1 New Message
Digest #3351
Message
Wed Aug 29, 2012 10:04 pm (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
RISIKO GUNA TELEFON BERJALAN KAKI
biaqpila.blogspot.
Risiko akibat gangguan semasa memandu sering diperkatakan namun golongan pakar memberi amaran terbaru mengenai gangguan yang dialami oleh pejalan kaki di Malaysia.Mereka berkata individu yang melintas jalan, menaiki tangga atau berjalan di kawasan terpencil sambil melihat telefon bimbit mereka terdedah kepada bahaya.Selain berdepan risiko terjatuh, mereka mungkin menjadi sasaran perompak atau perogol.
Ahli neuropsikologi Dr Nivashinie Mohan berkata, kebanyakan orang tidak boleh melakukan pelbagai tugas dalam satu masa terutamanya jika aktiviti itu memerlukan seseorang untuk berfikir.
"Kapasiti perhatian otak amat terhad," katanya.
Pihak berkuasa trafik baru-baru ini memberi amaran terhadap trend berbahaya di kalangan pemandu ketika menggunakan Facebook, Twitter atau memuat turun gambar ketika memandu.
Di bawah Seksyen 17A (1) Akta Pengangkutan Jalan, pemandu boleh didenda RM300 jika didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
"Walaupun agak mustahil untuk menghantar emel atau teks semasa berjalan, tahap kesedaran dan perhatian seseorang terhadap persekitaran akan terjejas," katanya.
Beliau berkata, golongan tersebut terutamanya wanita terdedah kepada serangan apabila terganggu.
"Terlalu sibuk dengan perkara lain bermaksud minda kita berada di tempat lain dan inilah yang ditunggu oleh perompak," katanya.
Associated Press baru-baru ini melaporkan bahawa beberapa negeri di Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan undang-undang untuk menyekat pejalan kaki daripada menggunakan telefon bimbit, fon kepala atau alat elektronik lain yang akan mengganggu ketika melintas jalan selepas 1,152 orang cedera pada tahun lalu ketika menggunakan alat elektronik.
Kes tersebut melibatkan seorang wanita berusia 24 tahun yang melanggar tiang telefon ketika bermesej manakala seorang lelaki berusia 28 tahun terjatuh ketika sedang berbual menggunakan telefon bimbit.
Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilanggar sebuah trak ketika sedang leka bermain permainan video dan seorang wanita berusia 53 tahun terjatuh sehingga menyebabkan luka di bahagian mukanya ketika berjalan sambil bermesej.
Bagaimanapun, cadangan itu menerima bantahan keras di negara tersebut.
Kajian yang dilakukan Universiti Maryland menemui 116 kes di mana pejalan kaki terbunuh atau mengalami kecederaan parah ketika memakai fon kepala sepanjang tempoh enam tahun.
Kajian selama dua tahun yang dikendalikan di Queensland, Australia oleh sebuah firma insurans mengetengahkan bagaimana penggunaan alat elektronik boleh mengganggu fokus seseorang.
Ia mendedahkan bahawa 80% individu berusia di antara 18 dan 29 tahun menghantar mesej teks ketika sedang berjalan.
Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahmad Nasir Abdul Ghani berkata, pejalan kaki yang berasa terganggu oleh telefon bimbit mereka berdepan risiko kemalangan sama seperti mereka yang menggunakan peralatan itu ketika memandu.
"Risiko adalah sama. Sama ada anda menggunakan telefon bimbit ketika memandu, melintas jalan atau berjalan kaki, anda perlu fokus sepenuhnya terhadap kawasan persekitaran," katanya.
Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, terdapat beberapa kes pengguna komuter yang mengadu bahawa telefon bimbit mereka terjatuh ke trek kereta api ketika sedang memasuki pengangkutan awam itu.
"Apabila perkara ini berlaku, kita tidak boleh membantu mereka mendapatkan semula peranti tersebut. Kebanyakan pengguna bergegas masuk ke dalam komuter sambil memegang telefon bimbit," katanya.
kl-today
Read more: http://biaqpila.
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
No comments:
Post a Comment