5 New Messages
Digest #3327
Messages
Fri Jul 27, 2012 9:20 am (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
70% rakyat Malaysia terbeban hutang kenderaan – Azan
hanyzan30.blogspot.
Mohd Hanyzan Al Muari
KUALA LUMPUR 27 Julai: Lebih 70 peratus rakyat Malaysia menggunakan separuh pendapatan bulanan hanya untuk membayar pinjaman kereta, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
"Paling sedikit pun, RM500 sebulan. Itupun kereta (Perodua Kancil). Sekarang, semua orang terpaksa memiliki kereta sendiri disebabkan sistem pengangkutan awam yang teruk," katanya ketika dihubungi.
Menurut Azan, Unit Perancang Ekonomi (EPU) melaporkan, 61 peratus isi rumah di Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000.
"Tapi, kurang daripada sepuluh peratus rakyat Malaysia menggunakan pendapatan bulanan mereka untuk membeli aset seperti rumah dan tanah," jelas beliau.
Justeru kata Azan, rakyat Malaysia dilihat berbelanja lebih untuk kenderaan, berbanding melabur aset kekal seperti rumah dan tanah.
"Sembilan tahun bayar pinjaman kereta ialah amalan kewangan yang tidak sihat," katanya.
Beliau menambah, kenderaan mengalami susut nilai secara purata 20 peratus setahun, manakala nilai kenderaan akan menyusut kepada 'harga buku' pada tahun keenam dari tarikh kenderaan dibeli.
"Kalau kereta berharga RM100,000, maka setiap tahun nilai susutnya adalah 20 peratus. Pada tahun keenam,'harga buku' sekitar RM25,000 sahaja," katanya.
"Pembiayaan kewangan Malaysia paling teruk. Kerajaan dilihat menyebelahi syarikat kewangan. Bank memang suka tempoh pinjaman dilanjutkan. Lagi lama pinjaman dibuat, lagi besar untung yang mereka dapat," kata Azan.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat bercadang untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais dan cukai import jika berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat.
Langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai-cukai tersebut.-Kd
Fri Jul 27, 2012 9:32 am (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Jumlah Perbelanjaan Tidak Terancang Oleh Perdana Menteri Melebihi Kutipan Cukai Eksais Setiap Tahun
pencacai-semalaysia
Posted on Pencacai SeMalaysia®
a..
KEADILAN mengalu-alukan pelbagai maklumbalas setakat ini berhubung cadangan menurunkan harga kereta melalui kaedah rombakan struktur cukai yang dikenakan ke atas kereta terutamanya cukai eksais dan cukai import. Maklumbalas yang bertalu-talu mengesahkan pandangan KEADILAN bahawa isu ini adalah isu rakyat yang perlu dibincangkan di peringkat nasional.
Kenyataan beberapa pimpinan Umno/Barisan Nasional yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa setara dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais.
Cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh yang tidak membezakan di antara jenama dan model kereta tempatan atau antarabangsa. Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan, maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian kereta pada kadar yang sama.
Struktur cukai-cukai yang kini dikuatkuasakan ke atas pembelian kereta adalah seperti berikut:
A) Kereta (termasuk station wagon, sports cars dan racing cars)
DUTI IMPORT CUKAI TEMPATAN
CBU CKD MSP CBU & CKD
Engine
Capacity (cc) MFN ASEAN
CEPT MFN ASEAN
CEPT MFN ASEAN
CEPT CUKAI EKSAIS CUKAI JUALAN
< 1,800 30% 0% 10% 0% 10% n.a 75% 10%
1,800 – 1,999 30% 0% 10% 0% 10% n.a 80% 10%
2,000 – 2,499 30% 0% 10% 0% 10% n.a 90% 10%
Above 2,500 30% 0% 10% 0% 10% n.a 105% 10%
B) Kenderaan Pacuan 4 Roda
DUTI IMPORT CUKAI TEMPATAN
CBU CKD MSP CBU & CKD
Engine
Capacity (cc) MFN ASEAN
CEPT MFN ASEAN
CEPT MFN ASEAN
CEPT CUKAI EKSAIS CUKAI JUALAN
< 1,800 30% 0% 10% 0% 10% n.a 65% 10%
1,800 – 1,999 30% 0% 10% 0% 10% n.a 75% 10%
2,000 – 2,499 30% 0% 10% 0% 10% n.a 90% 10%
Above 2,500 30% 0% 10% 0% 10% n.a 105% 10%
C) Lain-lain (MPV & van)
DUTI IMPORT CUKAI TEMPATAN
CBU CKD MSP CBU & CKD
Engine
Capacity (cc) MFN ASEAN
CEPT MFN ASEAN
CEPT MFN ASEAN
CEPT CUKAI EKSAIS CUKAI JUALAN
< 1,500 30% 0% NIL 0% NIL n.a 60% 10%
1,500 – 1,799 30% 0% 10% 0% 10% n.a 65% 10%
1,800 – 1,999 30% 0% 10% 0% 10% n.a 75% 10%
2,000 – 2,499 30% 0% 10% 0% 10% n.a 90% 10%
Above 2,500 30% 0% 10% 0% 10% n.a 105% 10%
Ini bermakna, hampir semua kereta yang dijual oleh Proton dan Perodua dicukai sekurang-kurangnya 85% dalam bentuk cukai eksais dan cukai jualan; samalah dengan model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain.
Oleh itu, jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.
Maka, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata.
Ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan mengurangkan bebanan mereka.
Saya juga membidas reaksi awal pimpinan Umno/Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai rombakan struktur cukai kereta ini. Anggaran KEADILAN menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalah RM8 bilion.
Semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini.
Contoh-contoh perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia; serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang Jelajah Janji Ditepati (dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini).
Jika jumlah ini (sebanyak RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru kepada kakitangan awam sebanyak RM2.2 bilion, jumlah segala gula-gula yang sewenang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk membeli undi rakyat adalah RM5.77 bilion.
Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion.
Ini bermakna, jumlah keseluruhan perbelanjaan diluar perancangan dan perbelanjaan tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri setiap tahun adalah seperti berikut:
Perbelanjaan diluar perancangan RM5.8 bilion
Peningkatan belanja mengurus JPM RM1.4 bilion
Peningkatan belanja pembangunan JPM RM4.6 bilion
Jumlah RM11.8 bilion
Sebab itu KEADILAN yakin bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan Perdana Menteri dihentikan.
Malah, KEADILAN juga telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais kelak akan diganti dengan sumber pendapatan yang baru. Mekanisme ini akan diumumkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim minggu depan sekembalinya beliau dari mengerjakan ibadah umrah.
Perkara ini perlu diperdebatkan dengan lebih halus supaya rakyat boleh membuat keputusan mengenai kaedah percukaian kereta yang paling adil kepada mereka.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN
YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN
Fri Jul 27, 2012 9:32 am (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Bagaimana Cara harga Kereta Di Turunkan...???
Posted by Kedah Lanie
Kereta Murah : Usah risau PEKEMA..sokong je Pakatan Rakyat..!!
Posted by Kedah Lanie
Pengimport setuju harga kereta diturunkan
Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) bersetuju harga kereta diturunkan dengan cara pemotongan duti eksais dan cukai import terhadap kereta.
Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata dengan cara itu, kereta bukan sahaja akan mampu dimiliki orang ramai tetapi pada masa sama ia juga akan merancakkan industri penjualan kereta tempatan.
"Biasanya apabila hampir dengan Hari Raya, secara purata pusat jualan kereta mampu menjual kira-kira 70 ke 80 buah kereta, sekarang hendak jual 20 buah pun susah," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu memberi maklum balas kepada rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais dan cukai import.
Zainuddin bagaimanapun mengakui penghapusan duti eksais dan cukai import ke atas kereta akan menyebabkan negara kehilangan sedikit sumber pendapatan daripada cukai.
Namun katanya, negara masih mampu memperolehi sumber pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada sumber ekonomi selain daripada cukai ke atas kereta.
"Kalau hapuskan cukai ke atas kereta, apalah sangat kesan kepada pendapatan negara sebanyak satu atau dua bilion itu," katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyuarakan kebimbangannya terhadap industri kereta tempatan yang mungkin terjejas akibat penghapusan cukai tersebut.
Menurutnya, penghapusan cukai dan duti itu akan hanya memberi kelebihan kepada kereta-kereta import, dan bukannya kereta keluaran tempatan.
"Kalau kerajaan (sendiri) hendak hapuskan, saya menyokong penuh tetapi yang jadi masalah kereta tempatan.
"Contohnya daripada segi bahan mentah, kita masih jauh ketinggalan, orang dah pakai robot kita masih pakai tenaga manusia," katanya.
DASAR 'PENGURANGAN HARGA KENDERAAN' - Cabaran pada masa hadapan
Posted by Kedah Lanie
Sebagai rakyat Malaysia, janji politik yang dilontarkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mengurangkan harga kenderaan ternyata menggamit hati dan perasaan. Jika ini berjaya dilaksanakan, rakyat Malaysia akan merasai kesan positif dengan mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.
Sebagai contoh, buat masa ini untuk kereta 1.3 cc rakyat perlu membayar RM500 untuk 9 tahun pinjaman. Dengan kadar gaji asas lepasan diploma sebanyak RM1,500.00, kadar RM500 itu menjangkau 1/3 daripada gaji asas mereka. Ditambah pula dengan syarat yang diperketatkan oleh Bank Negara, graduan yang baru bekerja terpaksa gigit jari untuk memiliki kereta baru.
Malah kenyataan daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis pinjaman sewa beli kenderaan. Ujarnya lagi, trend itu meningkat hingga 200 peratus pada 2010. Melihat kepada trend ini ia satu yang sanggat membimbangkan.
Justeru itu, tindakan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga kenderaan adalah perkara yang amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun disebalik cadangan tersebut, Pakatan Rakyat (selaku Government in waiting) perlu melihat beberapa perkara sebelum ia mampu direalisasikan.
1. Menangani kebanjiran kenderaan di jalan raya
Apakah pelan jangka panjang Pakatan Rakyat dalam menangani kebanjiran kenderaan di jalan raya? Mengikut kaji selidik sebuah badan bebas tempatan, penjualan kenderaan persendirian akan mengalami peningkatan hampir 50% dalam masa 3 tahun jika Dasar Pengurangan Harga Kenderaan direalisasikan. Dengan jumlah kenderaan sedia ada yang menjangkau sebanyak 9,721,447 bagi tahun 2011, adakah jalan raya kita sudah bersedia untuk menampung pertambahan sebanyak 50% kenderaan lagi dalam masa 3 tahun akan datang?
2. Tempias kepada pengangkutan awam
Disamping itu juga dengan keupayaan memiliki kenderaan persendirian dipertingkatkan, keinginan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam pasti akan menurun. Berdasarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam. Jika dasar ini direalisasikan nanti, sedikit sebanyak pengangkutan awam akan menerima tempiasnya. Oleh itu apakah mekanisme yang Pakatan Rakyat bakal gunakan bagi menggalakkan rakyat kekal menggunakan pengangkutan awam walaupun dalam keadaan kenderaan persendirian mengalami penurunan harga?
3. 'Survival PROTON dalam mendepani pasaran antarabangsa'
Jika Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia pada pasca PRU ke 13, dasar kereta nasional pasti akan diteruskan dengan mekanisme yang pasti berbeza. Walaubagaimanpun, PROTON selaku Tunjang Belakang Automotif Negara pasti merasai tempiasnya. Justeru itu, bagi memastikan kesannya dalam kadar yang minima, PROTON perlu dilihat sebagai peneraju gergasi automatif negara apabila dasar 'Pengurangan Harga Kenderaan' direalisasikan. Apa yang malang, jika PROTON gagal mengharunginya dan terus tenggelam dalam Dunia Automatif Negara. Oleh itu Pakatan Rakyat perlu bersedia bagi memastikan PROTON kekal berdaya saing dan rakyat mendapat nikmatnya.
Sebagai kesimpulan Dasar Pengurangan Harga Kenderaan ternyata kena pada masanya dikala rakyat dibebani kos sara hidup yang tinggi. Walaubagaimanapun, ia perlu menjalani kajian yang mendalam bagi memastikan kelestarian negara sentiasa berterusan. Disamping beban rakyat dapat dikurangkan, negara juga turut mendapat tempiasnya, malah alam sekitar juga sentiasa terpelihara,
MOHD IKHMAL BIN MOHD ISKANDAR
BBA (Hons) Transport , DBS (Transport) UiTM
Bekas Pembantu Penyelidik Malaysia Institute of Transport (MITRANS)
Penyelidik untuk kajian pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu

Fri Jul 27, 2012 4:27 pm (PDT) . Posted by:
"Azizol Hassan Omar" jijon@ymail.com
Sat Jul 28, 2012 4:44 am (PDT) . Posted by:
"Azizol Hassan Omar" jijon@ymail.com
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments:
Post a Comment