Saturday, April 20, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3571

1 New Message

Digest #3571

Message

Fri Apr 19, 2013 5:25 am (PDT) . Posted by:

"Kamarcam"

Macam x da kena mengena, tafsir surah pun x kena pada topik, jangan tulis sembarangan nanti orang keliru...

Sent from my iPad

On 19/04/2013, at 8:15 AM, bashah <bwasi@yahoo.com> wrote:

> Yg tu memang aku heran, tapi tu pilihan masing2....
> Tapi yg lebih aku heran bila org PoliEitik pulak cakap " Jgn main politik"..yerlah tu, bagi kroni depa main sandiwara seNANG2 ?
>
> ps. ini bukan politik tapi pASaL politik..hehehe
> From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
> To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
> Sent: Friday, April 19, 2013 12:33 AM
> Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: TIDAK AMBIL TAHU SOAL POLITIK?
>
> 
> TIDAK AMBIL TAHU SOAL POLITIK? JANGAN JADI SEPERTI BINATANG TERNAK!!!
>
> malaysiaberih.blogspot
> aiyangdisayang.blogspot
> Posted by Aiyang disayang
>
> Ramai yang diantara kita yang tidak suka untuk tidak ambil tahu soal politik yang berlaku dalam negara kita. Malah, mereka tidak mendaftar untuk mengundi pun walaupun Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) kian menjelma. Bagi mereka, politik adalah sesuatu yang kotor dan hanya menggalakkan pepecahan.
> Tidak ambil tahu soal politik - Persoalan ini sememangnya amat menarik. Sesetengah rakyat Malaysia tidak ambil tahu soal politik dan langsung tidak ambil peduli mengenai soal kepimpinan negara dan situasi politik yang berlaku di Malaysia. Mereka tidak peduli siapa yang mereka undi dan ada yang langsung tidak pergi membuang undi.
> Antara alasan yang selalu diberikan adalah :
> Politik membawa pepecahan kepada umat melayu dan agama Islam
> Kedua – dua pihak (pembangkang & kerajaan) adalah sama sahaja. Kedua – duanya kotor.
> ikut je mana-mana pun. menang jadi arang kalah jadi abu
> Negara kan da aman, kenapa nak ambik tahu hal politik?
> Begitulah beberapa respon sebahagian kecil orang kita, rakyat Malaysia. Sikap tak ambil kisah kerap menjadi sandaran golongan selesa di Malaysia. masing-masing tidak peka dan tidak mengambil kisah bahawa setiap undi itu berharga.
> "Orang buta yang paling teruk ialah buta politik. Dia pekak, tak nampak dan tidak mengambil bahagian dalam dunia politik. Dia seolah-olah tidak mahu peduli dengan kos sara hidup, harga bijirin, harga tepung, harga sewaan, kos perubatan, sedangkan semuanya bergantung kepada keputusan politik.
> Dia syok sendiri dengan sikapnya yang tidak ambil peduli soal politik dan dengan megah mengatakan dia benci politik. Dia tidak tahu bahawa kedunguan daripada sikap berkecualinya itu menyumbang kepada pelacuran, pengabaian kanak-kanak, masalah jenayah yang berleluasa dan perkara yang paling teruk adalah ianya menyumbang kepada korupsi di dalam kerajaan dan eksploitasi daripada badan-badan korporat,"
> ― Bertolt Brecht
> Menurut Ustaz Hasrizal Abd Jamil,
> Tidak ambil tahu soal politik, tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah. Namakan apa sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.
> Ketidak pedulian itu mungkin kerana sudah muak dengan politik negara yang tidak ke mana. Yang memerintah semakin parah, yang mahu menjadi alternatif, belum dapat dilihat kewibawaannya sebagai pengganti.
> Kita semua (anak muda) bukan ada masa untuk mendengar celoteh ahli politik, baik di pentas mana sekali pun, jika celoteh itu hanya cakap kosong, retorik dan jauh dari pembaris idealisma orang-orang muda.
> Akhirnya lama – kelamaan mindset seperti ini menghasilkan manusia tidak jelas tujuan dan maksud hidupnya. Hingga tiada apa yang perlu difikirkan kecuali 5 rukun hidup iaitu makan, minum, kerja, rehat dan kahwin.
> Tidak Ambil Tahu Soal Politik Seperti Binatang Ternak?
>
> Pernahkah anda melihat kambing keluar kandang pada waktu pagi dan berazam untuk menjadi kambing yang lebih baik dari semalam? Pastinya tidak. Setiap pagi, apa yang difikirkan oleh seekor kambing ialah, apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini, dan itu sahaja. Malang sekali, banyak manusia hidup dengan falsafah yang sama.
> Binatang ternak yang tertambat di batang pokok menunggu saat sembelihan. Bagaimana kelakuannya? Jika anda mengasah pisau, apakah lembu kambing itu akan kecut perut memerhatikan pisau atau matanya sibuk merenung rumput hijau yang lazat segar mengelilingi dirinya? Pasti sahaja, lembu dan kambing hanya berfikir tentang rumput dan perut.
> Malang sekali, bagi manusia yang hidupnya sekadar untuk makan, minum, kerja, rehat dan kahwin, jika kita ceritakan kepadanya tentang perancangan musuh terhadap kita, penindasan dan korupsi, ketidak adilan dan kebejatan sosial, apa yang mampu difikirkannya hanyalah soal rumput, makanan dan segala kepentingan diri yang berkaitan dengan perutnya semata-mata.
> Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi adanya. Sudah diberi akal, tetapi masih hidup seperti binatang.
> Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A'raaf 7: 179]
> Mengapa tidak ambil tahu soal politik?
> Ketika ingin menggerakkan kapal terbang, juruterbang terbaik dipilih bagi menjamin keselamatan penumpang dan krew kapal, tidak lupa si juruterbang yang dipilih.
> Sekarang, dalam soal membina rumahtangga dan persahabatan, Rasulullah telah mengingatkan kita pilihlah dari kalangan suami atau isteri dan sahabat itu dari golongan yang beragama serta taat pada agamanya (Islam).
> Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas! Mengambil tahu soal politik itu satu kewajipan!
> Akhir sekali, ramai yang mengatakan politik akan menghancurkan umat dan agama Islam di negara ini. Adakah alasan ia benar dan munasabah? Adakah kerjasama parti politik islam dengan parti bukan Islam itu sesuatu yang amat membimbangkan?
> Sumber rujukan : Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam.com)
>
> <tak>
>
>
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: