Thursday, October 30, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4043

3 Messages

Digest #4043

Messages

Wed Oct 29, 2014 7:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Menteri juga tidak layak dapat subsidi minyak
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
GHARIB RAHMAN | 28 Oktober 2014.

CADANGAN kerajaan Umno-BN memberi subsidi minyak berdasarkan gaji individu bukanlah sesuatu yang wajar dan sesuai dilaksanakan.

Hal ini kerana, seperti kebiasaannya apa-apa idea yang dikemukakan atas nama kepentingan rakyat bukanlah untuk menyelesaikan masalah makro rakyat sebaliknya lebih bersifat sementara dan terpilih. Perlu diingat bahawa sebarang kenaikan harga minyak petrol (kononya dikurangkan subsidi) akan mewujudkan kesan berantai.

Untuk mengenalpasti individu yang layak menerima subsidi minyak sahaja pun bakal mengundang pelbagai kerja tambahan. Selain jenis kenderaan yang digunakan juga mesti diambil kira, Jumlah tanggungan keluarga, individu yang isteri tidak bekerja, individu yang berkerja sendiri dan tidak berdaftar dengan LHDN dan seribu satu kriteria lain yang akhirnya menyusahkan rakyat terbanyak.

Bagaimana pula dengan kenderaan perdagangan dan kenderaan awam? Adakah mereka juga termasuk dalam senarai yang tidak layak menerima subdidi minyak? Sebarang kenaikan turut akan membabitkan mereka. Mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan tambang untuk menampung kos kenaikan harga minyak.

Saya berpendapat, para menteri juga tidak layak mendapat subsidi minyak. Bahkan mereka sepatutnya memotong segala elaun dan kemudahan termasuklah AP untuk pembelian kereta import, membayar tol dan pelbagai lagi kemudahan.

Kos membayar elaun dan perbelanjaan para menteri ini sudah tentu dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang hasilnya dikutip melalui pelbagai cukai termasuk cukai pendapatan dan GST.

Slogan rakyat didahulukan mesti diamalkan dan dibuktikan bukan sekadar slogan untuk menyedapkan kata-kata. – HARAKAHDAILY 28/10/2014

Wed Oct 29, 2014 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hasil Penjimatan Penarikan Semula Subsidi Bahan Api Pergi Ke Mana?, Adakah Dipulangkan Kepada Rakyat Ataupun Sebaliknya !
bloglist-malaysia.blogspot.
idaman78.blogspot.

Hasil penjimatan pergi ke mana? [gambar fail]

[sinar]- Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggesa Kerajaan Pusat menjelaskan penjimatan yang diperoleh daripada penarikan semula subsidi bahan api akan dipulangkan kepada rakyat ataupun sebaliknya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, menurut Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, penjimatan untuk bahan api setelah subsidi ditarik semula berjumlah RM23.2 bilion untuk tahun ini.

"Oleh demikian, kerajaan negeri ingin tahu, adakah penjimatan RM23.2 bilion itu akan dipulangkan kepada rakyat semula?

Sepatutnya, penjimatan itu perlu disalurkan kepada rakyat terutamanya kepada yang memerlukan.

"Kita minta kerajaan Pusat menjelaskan perkara ini kepada semua rakyat supaya mereka tahu, ada penjimatan tetapi tidak disalurkan semula kepada rakyat," katanya kepada media semalam.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng memberi saranan kepada kerajaan Pusat agar mengadakan rundingan dengan rakyat dan persatuan untuk membincangkan mekanisme yang sesuai untuk digunakan dalam usaha melaksanakan skim rasionalisasi subsidi bahan api tahun depan.

Menurutnya, perkara itu perlu diadakan secara menyeluruh bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan serta subsidi yang diperuntukkan diberi kepada golongan yang memerlukan.

"Sekiranya kerajaan ingin melaksanakan mekanisme itu, mereka perlu mengadakan rundingan secara menyeluruh bersama rakyat dan persatuan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan serta subsidi dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan.

Sehingga ini, kita masih tidak tahu bagaimana ia (mekanisme) itu akan dilaksanakan.

Bagi saya, banyak isu berhubung pelaksanaannya dan apa jaminan kerajaan Pusat bahawa tidak akan berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Adalah lebih baik rundingan dibuat supaya prinsip keadilan, kesaksamaan ekonomi dapat ditegakkan," katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan akan dibahagikan kepada tiga peringkat, bergantung kepada pendapatan bulanan.

Menurutnya, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, akan terus menikmati subsidi bahan api manakala yang berpendapatan melepasi RM10,000 tidak layak.

Ahmad Husni berkata, mekanismenya masih dikaji secara terperinci oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK).

Wed Oct 29, 2014 7:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Inilah Fakta Unik Tubuh Manusia
bloglist-malaysia.blogspot
duabiji.com
Posted by Muji Sudiono

Inilah Fakta Unik Tubuh Manusia - ternyata di tubuh manusia terdapat beberapa keunikan - keunikan lho.. mungkin jarang orang yang mengetahui akan hal ini , termasuk kita sendiri yang tidak menyadari bahwa tubuh kita itu sebenarnya terdapat beberapa keunikan.

ingin tau keunikan yang terdapat di tubuh manusia ?

Ini Lah Fakta Unik Tubuh Manusia
a.. Janggut adalah bulu yang tumbuhnya paling cepat pada manusia. Jika pria rata-rata tidak pernah memangkas janggutnya, maka hal ini akan membuatnya tumbuh hingga hampir 30 kaki dalam hidup
b.. Rambut terbuat dari bahan yang sama seperti kuku.
c.. Darah manusia melalui perjalanan 60.000 (96.540 km) per hari pada perjalanan melalui tubuh.
d.. Sel-sel mati dalam tubuh kita akhirnya dibawa ke ginjal untuk eksresi.
e.. Orang-orang dengan kulit gelap tidak akan mengkerut secepat orang dengan kulit terang.
f.. 85% dari populasi dapat menekuk lidah mereka ke dalam sebuah tabung.
g.. Tulang paha manusia lebih kuat dari beton.
h.. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sampai si bayi berumur sekitar enam atau delapan minggu.
i.. Mata kita selalu berukuran sama sejak lahir, tapi hidung dan telinga kita tidak pernah berhenti tumbuh.
j.. Setiap satu jam miliar sel di dalam tubuh harus diganti.
k.. Satu dari 20 orang memiliki tulang rusuk lebih.
l.. Senyum adalah ekspresi wajah yang paling sering digunakan. Senyum dapat dilakukan di mana saja dari 5 hingga 53 pasang otot wajah.
m.. Hati wanita berdetak lebih cepat daripada laki-laki.
n.. Mata manusia bisa membedakan 500 warna abu-abu
o.. Batuk rata-rata yang keluar dari mulut kita berkecepatan 60 mil (96,5 km) per jam
p.. Dalam satu hari, jantung kita berdenyut 100.000 kal1
q.. Setiap orang memiliki bentuk lidah yang berbeda.
r.. Dibutuhkan tujuh detik untuk makanan pergi dari mulut ke lambung melalui kerongkongan.
s.. Hati manusia mampu menciptakan tekanan yang cukup untuk menyemprotkan darah sejauh 30 kaki (9 m).
t.. Bersin dapat melampaui kecepatan 100 m/jam.
Demikian Fakta unik yang berada Pada tubuh manusia
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: