Thursday, August 30, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3351

1 New Message

Digest #3351
1
Fw: RISIKO GUNA TELEFON BERJALAN KAKI by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Message

Wed Aug 29, 2012 10:04 pm (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


RISIKO GUNA TELEFON BERJALAN KAKI
biaqpila.blogspot.

Risiko akibat gangguan semasa memandu sering diperkatakan namun golongan pakar memberi amaran terbaru mengenai gangguan yang dialami oleh pejalan kaki di Malaysia.Mereka berkata individu yang melintas jalan, menaiki tangga atau berjalan di kawasan terpencil sambil melihat telefon bimbit mereka terdedah kepada bahaya.Selain berdepan risiko terjatuh, mereka mungkin menjadi sasaran perompak atau perogol.

Ahli neuropsikologi Dr Nivashinie Mohan berkata, kebanyakan orang tidak boleh melakukan pelbagai tugas dalam satu masa terutamanya jika aktiviti itu memerlukan seseorang untuk berfikir.

"Kapasiti perhatian otak amat terhad," katanya.

Pihak berkuasa trafik baru-baru ini memberi amaran terhadap trend berbahaya di kalangan pemandu ketika menggunakan Facebook, Twitter atau memuat turun gambar ketika memandu.

Di bawah Seksyen 17A (1) Akta Pengangkutan Jalan, pemandu boleh didenda RM300 jika didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Walaupun agak mustahil untuk menghantar emel atau teks semasa berjalan, tahap kesedaran dan perhatian seseorang terhadap persekitaran akan terjejas," katanya.

Beliau berkata, golongan tersebut terutamanya wanita terdedah kepada serangan apabila terganggu.

"Terlalu sibuk dengan perkara lain bermaksud minda kita berada di tempat lain dan inilah yang ditunggu oleh perompak," katanya.

Associated Press baru-baru ini melaporkan bahawa beberapa negeri di Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan undang-undang untuk menyekat pejalan kaki daripada menggunakan telefon bimbit, fon kepala atau alat elektronik lain yang akan mengganggu ketika melintas jalan selepas 1,152 orang cedera pada tahun lalu ketika menggunakan alat elektronik.

Kes tersebut melibatkan seorang wanita berusia 24 tahun yang melanggar tiang telefon ketika bermesej manakala seorang lelaki berusia 28 tahun terjatuh ketika sedang berbual menggunakan telefon bimbit.

Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilanggar sebuah trak ketika sedang leka bermain permainan video dan seorang wanita berusia 53 tahun terjatuh sehingga menyebabkan luka di bahagian mukanya ketika berjalan sambil bermesej.

Bagaimanapun, cadangan itu menerima bantahan keras di negara tersebut.

Kajian yang dilakukan Universiti Maryland menemui 116 kes di mana pejalan kaki terbunuh atau mengalami kecederaan parah ketika memakai fon kepala sepanjang tempoh enam tahun.

Kajian selama dua tahun yang dikendalikan di Queensland, Australia oleh sebuah firma insurans mengetengahkan bagaimana penggunaan alat elektronik boleh mengganggu fokus seseorang.

Ia mendedahkan bahawa 80% individu berusia di antara 18 dan 29 tahun menghantar mesej teks ketika sedang berjalan.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahmad Nasir Abdul Ghani berkata, pejalan kaki yang berasa terganggu oleh telefon bimbit mereka berdepan risiko kemalangan sama seperti mereka yang menggunakan peralatan itu ketika memandu.

"Risiko adalah sama. Sama ada anda menggunakan telefon bimbit ketika memandu, melintas jalan atau berjalan kaki, anda perlu fokus sepenuhnya terhadap kawasan persekitaran," katanya.

Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, terdapat beberapa kes pengguna komuter yang mengadu bahawa telefon bimbit mereka terjatuh ke trek kereta api ketika sedang memasuki pengangkutan awam itu.

"Apabila perkara ini berlaku, kita tidak boleh membantu mereka mendapatkan semula peranti tersebut. Kebanyakan pengguna bergegas masuk ke dalam komuter sambil memegang telefon bimbit," katanya.

kl-today
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/08/risiko-guna-telefon-berjalan-kaki.html#ixzz24kszTb4s
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Tuesday, August 28, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3350[1 Attachment]

2 New Messages

Digest #3350
1
Proton new car by "Jagathies Kannasan" vishnu_vd

Messages

Mon Aug 27, 2012 10:36 am (PDT) . Posted by:

"Jagathies Kannasan" vishnu_vd

Dear friends,

Promotion from authorized Sales Proton Edar Sdn Bhd.
 
Graduate scheme and government scheme available for full loan-need only offer letter
Zero down payment available for selected model.
So for all the friends please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support. 

For more info please call/sms/email to jega at 012-3332230      

Regards,
jega            
012-3332230      
Attachments with this message:
1 of 1 Photo(s)

Tue Aug 28, 2012 4:47 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Jika PR nak turun harga kereta macam-macam hangpa kata..tapi dalam diam-diam dok kaji harga......
Posted by Kedah Lanie

PKR: Proton masih mampu bersaing

Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli & Sim Tze Tzin

SEMAKAN semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta.

Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan pelbagai herotan di dalam industri automotif negara.

Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputera) akan hilang pekerjaan.

Salah satu pertimbangan utama yang diambil PKR semasa mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing. PKR mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.

Malah, sebenarnya Umno/Barisan Nasional yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada 2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.

Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran 'penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011, dari Laporan Tahunan Proton 2011, menunjukkan ia mendapat geran R&D berjumlah RM175 juta.

Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.

Sebab itu, PKR berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga profesional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputera.

Jawapan-jawapan pimpinan Umno/Barisan Nasional yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automotif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno/Barisan Nasional.

PKR yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat.

Komitmen PKR adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara, bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.

Oleh itu, PKR yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru.

Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR

Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR

Sim Tze Tzin, Timbalan Ketua Penerangan PKR

Apa akan jadi apabila PR turunkan harga kereta...???
Posted by Kedah Lanie

GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Monday, August 27, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3349[8 Attachments]

1 New Message

Digest #3349
1

Message

Mon Aug 27, 2012 5:06 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Proton, Perodua dikeji laman antarabangsa.
amenoworld.blogspot.

Kena perli plus kutuk kaw2 beb. Lihat kat bawah neh sendiri ;

Alasan boring geng UMNO

Ameno ko neh bebal kan? Kenapa nak bersetongkol dengan mahluk luar mengutuk kereta nasional? [Situasi sekarang walaupun orang luar tak kutuk aku tetap kutuk kereta nasional]

Orang luar biasa la.. seme product dari negara lain tak bagus.. negara jek dia baguss [Tak aplikasikan benda serupa kat akal ko? Tak pula ko tanya napa menteri ko tak guna proton?]

Harga rendah tapi nak high kualiti bodoh juga orang luar neh kan [Bukan bodoh.. tapi bijak. Dengan rate harga yang sama dorang bleh dapat kereta yang bagus. Yang bodoh tue orang malaysia, dah jual mahal2 tapi kualiti cikai nak mampos]

Biasalah kereta2 tue tahap yang memuaskan jek.. banyak lagi jenama proton yang lain.. [Hotak kaw. Kereta2 tue dah di upgrade berbanding dengan apa yang ko dapat di dalam negara sebab ia dijual di luar negara. Kalau dorang tue ko bawa masuk malaysia dan naik kereta2 buatan malaysia yang di grade untuk jualan tempatan aku ingat dorang sanggup bunuh diri dari beli kereta2 tersebut]

Kira oke la berbanding dulu. Tak reti nak banding ke dulu dan sekarang macam mana? [Memang la kira oke berbanding dulu. Ibaratnya dulu ko guna basikal, sekarang ko guna basikal karen. Tahap perubahan yang terlalu siput. Ce ko tengok korea. Dulu guna basikal sekarang kereta lengkap dengan GPS + bluetooth + wifi, apa citer der?]

Sikit2 banding dengan negara luar.. [First, menteri ko dulu yang suka buat perbandingan begitu bila merujuk kepada BARANG NAIK. Then, jika banding perkara yang baik untuk jadi lebih baik tak salah. Jangan sempitkan akal ko tue]

Terlalu banyak kutukan terhadap proton. Macam neh korang kata nak membantu proton mencapai satu tahap yang membanggakan? [Sebelum kutuk kami kritik dan bagi idea. Tapi dasar perangai korang degil nak mampos. Dah berusia hampir 30 tahun. Bukan bayi lagi sampai tak boleh kena marah. Dah boleh jadi bapak or mak budak. Agak2 lah woitt]

Setiap negara berbeza.. jangan nak samakan [Inilah jawapan paling bangang pernah aku jumpa. Mungkin ko juga adalah orang terbangang di dunia. Setiap negara memang berbeza dan mempunyai ciri2 kehidupan yang berbeza. Tetapi keinginan untuk memiliki barang yang setimpal dengan harga = kualiti adalah serupa walau di mana2 pun].

Apa lagi alasan nak me menangkan proton dan perodua? Ingatlah. Maruah proton dan perodua hanya mampu diselamatkan jika kita undi PAKATAN RAKYAT. Selagi kita undi BN selagi itu lah maruah proton dan perodua akan diperkotakkatikkan ke tahap yang paling hina paling sampah paling babi.

Kalau kita seme sayangkan proton + perodua = kereta tempatan, undi pakatan rakyat. Dengan memberikan sepenuh kebebasan kepada proton + perodua = berkarya dan tidak digangu oleh anasir2 yang hanya mensasarkan keuntungan semata2, barulah mereka berdua boleh diselamatkan.

Save proton dan perodua, undi PAKATAN RAKYAT.

Anda mampu mengubahnya.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/08/proton-perodua-dikeji-laman-antarabangsa.html#ixzz24dZwUVUE

Perodua

It may be true that you get what you pay for, but it doesn't follow that the cheapest cars are the best value. These appallingly under-developed, outdated and plain ugly offerings come from Malaysia's least desirable brand. Think about it – that means even if you're doggedly pro-Malaysia, you don't have to buy one of these.

a..
Kelisa
£4,399 - £4,599

a.. Cars for sale - Kelisa
An astonishing feat – Britain's cheapest car is so humblingly bad it's not even worth the pocket money it costs. So poor it deserves to benefit from the next Comic Relief.

b..
Kenari
£5,999 - £6,783

a.. Cars for sale - Kenari
Looks like it ought to have plenty of room inside but is actually pitifully cramped – like the Tardis in reverse. Except that the Tardis looks more like a car than this.

c..
MYVI
£7,497 - £9,584

a.. Cars for sale - MYVI
Named after a classic ice lolly, but not as sweet, desirable or long lasting. Costs about the same though. There's an old Toyota Yaris underneath. Get one of those instead.

Proton


We don't know what Malaysian motorists did to upset the gods, but it must have been something pretty serious, judging by the punishment they seem to be getting. Still, at least the domestic audience thinks this stuff is the norm – what on earth do they think they're doing bringing it to the UK? Walk away.

a..
GEN-2
£8,785 - £11,595

a.. Cars for sale - GEN-2
A budget five-door hatchback intended to make you think twice about buying a Focus. Frankly, we think a medium-size cabbage makes a more sensible alternative.

b..
Satria-Neo
£9,785 - £11,440

a.. Cars for sale - Satria-Neo
Not half-bad hatch with decent Lotus-aided chassis, but lack of space inside, awful badge and ridiculous name make it a must-not-have for the youth it's aimed at.

c..
Savvy
£7,830 - £8,530

a.. Cars for sale - Savvy
Truly awful, but we are grateful to Proton for reminding us of how good every other small car on sale in the UK is. We suggest you try buying one of those instead.

Attachments with this message:
8 of 8 Photo(s)
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Sunday, August 19, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3348

1 New Message

Digest #3348
1.1
File - Blog, Facebook & Web by "automobil@yahoogroups.com"

Message

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my