Saturday, March 24, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3239

Messages In This Digest (1 Message)

Message

1.

Fw: Jangan letak gambar anak  di Facebook

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri Mar 23, 2012 8:20 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Awasss!!!:Jangan letak gambar anak anda di Facebook untuk elakkan diculik

Posted by canang
btmmari.blogspot

Teknologi memberi manusia kemudahan dalam melakukan aktiviti dan bersosial. Tapi teknologi juga memudahkan orang melakukan jenayah. Salah satu contohnya adalah kebiasaan para ibu-ibu muda untuk mempamerkan foto anaknya di akaun Facebook. Tindakan ini mungkin boleh membahayakan anak anda. "Ramai kaum ibu suka gambar-gambar anaknya dipamerkan di Facebook. Ternyata, ini memberi peluang kepada penculik.

Peningkatan kes penculikan sekarang juga salah satunya disebabkan kesilapan ini sehingga orang tua menjadi makin paranoid," kata Arist Merdeka Sirait, ketua Suruhanjaya Nasional perlindungan Anak dalam perbincangan bersama media di Plaza Bapindo, Jakarta (21/3/2012). Jika dulu penculik kena sering memantau mangsa yang akan diculik, sekarang cukup dengan membuka Facebook penculik boleh mencari korban dengan mudah.

Apalagi data mengenai pekerjaan dan kesibukan orang tua juga boleh diketahui melalui Facebook. Kebanyakan kes penculikan terjadi ketika orang tua cuai dan membiarkan anak tanpa pengawasan. Untuk mengelakkan ianya terjadi, maka tetapan keselamatan di akaun Facebook juga perlu diperketat. Gambar-gambar anak dan foto-foto lain yang bersifat peribadi sebaiknya ditetapkan supaya ia hanya boleh dilihat oleh keluarga, kawan, atau orang-orang tertentu yang dipercayai dan tidak semua orang dapat melihatnya.

Bukan hanya Facebook, televisyen juga mungkin mempunyai impak dalam membentuk perilaku buruk anak. Pelbagai tayangan seperti sinetron dan reality show masa ini tidak memberikan pemahaman yang baik kepada anak mengenai nilai-nilai moral dan lebih banyak memberi kesan negatif. "Suruhanjaya Nasional Perlindungan Anak pernah memantau 13 stesen TV swasta di Indonesia. Hasilnya, 62% di antaranya menayangkan perilaku kekerasan yang boleh membuat anak-anak menirunya. Pelbagai adegan kekerasan ini dijumpai di sinetron dan tayangan-tayangan filem lain," kata Arist. - DetikHealth

Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Moderator Central

An online resource

for moderators

of Yahoo! Groups.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Friday, March 23, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3238

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Fw: Kemalangan Myvi Masuk Gaung di PLUS

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Mar 22, 2012 7:40 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Kemalangan Myvi Masuk Gaung di PLUS
melayukini.net


Sebuah myvi telah terlibat dalam kemalangan selepas hilang kawalan di lebuhraya PLUS dan mangsa yang meninggal dunia meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

By Huzaifah Al-Selangori

Kemalangan Myvi Masuk Gaung di PLUS | "Abang sayang ayang sampai mati." Itulah kata-kata penuh makna yang sempat ditulis Ariffin Ham­zah, 31, atas sekeping kad sempena ulang tahun kedua per­kahwinannya dengan isteri, Haliza Hashim, 28, malam kelmarin. Ariffin bagaimanapun maut selepas ken­deraan jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan sebelum ter­junam ke dalam gaung se­dalam enam meter dipercayai selepas mengelak sesuatu kira-kira 7.10 pagi, semalam.

Keadaan kereta Myvi mangsa yang remuk teruk selepas kemalangan jatuh gaung.

Kakak ipar mangsa, Nor Mini Mad Som, 32, berkata, dia sempat bertemu dengan adik iparnya itu Ahad lalu di rumah ibu mertuanya, Zainon Ismail, 59, di Taboh Naning, Alor Gajah.

"Arwah balik kerja awal hari itu (Ahad) sekitar 5 petang dan saya juga sempat me­negurnya yang kelihatan ber­sungguh-sungguh mem­basuh keretanya. Arwah kata dia ingin membawa pulang isteri dan anaknya, Izqarin Wafi Arifin, 9 bulan, ke kampung (Tabong Naning) Jumaat ini bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka," katanya ketika ditemui di per­karangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini semalam.

Menurutnya, dia dan suami, Hafizan Hamzah, 32, sudah mula berasa tidak sedap hati kerana kebiasaannya adiknya akan singgah ke rumah mereka di Krubong semasa waktu rehat atau habis kerja di sebuah kilang di Alor Gajah.

"Seminggu terakhir ini, arwah langsung tidak singgah ke rumah saya. Bagaimanapun, Ahad lalu semasa berkumpul di rumah ibu mentua, arwah ada berpesan kepada saya supaya terus menjaga dan membawa ibu mentua tinggal bersama kami. Malah, sebelum bergerak pulang Ahad lalu, arwah sempat menyatakan keinginan dan rasa tidak sabarnya untuk membeli kad ulang tahun perkahwinan buat isterinya di Tampin sebelum terus pulang ke Senawang," katanya.

Ibu mangsa, Zainon berkata, anak keempatnya itu sering pulang ke rumah dan sememangnya rapat bersama adik-beradik lain. Malah, dalam seminggu pasti ada dua hari anaknya akan tidur di rumah.

"Namun, seminggu terakhir ini, arwah tidak seperti biasa dan terus berulang alik pulang ke Senawang. Hanya hari Ahad sahaja arwah balik ke rumah dan berjanji kepada saya untuk bermalam di rumah seperti biasa pada Selasa (semalam) dan Rabu (hari ini).

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak sesuatu objek di hadapannya sebelum terbabas ke kiri jalan di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi semalam.

Menurutnya, terdapat gaung yang lebih dalam di lokasi kejadian, namun ken­deraan mangsa tersangkut di atas pokok. Mangsa meng­alami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning, Alor Gajah.

Berikutan kemalangan itu, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Ibrahim Salleh. Katanya, dengan anggota seramai 12 orang, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan tempat duduk pemandu.

Melayukini.net - Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga mereka tabah menerima berita pemergian orang yang disayangi ini. Al fatihah.

2.

Fw: Muka Kaki Raba Perempuan Dalam Komuter Didedah

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Mar 22, 2012 7:42 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Muka Kaki Raba Perempuan Dalam Komuter Didedah
nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar

Hati-hati pada sesiapa yang naik komuter, terutama tren ke Rawang. Plez beware ngan or.g ni (gambar di atas). Saya baru je pas buat repot cover utk kes cabul td.citenye gini.

Selasa baru2 ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 kl sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yg dlm gambar tu dtg dari blkg dan rapat blkg saya..sbb x selesa saya pun pandang blkg n tgk kat blkg dia x de org pun.tp dia masih nak rapat lg..saya cube elak ke kiri n kanan..tp masih dia ikut.saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah..

Apa yg sengal nye dia ni dgn pakaian yg sama dia muncul lg semalam dan beratur lg blkg saya..saya elak n dia x bejaya nak buat kat saya dia tp dia try kat sorg budak ni.sian dia.

Dlm tren dia buat keje tu.dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh.bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah.saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia..bdk ni cite yg mmg dia ada rase 'something; kat punggung dia.tp dia x tau ape bendenye.mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan "air'dia .mmg kurang ajar org ni.dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren.saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap.hampeh betul.kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni.masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station.

So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2.sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk.@%^$&%*&^.. Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik tren semula n cari mangsa2See More

Oleh: BlogAmmar.com (Bahasa rencana adalah seperti yang digunakan oleh penulis asal)

-mynewshub

Recent Activity
Visit Your Group
Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Moderator Central

An online resource

for moderators

of Yahoo! Groups.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Thursday, March 22, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3237

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Fw: Kereta Dan Motor Konsep Masa Depan

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed Mar 21, 2012 8:13 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Kereta Dan Motor Konsep Masa Depan
Melayukini.net


Satu lagi rekaan menarik kereta dan motor konsep untuk kenderaan masa depan. Kereta ini mengambil daripada inspirasi kenderaan antik.

By Shah

Melayukini.net - Kereta Dan Motor Konsep Masa Depan | Rekaan kereta dan motor konsep ini adalah sebuah rekaan bagi kenderaan untuk dunia masa depan. Jika sekali kita lihat, memang nampak agak mustahil kerana reka bentuknya agak canggih daripada apa yang kita lihat sebelum ini. Tetapi jika kita pernah menonton Monster Garage, sudah tentu kita akan kata ia langsung tidak mustahil. Jom apa lagi layan gambar motor kereta konsep di bawah ini.

Melayukini.net - Kebiasaannya motor dan kereta konsep jenis ini hanya sesuai dijadikan sebagai kenderaan konsep untuk dijadikan sebagai pameran. Tetapi tidak mustahil jika ia boleh direka untuk menjadi realiti suatu hari nanti.

Sumber: English Russia
2.

Fw: Nazatul tumpang van lelaki tak dikenali

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Mar 22, 2012 7:06 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Nazatul tumpang van lelaki tak dikenali ke Bangkok

kgmokkan.blogspot
BANGKOK - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram.
Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.

Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.
Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain.
"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini.
Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.
"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama.
Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan.
"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya.
Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia.
Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau.
Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini.
"Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau.
Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun.
"Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya.
Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini.
Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka.
Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac.(SH)

Nazatul Tumpang Van Tak Dikenali Ke Bangkok, K'jaan Selangor Sedia Biaya Tambang
Posted by greenboc

Ibu bersyukur

SHAH ALAM: "Saya bersyukur ada pihak yang sudi bantu saya pergi ke Bangkok menyelamatkan anak saya, namun identiti pihak yang membantu itu biarlah saya rahsiakan," demikian reaksi Norazura Roski, 37, ibu Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, mangsa culik di Stesen Bas Seksyen 9, di sini, 30 Januari lalu.

Norazura berkata, sewaktu pertemuan yang diaturkan polis Bangkok 16 Mac lalu, keadaan anaknya atau lebih mesra dengan panggilan Nana agak kurus dan kulitnya gelap berbanding sebelum dilaporkan hilang.

Katanya, anaknya kini masih lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan sehingga kini belum diketahui bila anaknya dibenarkan keluar. -hm

Selangor biaya tambang mangsa culik

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membiayai kos penerbangan pulang mangsa culik, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok, Thailand 11 Mac lalu.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, ibu remaja itu, Norazura Roski, 37, menemuinya meminta bantuan untuk membawa anaknya pulang.

"Ini kerana, remaja itu perlu dibawa pulang melalui jalan udara atas sebab keselamatan. Saya difahamkan, peruntukan Kerajaan Pusat hanya untuk perjalanan darat," kata Yaakob pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah menghantar dua pegawai untuk mengiringi Norazura ke Bangkok, Jumaat lalu.

Yaakob berkata, Nazatul sepatutnya pulang pada 17 Mac namun ditangguh sehingga 19 Mac bagi membolehkan urusan dokumentasi diselesaikan.

Remaja itu yang tiba di LCCT Sepang jam 8.50 malam 19 Mac, terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan, sehingga kini dia masih ditempatkan di hospital itu dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Remaja itu dilaporkan hilang 31 Januari lalu selepas dikatakan keluar ke rumah rakannya sehari sebelum itu.

12 Mac lalu, dia dikatakan menghubungi ibunya memberitahu berada di Thailand dan baru melepaskan diri daripada penculik.

Sehari sebelum itu, dia ditemui di stesen kereta api Hua Lampong, Bangkok bersama lima lagi remaja dari Myanmar berusia antara 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut menjadi mangsa culik.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, Nazatul hingga kini masih trauma dan masih dirawat di hospital.

"Dia hanya beritahu polis diculik dan dibawa dalam sebuah van putih dari Seksyen 9, Shah Alam," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Pada 30 Januari, penuntut tingkatan tiga itu diturunkan ibunya di hentian bas di sini kira-kira 1 tengah hari. Esoknya, apabila dia tidak pulang ke rumah, ibunya membuat laporan polis di sini. -SH

Nazatul, Mangsa Culik Yang Ditemui Di Thailand Masih Trauma

Misteri 'van putih' kembali

SHAH ALAM: Misteri 'van putih' kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.

Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.

"Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

HILANG...Zahedi menunjukkan gambar Nazatul Fadiana yang ditemui di Bangkok.

Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.

Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.

"Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.

Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.

"Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan," katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.

Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu. -hm

Nazatul gadis pengutip derma

USAHA wartawan untuk menemu bual keluarga Nazatul gagal kerana rumahnya di Seksyen 8, Shah Alam berkunci dan tiada penghuni.

SHAH ALAM - Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan, 15, remaja yang dilaporkan hilang pada Januari lalu dan ditemui di Bangkok, Thailand baru-baru ini merupakan seorang pengutip derma di beberapa lokasi di sini.

Seorang jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 47, mendakwa, dia pernah ternampak Nazatul mengutip derma di beberapa buah stesen minyak di Seksyen 9 di sini pada tahun lalu.

Dakwa Ahmad, remaja terbabit melakukan kerja itu antara pukul 5 petang hingga 10 malam dengan menunjukkan kad yang mempunyai logo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sumbangan itu kononnya untuk disalurkan kepada Madrasah Ta'allimun Islam dan Sekolah Hafiz al-Quran Tanjumas di Thailand.

"Saya mengetahui kegiatan Nazatul ketika mengisi minyak di Seksyen 9 pada hujung tahun lalu. Saya ambil kad yang mempunyai logo MAIWP daripada Nazatul," kata Ahmad ketika ditemui di kawasan rumah Nazatul di sini semalam.

Dakwa Ahmad, Nazatul dihantar ke stesen-stesen minyak itu untuk meminta derma oleh seorang wanita dipercayai ibunya.

Selain di stesen-stesen minyak, Nazatul juga pernah dilihat mengutip derma di beberapa buah bank di Seksyen 9 di sini.

Jelas lelaki itu, sejak kad MAIWP itu dirampas, kelibat remaja itu tidak lagi kelihatan di Seksyen 9.

Menurut Ahmad, Nazatul mendakwa dia disuruh mengutip derma oleh seorang ketua yang tinggal di Ampang, Selangor.

"Saya juga pernah membuat panggilan telefon kepada lelaki yang didakwa Nazatul sebagai bos dan lelaki itu mengaku mengenali Nazatul tetapi enggan bercakap banyak," kata Ahmad.

Ahmad kemudian menyerahkan kad tersebut kepada MAIWP dan ternyata kad kutipan derma tersebut tidak sah. -kosmo

comments:

din rela said...
Adakah van putih ni bermaksud van penumpang jenis toyo-- dari Thailand tu... jenis tu memang banyak masuk Malaysia

Anonymous said...
jenayah berlaku setiap hari, BN patut ditumbngkan PRU13

Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Learn about issues

Find support

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Wednesday, March 21, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3236

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1a.

Re: March Proton promotion

Posted by: "Mohd Hanif" mhi6651@yahoo.com   mhi6651

Tue Mar 20, 2012 5:46 pm (PDT)



saya ada kereta kancil 660 tahun 2007,baki di bank ader 12k,saya nak tolak kancil ambil kereta persona boleh ke  loan .. en hanif

________________________________
From: Jagathies Kannasan <vishnu_vd@yahoo.com>
To: "malaysianindianclub@yahoogroups.com" <malaysianindianclub@yahoogroups.com>; "unitedmalaysianindianclub@yahoogroups.com" <unitedmalaysianindianclub@yahoogroups.com>; "indiannetwork@yahoogroups.com" <indiannetwork@yahoogroups.com>; "malaysian-tamils@yahoogroups.com" <malaysian-tamils@yahoogroups.com>; "umic@yahoogroups.com" <umic@yahoogroups.com>; "malaysian_indian@yahoogroups.com" <malaysian_indian@yahoogroups.com>; "malaysianindianbusinessforum@yahoogroups.com" <malaysianindianbusinessforum@yahoogroups.com>; "IndianMalaysianRights@yahoogroups.com" <IndianMalaysianRights@yahoogroups.com>; "malaysiafm@yahoogroups.co.uk" <malaysiafm@yahoogroups.co.uk>; "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>; "Indian-Malaysian@yahoogroups.com" <Indian-Malaysian@yahoogroups.com>; MalaysianInnovativeIndian <YouthAlliance@yahoogroups.com>; "my_indian@yahoogroups.com" <my_indian@yahoogroups.com>; "MAICCI@yahoogroups.com" <MAICCI@yahoogroups.com>;
"Malaysian_Indians@yahoogroups.com" <Malaysian_Indians@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, 20 March 2012 9:38 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - March Proton promotion


 
Dear friends,

Thank you for your continuous support.For this month,we bring a good deal for our customer who intend to buy new proton cars.Please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support.

Promotion from authorized Sales Proton Edar Sdn Bhd.

 
Graduate scheme and government scheme available for full loan-need only offer letter
Zero down payment available for selected model.

Proton Saga FLX discount up to Rm1000
Proton Persona discount up to Rm1500
Proton Exora BOLD discount up to Rm1000

Proton Inspira discount up to Rm4000

So for all the friends please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support. 

Promotion from authorized Sales Proton Edar  Sdn Bhd.

For more info please call/sms/email to jega at  012-3332230

Regards,
jega 012-3332230
Authorised Sales Dealer
Proton Edar Sdn Bhd 

Kuala Lumpur,Selangor and Negeri sembilan,Pahang

2a.

GET BEST DEAL FOR BRAND NEW KIA CARS > FULL LOAN !! 0% DOWN PAYMENT

Posted by: "josephpeter9946" josephpeter9946@yahoo.com   josephpeter9946

Wed Mar 21, 2012 12:46 am (PDT)



GET BEST DEAL FOR BRAND NEW KIA CARS > FULL LOAN !! 0% DOWN PAYMENT
GET BEST DEAL FOR BRAND NEW KIA CARS > FULL LOAN !! 0% DOWN PAYMENT
Dear friends,
HI to all club members!
I'm an authorised NAZAKIA car dealer.

OUR MONTHLY PRMOTIONS
KIA FORTE 1.6>>FREE BODYKIT AND 19'' LED TV<<RM.78,800
*READY STOK(DISCOUNT RM.3,000)

OUR MONTHLY PRMOTIONS
KIA FORTE KOUP>>MYSTERY GIFT AND 19'' LED TV<<RM.115.800
*READY STOK (DISCOUNT RM.3,000)

OUR MONTHLY PRMOTIONS
ALL NEW KIA SPORTAGE>>MYSTERY GIFT AND 19'' LED TV<<RM.138.888
*READY STOK

OUR MONTHLY PRMOTIONS
NAZA CITRA>>MYSTERY GIFT <<RM.57,988
*READY STOK

- Ready stock for all colours
- High Loan Margin
- Fast Approval
- D/Payment as low as you can
- Low interest rate
- Mystery gift

- Door to door and friendly service

For more info, kindly : PETER
016 906 5351-SMS&CLL&WHATS APP
BB PIN : 268474B6
YM: josephpeter88@yahoo.com

We also accept used cars with HIGH TRADE-IN VALUE

LOCATION : AMPANG>K.L

-Fast loan approval
-Ready stock
-Fast delivery
-FULL LOAN!!!
-0% DOWN PAYMENT
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Schizophrenia groups

Find support

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Tuesday, March 20, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3235

Messages In This Digest (8 Messages)

1.
Fw: Pemandu Langgar Pelumba Basikal SERAH Diri From: -::eSpAcE9808::-
2a.
Re: perbezaan ecu From: Mas Fawzi
3.
(no subject) From: ahmad sopuan abdullah
4a.
Re: mohon tolong masalah kereta cermin gelap From: badrulhishammohd.ramly@gmail.com
4b.
Re: mohon tolong masalah kereta cermin gelap From: Ok OK
4c.
Re: mohon tolong masalah kereta cermin gelap From: Mohd Nizam Johari
5a.
March Proton promotion From: Jagathies Kannasan
6.
tanye harga kereta From: Quwarrizxmy Qurraizy

Messages

1.

Fw: Pemandu Langgar Pelumba Basikal SERAH Diri

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Mon Mar 19, 2012 8:05 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Pemandu Langgar Pelumba Basikal Rafizi Hamdan SERAH Diri
duniacacamarba.blogspot

[SH] KUALA LUMPUR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

P/s: Soalan cepu emas: Adakah pemandu tersebut akan menyerah diri jika plat keretanya tidak tercicir di tempat kejadian?

Kes Langgar Tak Lepas Lari, Plat Kereta Tercicir, Pemandu Serah Diri

Posted by greenboc

Gambar: TRAGIK...jenazah Rafizi (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah selepas selesai dibedah siasat di HKL.

Plat kereta tercicir

KUALA LUMPUR: Sebaik melihat penunggang basikal dilanggarnya maut, seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga kelam-kabut melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran keretanya tercicir berhampiran mayat.

Kini, pemandu kereta itu menjadi 'individu paling dikehendaki' apabila orang ramai yang berhenti menyaksikan kejadian itu menghantar nombor kenderaan berkenaan di laman twitter serta facebook bagi mengesannya yang melanggar seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian yang dipercayai langgar lari itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12 untuk menyertai aktiviti berbasikal bersama ahli kelab lain maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala kerana dilanggar dari belakang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Menurut abang ipar mangsa, Akmal Hanif, 40, arwah seorang yang minat sukan lumba basikal dan pernah menyertai beberapa kejohanan sebelum ini meskipun bukan pelumba profesional.

"Arwah tidak menunjukkan sebarang petanda aneh cuma dia kelihatan gembira kerana baru menimang cahaya mata kedua kira-kira dua bulan lalu, malah isterinya juga baru saja habis berpantang. "Memang setiap hujung minggu, arwah akan berbasikal dari rumah kira-kira jam 6.30 pagi untuk berjumpa rakan kelab yang lain bagi menyertai aktiviti yang disediakan selain menjalani latihan ringan," katanya yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, jenazah adik iparnya itu yang berasal dari Seremban dan bertugas sebagai pegawai bank di CIMB Bank Jalan Raja Laut itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang, selepas Asar.

BUKTI...nombor pendaftaran kenderaan terjatuh selepas melanggar penunggang basikal.

comments:

i am specialized said...

sukan berbasikal semakin diminati rakyat malaysia.

sama-sama laa kita berkongsi jalanraya.

walaupun basikal tak perlukan cukai jalanraya, tapi ingat! penunggang tu juga pembayar cukai pendapatan dan dia juga ada hak untuk guna jalanraya.

sudah sampai masanya kerajaan kena mulakan kempen berkongsi jalanraya dan kuatkuasakan undang2 yg dah sedia ada.

juga tetapkan undang2 bagi penunggang basikal. kuatkuasakan penggunaan helmet untuk basikal, lampu keselamatan dan apa2 yg berkaitan. kalau mereka juga bersalah, keluarkan saman.

tiada kompromi!

Ammyhassan said...

Salam semua, mintak maafla... saya sangat2 tak setuju penunggang basikal terutamanya pelumba menyibuk di jalanraya...

Anonymous said...

Ammyhassan, mintak maafla, saya sangat2 tak setuju dengan pendapat jahil awak, jangan menyibuk boleh tak ...
2a.

Re: perbezaan ecu

Posted by: "Mas Fawzi" masfawzi@gmail.com   mf3000x

Mon Mar 19, 2012 2:43 pm (PDT)



salam kooi boon,

enjin 1.5 berbeza dgn 1.6 dari segi injection duration, injection timing &
ignition timing.
sebahagian tugas ecu ialah mengawal perkara2 di atas.

pandangan saya, kalau boleh pakai pun, performance akan bertambah teruk dan
boleh merosakkan enjin.

2012/3/19 kooi_boon <kooi_boon@yahoo.com>

> **
>
>
> salam
>
> nak mintak jawapan skit...
> apa perbazaan antara ecu wira 1.5S.E dengan 1.6
>
> sebab sy pkai wira se
> tp sy dpt lg 1 ecu tp wira 1.6...
>
> boleh pakai ataw tidak....?
> dan kalaw saya pakai ada perbezaan dari segi perfomance ke x...??
>
> harap ada yg dpt menjawab...
>
>
>
3.

(no subject)

Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my   asafahaha

Mon Mar 19, 2012 11:48 pm (PDT)

4a.

Re: mohon tolong masalah kereta cermin gelap

Posted by: "badrulhishammohd.ramly@gmail.com" badrulhishammohd.ramly@gmail.com   cirit3

Tue Mar 20, 2012 12:45 am (PDT)



Setahu saya, tiada cara lain, hendak tak nak u kena tukar cermin tu.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

-----Original Message-----
From: "jaycmeen" <jaycmeen@yahoo.com>
Sender: automobil@yahoogroups.com
Date: Mon, 19 Mar 2012 05:26:18
To: <automobil@yahoogroups.com>
Reply-To: automobil@yahoogroups.com
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - mohon tolong masalah kereta cermin gelap

salam,
saya nak tanye pasal cermin kereta gelap. sbb saya di tahan jpj untuk kereta saya yang bercermin gelap. bukan tinted tapi cermin gelap. cermin ini adalah original sebab kereta recond dari jepun. sekarang saya diarahkan untuk menukar cermin ke cermin terang. so ade cara lain x selain tukar cermin sebab tukar cermin kosnye agak tinggi.
mohon pada sesiapa yang ade pengalaman atau tahu cara lain untuk masalah saya ni.
terima kasih.

please hide id.
tq


4b.

Re: mohon tolong masalah kereta cermin gelap

Posted by: "Ok OK" vortexgold@gmail.com

Tue Mar 20, 2012 12:45 am (PDT)



sewa cermin terang kat accessories shop, then lepas tu gi jpj check..dah
ok....balik ke kedai tukar cermin gelap balik.

kete apa? kadar sewa depend on model dan kedai gak

2012/3/19 jaycmeen <jaycmeen@yahoo.com>

> **
>
>
> salam,
> saya nak tanye pasal cermin kereta gelap. sbb saya di tahan jpj untuk
> kereta saya yang bercermin gelap. bukan tinted tapi cermin gelap. cermin
> ini adalah original sebab kereta recond dari jepun. sekarang saya diarahkan
> untuk menukar cermin ke cermin terang. so ade cara lain x selain tukar
> cermin sebab tukar cermin kosnye agak tinggi.
> mohon pada sesiapa yang ade pengalaman atau tahu cara lain untuk masalah
> saya ni.
> terima kasih.
>
> please hide id.
> tq
>
>
>
4c.

Re: mohon tolong masalah kereta cermin gelap

Posted by: "Mohd Nizam Johari" nizem@my.flextronics.com

Tue Mar 20, 2012 12:46 am (PDT)



HI BRO......KITA NI, SIAPA LAAAAA............ DIA ORG TU .....APA2 JE
BOLEH BUAT SELAGI LEH BUAT MONEY.DIA ORG TAHU HAL NI CUMA BUAT2 LEPAS
PANDANG JEEEEEEEEEEEEE......HAMPEHHHHHHHHHHHH

________________________________

From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On
Behalf Of fuzzyinn@yahoo.com
Sent: Monday, March 19, 2012 5:27 PM
To: Automobil
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - mohon tolong masalah
kereta cermin gelap

Saya tak ada jawapan utk persoalan ini tapi apa yg saya tertanya2 kenapa
pada mula kereta yg bercermin gelap dibenarkan dibawa masuk Dan boleh
didaftarkan ..kemudian bila dah berada dijalan raya akan ditahan disaman
Dan diarah tukar cermin Yg terang ..sebagai org awam tertanya2 la jugak
..yg lulus kan tu siapa ..yg tak boleh pakai pulak kat jalan raya tu
siapa pulak ..contohnya klu kereta kita kat malaysia kemudian masuk ka
Thailand atau Singapore kemudian ditahan atau ditegur atau disaman kita
faham la sebab undang2 depa tak tak Sama dgn undang2 kita ..yg jadi
masalah la ni Sama2 badan kerajaan tetapi mempunyai procedure @ undang
yg berbeza untuk diguna pakai ..tu yg pelik bin ajaib ..sepatutnya kalau
dah tak boleh dari awal lagi la semasa dibawa masuk dulu pun dah tak
boleh didaftarkan ..atau pun ada unsur2 rasuah atau pun penyalahgunaan
kuasa disini?

Sent from my BlackBerry(r) wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

________________________________

From: "jaycmeen" <jaycmeen@yahoo.com>

Sender: automobil@yahoogroups.com

Date: Mon, 19 Mar 2012 05:26:18 -0000

To: <automobil@yahoogroups.com>

ReplyTo: automobil@yahoogroups.com

Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - mohon tolong masalah kereta
cermin gelap

salam,
saya nak tanye pasal cermin kereta gelap. sbb saya di tahan jpj untuk
kereta saya yang bercermin gelap. bukan tinted tapi cermin gelap. cermin
ini adalah original sebab kereta recond dari jepun. sekarang saya
diarahkan untuk menukar cermin ke cermin terang. so ade cara lain x
selain tukar cermin sebab tukar cermin kosnye agak tinggi.
mohon pada sesiapa yang ade pengalaman atau tahu cara lain untuk masalah
saya ni.
terima kasih.

please hide id.
tq

Legal Disclaimer:
The information contained in this message may be privileged and confidential. It is intended to be read only by the individual or entity to whom it is addressed or by their designee. If the reader of this message is not the intended recipient, you are on notice that any distribution of this message, in any form, is strictly prohibited. If you have received this message in error, please immediately notify the sender and delete or destroy any copy of this message
5a.

March Proton promotion

Posted by: "Jagathies Kannasan" vishnu_vd@yahoo.com   vishnu_vd

Tue Mar 20, 2012 12:46 am (PDT)



Dear friends,

Thank you for your continuous support.For this month,we bring a good deal for our customer who intend to buy new proton cars.Please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support.

Promotion from authorized Sales Proton Edar Sdn Bhd.

 
Graduate scheme and government scheme available for full loan-need only offer letter
Zero down payment available for selected model.

Proton Saga FLX discount up to Rm1000
Proton Persona discount up to Rm1500
Proton Exora BOLD discount up to Rm1000

Proton Inspira discount up to Rm4000

So for all the friends please grab this opportunity if you plan to buy or change your car.We also accept trade in.Thank you all again to your continues support. 

Promotion from authorized Sales Proton Edar  Sdn Bhd.

For more info please call/sms/email to jega at  012-3332230

Regards,
jega 012-3332230
Authorised Sales Dealer
Proton Edar Sdn Bhd 

Kuala Lumpur,Selangor and Negeri sembilan,Pahang
6.

tanye harga kereta

Posted by: "Quwarrizxmy Qurraizy" qurraizy@gmail.com

Tue Mar 20, 2012 5:38 am (PDT)



kepada kawan2 groups

saya ingin tahu harga kereta proton di pasaran sekarang

model : proton persona H-line A

tahun : 2011

pertolongan dari kawan2 didahulukan jutaan terima kasih

Recent Activity
Visit Your Group
Y! Groups blog

the best source

for the latest

scoop on Groups.

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my