Tuesday, September 20, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3077

Messages In This Digest (6 Messages)

1.
(no subject) From: ahmad sopuan abdullah
2.
Fw: Mati Tersepit Kerana Terlupa Tarik Handbrek From: ::-eSpAcE 9808-::
3.
How are you From: shidan shidan
4.
FW: Anak hilang - please forward From: Harris Bin Haron
5a.
Re: LAMPU HAND BRAKE DI PANEL METER TAK PADAM From: amir rusli
5b.
Re: LAMPU HAND BRAKE DI PANEL METER TAK PADAM From: zaman khan

Messages

1.

(no subject)

Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my   asafahaha

Mon Sep 19, 2011 11:43 am (PDT)

2.

Fw: Mati Tersepit Kerana Terlupa Tarik Handbrek

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Mon Sep 19, 2011 12:27 pm (PDT)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Mati Tersepit Kerana Terlupa Tarik Handbrek
Posted by greenboc

Maut tersepit 2 jam

KANGAR: "Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terus memegang tangan suami yang sudah sejuk dengan mukanya kebiru-biruan. Mayat arwah ketika itu masih dalam keadaan berdiri," kata Iziatun Mayuzia Che Saad, 35.

Mayat suaminya, Azizan Ramli, 44, ditemui penduduk dalam keadaan berdiri ketika tersepit di antara bahagian hadapan lori dengan dinding sebuah surau di Kampung Perawah, Mata Ayer di sini, dipercayai akibat diheret lori berkenaan yang menggelongsor ke hadapan, kira-kira jam 8.15 pagi semalam.

Lebih menyayat hati, nahas itu dipercayai disedari penduduk kira-kira dua jam selepas mangsa tersepit.

Ketika kejadian, Azizan memeriksa lori terbabit apabila kenderaan itu tiba-tiba bergerak menyebabkan dia dipercayai cuba membuka pintu untuk menarik brek tangan, tetapi gagal menyebabkan dia tersepit.

Iziatun berkata, selepas dimaklumkan jiran, dia bergegas ke tempat kejadian yang hanya 50 meter dari rumahnya.

"Pagi tadi (semalam) saya tidak menyedari bila suami keluar rumah untuk memeriksa lorinya yang diletakkan di depan surau, tapi selalunya dia akan keluar jam 6.30 pagi," katanya ketika ditemui menuntut jenazah suaminya di Bilik Mayat, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Menurutnya, selepas memeriksa lori, biasanya arwah pulang ke rumah untuk mandi dan bersarapan bersama keluarga sebelum keluar memandu lori membawa tanah itu.

Azizan mempunyai lapan anak hasil perkongsian hidup dengan dua isteri, termasuk empat anak berusia tiga hingga tujuh tahun hasil perkongsian hidup dengan Iziatun.

Difahamkan, seorang penduduk yang lalu di hadapan surau itu terkejut apabila menjumpai pemandu lori itu tersepit lalu meminta bantuan jiran mengeluarkan mayat mangsa yang masih berdiri sebelum menghubungi polis.

Iziatun berkata, dia tidak mengesyaki sesuatu dan menunggu suami bersarapan, tetapi dia tidak juga muncul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata pemandu lori itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan hanya disedari penduduk hampir dua jam selepas kejadian.

"Mayat mangsa ditemui seorang jiran dalam keadaan berdiri akibat tersepit di depan pintu lori dengan dinding Surau Kampung Perawah, kira-kira jam 8.15 pagi tadi (semalam)," katanya di sini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya pada awal pagi untuk memeriksa lori muatan tanah yang diletakkan di depan surau berhampiran rumahnya.

Katanya, tiba-tiba kenderaan terbabit menggelongsor ke hadapan dan mangsa cuba membuka pintu lori untuk menarik brek tangan, tetapi gagal hingga menyebabkannya tersepit antara bahagian hadapan kenderaan dan dinding surau terbabit.

"Mayat mangsa dibawa ke HTF untuk bedah siasat dan dilaporkan mengalami kecederaan dalaman akibat tersepit," katanya.

Che Man berkata, pihaknya menolak sebarang perbuatan khianat dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. -hm

Ditemui pucat, tak bergerak

SELAMAT SALLEH menunjukkan lori dicuci sepupunya, Azizan yang maut di Kampung Perawah, Ngulang Kangar semalam.

PADANG BESAR - Malang menimpa seorang lelaki apabila dia ditemui oleh isterinya sudah tidak bernyawa selepas badannya tersepit antara pintu lori dan dinding surau di Kampung Perawah, Ngulang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi, Azizan Ramli, 44, ditemui dalam keadaan muka pucat dan tidak bergerak selepas separuh badannya tersepit antara pintu lori yang bergesel dengan dinding surau yang terletak berdekatan rumah pasangan itu.

Sebelum tragedi itu, Azizan keluar mencuci lori di luar rumah pada pukul 6.30 pagi sebelum kenderaan itu dipercayai bergerak secara tiba-tiba sebelum mangsa cuba memberhentikan lori tersebut.

Azizan yang sudah tidak bernyawa ditemui oleh isterinya, Izyatun Mayuzia Che Saad, 30, yang sebelum itu mencuci pakaian di belakang rumah.

Menurut Izyatun Mayuzia, hatinya tiba-tiba berasa tidak sedap ketika sedang mencuci pakaian yang mendorong suri rumah itu keluar menjenguk Azizan di luar rumah.

"Bila saya nampak suami di pintu lori dengan kepala di dalam lori, ingatkan dia tidak apa-apa. Kemudian saya memanggil Azizan tetapi dia tidak menjawab dan setelah mendekatinya saya terkejut melihat Azizan dalam keadaan pucat dan tidak bergerak lagi," kata wanita itu ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar semalam. -kosmo
3.

How are you

Posted by: "shidan shidan" syid_dan@yahoo.com   syid_dan

Mon Sep 19, 2011 12:46 pm (PDT)



<p>ive been frustrated with myself lately I was about ready to throw in the towel I cant believe this actually worked!!<br><a href="http://www.sotlw.com/ColinThomas17.html">http://www.sotlw.com/ColinThomas17.html</a> this made me feel whole it would keep you busy<br> </p>
4.

FW: Anak hilang - please forward

Posted by: "Harris Bin Haron" Harris@maa.com.my

Mon Sep 19, 2011 6:52 pm (PDT)



Automobil Moderator...mintak laluan ...

Kepada Rakan2 semua,

Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam (13 September) dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal.
Laporan polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10 tahun)
Tinggi : Lebih kurang 110cm
Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dengan cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.

MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.

Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 019 6387252 (Salleh).

Mohon disebarkan.

TERIMA KASIH

DISCLAIMER:-

This email is confidential and intended only for the use of the
individual or entity named above and may contain information that
is privileged.

If you are not the intended recipient, you are notified that any
dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited.
If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message.

Thank you.
5a.

Re: LAMPU HAND BRAKE DI PANEL METER TAK PADAM

Posted by: "amir rusli" tbkai25@yahoo.com   tbkai25

Tue Sep 20, 2011 12:14 am (PDT)



Salam.....cuba check hand brake punya cable...

From: Abdul Hadi Abdullah <hadi@mhsaviation.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Cc: hadzwan_90@yahoo.com
Sent: Monday, September 19, 2011 9:28 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - LAMPU HAND BRAKE DI PANEL METER TAK PADAM

 

Salam
Tuan Mod dan kawan2 semua,
 
Minta
tolong pada Otai-Otai yang boleh bantu saya dalam masaalah ini.
 
1)
Lampu hand-break di panel meter masih menyala walau pun hand break telah
dilepaskan.
 
2)
Mungkinkah kerosakan akan berlaku sekiranya saya terus memandu (guna) kereta dalam
keadaan ini.
 
Terima
Kasih,
 
ABDUL HADI HJ ABDULLAH                                                                                                                    
 
 
 
5b.

Re: LAMPU HAND BRAKE DI PANEL METER TAK PADAM

Posted by: "zaman khan" rambutansz@yahoo.com   rambutansz

Tue Sep 20, 2011 4:54 am (PDT)





 
kecik punya hal.. cek minyak gear atau suis break

________________________________
From: amir rusli <tbkai25@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 20 September 2011 11:32 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - LAMPU HAND BRAKE DI PANEL METER TAK PADAM

 
Salam.....cuba check hand brake punya cable...

From: Abdul Hadi Abdullah <hadi@mhsaviation.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Cc: hadzwan_90@yahoo.com
Sent: Monday, September 19, 2011 9:28 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - LAMPU HAND BRAKE DI PANEL METER TAK PADAM

 
Salam
Tuan Mod dan kawan2 semua,
 
Minta
tolong pada Otai-Otai yang boleh bantu saya dalam masaalah ini.
 
1)
Lampu hand-break di panel meter masih menyala walau pun hand break telah
dilepaskan.
 
2)
Mungkinkah kerosakan akan berlaku sekiranya saya terus memandu (guna) kereta dalam
keadaan ini.
 
Terima
Kasih,
 
ABDUL HADI HJ ABDULLAH                                                                                                                    
 
 
 

Recent Activity
Visit Your Group
Y! Groups blog

the best source

for the latest

scoop on Groups.

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: