Saturday, April 11, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4181[2 Attachments]

10 Messages

Digest #4181
2
Fw: Design Saga R Yang Sangat Superb by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: BUKTI DISOKONG ORANG2 GENIUS... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: PERAGUT GEMOK KENA CEKUP by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5a
Fw: DUA KERETA BERLAINAN NO PLAT SAMA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5b
7
Fw: Ini Baru Otai by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Bagaimana mengesan kamera tersembunyi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Fri Apr 10, 2015 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gerai Kak Murni Masih Kekalkan Harga Makanan RM1
kitabantai.info

Dalam ramai terasa dengan kenaikan harga barang dipasaran dan harga makanan yang dikenakan cas GST rupanya masih ada lagi kedai yang menawarkan makanan beharga RM1!.

Gerai makanan yang dimaksudkan adalah gerai Kak Murni di Kampung Sungai Buaya, Nibung Tebal, Pulau Pinang yang sudah 10 tahun beroperasi dengan menyediakan makanan seperti laksa, mi dan bihun serta ais batu campur.

Dengan rata-rata pengusaha gerai makanan berlumba menaikkan harga, tetapi tidak bagi Murniza Md Isa, 35, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Murni yang merupakan pemilik gerai tersebut.

Beliau dikatakan tidak bercadang menaikkan harga walaupun ada antara bahan mentah terpaksa dibeli pada harga lebih mahal selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan 1 April lalu.

"Walaupun dijual pada harga RM1 makanan dihidangkan sentiasa dipastikan kekal enak dan kuantiti hidangan pula berbaloi."

"Apa yang penting bagi saya adalah kepuasan pelanggan dengan memastikan laksa dan makanan lain yang dijual kekal lazat seperti sebelum ini," katanya.

Walaupun ramai yang menasihatkannya supaya menaikkan harga makanan kerana takut beliau rugi tetapi gerai RM1nya sudah menjadi 'trademark' dan lebih sesuai dikekalkan. -sumber

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/04/gerai-kak-murni-masih-kekalkan-harga.html#ixzz3Wj5VlHFt

Fri Apr 10, 2015 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Design Saga R Yang Sangat Superb

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Sebut sahaja Proton Saga pasti sudah terlintas di fikiran bahawa ianya sebuah kereta basic untuk golongan pertengahan. Walaupun terdapat pelbagai edisi namun hakikatnya rekabentuk luaran kereta tersebut tetap sama.

Namun, siapa sangka rekaan 3D daripada saudara Idiyaz Baharuddin memberikan impak yang luar biasa pada pandang pertama Proton Saga. Rekaan Saga R ini dikatakan sesuai dijadikan Iriz versi sedan.

Lihat gambar lain dibawah;

Artikel asal: http://funtasticko.net/

Fri Apr 10, 2015 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INILAH BUKTI UMNO/BN DISOKONG ORANG2 GENIUS...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Fri Apr 10, 2015 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PERAGUT GEMOK KENA CEKUP DAN RAKAN SEJENAYAHNYA YANG KURUS BERJAYA MELARIKAN DIRI.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kejadian dikatakan berlaku di Sri Petaling semalam dimana sepasang peragut cuba melakukan ragut keatas seorang wanita warga emas .. mendengar jeritan warga emas itu meminta tolong, orang ramai terus mengejar kedua-dua peragut tersebut dan berjaya menangkap salah seorang dari mereka ... yang seorang lagi secara kebetulan berbadan kurus berjaya melarikan diri.

Peragut gempal ini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya .... Tahniah perlu diberikan kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan dan tidak ambil tindakan undang-undang ditangan sendiri.

Fri Apr 10, 2015 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BETUL KE DUA KERETA BERLAINAN JENAMA DARI SUATU KELUARGA MEMILIKI NO PLAT KERETA YANG SAMA?????

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Sebuah kereta Mercedes Benz wrana hitam dan satu lagi Mitsubishi Attrage putih dari satu keluarga tetapi memiliki no plat kereta sama iaitu W 5155 K yang kini menjadi tanda soal dimedia sosial.

Mohon pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan respon mengenai kekeliruan ini demi pencerahan.

Fri Apr 10, 2015 6:31 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Kereta expired COE (singapore) yg didatangkan khas dengan registration
mungkin?

2015-04-10 23:22 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
> *BETUL KE DUA KERETA BERLAINAN JENAMA DARI SUATU KELUARGA MEMILIKI NO PLAT
> KERETA YANG SAMA????? *
>
> Posted by OMAK KAU!!!!
>
> Sebuah kereta Mercedes Benz wrana hitam dan satu lagi Mitsubishi Attrage
> putih dari satu keluarga tetapi memiliki no plat kereta sama iaitu W 5155 K
> yang kini menjadi tanda soal dimedia sosial.
>
> Mohon pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan respon mengenai
> kekeliruan ini demi pencerahan.
>
>
>

Fri Apr 10, 2015 6:41 pm (PDT) . Posted by:

cirit3

Kalau dari family yg sama selalunya, kereta merc tu yg menumpang
road tax kereta satu lagi...bukan apa, nak bayar insuran merc
mahal, so bayar kereta yg murah punya...itu saja...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil]Sent: Saturday,
11 April 2015 09:31To: automobil@yahoogroups.comReply To:
automobil@yahoogroups.comSubject: Re:
www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: DUA KERETA BERLAINAN NO
PLAT SAMA


Kereta expired COE (singapore) yg didatangkan khas dengan
registration mungkin?

2015-04-10 23:22 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
<mailto:rienacom@yahoo.com.sg> [automobil]
<automobil@yahoogroups.com <mailto:automobil@yahoogroups.com> >:



BETUL KE DUA KERETA BERLAINAN JENAMA DARI SUATU KELUARGA
MEMILIKI NO PLAT KERETA YANG SAMA?????

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Sebuah kereta Mercedes Benz wrana hitam dan satu lagi Mitsubishi
Attrage putih dari satu keluarga tetapi memiliki no plat kereta
sama iaitu W 5155 K yang kini menjadi tanda soal dimedia sosial.

Mohon pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan respon
mengenai kekeliruan ini demi pencerahan.






Attachment(s) from
1 of 1 Photo(s)

Fri Apr 10, 2015 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tabiat minum 'teh o ais' penyebab kegagalan buah pinggang

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
telokbakong.blogspot
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dari Arkansas, Amerika Syarikat dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ia dikaitkan dengan tabiatnya yang gemar minum 'teh o ais' yang keterlaluan.

Read more at: http://www.astroawani.com/kini-trending/tabiat-minum-teh-o-ais-penyebab-kegagalan-buah-pinggang-57041?cp
Dia yang berusia 56 tahun itu dikatakan meminum sehingga melebihi empat liter 'teh o ais' setiap hari.

Teh hitam komponen utama minuman itu dikatakan mengandungi banyak kandungan garam asid ataupun oksalat, yang sering dikaitkan dengan masalah membabitkan buah pinggang. Ekoran tabiat minum teh lelaki itu menyebabkan kadar pengambilan oksalatnya lebih daripada 1,500 miligram sehari.

Selepas dimasukkan ke hospital sekitar Mei tahun lalu, pemeriksaan hospital mendapati air kencingnya dipenuhi gentian kristal kalsium oksalat.

"Ia adalah penjelasan yang munasabah," kata Dr Umbar Ghaffar dari University of Arkansas.

Beliau bersama dua orang lagi doktor memberikan penjelasan mengenai kes ini menerusi laporan yang disiarkan New England Journal of Medicine pada Khamis.

Oksalat turut terkandung dalam pelbagai makanan harian lain seperti sayur bayam, coklat, kacang dan dedak gandum. Lazimnya pakar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih dari 50 miligram oksalat dalam sehari.

Read more at: http://www.astroawani.com/kini-trending/tabiat-minum-teh-o-ais-penyebab-kegagalan-buah-pinggang-57041?cp

Fri Apr 10, 2015 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ini Baru Otai
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua....

Hahaha.... inilah dier cara paling otai... Cayalah.... Thorbaek... Hahaha

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/04/ini-baru-otai.html#ixzz3WoBjLL36
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Fri Apr 10, 2015 8:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bagaimana mengesan kamera tersembunyi untuk lindungi kehormatan diri

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Bilangan mereka yang berfikiran lucah nampaknya meningkat seiring dengan kemajuan teknologi. Mereka yang sumbang laku (kinky) memasang kamera tersembunyi di setiap tempat, untuk merakam wanita, malah kanak-kanak, dalam keadaan yang paling terdedah.

Baru-baru ini akhbar Singapura The New Paper melaporkan, rakaman perempuan sedang menukar pakaian di bilik persalinan awam telah muncul di laman-laman pornografi.

Ia dipercayai dirakam dalam bilik persalinan di pelbagai lokasi di kota itu, dan dimuat naik secara mingguan di laman tersebut sejak tiga bulan lalu.

Video-video menjelekkan itu, yang sebahagiannya turut memaparkan pelajar sekolah, telah ditonton sebanyak 10,000 kali.

Baru-baru ini juga di negara itu, orang ramai mencekup seorang pemuda berusia 20-an yang cuba menyusup ke tandas perempuan, yang menyamar dengan memakai rambut palsu dan skirt. Video lelaki itu ditangkap juga telah tersebar di internet.

Menurut akhbar itu, di Singapura sahaja ada 629 kes yang dilaporkan, berhubung pencabulan terhadap kehormatan perempuan. Angka itu meningkat daripada 271 pada tahun 2013, dan 621 pada tahun 2012.

Ia termasuk kes mengambil gambar dari bawah skirt dan juga menunjukkan kemaluan kepada perempuan.

Gejala seumpama ini bukanlah hanya berlaku di negara jiran kita. Di Malaysia, kita juga pernah mendengar tentang kamera tersembunyi, seperti yang pernah ditemui di tandas sebuah klinik di Kuantan dan juga tandas sekolah rendah, juga di Pahang.

Kamera kecil seumpama itu mudah dibeli di internet, serta di sesetengah pasar lambak.

Bagaimanakah untuk mencari kamera tersembunyi ini bagi menghalang diri daripada dicabul?

Carian singkat di internet menunjukkan beberapa cara. Pertama, dengan membuat pencarian sepintas lalu, sama ada di bilik persalinan mahu pun di hotel.

Cari objek yang tidak perlu berada di situ, seperti pasu bunga, kertas tisu, cermin atau apa sahaja yang kelihatan janggal.

Selain itu, lihat juga di tempat seperti palam elektrik, pengesan asap, penggantung baju atau lampu, untuk lihat jika ada kamera tersembunyi di sana.

Anda juga boleh menggunakan telefon pintar untuk mengesan kamera tersembunyi. Buat panggilan dan halakannya di sekitar bilik, terutama di kawasan yang mencurigakan. Telefon anda akan mengeluarkan bunyi desiran dan "klik" jika diletakkan berhampiran dengan alat yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik, seperti kamera.

Kaedah lain adalah dengan mencarinya dalam keadaan gelap. Tutup semua lampu, dan buat pencarian dengan melalui tiub tisu tandas, seperti melihat menerusi teleskop. Pada masa sama, halakan lampu suluh di sekitar bilik dan perhatikan jika ada cahaya yang berkerlip ke arah anda.

Apabila anda menjumpai kamera tersembunyi, jangan cuba menjadi hero dengan menanggalkannya secara sendiri. Tetapi maklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya.

Jika langkah-langkah ini melecehkan, anda juga boleh membeli alat pengesan kamera di internet. Ia pasti akan memberi ketenangan kepada anda.

Lebih baik berjaga-jaga berbanding menyesal kemudiannya. Perkara terakhir yang sesiapa sahaja mahukan adalah gambar dan video mereka dalam keadaan berbogel menjadi santapan penyumbaleweng di internet.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Bagaimana-mengesan-kamera-tersembunyi-untuk-lindungi-kehormatan-diri#sthash.N1rzBsGV.dpuf

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: