tidak akan
> menggantikan dengan kenderaan yang baru dan ia hanya akan membaiki
sahaja.
> Bayangkan atau
> fahamilah ini masalah enjin, kereta baru sepatutnya tidak timbul masalah
seteruk
> ini. Jika ia amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta ini
digantikan
> dengan yang baru.
>
> Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun keadaan setelah saya
beli
> kereta itu, seolah-seolah jika Naza bekal saya besi buruk pun saya kena
terima
> samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah berjaya
menyusahkan hidup
> saya. Sudahlah begitu saya dibuat macam bola ping pong dipukul kekiri dan
kekanan
> dan asyik menyalah antara satu sama lain sehingga kita keliru dan tidak
tahu
> hendak berbuat apa lagi.
>
> Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala masalah,
kesusahan samada
> dari segi masa,duit dan keperitan tidak hanya pada masa ketiadaan
kenderaan untuk
> meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan kerugian ini akan berlarutan
> bertahun-tahun.
>
> Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti saya bila keadaan ini
terjadi;
> jika hanya dibaiki saya rasa ia tak memuaskan dan kelebihan serta
keuntungan hanya
> sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu jadi mangsa.
>
> 12. Setelah seminggu kereta di bengkel, saya pergi menjenguk dan
tambah
> menyedihkan apabila melihat keadaan kereta baru tapi dah macam kereta
buruk
> kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat. Paling menyedihkan
semasa saya
> tiba di bengkel dengan sinis saya di perli kenapa datang cepat sangat
sedangkan
> kereta ini tak tentu bila boleh siap, tiada rasa sempati langsung.
>
> Macam inikah sikap panel bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada
suara sumbang
> mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis pertama iaitu di Kuala
Trengganu
> tidak membuat kerja dengan betul. Lagi sekali asyik hendak menyalahkan
pihak lain.
> Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan jawapan kenapa kereta
baru yang
> begitu megah di televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk tetapi ini
jawapan yang
> saya dapat sedangkan saya beli kenderaan tersebut dengan harga lebih
daripada
> RM38,000.00 dan bukannya RM3 sahaja.
>
> Seterusnya saya lihat skru besar yang memegang tayar telah berkarat dan
disk brek
> juga berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2 bulan sudah
sebegini,
> tiada "antirust" ke?? Malah banyak lagi skru-skru daripada depan
hinggalah
> kebelakang juga berkarat termasuk beberapa bahagian yang dibuat daripada
besi
> lain juga mula berkarat. Apa pihak Naza tak uji atau kaji bahan-bahan
yang akan
> digunakan untuk membuat kenderaan ini. Janganlah hanya keuntungan besar
hendak
> dicari dan pengguna dijadikan bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya
nampak kereta
> ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat.
> 14. Seterusnya masalah kunyi "remote" pada kali pertama
guna untuk
> hari itu ia sempurna dan setelah kita bergerak lebih dari 50km dan
berhenti; kunci
> "remote" tidak berfungsi lagi dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi.
Tunggu
> sejuk dulu baru ia berbunyi, hairan ini pun boleh jadi masalah. Ini pun
jadi
> masalah, ini baru sebulan entah apa lagi akan saya tanggung selepas ini,
nampak
> saya membeli masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar dan
fahamilah
> masalah saya.
>
>
>
> NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana memberi gambaran
buruk kepada
> pelanggannya. Jikalau tuan hendak tahu bahwa dengan laporan ini mungkin
telah
> mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli kereta keluaran tuan dan
banyak
> yang telah menempah semula kereta MyVi keluaran Perodua yang memberi
keuntungan
> kepada kedua belah pihak.
>
> Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan masalah-masalah lain yang
> kecil dimana tak sepatutnya ada pada kereta baru ini dan ada
bahagian-bahagian
> saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak komplen lagi kerana sudah
tidak
> mampu. Contohnya penutup talipinggang keledar boleh tercabut dengan
tiba-tiba.
> Jadi saya pegi kedai beli gam dan lekatkan semula. Itu pun tak reti nak
pasang,
> boleh gila dibuatnya. Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah, macam
dibuat
> dengan kaki.
>
> Kesimpulan?? ??? Jika ada anugerah untuk kereta keluaran terburuk dan
tanpa
> kualiti pada tahun tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan
memenangi
> anugerah tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak. Disini jika
kereta ini
> tidak diperbetulkan saya akan membuat promosi keseluruh tempat untuk
membuktikan
> bahwa kereta ini amat buruk kualitinya.
>
> Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi dua kenderaan
keluaran
> syarikatnya telah saya guna dan tiada masalah seteruk ini terjadi pada
saya,
> contohnya saya telah guna kereta kancil lebih daripada 8 tahun dengan
tidak
> memberi saya masalah sebegini.
>
> SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA MENJADIKAN PEMBELINYA
SEBAGAI BAHAN
> UJIKAJI ATAU R&D UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT DITANGGUNG OLEH
PEMBELI DAN
> BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN
SEBAIK MODEL
> BARU DIPERKENALKAN SELAGI TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU CEDERA.
>
> Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak teruk begini, pihak
NAZA
> patut mengambil tindakan yang PROAKTIF dengan menggantikan dengan yang
baru maka
> kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa
yang dia
> bekalkan kepada pengguna; malangnya mereka tak mengendahkan tuntutan saya
malah
> dengan sombong dan bongkaknya wakil daripada "Naza Customer Service"
mengatakan
> bahawa Naza tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya dengan yang baru.
Naza
> akan baiki bila rosak, baiki ,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh
gerenti
> dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal alatganti dan upah
baiki yang
> mungkin terlalu mahal untuk mengambil kembali kos-kos pembaikan yang
diberi dengan
> percuma dahulu. Bayangkanlah minyak enjin kereta Sutera ini sahaja mahal
jika
> disbanding dengan kereta keluaran Proton dan Perodua. Ini baru minyak
enjin, itu
> belum alatganti lain, sudahlah sukar untuk dibekalkan sekarang ini dan
saya hairan
> dimana punyanya perkara ini terjadi.
>
> BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN SETENGAH KENA ANGKAT
ENJIN, KENA
> OVERHAUL DAN INI DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini masalah serius
"MAJOR
> PROBLEM" bukannya "MINOR".
>
> Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin sepeti saya. Saya
terpaksa
> berusaha selama 9 tahun untuk menukar kereta baru dengan harapan kereta
ini dapat
> memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan besar harapan saya
terhadap kereta
> ini kerana saya beli kereta ini dengan harapan ia lebih baik atau sama
dengan mutu
> kereta kancil yang telah saya milik dahulu tapi malangnya tak sampai dua
bulan;
> Saya terpaksa menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin lagi
dengan
> keselamatan kenderaan ini.
>
> Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak diendahkan saya
hanya mampu
> berdoa pada tuhan moga kereta yang saya beli dengan tulang empat kerat
saya ini
> akan berada dalam keadaan baik da mohon tuhan sentiasa lindungi saya dan
keluarga
> saya supaya selamat semasa menggunakan kereta tuan ini walaupun mulai
dari saat
> ini saya pasti akan menanggung kerugian dari masa kesemasa.
>
> Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri Nasimuddin akan terus
cemerlang dan
> kaya raya pada hari-hari berikutnya dengan menjalankan aktiviti pembuatan
kereta
> seterusnya mengeluarkan lagi masalah-masalah kepada pembeli kereta buatan
Naza.
> Ketahuilah inilah kali pertama dan terakhir saya akan membeli kereta atau
apa-apa
> kenderan keluaran pihak tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya
yang miskin
> dan bodoh ini. Syarikat Naza kena faham bahawa pembeli kereta murah ini
hanya
> dibeli oleh golongan bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa
bumiputra. Kepada
> Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana yang terlibat secara
langsung atau
> tidak; Tolong tenguk-tengukan atau siasat perkara ini dan saya yakin ia
bukan ia
> sudah lama berlaku dan jika tiada jalan penyelesaian dibuat, saya tidak
terkejut
> kenapa industri otomobil di Malaysia terus suram seperti kata perpatah
Melayu lama
> "RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI".
>
> ** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA KERETA NAZA
SUTERA MILIK
> SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK KERETA YANG
LAIN DAN
> MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH MENIMPA MEREKA. INI SAYA
MAMPU
> SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA SEMASA SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA
KIA DI
> KUALA TRENGGANU DAN (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G, Jalan Melati
Utama 4,
> Taman Melati Utama, Setapak, 53100, Kuala Lumpur ) Tel:603-41070828.
PERGI TENGUK
> SENDIRI JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA DIATAS. SATU NAZA SUTERA
PASTI
> ADA LEBIH DARIPADA 10 MASALAH BODOH.
>
>
>
>
>
>
>
> Check out the all-new Yahoo! Mail - Fire up a more powerful email and
get things
> done faster.
>
3.

Fwd: Myvi sebulan setengah dah kena tarik

Posted by: "Encik Mie" encikmie@gmail.com   moderator_bertugas

Tue Jan 12, 2010 6:32 am (PST)



From: Lutsinar <lutsinar@gmail.com>
Date: 2010/1/12
Subject: sebulan setengah dah kena tarik
To: automobil-owner@yahoogroups.com

Assalamuaikum,

Saya nak tanya kereta kakak saya myvi kena tarik tanpa tunjuk surat tarik di
dalam kawasan rumah dengan menggunakan tow truck. pada masa tu kakak saya
dalam bank untuk membuat pembayaran. pembayaran sebulan sebanyak RM481.00,
Bila sampai giliran kakak saya, pihak bank maklumkan tidak boleh dibuat
bayaran kerana kereta sudah di tarik. Bila kakak saya tanya berapa yang
perlu dibayar untuk mendapatkan kembali kereta semuanya adalah RM 1,114.00
termasuk upah tarik sebanyak RM 450.00. Ini bermakna yang tertunggak
hanyalah hanya RM664.00. Jika RM 664.00 ditolak dengan bayaran bulanan 480
yang tertunggak hanyalah RM183.

Ini bermaksud kereta kakak saya belum layak ditarik. Saya nak bertanya boleh
tak minta ganti rugi upah tarik, atau saman malu ataupun kerosakkan dan
seumpamanya.

Terima kasih
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Yahoo! Groups

Going Green

Find green

groups and tips

Y! Groups blog

the best source

for the latest

scoop on Groups.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Senarai Web:
•      Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz     
•      Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com     
•      Kad Nama Online - http://www.kadnama.com     
•      Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com      
•      Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com 
•      Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
•      PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
•      Jana Iklan – http://www.janaiklan.com

Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1.  automobil-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/automobil 
2.  HitZ-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3.  pdniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga 
4.  dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik 
5.  bolasepak-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak 
6.  auto-chat-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat 
7.  ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC 
8.  pd-net-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/pd-net 
9.  interniaga-subscribe@yahoogroups.com 
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com   
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan

No comments: