Messages In This Digest (1 Message)
- 1.
- Fw: Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, From: -::eSpAcE9808::-
Message
- 1.
-
Fw: Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang,
Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Fri Jun 22, 2012 7:35 pm (PDT)
Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun Kereta..
idhamlim.blogspot
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012 -carigold
comments:
Posted by greenboc
basteng said...
salam.... org tu memang penyamun laa tuh...syukur berkat amalan, Allah s.w.t kurniakan gerak hati agar saudara kita itu utk tak jd keluar kereta ! jika tak, tgklah apa terjadi pada jutawan kosmetik & rakan2nya...yg terkini seorg perempuan yg hilang & dijumpai di k. selangor dgn kepala pecah! ...... (snipped)
sujud syukur laaa Allah melindungi ssudara kita itu..ss sebab doa isteri & bakal anaknya! http.://basteng3.blogspot. com
Anonymous said...
ada ambil no plate kereta mamat india tu...???, dan kalau boleh cuba rakamkan perbualan atau apa saja bentuk rakaman ,kalau terjadi sesuatu senang nak buat laporan,seelok-eloknya kalau kita rasa lain macam aje katakan padanya kita settle dan jumpa di balai polis yang berhampiran, itu pendapat aku lah...kalau ada pendapat lain yang lebih bagus...kongsikan bersama...
Anonymous said...
Betul anon 1.
off topik:
Anak saya kerja di kedai, dia sorang.
Satu hari masuk sorg lelaki minta tukar duit kecil (Rm100). Anak saya seram sejuk, tapi dia cepat2 beri suupaya mamat tu cepat2 beredar.
Mamat tu kata tak cukup RM50.00 (anak confirm cukup), tapi dia merasakan sesuatu tak kena pada mamat tu, cepat2 dia beri RM50 tanpa bnyak soal.
Saya beritaunya, berkat kita menutup aurat, tak lupakan Allah, insyaAllah dilindungi dari perkara2 yg lebih teruk.
Anonymous said...
Sdr dengar bunyi 'bam' (kira kuat juga), tapi tak de ape2. Pelik juga ye. Tapi jarang org melanggar nak setel, paling tidak dia blah.
Anonymous said...
Satu lagi jangan tinggal surat yang ada alamat dalam.Rakan saya sekeluarga pergi stadium tengok bola.Bila bola habis kereta pun ta jumpa.Setelah buat lapuran polis mereks pulang dan mereka dspati rumah sudah di samun
Anonymous said...
Erk sy pun tggl kt equine, slalu lalu skve tu, huhu..
Anonymous said...
Jumaat lepas saya pun dilanggar dr belakang semasa ambik anak dr sekolah. Masuk yang ni dah 2 kali saya kena langgar dr belakang. Pertama kat ampang ketika berhenti sb jem dgn Myvi. Teruk jgk kereta amoi tu tp kereta alhamdulillah tiada apa2 sb crv ni tayar spare belakang tu penahan impak. Cuma cover tayar tu calar je la. Myvi tu habis bonet, lampu dan raditor. Dia nak bayar, saya kata x payah la. Jumaat lepas dgn exora. Pun tgh berhenti sb tunggu que traffic light merah. Crv saya calar2 kat cover tayar spare dan bar belakang rapat sikit kena exhaust. Tarik je semula bar tu. Exora tu bonet kemek dan lampu kanan pecah. Kesimpulannya beli la CRV. Hahahaha
Anonymous said...
Crv lama boleh la ada spare tyre di belakang..new crv mana ada tayar spare di belakang lagi...semua di bawah
Anonymous said...
mana polis peronda? kata negata selamat? samseng bebas buat kacau dan jenayah sana sini. Hakikatnya Rakyat tak pernah rasa selamatpun. Kalau tak caya cuba wat survey online.. mesti banyak cerita tak selamat yang terbongkar.Polis tak wat kerja,yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam. ada yang mau komen?
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment