Monday, July 16, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3319

4 New Messages

Digest #3319
3
Fw: [IKTIBAR] Jangan Laju Sangat Bang..... by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4
Fw: bulan ramadhan.. by "ahmad sopuan abdullah" asafahaha

Messages

Sun Jul 15, 2012 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


"POLIS" mentedarah duit melalui Internate..!!
Posted by Kedah Lanie

Helah 'si pegawai polis'
Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

TEKNOLOGI internet tanpa wayar memudahkan penjenayah menggunakan teknik spoofing untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. - Gambar hiasan

----------------------------------------------------------

PERCAYA atau tidak, orang ramai boleh menjadi mangsa ragut siber hanya melalui satu panggilan telefon.
Teknik penipuan yang dikenali sebagai spoofing itu membolehkan si pelaku memperoleh habuan mencecah jutaan ringgit dengan melakukan satu panggilan telefon untuk memperdaya mangsa.

Spoofing ialah teknik pemanggil berkomunikasi menggunakan aplikasi Protokol Internet Suara Latar (VOIP) bagi membolehkan mereka meletakkan sebarang nombor pada skrin telefon mangsa.

Sebagai contoh, jika pemanggil mendakwa dia membuat panggilan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), telefon mangsa akan memaparkan nombor telefon bank pusat tersebut.

Ini menyebabkan mangsa percaya si pemanggil ialah seorang yang jujur tanpa menyedari penipuan yang sedang dirancang.

MANGSA yang terpedaya bertindak memindahkan kesemua wang mereka ke dalam akaun sindiket.

----------------------------------------------------------


Terpedaya

Impak panggilan palsu ini bukan sedikit. Di China, seorang wanita bernama Zhou kerugian hampir RM2.1 juta selepas menerima panggilan telefon daripada sebuah jabatan polis di Beijing pada 4 Mei lalu.

Zhou memberitahu, pemanggil menggunakan nombor kod panggilan bandar raya itu yang bermula dengan angka 010 sebelum memperkenalkan diri sebagai pegawai polis daripada jabatan siasatan ekonomi.

"Pemanggil memberitahu, terdapat pengeluaran melebihi had melalui akaun sekuriti sosial saya dan khuatir ia mempunyai kaitan dengan kes penggubahan wang haram. Dia meminta saya memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," ujarnya.

Zhou bertindak bijak dengan tidak memberikan persetujuan secara langsung ketika panggilan dibuat tetapi dia sebaliknya membuat semakan nombor si pemanggil melalui direktori Yellow Pages dan mendapati ia nombor telefon Jabatan Polis Beijing.

Selang beberapa minit selepas itu, si pemanggil menelefonnya kembali dan kali ini, Zhou benar-benar percaya dengan kesahihan maklumat yang diberikan.

Zhou kemudian memindahkan kesemua wang milik keluarganya termasuk wang yang dipinjam daripada saudara dan kenalan rapat ke dalam satu akaun yang ditawarkan oleh pemanggil terbabit.

Seorang pakar antipenipuan Internet di jabatan polis berkenaan, Wei Jian, berkata, pemanggil mengambil kesempatan melalui perkhidmatan yang ditawarkan di Internet untuk melakukan jenayah spoofing.

"Setakat ini, kita sudah menahan 270 suspek membabitkan 1,780 kes dan berjaya menyelamatkan RM4.5 juta daripada dicuri melalui teknik spoofing," jelasnya.

Menurut Jian, kebanyakan pemanggil dikesan menggunakan pelayan Internet dari luar negara.

Ternyata kegiatan penipuan menggunakan kaedah ini boleh menjadi satu ancaman serius, tidak terkecuali di Malaysia.

AHLI sindiket akan membuat panggilan secara rambang untuk mencari mangsa.

----------------------------------------------------------

Polis

Malah, seramai 37 juta pemilik nombor telefon mudah alih di negara ini berdepan dengan risiko menjadi mangsa ragut siber iaitu istilah yang digunakan untuk merujuk pada jenayah spoofing.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerugian membabitkan spoofing mencecah RM60 juta sejak tahun 2008 hingga Mei lalu.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Komputer, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supritendan Ahmad Noordin Ismail berkata, selain BNM dan PDRM, sindiket spoofing turut dikesan menggunakan nama bank-bank komersial tempatan.

"Sindiket ini juga memakai nama agensi kerajaan berpengaruh selain mahkamah," katanya kepada Jurnal.
Jelasnya, kes tertinggi dilaporkan pada tahun 2010 iaitu sebanyak 1,201 kes membabitkan kerugian lebih RM20 juta.

"Biarpun terdapat penurunan sebanyak 91 kes pada tahun berikutnya namun jumlah kerugian dicatatkan meningkat sebanyak RM2.99 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM23.6 juta," ujarnya.

Tambah Ahmad Noordin, untuk tahun ini sehingga Mei lalu sebanyak 325 kes dilaporkan dengan kerugian mencecah RM10 juta.

Katanya lagi, jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu, di samping Akta Jenayah Komputer 1997 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Azli Paat berkata, dahulu spoofing hanya didalangi warga asing namun sekarang sudah ada kes yang melibatkan dalang dalam kalangan warga tempatan.

Jelasnya, mangsa akan dikelirukan dengan menggunakan VOIP bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor pada paparan nombor di skrin telefon bimbit mangsa.

"Kebiasaan peragut atau spoofer akan menyamar sebagai pegawai sesebuah agensi bagi meyakinkan mangsa bahawa akaun milik mangsa bermasalah dan perlu dibekukan," katanya.

Tambah Azli, apa yang membimbangkan ialah teknik spoofing kian menular dan beliau menjangkakan jenayah membabitkan spoofing mampu dilakukan dengan hanya melepak sambil bersarapan di sebuah kedai kopi.

Sun Jul 15, 2012 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Demi Peminat Islam... Real Madrid Buang Tanda Salib Di Logo
Posted by greenboc

Real Madrid, bola sepak gergasi Sepanyol membuat perubahan pada logo kelab untuk mengukuhkan populariti mereka di kalangan penggemar bola sepak Islam.

Logo telah menjadi lambang mereka hampir satu abad, tetapi kini Real Madrid akan menghapuskan salib kecil dari atas mahkota.

Akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak, yang berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam".

Perubahan logo bertepatan dengan permulaan pembinaan sebuah resort pelancong sukan di UAE oleh Real Madrid. Ini akan menjadi taman tema pertama di dunia yang terletak di sebuah pulau buatan manusia. Taman ini akan menggabungkan kedua-dua sukan dan pelancongan. Maka sesuai bahawa salib Kristian itu perlu dikeluarkan daripada logo.

Sun Jul 15, 2012 9:05 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


[IKTIBAR] Jangan Laju Sangat Bang.....
Posted by greenboc

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah
lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

Moral of the story: Solat terlebih dahulu sebelum dapat pelempang!

comments:

:

Anonymous said...
beria ia saya membaca ngan semangat ingin tahu yang berkobar kobar apa kesudahan berita ini.ciss!!!sempoi aja saya terkena!!kah!!kah!!!kih!!kih!!.

Anonymous said...
sikit lebih kurang macam citer terung aritu... otak dah kuning pike 18 sx jer... pandai gb... terhibur jugak dgn citer pengajaran macamni.

jelutong a.k said...
tak baik kome main kan perasaan aku. aku dahlah tak boleh baca kisah sedih. semput aku dibuatnya. tibe2 mimpi daaa. tak hingin aku baca labun kome lagi. kih, kih kih

Harry said...
Beria-ia saya baca nk tahu kesudahan cerita nie... ingatkan betul2 berlaku...rupanya..... hahahahaha

Anonymous said...
Yang saya pernah baca versi lelaki.

Waalid5035 ™ said...
haha..terbaekk!

Panglima Hitam said...
hahaha... terbaik!

buatbest said...
hahaha~ suspen aje..hehe

Anonymous said...
sikit punye tebelok2 badan aku baca cite, menghayati laki dia drive sambil mencilok... tau2 kene pelempang.... hancossss. mimpi rupenyeeee

Sun Jul 15, 2012 5:53 pm (PDT) . Posted by:

"ahmad sopuan abdullah" asafahaha



----- Forwarded Message -----
From: Norasyikin Syikin <eikincute80@yahoo.com>
To: saira sabrina <sabrinaserif@yahoo.com>; Mohd Sulaiman Abdullah <mdsman@tm.com.my>; 'Mohd Faiz' <bjy_mnf@yahoo.com>; ayah nek ahmad <asafahaha@yahoo.com.my>; "azrul_nizar@yahoo.com" <azrul_nizar@yahoo.com>; Syariza mustapha <syariza80@yahoo.com>; "jamaliah7511@gmail.com" <jamaliah7511@gmail.com>; "ehah_teha@yahoo.com" <ehah_teha@yahoo.com>
Sent: Monday, 16 July 2012 8:28 AM
Subject: Fw: bulan ramadhan..


Assalamualaikum pembuka kata...

 

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayangNya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"
 
Roh di Bulan Ramadhan
 
 
 
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
 
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
 
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
 
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: