Tuesday, September 20, 2011

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3061

Messages In This Digest (3 Messages)

Messages


1.

Fw: Industri Auto Malaysia Ketinggalan Sediakan Aspek Keselamatan -

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri Sep 2, 2011 10:01 pm (PDT)

----- Original Message ----- From: ::-eSpAcE 9808-:: Industri Auto Malaysia Ketinggalan Sediakan Aspek Keselamatan - CAP Posted by greenboc Sebagai negara pengeluar kereta dan motosikal nasional, Malaysia dilihat masih ketinggalan menyediakan keselamatan dalam industri automobil. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Cap), S M Mohamed Idris berkata, beberapa kemalangan maut dilaporkan sejak kebelakangan ini, disebabkan kegagalan mengawal kenderaan. "Tayar adalah kategori paling diabaikan dalam industri auto. Jika dilihat, semakin banyak kes kemalangan berpunca daripada kegagalan tayar, namun apa yang menyedihkan, tiada kesungguhan untuk membetulkan keadaan ini. "Selain itu, kita juga memerlukan sistem penarikan semula kenderaan yang rosak atau tidak sempurna buatannya seperti dilakukan beberapa syarikat dari Jepun antaranya Honda dan Toyota. "Bagaimanapun, di negara ini, langkah itu belum diambil," katanya semalam. Menurutnya, pihak berkuasa juga, perlu memantau serta mengambil tindakan terhadap penjualan alat ganti kenderaan tiruan yang bermutu rendah. "Bengkel kenderaan juga perlu dipantau dan diselia sementara, mekanik perlu memberikan perkhidmatan profesional. Di luar negara seperti United Kingdom umpamanya, kenderaan berusia lebih tiga tahun selepas pendaftaran pertama perlu menjalani pemeriksaan ketahanan di jalan raya dan pemeriksaan setahun sekali. "Bezanya di Malaysia, undang-undang seumpama itu hanya diguna pakai untuk kenderaan komersial sewaktu pemindahan hak milik kenderaan sahaja," katanya. Mohamed berkata, selain kenderaan persendirian, pengusaha bas ekspres juga perlu melaksanakan langkah keselamatan, antaranya menghentikan perkhidmatan pada waktu tengah malam. "Mereka juga perlu membuat kajian terhadap kesesuaian penggunaan bas bertingkat digunakan di jalan raya yang mana, permit baru perlu ditangguhkan sehingga kajian itu selesai. "Peraturan 66,80 dan 36 ECE Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu dikuatkuasakan secara berperingkat bagi membendung kemalangan membabitkan bas ekspres berikutan bas ekspres mempunyai struktur badan yang lemah terutamanya reka bentuk bumbung dan tempat duduk," katanya. Mohamed berkata, Cap menggesa pengguna jalan raya lebih berhemah dan pihak berkuasa juga perlu melaksanakan saranan dikemukakan.
2.

Fw: HOW LONG IS THE RENAULT GRAND ESPACE?

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Sep 3, 2011 12:58 am (PDT)

----- Original Message ----- From: ::-eSpAcE 9808-:: HOW LONG IS THE RENAULT GRAND ESPACE? Posted by zikri Renault Grand Espace (version III) is longer by 270mm or 27cm than the standard Renault Espace, but how does it compared to other popular Japanese MPV in our Malaysian market? MODEL Length (mm) Width (mm) Height (mm) RENAULT Grand Espace III 4787 1820 1690 TOYOTA Estima Aeras 2002-07 4975 1800 1730 TOYOTA Alphard 4840 1805 1935 HYUNDAI Starex 5125 1920 1935 The dimension shows that GRAND Espace is actually the shortest and lowest MPV here. However, the visual design shows it as a long MPV. I do this simple research as I feel my Grand Espace have better boot space compared to others but a little small for an adult at the rear; compared to the others as listed and now I know some of the reasons. The short dimensions combined with lower roof and very slanting front windscreen add to this smallish feeling. The newer Grand Espace IV feels more cramped inside even compared to the Grand Espace III. Maybe the bigger size seats affect it. Grand Espace Fuel Consumption Posted by zikri Fuel consumption is a popular issue or subject to be discussed. our "lowered" Grand Espace with full load (2 adults + our 6 kids + baggages) My previous Renault Espace III 2.0 8v petrol, in general can reach (full tank) a.. 90% Highway (average 110kmh) : about 700-750km b.. Mixed : about 550-650km c.. Most city : the worst.. about 480-550km only When I used my existing Renault Grand Espace III 2.0 16v petrol, I was suprised that I cannot get better fuel consumption than the previous unit. Theoritically, the 16v engine is more efficient and therefore, should also be quite more economical than the 115bhp 8v (the 16v has 140 bhp.. when its new) Caltex petrol is my new favourite. It really improve performance and efficieny of my Espace engine. After some minor improvements and tweaks, Alhamdulillah I can get extra mileage; which about 700km+ for a full tank of petrol, consists mainly of 110kmh highway. The minor tweaks are a.. Pumped up the tyres to the recommended pressure (because it is quite under inflated before) b.. Use different petrol. Previously I dont care much. Now after 3 full tank of Caltex Techron 95, felt the engine more responsive (especially when climbing hills) and that maybe helps to reduce engine strain. c.. Repair the air hose. The engine air hose which channel air to the engine is actually has some tear, therefore the engine is also sucking hot air from the engine bay thus reducing the engine efficiency. (Colder air helps improve engine efficiency in hot & humid countries) The air hose was "repaired" with a masking tape. The original hose was soft and tear easily. That's all the minor tweaks done and it really helps. Maybe if I only drive an average and consistent 80-90kmh, and slow acceleration; I am quite sure the fuel consumption will further improved. But frankly speaking, driving the Espace at consistent 80-90kmh, is a very challenging thing to do, as you feel the vehicle is so slow.. like you want to sleep la. So, happy driving and take care.
3.

Fw: Renjatan Eletrik Kereta Permainan Kawalan Jauh,

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sat Sep 3, 2011 12:59 am (PDT)

----- Original Message ----- From: ::-eSpAcE 9808-:: WASPADA: Renjatan Eletrik Kereta Permainan Kawalan Jauh, Budak Melecur Teruk Posted by greenboc Asap daging hangit SEREMBAN: "Sejurus melihat asap dari pakaiannya diselangi bau hangit daging, saya segera mengoyakkannya sebelum tersentak apabila melihat kedua-dua tangannya dan kaki melecur teruk," kata Norashahkin Ujang, 52. Kegembiraan ibu tunggal itu meraikan Aidilfitri kali ini bertukar suram apabila anak lelakinya, Mohd Shafiq Mat Isa, 10, cedera terkena renjatan elektrik dalam kejadian jam 8.35 pagi ketika dipercayai bermain dengan alat kawalan jauh kereta permainannya di Stesen Komuter Sungai Gadut di sini, semalam. Menceritakan detik cemas itu, Norashahkin berkata, dia melakukan tugas rutinnya sebagai tukang cuci terkejut apabila melihat mangsa tiba-tiba rebah ke lantai dan pengsan. "Saya memanggil nama Shafiq, namun masih tidak bersahut. Pada waktu itu, seluar dan bajunya terbakar selain berbau hangit pada badannya yang terkulai layu. "Saya mengoyakkan pakaiannya dan mendapati tangan serta kakinya melecur teruk," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini, semalam. Norashahkin yang menetap di Taman Senawang Jaya, berkata, selepas lebih lima minit, anak lelakinya sedarkan diri dan menangis. Saya memaklumkan perkara itu kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Shafiq dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut. "Walaupun cedera teruk, namun saya bersyukur kerana dia selamat," katanya. Norashahkin berkata, sambutan Aidilfitri kali ini berbeza kerana anaknya itu kemungkinan tidak berpeluang memakai baju Melayu baru. "Apa yang penting bagi saya adalah Syafiq yang kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Wad 5D (Unit Rawatan Rapi Bayi HTJS) untuk rawatan," katanya. Sementara itu, Pemangku Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fadzil Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku kerana arus elektrik bervoltan tinggi di kawasan itu bertindak balas dengan alat kawalan jauh berkenaan. "Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan menyeluruh terutama mengenal pasti bagaimana alat kawalan jauh berkenaan boleh menarik arus elektrik. "Kami mungkin mengenakan sekatan membawa alat kawalan jauh berkenaan di sekitar kawasan stesen KTMB pada masa depan," katanya. -hm Melecur terkena renjatan elektrik KESAN simen berlubang di Stesen Komuter Sungai Gadut, Seremban selepas seorang kanak-kanak terkena rencatan elektrik semalam. SEREMBAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera parah selepas terkena renjatan elektrik dipercayai dari kabel bervoltan tinggi ketika bermain alat kawalan jauh di Stesen Komuter Sungai Gadut dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi itu, mangsa Mohd. Shafiq Mat Isa melecur pada kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan sebahagian badannya. Alat kawalan jauh yang digunakan untuk bermain kereta pula terbakar. Kejadian tersebut berlaku ketika kanak-kanak malang terbabit mengikut ibunya yang sedang bekerja di stesen komuter itu sebagai kakitangan pembersihan. Ibu mangsa, Norashahin Ujang 52, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan sebuah gerabak komuter manakala anaknya itu bermain sebuah alat kawalan jauh (tanpa kereta mainan) di luar gerabak berkenaan. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila menjenguk keluar tingkap gerabak saya terkejut melihat anak saya sudah terbaring di atas lantai dengan tubuhnya berasap," kata Norashahin ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJ) di sini semalam. -kosmo
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups
Mental Health Zone
Learn about issues
Find support
Y! Sports for TV
Game Day Companion
Live fantasy league
& game stats on TV.
Yahoo! Search
Find it now
Everything you
need in one place.
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE
A bad score is 579. A good idea is checking yours at freecreditscore.com.

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: