1 New Message
Digest #3332
Message
Thu Aug 2, 2012 8:52 am (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Suami Isteri Maut Kemalangan Babitkan 2 Bas, 5 Kereta & 2 Motorsikal
Posted by greenboc
Gambar: Di sebelah adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam. Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun.
Kuala Lumpur - "Tolong jaga anak saya baik-baik," itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU3, Keramat, di sini, pagi semalam.
Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil, berkata dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya.
Menurutnya, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.
"Kali terakhir kami sekeluarga berbuka puasa bersama pada Isnin lalu, Allahyarham ada memberi sejumlah wang untuk diadakan majlis kenduri pada hari raya Aidilfitri," katanya.
Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Mohd Hanif Hafeeze berusia dua tahun.
Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, Hafeeze bersama Edayu Roslan (gambar) yang hamil tujuh bulan, baru menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh.
Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Edayu yang berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata mangsa dirempuh bas yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
"Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu," katanya.
Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
"Kita masih menyiasat kejadian tersebut. Ia berkemungkinan berpunca daripada kegagalan sistem brek bas terbabit," katanya.
Beliau berkata, mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, saksi Saiful Azhar Ismail berkata, kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
Menurutnya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan itu.
"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta jenis Mercedes, lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya.
Menurutnya, kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.
berita:sinar harian
foto:ondscene.my
comments:
Anonymous said...
semuga mangsa kedua dua penunggang motorsikal itu mendapat tmpat yang diredhai Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang2 yang soleh dan solehah, amin.
otaklunyai said...
BILA DAH BERLAKU PERKARA BEGINI BARU PIHAK2 YG BERWAJIB NAK ULAS MACAM2... TAPI KITA RAKYAT BIASA YG SETIAP HARI MENGGUNAKAN JALANRAYA UTK BEKERJA MESTI DAPAT MELIHAT PEMATUHAN UNDANG2 JALANRAYA DIABAIKAN OLEH PEMANDU KENDERAAN YG BESAR/BERAT SEPERTI LORI DAN BAS AKIBAT DARI KELONGGARAN PEMANTAUAN OLEH PIHAK YG BERTANGGUNGJAWAB... NANTI PUAK2 NI JAWABLAH DIAKHIRAT SEBAB TAK BUAT KERJA MENYEBABKAN ORANG LAIN MATI. TAK BUAK KERJA MAKAN GAJI BUTA...
Hj Din said...
Kemalangan adalah tragedi. Ajal maut ditangan Tuhan namun kita boleh berusaha untuk membuat yang terbaik ke arah keselamatan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Usaha kita dengan izin Allah, penentuan hak Allah, kena reda. Moga keduanya mendapat tempat disisi Allah. Untuk si kecil.....sudah ada ujian buatmu. Moga kau diberikan kekuatan......Al-Fatehah.
Moktar BBM5 said...
Semoga Allah menempatkan ruh mereka berdua di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.
zaman muda said...
Al Fatihah
1.doa anak soleh
2.sedekah jariah
3.amalan kita semasa hidup.
semoga ALLAH tempatkan suami istri di tempat org2 yg beriman,permegian di bulan ramadhan yg penuh kemulian..
Anonymous said...
biasa dengar org yg langgar org cakap 'nasib baik langgar orang, kalau langgar kenderaan naya aku'. Ini realiti.. kawan aku pernah kena dan dengar. Mungkinkah pemandu bas ini juga ada pemikiran sebegitu? daripada langgar mercedes.. lebih baik langgar org..
sumpah sumpah said...
masalah penyenggaraan culas atau boleh di bayar tanpa pemeriksaan yang sah,,,negara maju spt jepun dan korea kurang berlaku masalah sedemikian ..cuba check rekod penyenggaraan bas tu
Posted by greenboc
Gambar: Di sebelah adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam. Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun.
Kuala Lumpur - "Tolong jaga anak saya baik-baik," itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU3, Keramat, di sini, pagi semalam.
Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil, berkata dia tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya.
Menurutnya, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.
"Kali terakhir kami sekeluarga berbuka puasa bersama pada Isnin lalu, Allahyarham ada memberi sejumlah wang untuk diadakan majlis kenduri pada hari raya Aidilfitri," katanya.
Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki, Mohd Hanif Hafeeze berusia dua tahun.
Dalam kejadian pada jam 7 pagi itu, Hafeeze bersama Edayu Roslan (gambar) yang hamil tujuh bulan, baru menghantar anak sulungnya di rumah pengasuh.
Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Edayu yang berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang oleh sebuah bas semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning, berkata mangsa dirempuh bas yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
"Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu," katanya.
Menurutnya, pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Hafeeze maut di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
"Kita masih menyiasat kejadian tersebut. Ia berkemungkinan berpunca daripada kegagalan sistem brek bas terbabit," katanya.
Beliau berkata, mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, saksi Saiful Azhar Ismail berkata, kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
Menurutnya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan itu.
"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta jenis Mercedes, lalu merempuh motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya.
Menurutnya, kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.
berita:sinar harian
foto:ondscene.
comments:
Anonymous said...
semuga mangsa kedua dua penunggang motorsikal itu mendapat tmpat yang diredhai Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang2 yang soleh dan solehah, amin.
otaklunyai said...
BILA DAH BERLAKU PERKARA BEGINI BARU PIHAK2 YG BERWAJIB NAK ULAS MACAM2... TAPI KITA RAKYAT BIASA YG SETIAP HARI MENGGUNAKAN JALANRAYA UTK BEKERJA MESTI DAPAT MELIHAT PEMATUHAN UNDANG2 JALANRAYA DIABAIKAN OLEH PEMANDU KENDERAAN YG BESAR/BERAT SEPERTI LORI DAN BAS AKIBAT DARI KELONGGARAN PEMANTAUAN OLEH PIHAK YG BERTANGGUNGJAWAB.
Hj Din said...
Kemalangan adalah tragedi. Ajal maut ditangan Tuhan namun kita boleh berusaha untuk membuat yang terbaik ke arah keselamatan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Usaha kita dengan izin Allah, penentuan hak Allah, kena reda. Moga keduanya mendapat tempat disisi Allah. Untuk si kecil.....sudah ada ujian buatmu. Moga kau diberikan kekuatan....
Moktar BBM5 said...
Semoga Allah menempatkan ruh mereka berdua di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.
zaman muda said...
Al Fatihah
1.doa anak soleh
2.sedekah jariah
3.amalan kita semasa hidup.
semoga ALLAH tempatkan suami istri di tempat org2 yg beriman,permegian di bulan ramadhan yg penuh kemulian..
Anonymous said...
biasa dengar org yg langgar org cakap 'nasib baik langgar orang, kalau langgar kenderaan naya aku'. Ini realiti.. kawan aku pernah kena dan dengar. Mungkinkah pemandu bas ini juga ada pemikiran sebegitu? daripada langgar mercedes.. lebih baik langgar org..
sumpah sumpah said...
masalah penyenggaraan culas atau boleh di bayar tanpa pemeriksaan yang sah,,,negara maju spt jepun dan korea kurang berlaku masalah sedemikian ..cuba check rekod penyenggaraan bas tu
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments:
Post a Comment