Friday, March 23, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3238

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1.

Fw: Kemalangan Myvi Masuk Gaung di PLUS

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Mar 22, 2012 7:40 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Kemalangan Myvi Masuk Gaung di PLUS
melayukini.net


Sebuah myvi telah terlibat dalam kemalangan selepas hilang kawalan di lebuhraya PLUS dan mangsa yang meninggal dunia meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

By Huzaifah Al-Selangori

Kemalangan Myvi Masuk Gaung di PLUS | "Abang sayang ayang sampai mati." Itulah kata-kata penuh makna yang sempat ditulis Ariffin Ham­zah, 31, atas sekeping kad sempena ulang tahun kedua per­kahwinannya dengan isteri, Haliza Hashim, 28, malam kelmarin. Ariffin bagaimanapun maut selepas ken­deraan jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pengadang jalan sebelum ter­junam ke dalam gaung se­dalam enam meter dipercayai selepas mengelak sesuatu kira-kira 7.10 pagi, semalam.

Keadaan kereta Myvi mangsa yang remuk teruk selepas kemalangan jatuh gaung.

Kakak ipar mangsa, Nor Mini Mad Som, 32, berkata, dia sempat bertemu dengan adik iparnya itu Ahad lalu di rumah ibu mertuanya, Zainon Ismail, 59, di Taboh Naning, Alor Gajah.

"Arwah balik kerja awal hari itu (Ahad) sekitar 5 petang dan saya juga sempat me­negurnya yang kelihatan ber­sungguh-sungguh mem­basuh keretanya. Arwah kata dia ingin membawa pulang isteri dan anaknya, Izqarin Wafi Arifin, 9 bulan, ke kampung (Tabong Naning) Jumaat ini bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka," katanya ketika ditemui di per­karangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), di sini semalam.

Menurutnya, dia dan suami, Hafizan Hamzah, 32, sudah mula berasa tidak sedap hati kerana kebiasaannya adiknya akan singgah ke rumah mereka di Krubong semasa waktu rehat atau habis kerja di sebuah kilang di Alor Gajah.

"Seminggu terakhir ini, arwah langsung tidak singgah ke rumah saya. Bagaimanapun, Ahad lalu semasa berkumpul di rumah ibu mentua, arwah ada berpesan kepada saya supaya terus menjaga dan membawa ibu mentua tinggal bersama kami. Malah, sebelum bergerak pulang Ahad lalu, arwah sempat menyatakan keinginan dan rasa tidak sabarnya untuk membeli kad ulang tahun perkahwinan buat isterinya di Tampin sebelum terus pulang ke Senawang," katanya.

Ibu mangsa, Zainon berkata, anak keempatnya itu sering pulang ke rumah dan sememangnya rapat bersama adik-beradik lain. Malah, dalam seminggu pasti ada dua hari anaknya akan tidur di rumah.

"Namun, seminggu terakhir ini, arwah tidak seperti biasa dan terus berulang alik pulang ke Senawang. Hanya hari Ahad sahaja arwah balik ke rumah dan berjanji kepada saya untuk bermalam di rumah seperti biasa pada Selasa (semalam) dan Rabu (hari ini).

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak sesuatu objek di hadapannya sebelum terbabas ke kiri jalan di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi semalam.

Menurutnya, terdapat gaung yang lebih dalam di lokasi kejadian, namun ken­deraan mangsa tersangkut di atas pokok. Mangsa meng­alami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke HT untuk proses bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning, Alor Gajah.

Berikutan kemalangan itu, dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Ibrahim Salleh. Katanya, dengan anggota seramai 12 orang, pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan tempat duduk pemandu.

Melayukini.net - Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga mereka tabah menerima berita pemergian orang yang disayangi ini. Al fatihah.

2.

Fw: Muka Kaki Raba Perempuan Dalam Komuter Didedah

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu Mar 22, 2012 7:42 am (PDT)



----- Original Message -----
From: -::eSpAcE9808::-

Muka Kaki Raba Perempuan Dalam Komuter Didedah
nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar

Hati-hati pada sesiapa yang naik komuter, terutama tren ke Rawang. Plez beware ngan or.g ni (gambar di atas). Saya baru je pas buat repot cover utk kes cabul td.citenye gini.

Selasa baru2 ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 kl sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yg dlm gambar tu dtg dari blkg dan rapat blkg saya..sbb x selesa saya pun pandang blkg n tgk kat blkg dia x de org pun.tp dia masih nak rapat lg..saya cube elak ke kiri n kanan..tp masih dia ikut.saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah..

Apa yg sengal nye dia ni dgn pakaian yg sama dia muncul lg semalam dan beratur lg blkg saya..saya elak n dia x bejaya nak buat kat saya dia tp dia try kat sorg budak ni.sian dia.

Dlm tren dia buat keje tu.dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh.bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah.saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia..bdk ni cite yg mmg dia ada rase 'something; kat punggung dia.tp dia x tau ape bendenye.mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan "air'dia .mmg kurang ajar org ni.dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren.saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap.hampeh betul.kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni.masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station.

So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2.sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk.@%^$&%*&^.. Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik tren semula n cari mangsa2See More

Oleh: BlogAmmar.com (Bahasa rencana adalah seperti yang digunakan oleh penulis asal)

-mynewshub

Recent Activity
Visit Your Group
Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Moderator Central

An online resource

for moderators

of Yahoo! Groups.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: