Wednesday, August 26, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4276[2 Attachments]

5 Messages

Digest #4276
1
Fw: Saya Ingat Akan Mati by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: MPV Polis mengejar lori tanpa tayar by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: RM32,000 untuk bernafas by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Aug 25, 2015 8:14 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Saya Ingat Akan Mati

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

MOHAMAD Nasir menerima rawatan.

Kluang: "Sebaik digilis, saya terus bangun tanpa menyedari paha kanan saya patah," kata warga emas Mohamad Nasir Manas, 70, yang parah dirempuh kereta Perodua Kancil yang hilang kawalan di stesen minyak di Jalan Besar, di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohamad Nasir mengisi petrol ke dalam kereta Proton Iswara di stesen minyak terbabit.
Katanya, sebelum itu dia dan isteri Saerah Hassan, 58, baru menghantar pulang tiga cucu ke rumah di Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, di sini, selepas mengambil mereka di sekolah.

"Selepas menghantar mereka pulang, saya dan isteri keluar semula ke bandar Kluang untuk membeli barang dapur.

"Ketika dalam perjalanan saya menyedari minyak kereta hampir habis dan berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisinya," katanya.

Mohammad Nasir berkata, ketika menutup tangki minyak dan bersedia masuk ke dalam kereta, tiba-tiba Perodua Kancil merempuh belakang keretanya.

"Akibat rempuhan itu, kereta saya bergerak 10 meter ke hadapan dan saya terjatuh sebelum digilis dan diseret kira-kira dua meter menyebabkan patah tulang paha, tulang siku terkeluar dan cedera di rusuk kiri.

"Ketika digilis saya ingat akan mati, tetapi sejurus kejadian saya terus bangun tanpa menyedari paha kanan patah," katanya yang dibawa seorang lelaki ke Hospital Pakar Kluang Utama, di sini, untuk rawatan.

Sementara itu, Saerah yang berada di dalam kereta pada mulanya tidak mengetahui kejadian sebelum mendengar suami menjerit menyebabkannya terkejut.

"Pada mulanya saya ingat dia menjerit selepas kereta dirempuh menyebabkan ia bergerak ke hadapan, tetapi sebaik keluar dari kenderaan saya lihat dia terbaring berlumuran darah," katanya.
Kejadian dirakam kamera litar tertutup stesen minyak itu memaparkan wanita berumur 40 tahun gagal mengawal kenderaan selepas selipar dipakainya tersekat pada pedal minyak.

Berdasarkan rakaman video yang viral di Facebook, wanita itu masuk ke dalam kenderaan sejurus selesai mengisi minyak, namun gagal mengawalnya ketika kenderaan mula bergerak.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, August 25, 2015 12:01 AM
Subject: Fw: Warga Emas Cedera Parah Dilanggar Ketika Sedang Isi Minyak

Warga Emas Cedera Parah Dilanggar Ketika Sedang Isi Minyak
mstar.com.my

Oleh: THE STAR

Antara paparan skrin yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup milik stesen petrol di Jalan Besar, dekat Kluang.

KLUANG: Seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas dilanggar sebuah kereta semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata insiden berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari Ahad.

Mangsa, Mohamad Nasir Manas, dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun.

"Siasatan awal polis mendapati insiden berlaku apabila pemandu gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandunya selepas seliparnya tersekat pada pedal pemecut kereta tersebut.

"Mohamad Nasir patah di bahagian pinggul dan mengalami beberapa kecederaan lain. Dia dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.
Insiden tersebut dirakamkan dalam kamera kitar tertutup stesen minyak berkenaan dan menjadi viral di laman media sosial.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Aug 25, 2015 8:14 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pihak Taska 'Campak' Arwah Anak Saya Di Klinik Dan Cuba Melarikan Diri - Ibu

siakapkeli.my

Sepasang suami dan isteri yang kisah anak mereka pernah disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 7 ogos 2015 lalu telah tampil membela nasib arwah anak mereka, Farees Ikhwan Bin Fathan yang didakwa telah menjadi mangsa kecuaian pihak taska sehingga menyebabkan anak syurga tersebut telah kehilangan nyawa.

Berdasarkan cerita yang dimuat naik oleh ibu Faress, Puan Wan Farahadibah pasti meruntun hati mereka yang membacanya dan penulisan berkenaan bukan ditulis tanpa fakta apabila beliau menyertakan sekali sijil kematian anak syurga tersebut bersama-sama dengan salinan laporan polis.

Apa yang membuatkan beliau pelik taska berkenaan sehingga kini masih beroperasi walaupun kejadian berkenaan melibatkan kehilangan nyawa telah berlaku.

Berikut adalah cerita dan kronologi kejadian yang ditulis oleh puan Wan Farahadibah di mana ia tidak lebih daripada untuk menuntut keadilan dan penjelasan pihak taska berkenaan.

KEADILAN BUAT ANAK SYURGAKU, KORBAN DI TASKA…..

"Di mana PIHAK YG SEPATUTNYA BERTANGGUNGJAWAB dalam hal kematian ini???

MENGAPAKAH TASKA INI MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA??? CUAI SEHINGGA MELIBATKAN KEMATIAN.

Saya amat tidak bepuas hati ngan "TASKA K**** ****A" di Bandar Baru Selayang. Dimanakah letaknya tanggungjawab seorang pemilik Taska sehingga kini kami sebagai ibubapa tidak mengetahui dan tidak mendapat sebarang penjelasan yang tepat dan jujur punca sebenar kematian anak kedua kami. Kami hanya mendapat penjelasan dari pihak Polis bahawa anak kami meninggal disebabkan "TERJERUT WAYAR EXTENSION". Selama ini kami telah meletakkan kepercayaan ke atas pihak Taska tapi ini yang berlaku. Tiada sebarang jawapan apabila kami bertanyakan pada pemilik Taska akan punca sebenar dan bagaimana ia boleh terjadi??

Sekarang sudah 3 minggu perginya arwah anakanda Farees Ikhwan tetapi Taska ini masih lagi beroperasi. Semoga kes kematian anak kami ini menjadi iktibar dan pengajaran buat taska-taska lain dan ibu bapa untuk memilih taska. Jgn buka Taska kalau setakat nak duit tapi tak bertanggungjawab!!!

KRONOLOGI :

Pada 3 Ogos 2015@Isnin, dalam pukul 4:50 petang, saya dikejutkan dengan berita kematian anak saya yang diberitahu oleh Doktor Ayu dari Klinik Dahlia yang terletak di Bandar Baru Selayang. Setibanya saya di Klinik, tiba-tiba owner Taska anak saya, Taska Kasih Fidza, yang bernama Mohfidzawati binti Darus, telah tunduk dan bersujud di kaki saya. Selepas itu, saya terus melihat anak saya terkulai layu di atas katil dengan lebam dan bintik-bintik merah di muka dan dia tidak bernyawa. Saya sangat terkejut dan sedih teramat sangat kerana disebelah pagi tadi saya menghantar anak saya ke taska dalam keadaan sihat,happy.

Menurut Doktor Ayu terdapat kesan lebam bukan sahaja di muka tetapi terdapat juga di leher dan benjolan di kepala. Kesan lebam di leher seumpama bekas di cekik dan juga menurut Doktor Ayu apabila owner taska tiba di klinik anak saya memang sudah tidak bernyawa. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak saya. Paling menyakitkan hati saya setelah pengebumian arwah Doktor Ayu telah menceritakan semula kepada saya yang owner taska, M*********ti bt Darus telah 'mencampak' jenazah anak saya setibanya di klinik, jika Doktor Ayu tidak menyambut jenazah, jenazah akan terjatuh ke lantai. Sungguh kejam! Pemilik Taska (owner) juga telah mencuba untuk melarikan diri setelah 'mencampakkan' jenazah tetapi dapat di tangkap oleh staff-staff Klinik Doktor Ayu. Maknanya semasa saya tiba di klinik dia hanyalah 'berlakon' kononnya 'meminta maaf' dengan bersujud di kaki tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.

Di sebabkan berasa 'kesian' kepada Mo******ati kerana 'menangis-nangis' di situ, saya tidak sampai hati hendak bertanya apa telah terjadi. Pada pemikiran saya pada masa itu, ia hanyalah suatu kemalangan yang tidak di sengajakan. Pada masa yang sama, kakak ipar saya telah pergi ke taska (kali pertama) untuk mengambil anak sulung dan ketiga, dan juga barang-barang lain. Di situ, dia telah bertanya kepada staff-staff taska apa yang terjadi dan mereka tidak memberi sebarang penjelasan. Kakak ipar saya juga bertanya di manakah kedudukan katil arwah semasa kejadian tetapi mereka tidak memberi apa-apa jawapan. Di situ kami sekeluarga sudah agak was-was tetapi masih meletakkan kepercayaan kepada Taska K**** ***za.

Pada petang yang sama, saya pula ke taska sebenarnya untuk mengambil botol susu anak tertinggal, dan saya bertanya sekali lagi apa yang berlaku, barulah salah seorang staff membuka mulut menyatakan yang anak saya 'sesak nafas' dan mereka telah membuat CPR dan selepas itu arwah muntah. Setelah mendengar penjelasan dari staff, saya redha dengan pemergian anak saya, pada mulanya.

Pada malam itu, pihak polis yang sudah berada di Klinik Dahlia, meminta kami membawa jenazah ke HKL untuk membuat post-mortem. Kami berkeras tidak membenarkan doktor menjalankan post-mortem. Akan tetapi, mengikut prosedur dan juga pemerhatian doktor pakar kesan lebam di leher anak saya bukanlah kematian seperti yang di nyatakan oleh pihak taska. Jika dia 'sesak nafas' sepatutnya tidak ada kesan lebam di leher.

Untuk pendekkan cerita, malam di HKL, penuh dengan drama yang melibatkan ahli keluarga, pihak hospital dan polis. Tapi yang peliknya owner Taska K**** ****a langsung tidak hadir di hospital dan tidak dapat di hubungi oleh pihak polis. Something fishy going on there…

Post-mortem telah di lakukan keesokkan harinya bersamaan 4hb(selasa). Itu hanya dilakukan setelah pihak polis pergi ke taska untuk menjalankan siasatan. Taska masih beroperasi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pihak polis menyoal siasat terus dengan owner taska dan staff dan juga melihat CCTV. Malangnya kedudukan katil arwah tidak berada dalam range CCTV. Menurut pihak polis, owner taska masih berdolak-dalih untuk menjawab soalan mereka. Setelah pihak polis menggertak owner taska barulah dia menceritakan yang arwah 'TERJERUT EXTENSION WAYAR' yang telah di lalukan di atas katil arwah.

Saya hanya mengetahui pengakuan owner taska setelah pihak polis kembali ke HKL. Saya dan keluarga sungguh terkejut dan tidak dapat menerima cara pemergian anak kesayangan saya dan juga cara pihak taska yang cuba menyembunyikan cerita sebenar. Setiap hari saya terbayang pergelutan anak saya untuk bernafas. Anak istimewa yang ditatang telah pergi di atas kecuaian orang lain. Di mana pergi nya staff-staff taska pada masa itu??Anak-anak kami telah ditinggalkan untuk berapa lama tanpa pantauan sehingga boleh terjadinya kematian!!!!???

Setelah post mortem dilakukan, keputusan menyatakan arwah meninggal disebabkan 'COMPRESSION TO THE NECK BY LIGATURE'. Selepas daripada itu, dalam kesedihan kami terus bergegas untuk menyelesaikan proses pengebumian arwah. Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan sebelum azan Maghrib pada hari yang sama.

Ye, owner taska ada telefon dan sms kami tetapi belum datang berjumpa sehingga kini. Walaubagaimanapun, jika dia datang, kami pun tidak ada hati nak berjumpa disebabkan PENIPUAN dan BERDOLAK-DALIH dan LAKONAN SEMATA-MATA. Penampilan yang alim tetapi tidak berhati perut dan berperangai munafiq. Lagi membuak kemarahan kami apabila kami mendapat tahu yang owner taska dengan sombongnya berkata 'TASKA SAYA TAK AKAN DITUTUP, INI HANYA KES KECUAIAN!' kepada parents yang menghantar anak2 mereka di taska.

Wahhhhhh …. Angkuhnya owner taska ini…..Allah sahaja yang mengetahuinya..

Kami berharap keadilan dapat ditegakkan dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menjalankan tanggungjawab dengan telus. Semoga allah membantu kami dalam mencari keadillan untuk almarhum anak kami.

Al-Fatihah buat anakanda Farees Ikhwan Bin Fathan - Siakapkeli.my

Tue Aug 25, 2015 8:15 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Terbaru: VIDEO saat MPV Polis mengejar lori tanpa tayar

bloglist-malaysia.blogspot
suarakami-letakjawatan.blogspot
suarakami

VIDEO saat cemas Unit Peronda PDRM (MPV) mengejar Lori yang baru dicuri. Dilarikan dari Sentul dan berakhir di Dengkil. Saspek turut melanggar 3-4 palang sebelum diberkas Polis. SYABAS! Unit MPV KL dari IPD Sentul dan dibantu MPV SL dari IPD Subang Jaya Balai Bukit Puchong. SALUTE untuk PDRM !!

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Aug 25, 2015 8:16 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RM32,000 untuk bernafas

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Sungai Petani: Sepasang suami isteri merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membeli mesin bantuan pernafasan berharga RM32,000 buat anak perempuan mereka berusia lima tahun yang menghidap masalah kerosakan pada paru-paru atau 'Recurrent Aspiration Pneumonia' sejak kecil.

Noor Almi Sufiza Ishak, 35, dari Bandar Amanjaya, di sini berkata, keadaan itu membuatkan Nur Amani Batrisya Muhadzir yang turut menghidap sindrom Rett iaitu gangguan pada perkembangan otak perlu bergantung kepada mesin ketika tidur bagi memudahkan pernafasannya.

Menurutnya, selain itu Amani yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai masalah 'Refluks Gastroesogageal' atau GERD iaitu pintu perut tidak tertutup.

"Ketika masih bayi, dia pasti termuntah semula setiap kali meminum susu menyebabkan berlaku jangkitan kuman pada paru-paru.

"Malah, Amani kerap dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan menyebabkan satu pembedahan untuk memperbaiki sel paru-parunya dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Ogos tahun lalu, namun doktor tidak dapat meneruskan pembedahan itu kerana didapati berisiko," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72781#sthash.nWPCz6ZL.dpuf

Tue Aug 25, 2015 8:16 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pingat Juara Liga Super Dan Liga Perdana Macam Pingat Budak Tadika Menang Lari Dalam Guni

siakapkeli.my

Saingan Liga Super dan Liga Perdana baru sahaja melabuhkan tirainya di mana kelan Johor Darul Takzim dan Kedah FA telah dinobatkan sebagai juara Liga Super dan Juara Liga Perdana musim ini.

Disebalik kejayaan kedua-dua pasukan yang menjadi kebanggaan peminat masing-masing ini telah menajdi viral di laman sosial tentang kualiti pingat atau medal yang disediakan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada kedua-dua pasukan juara ini.

Mana tidaknya kalau dilihat daripada pingat yang diberikan ternyata ia bukanlah sesuai dengan taraf liga paling berprestij di Malaysia tersebut.

Apa yang lebih menggelikan hati ada peminat yang menyifatkan pingat berkenaan sama taraf dengan pingat untuk budak sekolah tadika Kemas menang pertandingan lari dalam guni.

Ramai peminat berbual tentang ini di mana ia seolah tidak diberikan perhatian oleh pihak FAM di mana mereka menyifatkan liga berjuta-juta tapi bajet untuk buat pingat 'ciput'. - Siakapkeli.my

azrin Zaki @yenbravo91 Medal JOHAN Liga Super/Premier Msia vs medal FINISHER event cycling. Finisher bukan Johan okay! :) #betterthanFAM

Mamalia / Joni ‏@_joni_joni_joni

Medal juara Liga Super dah serupa medal Tabika KEMAS acara lari dalam guni.

Pablo Dollah @DeludedDollah

Bad luck JDT: Menang Liga Super Malaysia, medal buruk nak mampus. #BetterThanFAM #NaikkanGajiSaya

¿¡ ♣ MHR ♣ ¡¿ @JudynRosli medal liga super lawanyoo

View image on Twitter

Follow

y a n s @yans18

Medal Juara Liga Perdana dan Super Malaysia. Sama kualiti.. Konsep "Smart Reader Kids".. Cantiknya @FAM_Malaysia
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: