Messages In This Digest (2 Messages)
- 1.
- Fw: 2 Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan From: -::eSpAcE9808::-
- 2.
- Fw: Kepala Tersepit Bawah Kereta From: -::eSpAcE9808::-
Messages
- 1.
-
Fw: 2 Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan
Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sun Jun 17, 2012 7:52 am (PDT)
2 Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan Selepas Dirompak
Posted by greenboc
Gambar: Nurijah menahan kesakitan akibat ditembak di belakang badannya masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar.
Seremban – Dua jurutol Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) nyaris maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian samun berhampiran Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara, di sini, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam itu, mangsa, Nurijah Rosli, 24, yang mengandung dua bulan dan rakan sekerjanya, Mohd Haffiz Zamri, 26, parah selepas ditembak dengan senapang jenis pump gun dari arah dekat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara, menuju ke pejabat syarikat terbabit di Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara.
"Ketika kejadian, kedua-dua mangsa mahu menghantar wang kutipan pada hari tersebut berjumlah hampir RM2,000 ke pejabat syarikat, kira-kira 200 meter dari plaza tol.
"Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, sebuah kereta jenis Proton Wira tiba-tiba memintas motosikal mereka, sebelum salah seorang suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa," katanya.
Menurutnya, insiden itu menyebabkan mangsa terjatuh dan suspek sempat merampas beg kecil berisi wang dipegang salah seorang mangsa.
"Penjenayah dilihat melarikan diri ke arah Sendayan," katanya.
Saiful Azly berkata, ketika kejadian seorang pengawal keselamatan turut ditugaskan mengiringi kedua-dua jurutol berkenaan dari arah belakang.
"Tetapi ketika kejadian, pengawal keselamatan terbabit difahamkan berada pada jarak agak jauh daripada mangsa, malah dia juga tidak membawa sebarang senjata.
"Buat masa ini, kita sedang mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 (Penalti lebih berat)," katanya.
Keadaan di lokasi kejadian berhampiran Plaza Tol Seremban.
Menurutnya, tembakan dari jarak dekat itu menyebabkan Nurijah cedera di bahagian belakang dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, manakala Mohd Haffiz parah di kaki dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu suami Nurijah, Faizul Abd Latif, 31, berkata, dia bagaikan hilang nyawa sebaik sahaja menerima panggilan telefon memaklumkan isterinya ditembak.
"Ketika sedang menidurkan anak di rumah, tiba-tiba saya terima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali.
"Saya angkat sahaja walaupun tidak tahu siapa, tapi saya terkejut kerana saya dengar suara isteri saya menjerit kesakitan dan pemanggil terbabit memaklumkan isteri cedera ditembak," katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun anaknya berusia lapan bulan sedikit meragam.
Manakala bapa Mohd Haffiz yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, anaknya itu sudah tiga tahun bekerja sebagai jurutol dan baru sahaja bertunang.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia selamat dalam kejadian ini walaupun cedera ditembak," katanya.
comments:
Anonymous said...
Ada pengawal keselamatanpun tak berguna.
Volks_Grenadier said...
yang ni dikatakan negara paling selamat nak kata najib a.k.a munafik sejati...kepala bapakmu najib...
- 2.
-
Fw: Kepala Tersepit Bawah Kereta
Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Sun Jun 17, 2012 7:52 am (PDT)
Kepala Tersepit Bawah Kereta
Posted by greenboc
Gambar: Keadaan mangsa setelah ditarik keluar anggota bomba
Kuala Terengganu - Seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila tersepit di bawah kereta jenis Perodua Myvi, hampir sejam dalam satu kejadian di persisiran Pantai Tok Jembal, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, mangsa, Amir Hussin, 20-an, dari Kampung Jabi, Jertih difahamkan memilih kawasan berpasir itu bagi rehatkan badan sementara menunggu teman wanitanya keluar makan malam bersama.
Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kereta milik teman wanitanya itu terbenam dalam pasir pantai dan pemuda itu kemudiannya bertindak guna 'jek' kereta dengan beralaskan batu bukit bagi mengalih kenderaan itu.
Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Yazid, kepala mangsa terperangkap di bawah kereta tersebut kerana 'jek' kereta yang digunakan tiba-tiba bengkok menyebabkan tayar kereta berkenaan semakin masuk ke dalam pasir.
"Mangsa yang meniarap tidak sempat selamatkan diri kerana ia berlaku begitu pantas. Bagaimanapun, dia sempat hubungi teman wanitanya bagi dapatkan bantuan bomba.
"Kami ambil masa kira-kira lima minit menarik keluar mangsa tersepit bawah kereta. Mangsa yang separuh sedar alami kecederaan di bahagian bahu dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi rawatan susulan," katanya. -SH
comments:
Permata ™ said...
Peringatan Allah bagi yang alpa..
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment