Thursday, August 13, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4266

4 Messages

Digest #4266

Messages

Wed Aug 12, 2015 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Abang Kawasaki Z800 Kena Sound Sebab Bunyi Ekzos di R&R

depalma-sp.blogspot.
Famili Ceria

Abang Kawasaki Z800 Kena Sound Sebab Bunyi Ekzos di R&R - Semalam kami berhenti rehat di RnR dalam perjalanan menuju ke Kedah. Saya dan keluarga memesan makanan sambil isteri saya mendodoikan si kembar.

Alhamdulillah, perangai tak banyak dan mereka berdua akhirnya terus terlena. Kami mengambil kesempatan untuk makan dengan cepat bagi mengisi perut yang belum menerima apa-apa kunjungan makanan sejak semalam.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Suasana sejuk dan agak damai.

Tiba-tiba..

"Vroom! Vroom!"

Terdengan bunyi tangisan motorsikal berkuasa tinggi dari kawasan parkir R&R.

Saya tahu, motor mereka besar. Kuat. Hebat. Tapi janganlah main-main pulas minyak. Bukan sekali, 809 kali bunyi tangisan motor tersebut. Ia mengganggu si kecil ini dan akhirnya membuatkan mereka terjaga.

Saya memerhatikan pemandu motorsikal tersebut dari kejauhan. Akhirnya saya bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah mereka.

"Assalamualaikum bang," salam diberi pembuka bicara."Waalaikummussalam. Ada apa hal bro? muka lu macam tak puas hati je dengan gua?" Soal brader tu pada saya.

"Eh. Takdelah. Gua suka sangat dengar bunyi motor lu. Boleh kasi kuat lagi tak? Jap. Ni model Z800 kan? Pergh. Dia punya pergi cecah 10,200 RPM kan? Tahun berapa ni? 2016? 2017?" Soal saya padu.

Brader tersebut agak segan dengan pertanyaan saya lalu diam. Saya tak buang masa.

"Macam ni bro, lu nak pulas lu punya minyak nak bagi bunyi dengar sampai Australia pun gua tak kisah. Tapi ni RnR. Rehat dan Rawat. Tempat orang nak berehat, nak merawat diri sendiri lepas jauh berjalan. Nak makan. Ada anak kecil. Nak salin pampers. Nak buat susu. Nak pejam mata barang seminit dua. Jauh lagi nak sampai kampung. Lu tau tak kampung gua nun jauh di mata. Kubur Panjang habaq hang. Yang lu duk main-main pulas minyak ni kenapa? Nanti atas highway, lu punya pasallah nak pulas minyak sampai terbalik throttle pun gua tak kisah," ujar saya tanpa bagi peluang.

"Dalam hadis sohih Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya aku masuk dalam solat dan berkeinginan untuk memperpanjangkan solat tersebut. Lalu aku mendengar tangisan anak kecil, maka aku pun meringankan solatku kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya. Riwayat Bukhari. Maksudnya kerana khuatir tangisan anak kecil, Rasulullah SAW pun meringankan solatnya. Menjaga emosi ibu yang terganggu dengan tangisan. Apatah lu yang gua nampak bukan tengah solat ni. Main motor. So, pesan gua yang dah sebenarnya agak tua dan berumur. Tolonglah pelankan sore motor lu. Motor dah cantik, harapnya perangai kita pun cantik ya. Kalau boleh, lu 'mute' sekejap motor lu. Tenks brader," tak bagi can saya ceramah mereka semua ni.

Brader tersebut dan rakan-rakannya diam seribu bahasa. Saya perhatikan ada yang dah tutup motor dengan kain. Ada sebahagian yang lain cabut ekzos. Alhamdulillah. Perubahan.

Perlahan-lahan imaginasi saya di atas hilang dek tangisan si kembar ini semakin kuat. Lalu kami angkut semua sekali dan naik kereta. Tak berani gua nak sound. Ada 15 orang bikers kot yang berkumpul kat situ. Mau makan ekzos aku kalau ceramah. Imaginasi ni free. Bukan kena bayar pun. kah3

ikhlas,

Lutfi Lokman

Bekas pemandu skuter tanpa lesen.

Thu Aug 13, 2015 12:13 am (PDT) . Posted by:

Fuuhhh... ingat sound betul2... imaginasi rupanya kah kah akh





From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com>
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,
Date: 12/08/2015 11:06 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Kena Sound Sebab
Bunyi Ekzos di R&R
Sent by: automobil@yahoogroups.com





Abang Kawasaki Z800 Kena Sound Sebab Bunyi Ekzos di R&R

depalma-sp.blogspot.
Famili Ceria


Abang Kawasaki Z800 Kena Sound Sebab Bunyi Ekzos di R&R - Semalam kami
berhenti rehat di RnR dalam perjalanan menuju ke Kedah. Saya dan keluarga
memesan makanan sambil isteri saya mendodoikan si kembar.

Alhamdulillah, perangai tak banyak dan mereka berdua akhirnya terus
terlena. Kami mengambil kesempatan untuk makan dengan cepat bagi mengisi
perut yang belum menerima apa-apa kunjungan makanan sejak semalam.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Suasana sejuk dan agak damai.

Tiba-tiba..

"Vroom! Vroom!"

Terdengan bunyi tangisan motorsikal berkuasa tinggi dari kawasan parkir
R&R.

Saya tahu, motor mereka besar. Kuat. Hebat. Tapi janganlah main-main pulas
minyak. Bukan sekali, 809 kali bunyi tangisan motor tersebut. Ia
mengganggu si kecil ini dan akhirnya membuatkan mereka terjaga.

Saya memerhatikan pemandu motorsikal tersebut dari kejauhan. Akhirnya saya
bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah mereka.



"Assalamualaikum bang," salam diberi pembuka bicara."Waalaikummussalam.
Ada apa hal bro? muka lu macam tak puas hati je dengan gua?" Soal brader
tu pada saya.

"Eh. Takdelah. Gua suka sangat dengar bunyi motor lu. Boleh kasi kuat lagi
tak? Jap. Ni model Z800 kan? Pergh. Dia punya pergi cecah 10,200 RPM kan?
Tahun berapa ni? 2016? 2017?" Soal saya padu.

Brader tersebut agak segan dengan pertanyaan saya lalu diam. Saya tak
buang masa.

"Macam ni bro, lu nak pulas lu punya minyak nak bagi bunyi dengar sampai
Australia pun gua tak kisah. Tapi ni RnR. Rehat dan Rawat. Tempat orang
nak berehat, nak merawat diri sendiri lepas jauh berjalan. Nak makan. Ada
anak kecil. Nak salin pampers. Nak buat susu. Nak pejam mata barang
seminit dua. Jauh lagi nak sampai kampung. Lu tau tak kampung gua nun jauh
di mata. Kubur Panjang habaq hang. Yang lu duk main-main pulas minyak ni
kenapa? Nanti atas highway, lu punya pasallah nak pulas minyak sampai
terbalik throttle pun gua tak kisah," ujar saya tanpa bagi peluang.

"Dalam hadis sohih Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya aku masuk dalam solat
dan berkeinginan untuk memperpanjangkan solat tersebut. Lalu aku mendengar
tangisan anak kecil, maka aku pun meringankan solatku kerana aku
mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya. Riwayat
Bukhari. Maksudnya kerana khuatir tangisan anak kecil, Rasulullah SAW pun
meringankan solatnya. Menjaga emosi ibu yang terganggu dengan tangisan.
Apatah lu yang gua nampak bukan tengah solat ni. Main motor. So, pesan gua
yang dah sebenarnya agak tua dan berumur. Tolonglah pelankan sore motor
lu. Motor dah cantik, harapnya perangai kita pun cantik ya. Kalau boleh,
lu 'mute' sekejap motor lu. Tenks brader," tak bagi can saya ceramah
mereka semua ni.

Brader tersebut dan rakan-rakannya diam seribu bahasa. Saya perhatikan ada
yang dah tutup motor dengan kain. Ada sebahagian yang lain cabut ekzos.
Alhamdulillah. Perubahan.



Perlahan-lahan imaginasi saya di atas hilang dek tangisan si kembar ini
semakin kuat. Lalu kami angkut semua sekali dan naik kereta. Tak berani
gua nak sound. Ada 15 orang bikers kot yang berkumpul kat situ. Mau makan
ekzos aku kalau ceramah. Imaginasi ni free. Bukan kena bayar pun. kah3

ikhlas,

Lutfi Lokman

Bekas pemandu skuter tanpa lesen.


Wed Aug 12, 2015 8:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Akak Poslaju Lempar Parcel Macam Buang Sampah

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.
Famili Ceria

Akak Poslaju Lempar Parcel Macam Buang Sampah - Gambar dan kisah ni dipaparkan oleh pengguna Facebook

Seorang pekerja wanita di kaunter 2 di Pejabat Poslaju Tun Sambathan (sebelah Nu Sentral Mall) yang bernama Azila berseronok dengan membaling sahaja bungkusan orang ke dalam raga sebelahnya.

Ada seorang pakcik ni nak mengepos satu kotak berisi gambar saya rasa? Sebab di situ tertulis "MUDAH PECAH" dan juga terlekat stiker "FRAGILE" di atasnya. Siap pakcik tu ulang lagi kata "Hati-hati, mudah pecah ni"

Selepas pakcik tersebut melakukan pembayaran, pakcik tu pun balik, Kemudian, pekerja wanita tersebut smash kotak tersebut macam main badminton. Apa kejadahnya?

Tolonglah kerja dengan ikhlas. Orang selepas pakcik tu pun perempuan tu (pekerja tersebut) main campak-campak jer bungkusan tu. Issyyy.. dahlah kau tak senyum dekat pelanggan! Kau tak layak berada di kaunter tu tau?

Sekarang baru saya tahu kenapa saya selalu menerima bungkusan yang rosak habis kat dalamnya.
This lady at counter 2, PPL Tun Sambathan (next to Nu Sentral Mall) name Azilah is having fun throwing all packages to the basket beside her.
There's one uncle wanna post a square box of photo frame I guess? written there "mudah pecah" and also got fragile sticker on it. That uncle said "hati-hati mudah pecah ni".

After made the payment, that uncle balik. Then this lady smash the box macam tengah main badminton. Wtf?
Please, kerja lah dengan ikhlas. Next person after that uncle also this lady campak-campak all packages. Haishhh. U even not smile at all to customers! U shudnt be there at that counter u know?

Now I know why I always received broken parcels.

Wed Aug 12, 2015 8:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

'Shisha Stick' Boleh Sebabkan Ketagihan, Digunakan Oleh Remaja Untuk Lepas Gian Di Sekolah

siakapkeli.my

Dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan hebat, nampaknya anak-anak muda kita semakin mudah terdedah dengan pelbagai pengaruh tidak baik sama ada di rumah atau pun diluar rumah.

Terbaru, belum reda isu vapor atau rokok elektronik perisa ganja kini timbul pula masalah baru dikalangan ramaja muda kita malahan yang lebih mengejutkan penemuan ini terjadi di sekolah rendah.

'Shisha stick' atau 'Hookah Pen', sejenis rokok yang hampir menyerupai rokok elektronik kini dikatakan bebas dibawa oleh anak-anak bawah umur ke sekolah kerana bentukknya seperti alat tulis di mana mereka hanya perlu menyimpannya di dalam bekas alat tulis.

Beberapa keping gambar telah dimuatnaik di laman sosial yang menunjukkan guru di sebuah sekolah rendah kawasan lembah Klang telah berjaya merampas barang-barang terlarang ini yang dibawa dan digunakan disekolah.

Berdasarkan tulisan-tulisan di laman sosial, 'shisha stick' ini berbentuk stick (seperti rokok) di percayai mengandungi kandungan ganja yang menyebabkan murid ketagih apabila dihisap hujungnya menyala dan mengeluarkan asap seolah-olah rokok sebenar,. Bagaimanapun kami tidak dapat pastikan mengenai kandungan ganja yang tersebar di laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun ia tidak mustahil kerana kes terbaru melibatkan air perisa ganja yang menjadi kes besar baru-baru ini yang dijual kepada pengguna vapor.

Barang rampasan di sebuah sekolah rendah di Lembah Klang

Difahamkan harga untuk mendapatkan rokok ini adalah hanya sekitar RM15 hingga RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah di mana ia mudah didapati di kedai-kedai sebaneka dan gerai-gerai dari Timur Tengah.

Rokok ini sebenarnya ialah seperti rokok elektrik yang lain cuma ia kurang mendapat sambutan dikalangan kaki vapor kerana ruang untuk meletak cecair perisa teralu kecil dan ia tidak memberi kepuasan kepada kaki vapor.

Namun apa yang merisaukan sekarang ia mudah dibeli oleh murid-murid sekolah bawah umur kerana murah dan mudah didapati sedangkan kita ketahui mengikut undang-undang mereka yang berumur 18 tahun ke bawah adalah dilarang untuk mengguna atau menghisap rokok berkenaan.

Memetik laporan Mstar Online pula, polis mengesahkan bahawa tabiat menghisap shisha atau menggunakan 'Shisha Stick' tidak menyalahi undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman,Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penggunaan batang shisha atau lebih dikenali sebagai 'hookah pen' adalah dalam kategori yang sama bagi rokok elektronik (e-rokok).

Walaupun masih tiada undang-undang berkaitan larangan penggunaan 'Shisha stick' atau 'Hookah Pen' ini, sebenanrnya perkara ini perlu dibendung, bak kata pepatah "Melentur buluh biar dari rebungnya." jadi ibu bapa awasilah anak-anak kecil anda. - Siakapkeli.my

Berhenti 'Vaping&#39; Buat Sementara Waktu - Menteri
.siakapkeli.my/

PUTRAJAYA: Penggemar shisha dan rokok elektronik dinasihati agar berhenti menggunakan alat tersebut buat sementara waktu sementara keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam masa dua bulan lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kini kementerian sedang membuat perbincangan dengan pelbagai agensi dan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap kesan penggunaan vape dan juga shisha kepada kesihatan.

Tambah beliau, kementerian melihat vape dan shisha sebagai satu bentuk rokok.

"Pada pandangan kementerian, kami menganggap ia sebagai satu lagi bentuk rokok tetapi caranya berbeza. Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama.

"Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu," katanya memetik laporan Bernama. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: