Thursday, March 22, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3237

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Fw: Kereta Dan Motor Konsep Masa Depan

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed Mar 21, 2012 8:13 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Kereta Dan Motor Konsep Masa Depan
Melayukini.net


Satu lagi rekaan menarik kereta dan motor konsep untuk kenderaan masa depan. Kereta ini mengambil daripada inspirasi kenderaan antik.

By Shah

Melayukini.net - Kereta Dan Motor Konsep Masa Depan | Rekaan kereta dan motor konsep ini adalah sebuah rekaan bagi kenderaan untuk dunia masa depan. Jika sekali kita lihat, memang nampak agak mustahil kerana reka bentuknya agak canggih daripada apa yang kita lihat sebelum ini. Tetapi jika kita pernah menonton Monster Garage, sudah tentu kita akan kata ia langsung tidak mustahil. Jom apa lagi layan gambar motor kereta konsep di bawah ini.

Melayukini.net - Kebiasaannya motor dan kereta konsep jenis ini hanya sesuai dijadikan sebagai kenderaan konsep untuk dijadikan sebagai pameran. Tetapi tidak mustahil jika ia boleh direka untuk menjadi realiti suatu hari nanti.

Sumber: English Russia
2.

Fw: Nazatul tumpang van lelaki tak dikenali

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Mar 22, 2012 7:06 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Nazatul tumpang van lelaki tak dikenali ke Bangkok

kgmokkan.blogspot
BANGKOK - Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 15 tahun, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya, menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki negara jiran itu secara haram.
Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen Pol Col Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.

Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun.
Keenam-enam mereka adalah rakan dan mengenali satu sama lain.
"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur," Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu Bernama, di sini.
Beliau berkata, apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.
"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan," kata beliau dipetik Bernama.
Chartchai berkata, adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan.
"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong," kata beliau. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong," katanya.
Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket kereta api untuk pulang ke Malaysia.
Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau.
Polis Imigresen kemudian menghubungi Kedutaan Malaysia di sini.
"Siasatan kami menunjukkan kesemua enam remaja itu selamat dan tidak diapa-apakan atau diganggu oleh lelaki berkenaan," kata beliau.
Chartchai berkata Polis Imigresen Thai akan menyiasat kes itu di bawah undang-undang pemerdagangan manusia yang membawa hukuman penjara antara lima dan 10 tahun.
"Kami berjaya menghasilkan lakaran imej suspek berdasarkan maklumat diberikan oleh remaja itu. Polis Thai dan Malaysia sedang menyiasat kes ini," katanya.
Beliau berkata, Polis Imigresen Thai kini mengkaji kemungkinan yang sindiket jenayah antarabangsa terlibat dalam kes ini.
Chartchai hanya dapat mengenalpasti lima remaja itu sebagai orang Rohingya tetapi tidak pasti tentang kewarganegaraan mereka.
Laporan berita awal dari Malaysia menyatakan bahawa gadis itu memberitahu ibunya dalam percakapan telefon pada 12 Mac bahawa dia dan lima yang lain itu telah diculik dan dilarikan ke Thailand, dan kemudian diselamatkan oleh polis Thai di stesen keretapi berkenaan pada 11 Mac.(SH)

Nazatul Tumpang Van Tak Dikenali Ke Bangkok, K'jaan Selangor Sedia Biaya Tambang
Posted by greenboc

Ibu bersyukur

SHAH ALAM: "Saya bersyukur ada pihak yang sudi bantu saya pergi ke Bangkok menyelamatkan anak saya, namun identiti pihak yang membantu itu biarlah saya rahsiakan," demikian reaksi Norazura Roski, 37, ibu Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, mangsa culik di Stesen Bas Seksyen 9, di sini, 30 Januari lalu.

Norazura berkata, sewaktu pertemuan yang diaturkan polis Bangkok 16 Mac lalu, keadaan anaknya atau lebih mesra dengan panggilan Nana agak kurus dan kulitnya gelap berbanding sebelum dilaporkan hilang.

Katanya, anaknya kini masih lagi menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan sehingga kini belum diketahui bila anaknya dibenarkan keluar. -hm

Selangor biaya tambang mangsa culik

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membiayai kos penerbangan pulang mangsa culik, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok, Thailand 11 Mac lalu.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, ibu remaja itu, Norazura Roski, 37, menemuinya meminta bantuan untuk membawa anaknya pulang.

"Ini kerana, remaja itu perlu dibawa pulang melalui jalan udara atas sebab keselamatan. Saya difahamkan, peruntukan Kerajaan Pusat hanya untuk perjalanan darat," kata Yaakob pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah menghantar dua pegawai untuk mengiringi Norazura ke Bangkok, Jumaat lalu.

Yaakob berkata, Nazatul sepatutnya pulang pada 17 Mac namun ditangguh sehingga 19 Mac bagi membolehkan urusan dokumentasi diselesaikan.

Remaja itu yang tiba di LCCT Sepang jam 8.50 malam 19 Mac, terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan, sehingga kini dia masih ditempatkan di hospital itu dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Remaja itu dilaporkan hilang 31 Januari lalu selepas dikatakan keluar ke rumah rakannya sehari sebelum itu.

12 Mac lalu, dia dikatakan menghubungi ibunya memberitahu berada di Thailand dan baru melepaskan diri daripada penculik.

Sehari sebelum itu, dia ditemui di stesen kereta api Hua Lampong, Bangkok bersama lima lagi remaja dari Myanmar berusia antara 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut menjadi mangsa culik.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, Nazatul hingga kini masih trauma dan masih dirawat di hospital.

"Dia hanya beritahu polis diculik dan dibawa dalam sebuah van putih dari Seksyen 9, Shah Alam," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Pada 30 Januari, penuntut tingkatan tiga itu diturunkan ibunya di hentian bas di sini kira-kira 1 tengah hari. Esoknya, apabila dia tidak pulang ke rumah, ibunya membuat laporan polis di sini. -SH

Nazatul, Mangsa Culik Yang Ditemui Di Thailand Masih Trauma

Misteri 'van putih' kembali

SHAH ALAM: Misteri 'van putih' kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.

Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.

"Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

HILANG...Zahedi menunjukkan gambar Nazatul Fadiana yang ditemui di Bangkok.

Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.

Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.

"Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh," katanya.

Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.

"Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan," katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.

Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu. -hm

Nazatul gadis pengutip derma

USAHA wartawan untuk menemu bual keluarga Nazatul gagal kerana rumahnya di Seksyen 8, Shah Alam berkunci dan tiada penghuni.

SHAH ALAM - Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan, 15, remaja yang dilaporkan hilang pada Januari lalu dan ditemui di Bangkok, Thailand baru-baru ini merupakan seorang pengutip derma di beberapa lokasi di sini.

Seorang jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 47, mendakwa, dia pernah ternampak Nazatul mengutip derma di beberapa buah stesen minyak di Seksyen 9 di sini pada tahun lalu.

Dakwa Ahmad, remaja terbabit melakukan kerja itu antara pukul 5 petang hingga 10 malam dengan menunjukkan kad yang mempunyai logo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sumbangan itu kononnya untuk disalurkan kepada Madrasah Ta'allimun Islam dan Sekolah Hafiz al-Quran Tanjumas di Thailand.

"Saya mengetahui kegiatan Nazatul ketika mengisi minyak di Seksyen 9 pada hujung tahun lalu. Saya ambil kad yang mempunyai logo MAIWP daripada Nazatul," kata Ahmad ketika ditemui di kawasan rumah Nazatul di sini semalam.

Dakwa Ahmad, Nazatul dihantar ke stesen-stesen minyak itu untuk meminta derma oleh seorang wanita dipercayai ibunya.

Selain di stesen-stesen minyak, Nazatul juga pernah dilihat mengutip derma di beberapa buah bank di Seksyen 9 di sini.

Jelas lelaki itu, sejak kad MAIWP itu dirampas, kelibat remaja itu tidak lagi kelihatan di Seksyen 9.

Menurut Ahmad, Nazatul mendakwa dia disuruh mengutip derma oleh seorang ketua yang tinggal di Ampang, Selangor.

"Saya juga pernah membuat panggilan telefon kepada lelaki yang didakwa Nazatul sebagai bos dan lelaki itu mengaku mengenali Nazatul tetapi enggan bercakap banyak," kata Ahmad.

Ahmad kemudian menyerahkan kad tersebut kepada MAIWP dan ternyata kad kutipan derma tersebut tidak sah. -kosmo

comments:

din rela said...
Adakah van putih ni bermaksud van penumpang jenis toyo-- dari Thailand tu... jenis tu memang banyak masuk Malaysia

Anonymous said...
jenayah berlaku setiap hari, BN patut ditumbngkan PRU13

Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Learn about issues

Find support

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: