Thursday, April 4, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3553

4 New Messages

Digest #3553
1
Fw: Petua! 9 Awet Muka Cara Islam by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: 10 syarat jadi imam by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Wed Apr 3, 2013 8:41 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Fuh Petua! 9 Awet Muka Cara Islam
malaysiaberih.blogspot.
fuh.my
Posted by Fyna Ahmad

Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.

Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).

Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

SUMBER

Wed Apr 3, 2013 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

10 syarat jadi imam
nur-addin.blogspot
Posted by nur ad'din

SOALAN:
Bolehkah ustaz jelaskan syarat-syarat menjadi imam.

JAWAPAN:
Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam :

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Mas'ud, "Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh." Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah: Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun. (Riwayat Bukhari)

4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki.Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya.Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum.Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:i- Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.ii- Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan solatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang solat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.iii- Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari solat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.Kesimpulannya : al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8) Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah: sejahtera daripada keuzuran.Tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi solat tersebut.

9) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan.Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10) Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya solat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi solat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka solat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya solat imam itu tadi.Al-Hanafiah berpendapat solat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

Wed Apr 3, 2013 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Nokia mengesahkan yang 808 PureView adalah telefon pintar Symbian terakhir
By PC.com Team | Majalah Tech

Logo SymbianSepantas ia datang, sepantas itulah ia pergi. Ia bermula dengan khabar angin apabila ramai bertanya adakah Nokia PureView 808 adalah telefon terakhir menggunakan Symbian. Selepas itu, syarikat Finland ini mengesahkan khabar dengan mengeluarkan Keputusan Kewangan Q4. Dengan peranti Lumia makin popular, Nokia memutuskan yang ia tidak lagi perlu mengeluarkan peranti Symbian

Laporan itu mengatakan "Semasa transisi kami ke Windows Phone sepanjang 2012, kami terus menjual peranti berasaskan Symbian. Nokia 808 PureView, peranti yang mempamerkan kebolehan pemprosesan imej kami apabila ia muncul di pasaran pertengahan 2012 adalah peranti Symbian terakhir dari Nokia."

Berita baiknya, Nokia tidak meninggalkan kesemua pengguna Symbian mereka kerana masih terdapat sokongan bagi platform yang sudah dihentikan ini. Mobile Magazine menunjukkan yang Nokia mempunyai kerjasama dengan Accenture, syarikat teknologi dan sumber luar, untuk melakukan pembaikian perisian dan sokongan bagi Symbian sehingga 2016.

Telefon Symbian terakhir - Pureview 808
Pada Oktober 2011, 2,800 pekerja Nokia ditukarkan ke Accenture. Mungkin tiada lagi produk Symbian tetapi peranti Symbian yang lama dan juga baru masih lagi mendapat apdet dan sokongan aplikasi. Ini juga tidak bermaksud pengakhiran fungsi PureView kerana ia masih lagi akan digunakan ke dalam siri terbaru Lumia. Walaupun begitu ia bukan sampai di tahap kamera 41MP yang ditawarkan oleh Nokia 808 PureView. Tapi Nokia masih lagi mengusahakan projek dengan kod nama EOS, yang walaupun mempunyai nama yang sama dengan produk Canon tapi tiada berita kukuh lagi mengenai apa sebenarnya projek ini.

Menurut The Verge, pengguna mungkin akan melihat kamera PureView versi penuh di masa hadapan tapi untuk masa sekarang, Windows Phone dari Nokia akan mempunyai platform kamera PureView. Ini bermakna Windows Phone 8 akan dipasang dengan kamera 41MP. Amat menarik.

Akhir kata, ini adalah pengakhiran satu era bagi sistem operasi mobil yang hebat. Walaupun begitu masa tetapi berjalan. Dengan Nokia tiada lagi rahsia untuk ditawarkan, mari kita lihat sejauh mana ia boleh pergi dengan Windows Phone 8. Tak kira apapun, ramai yang menunggu. Kepada sesiapa yang berminat dengan Laporan Kewangan Q4, Nokia, boleh lawati pautan http://www.results.nokia.com/results/Nokia_results2012Q4e.pdf.

comments

a.. Chandra •
a.. nokia's always the best
b.. Pasola Menteri •
xmudah pecah dan rosak.
c.. Nik Aziz •
The best

Thu Apr 4, 2013 2:53 am (PDT) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

as salam,

teringat kes brader yg khabarnya dewan tak leh guna kalau jatuh tarikh pilihanraya.....

aku quote dari berita harian... ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KahwinselepasPRU-13dapatRM1_000/Article )

Kahwin selepas PRU-13 dapat RM1,000
2013/04/04 - 17:20:00 PMCetakEmel Kawan
KUALA TERENGGANU: Pengantin baru yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000, manakala mereka yang menimang anak pertama diberi bantuan RM500. 

Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13. 
Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, di sini hari ini. 

Yahya berkata, bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun. 

"Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan berkenaan. - BERNAMA 
 
rezeki dia la.... hahahha.

rgds,
Nazri Ahtar
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: