Monday, October 6, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4022

6 Messages

Digest #4022
3
Fw: MPK TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Maut Kemalangan & Bunuh by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Bidaan BMW by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Oct 5, 2014 5:15 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

copy pastehttp://ondscene.my/kemalangan/salam-hari-raya-korban-dan-korban-di-jalanraya
Mungkin tajuk yang saya paparkan kurang enak dibaca – tetapi itulah realitinya.
Setiap kali musim perayaan, selalu kita dipaparkan mengenai pelbagai tragedi menyayat hati berlaku di jalanraya.Semalam, 2 kes kemalangan sahaja, sudah meragut 8 nyawa dan berlaku ketika akan menyambut Hari Raya Korban @ Aidil Adha.Dalam kita berhati-hati, pihak lain pula yang membuat onar – maka jadilah kes mereka yang tidak bersalah akan menjadi mangsa.Pihak berkaitan jalanraya seperti Trafik Polis Diraja Malaysia PDRM,  Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD sewajibnya melakukan tugas dengan lebih berkesan.Jangan hanya tumpukan pada isu-isu remeh temeh yang bukan menjadi punca utama kemalangan jalanraya seperti war-war mengenai isu cermin gelap.Tiada bukti secara saintifik atau data yang menunjukkan bahawa penggunaan cermin gelap membawa kepada kemalangan.Banggakah menjadi rakyat Malaysia kerana negara terletak antara negara paling tinggi di dunia kes kemalangan maut berbanding nisbah penduduk?Setiap kali kemalangan berlaku terutama membabitkan kenderaan berat seperti lori, treler, bas – laporan awal ialah hilang kawalan atau brek gagal berfungsi.Percayalah, jika hanya 10 peratus  lori treler membawa muatan diarahkan untuk timbang, mungkin separuh membawa lebih muatan.Dari segi fiziknya, muatan berlebihan akan menyebabkan tindakbalas terutama fungsi brek akan terganggu atau gagal terutama ketika brek kecemasan dan kadar kelajuan, sekaligus boleh menyebabkan hilang kawalan.

Sun Oct 5, 2014 9:49 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tak sempat sambut Aidiladha, 2 beranak maut dalam kemalangan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Kemalangan melibatkan sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City. - Facebook/JPJ

Perjalanan lima sekeluarga pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha esok berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ibu dan seorang anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora, dekat di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik-beradik lain mengalami cedera ringan.

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.

Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah belakang, kemudian treler berkenaan merempuh pula bahagian belakang kereta yang sedang dipandunya.

"Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini.

Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut.

"Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Bukit Sentosa, Rawang, ke Lenggong. Mak dan ayah orang sana," katanya.

Beliau dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta itu merupakan keluarga kepada seorang anggota polis berpangkat sub inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis Bukit Beruntung, Selangor.

Beliau berkata bagaimanapun anggota polis berkenaan tidak bersama-sama keluarganya ketika kejadian.

"Kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan.

Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozek, katanya.

Lima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Beliau berkata pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.

Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

KEMALANGAN MAUT MERAGUT DUA NYAWA MELIBATKAN EMPAT KERETA DAN SEBUAH TRELER BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!

Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar manakala seorang mangsa parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menerima rawatan.

Katanya, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata, kemalangan berkenaan mengakibatkan kesesakan kira-kira 13 kilometer dan pengguna dinasihatkan memasuki Tol Ipoh dan keluar ke Tol Kuala Kangsar bagi mengelakkan kesesakan.

Video Rakaman Kemalangan Menora | 10 Gambar Kemalangan Maut Terowong Menora | 2 Gambar Selfie Mangsa
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
By Famili Ceria

Assalamualaikum, jam 11.45 pagi tadi, dua orang maut manakala seorang parah dalam kemalangan berdekatan Terowong Menora. Kemalangan berpunca daripada treler yang dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh beberapa buah kereta di hadapannya.

Punca kemalangan masih belum dikenalpasti, namun sudah tersebar di laman sosial empat pemandu kereta merah bersama dengan penumpangnya sebelum dirempuh oleh treler terbabit.

Gambar melihatkan keempat-empat mereka ceria dalam perjalanan pulang ke kampung. Mereka juga sempat merakamkan gambar bersama.

Namun selepas kejadian, rakaman video dari orang awam yang berada di tempat kejadian memperlihatkan pemandu kereta merah itu menangis semasa menghubungi ahli keluarganya memaklumkan kejadian yang baru berlaku itu.

Dalam rakaman terbabit juga menampakkan salah seorang mangsa tersepit di bahagian belakang penumpang kereta merah terbabit. Tidak sanggup nak menonton video ini sehingga habis.

Video Rakaman Kemalangan Menora by KingBravery

Sun Oct 5, 2014 9:51 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ADAKAH MAJLIS PERBANDARAN KLANG TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG???? ... RAMPAS, SITA DAN KOMPAUN PENIAGA LEMANG SEMPENA HARI RAYA KORBAN.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!

Sedih, sayu dan pilu apabila menatap rakaman gambar-gambar diatas, tanpa Omak sedari, menitis air mata dipipi.

Dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat .. kehidupan rakyat makin terhimpit .. nak berniaga lemang sempena hari raya korban pun kena diambil tindakan tanpa ada kompromi dan tolak ansur.

Omak Kau terima dengan kiriman beberapa gambar menunjukkan pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang telah melakukan rampasan, sitaan dan kompaun terhadap para penjaja di Jalan Telok Pulai, Pekan Meru, Klang.

Habis semua barang-barang jualan termasuk khemah kena rampas.

Apakah ini konsep kerajaan berjiwa rakyat??? .. Menindas rakyat susah untuk mencari sesuap nasi membesarkan anak-anak?????

Kalau ya pun mereka ada melakukan kesalahan .. berilah amaran .. tidaklah perlu peralatan perniagaan seperti khemas dan kerusi meja dirampas .. memang betul boleh diambil semula setelah dibayar kompaun tetapi sudah pasti mata pencarian mereka terjejas .. bila terjejas maka yang susuahnya ialah anak beranak mereka.

Peniaga lemang ini un bermusim .. hanya kelihatan ketika perayaan Hari raya Aidil Ftri dan Aidil Adha .. 2 kali setahun .. masa inilah orang-orang Melayu/Islam nak beli sebagai juadah pagi raya .. nak buat sendiri tak larat .. itu pun mau kacau ka????

Jangan ingat bila ada sedikit kuasa terus mabuk minum air ketum .. bertimbang rasalah sedikit.

Adakah ini suatu arahan dari MB Selangor baharu agar penjaja yang nak cari makan diluar kawasan dibenarkan dibenteras habis-habisan????

Harap Dato' MB Selangor kena ambil berat juga hal ini, bukannya sekadar terjah tempat pelupusan sampah dan terjun dilongkang-longkang besar yang tersumbat.

Sun Oct 5, 2014 9:51 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Allahu Rabbi!! Gadis Mualaf Maut Sehari Selepas Peluk Islam... Jom Terjah!!!
telokbakong.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

KEMALANGAN yang mengakibatkan Nur Hidayah Insyirah maut di Kilometer 15, Jalan Labis - Yong Peng, Batu Pahat, awal pagi semalam.

JOHOR BAHRU 4 Okt. - Seorang wanita berusia 20 tahun yang dipercayai baru memeluk Islam, maut selepas kenderaan yang dinaikinya bersama tiga rakan lain terlibat dalam satu kemalangan awal pagi ini di Kilometer 15, Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 pagi itu, mangsa, Lii Sii Ping atau nama Islamnya, Nur Hidayah Insyirah maut apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad menerusi satu kenyataan memberitahu, mangsa yang merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut di tempat kejadian.

"Kenderaan jenis Toyota Vios itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan mengorbankan mangsa akibat kecederaan parah.

"Polis masih menyiasat punca kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sii Ping atau Nur Hidayah merupakan mahasiswa jurusan kejuruteraan di UPNM dan dipercayai baharu memeluk Islam semalam.

Turut terlibat dalam kemalangan itu termasuklah tiga penuntut UPNM yang lain iaitu Mohd. Azrin Mohd. Idris, Muhammad Faridz Izzat Hamidnudin dan Mohamad Faridzuan Abdul Hamid.

Polis Buru Lelaki Disyaki Bakar & Bunuh Teman Perempuan
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Sah tulang manusia

Juru: Khabar angin mengenai wanita mati dibakar teman lelakinya ternyata benar apabila Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan serpihan tulang ditemui adalah tulang manusia.

Polis juga mengesahkan menemui beberapa serpihan tulang yang terbakar hasil pencarian dilakukan di kawasan berhampiran rumah wanita yang dilaporkan dibunuh dan dibakar teman lelakinya di Kampung Tok Keramat.

Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, berikutan itu pihaknya kini sedang mengesan suspek juga teman lelaki mangsa.

"Tumpuan kini adalah untuk mengesan suspek berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kami sebelum ini menerima maklumat mengenai kejadian ini daripada orang awam," katanya.

Difahamkan, mangsa adalah pengusaha kedai runcit dikenali sebagai Intan berusia lewat 20-an.

Usaha pencarian saki baki tulang berkenaan sedang diteruskan membabitkan unit forensik, anjing pengesan (K-9) dan pasukan penyelam Pasukan Polis Marin (PPM).-HM

Penduduk kampung gempar jumpa tulang

Bukit Mertajam: Penemuan tulang di kawasan sebuah rumah menggemparkan penduduk Kampung Tok Keramat, Juru di sini, semalam kononnya ada seorang wanita berusia 20-an dibunuh dan dibakar teman lelakinya.

Difahamkan polis sebelum itu menerima laporan daripada saudara suspek selepas wanita itu gagal dikesan selain gelagat teman lelakinya itu yang mencurigakan.

Selain itu anak saudara suspek turut menemui kesan tompokan darah dalam rumah didiami mangsa.

Susulan laporan itu sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan gerakan mengesan mangsa di kawasan rumah berkenaan yang turut dibantu unit forensik dan anjing pengesan (K-9).

Hasil pencarian dilakukan polis berjaya menemui tulang yang jaraknya 50 meter dari rumah suspek namun gagal dipastikan sama ada ia adalah tulang manusia atau haiwan.

Berikutan itu seorang pakar patalogi turut dipanggil ke lokasi tulang itu ditemui kira-kira 2 pagi tadi untuk melakukan pemeriksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu. -

KERANA PERSELISIHAN FAHAM BERHUBUNG PENJUALAN LEMBU KORBAN ... SEORANG LELAKI TERKORBAN DILANGGAR DENGAN KERETA.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!

SETIU: Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang, Permaisuri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa Rohadi Yaacob, 44, maut manakala Zakaria Taib, 43, parah selepas dirempuh kereta Proton Gen 2.

Katanya ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

"Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.

"Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi 'aku langgar kamu'," kata Ab Rahman kepada Bernama di sini hari ini.

Susulan rempuhan tesebut, kedua-dua mangsa terpelanting ke tengah jalan dan suspek terus bergerak ke depan dengan membuat pusingan U sebelum sekali lagi merempuh kedua-dua sahabat berkenaan dan terus melarikan diri.

Ab Rahman berkata seorang lagi rakan mangsa yang menyaksikan insiden itu, dengan bantuan orang kampung bergegas membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Setiu.

Bagaimanapun Rohadi yang berasal dari Kampung Bukit Loyat, Setiu maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Zakaria yang berasal dari Kampung Jelapang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ab Rahman berkata suspek yang bekerja sendiri itu diberkas 8.20 malam pada hari kejadian dan turut merampas kenderaan yang digunakan melanggar mangsa.

Suspek yang berasal dari Kampung Jelapang itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sun Oct 5, 2014 9:53 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


" Seorang PM Boleh Berucap Seumpama Ini. Bodoh Sangatkah Rakyat "
bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot.

Kita tidak sengaja menaikkan harga minyak .....
Kita bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

Adoi, dey macha, kurang subsidi minyak? habis minyak turun kah ???, bukankah minyak naik dari RM2.10 kepada RM2.30. Nak bodohkan orang felda dan melayu penyokong BN bolehlah. Kalau subsidi kurang minyak turun boleh sembang mcam ini.

Lagi satu kita tidak sengaja naikkan harga minyak, wakakakakakakakakakakakakakakakaa, wkakakakakakak, wkakakakakakakaka, wkakakakakakaka. Kang kalau lama-lama aku taip dalam nih makin mencarut pula.

Korang nilai sendiri PM kita ni layak ke tidak layak. Susah sangatkah nak mengakui kerajaan telah menaikkan harga minyak.

Mari baca ayat menteri nak kelentong rakyat
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.

Kenapa harga bahan api naik lepas p'raya kecil?

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan oleh pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi.

1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni?

Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?

Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara. Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk. Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana?

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan. Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar. Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun. Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi.

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macam mana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini. YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavali pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal. Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?

Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.

8. Kesan terhadap harga barangan?

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan 'cost past through' yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihan raya ke?

Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular.

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran. Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negara.

Harga minyak: 17 kali naik, sekali turun
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
NIK NASRI NIK MALEK

Ayat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya.

Hadis Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rasyidin dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai sudut.

Kaedah fiqh pula menyebut 'tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat'.

Namun, pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rasyidin? Tak nampak jalan juga.

Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai.

Saya bukan ahli ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan diesel yang dikurangkan kelmarin, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai kos lain meningkat dan akan meningkat.

Ada orang yang membuat analisis kronologi harga minyak di Malaysia sebelum tahun 1990 (RM0.89 seliter) hingga 2 Okt 2014 (RM2.30 seliter).

Ia mengalami 17 kali kenaikan dan hanya sekali penurunan. Yang lawaknya pula ialah di saat dunia luar memperkatakan tentang harga minyak yang jatuh, tetiba dalam negara tumpah tanahnya darahku ini, subsidi petrol dan diesel dikurangkan atas nama rasionalisasi yang tak berapa nampak rasional.

Bagi yang berpendapatan tinggi, bergaji mahal, barang kali boleh absorb kesan pengurangan subsidi ini.

Namun bagi mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, ia hanya menambahkan sengsara hidup mereka.

BR1M hanyalah seperti panadol buat menghilangkan sakit kepala rakyat buat sementara. Negara tanah tumpahnya darahku ini sudah bertukar tema: 'negara tanah naiknya darahku'.

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA

Sebelum 1990 – RM0.89
Tahun 1990 – RM1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 – RM1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 – RM1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikanRM 0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)

Berita luar negara mengenai harga minyak (ketika harga minyak mula naik di Malaysia malam semalam):

1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu – Telegraph UK

2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 – Bloomberg

3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun – Wall Street

4) Menteri minyak risau harga minyak yang rendah akan mengurangkan pelaburan – Reuters UK

5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran – The Globe and Mail

6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun – Edmonton Journal

7) Bank Negara Rusia bersedia dengan keadaan harga minyak yang dijangka turun – Daily Mail

8) Harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mapan – Business Week

Sun Oct 5, 2014 9:53 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Inilah yang dikata 'mengata dulang, paku serpih.. mengata orang awak yang lebih'..
telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Inilah yang dikatakan sebagai 'mengata dulang, paku serpih.. mengata orang awak yang lebih'.. dulu masa Kerajaan Negeri Melaka membayar harga yang tinggi untuk membida plet kereta, dia sibuk nak persoalkan..

Sekarang dia pulak yang lakukan, malah jauh lebih mahal dari tujuh no plet MCM yang berharga RM200,000 semuanya itu.

Kerajaan Negeri Melaka membayar RM200,000 untuk 7 no plet.. tapi Sanjeevan membayar RM340,000 untuk dua nombor plat kereta BMW..

Kalau dia mampu.. tak salah.. tapi yang dipersoalkan ialah tidakkah ini juga satu pembaziran sebagaimana yang dituduhnya dilakukan oleh Kerajaan Melaka dulu itu?

Shamsul Iskandar tak mau tanya dia pulak ke.. "Dari mana mendapat duit yang banyak semata-mata beli nombor plat? Apakah ada syarikat yang membayar bagi pihak dia untuk mendapatkan kontrak daripada kerajaan".

Dia ni dari AMK ni.. tunggu apa lagi?.. belasahlah..

Atau.. mereka buat tak boleh .. kita buat boleh.....

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch S.Sri Sanjeevan telah membayar wang berjumlah hampir RM340,000 untuk dua nombor plat kereta BMW.

Berdasarkan gambar yang telah menjadi viral di Twitter dan aplikasi mesej segera WhatsApp, Sanjeevan membeli dua nombor plat iaitu BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.

Gambar tersebut juga menunjukkan pembida yang berjaya bagi nombor 1 hingga 12 dengan pangkal BMW, untuk kereta yang berdaftar dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Selangor.

Siri nombor plat BMW ini terbuka untuk tender awam di pejabat JPJ di seluruh negara dari 14 hingga 28 Ogos.

Antara pemilik plat BMW baharu itu termasuklah jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100) serta anggota pentadbiran kerajaan yang tidak dinyatakan nama harga tempahan untuk plat nombor BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10.

Banyak yang diperkatakan oleh pengguna Twitter berhubung bayaran besar ini, seperti yang terdapat di Twitter @The_Mamu - "Sanjeevan ni meniaga apa sebenarnya? Kaya betul beli nombor plat mahal-mahal.

@MuazFadhli juga telah mempertikaikannya dengan berkata, "Kaya Sanjeevan ni. Lee Chong Wei beli Satu je no plat BMW.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai perkara ini, Sanjeevan enggan mengulas dan berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi lapor mStar
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: