Monday, February 23, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4133

3 Messages

Digest #4133
1
Fw: Kemalangan Motor Dan Kereta by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: VIRAL DI INTERNET SEJAK 2 HARI LEPAS. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Feb 22, 2015 7:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemalangan Motor Dan Kereta -2

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

"Statistik Kemalangan Di musim perayaan kini, perhatian saya tertumpu ke statistik kemalangan yang berlaku setiap hari di dalam 'Ops Selamat'. Mengikut laporan TV sehari lalu 50 dari 88 kematian setiap hari melibatkan motosikal. Laporan kereta terbabas merupakan kejadian yang berlaku setiap beberapa hari. Yang terakhir sekali berita kereta aktor Rosyam terbabas di Gombak beberapa hari yang lalu.

Isu Bangsa Dalam Statistik Hati saya tergerak untuk membuat konklusi keberangkalian kemalangan dan kematian di jalan raya melibatkan orang Melayu adalah tinggi. Kebanyakan pengguna motosikal adalah pria dan gadis Melayu.

Sumber dari satu Hopital Daerah memberitahu saya hampir kesemua autopsi kematian motor yang dijalankan beliau melibatkan Melayu. Kes kereta terbabas yang dilaporkan dek TV juga melibatkan Melayu. Di dalam kes kemalangan bas ekspress kebanyakan [mungkin 90 peratus ] pemandu yang terlibat adalah melayu. Satu caveat yang saya berikan ialah data adalah dipetik dari 'angin' [plucked from the air].

Ini berlaku kerana ketiadaan data yang complete yang keluarkan dek ajensi bersangkutan keselamatan jalan raya.. Lori Bawang Mengimbas pada masa lampau, kita dapat lihat lori lori yang mengangkut keperluan harian [lori bawang] biasanya akan membuat hentian rehat di Gambang, beberapa batu sebelum Kuantan di dalam perjalanan mereka ke Terengganu atau Kelantan.

Pada sekitar jam 8 malam lori lori akan berkumpul di tepi jalan Kuantan-KL dan makan di gerai gerai yang tersedia dan bertolak sekitar 5 pagi. Badan yang mendapat rehat yang sempurna akan memberi tuan punya badan kelebihan tenaga dan fokus apabila memandu untuk jalan jauh. Jarang sekali kita lihat kemalangan yang melibatkan lori bawang. Ini adalah satu sistem yang baik yang patut diikuti [dengan adaptasi] dek pengusaha bas dan pengangkutan Melayu..

Penunggang Motor Adalah menyedihkan bila saya diberitahu bahawa kebanyakan statistik kematian motor melibatkan remaja Melayu yang belum lagi dapat membalas jasa ibu bapa mereka. Pada satu hari saya telah mengekori seorang gadis yang menunggang kapcai yang berada di persimpangan Batu Cave dan Sg Tua. Bayangkan satu simpang y : jalan terus ke Melawati dan sisir kiri 'y' ke Sg Tua. Gadis belasan tahun menunggang motor teragak agak di sempadan 'y' tadi nak ke melawati. Kereta saya [jeep] berada di lorong kiri ke Melawati.

Datang satu Myvi dari lorong kanan membuat potongan lewat dari lorong kanan nak ke Sg Tua memangkah jeep saya dan hampir melanggar gadis yang menonggang motor itu. Nasib baik si gadis dapat membuat brek emergency dan mengelak disapu dek Myvi itu. Di dalam hal ini adalah penting penunggang motor mesti ada kekuatan fizikan mengawal motornya dan mesti confident menunggang di jalan raya besar.

Ibu bapa harus pastikan anak mereka betul competent sebelum menunggang di jalan raya besar. Horn yang kuat adalah satu ciri keselamatan. Jenama Bosch ada maklum ' clear the road for safe driving' Jadi kalau horn motor/kereta anda tidak menggerunkan tukarkan ke satu yang kuat dan efektif. Saya syorkan guna horn yang keluarkan bunyi 'BMW' dari jenis Bosch atau Hella. Jangan gunakan jenama tiruan!.

Pakaian Menunggang Mat mat motor di Eropah atau UK mempunyai satu standard yang baik bila menunggang motor. Lihat aje cerita Vampire Diaries -Jessica Alba akan menunggang motor dengan full suit. Biasanya standard mereka melibatkan pemakaian helmet yang standard tinggi.

Riding suit yang dipakai adalah lain dari baju pejabat. Mereka memakai riding jacket dan pants semasa memandu dan menukar pakaian bila sampai di pejabat. Lihat sample pakaian menunggang di sini. Jenama asli seperti Bell berharga seribu keatas.

Di Malaysia kedai spare parts jual barang tiruan sewenang wenangnya. Kita bolih dapati mat mat tailor yang bolih jahit kulit atau jeans terdapat di bandar bandar [kl-Komplex Pertama, [Semenyih- Semenyih Sentral] dll.

Kedai yang jual kulit bolih di dapati di Jalan Kelang Lama. Dengan kreativiti dan imaginasi anda bolih menunggang dengan style dan selamat dengan membuat jaket kulit seperti yang terdapat di dalam catolog jenama yang famous.. Masa Kemalangan Mengikut siaran BBC [Tomorrow's World] kebanyakan kemalangan berlaku pada masa 'makan tengah hari'.

Pada masa itu aktiviti biorythm manusia jatuh terrendah di dalam sehari. Olih itu elakkan perjalanan jauh yang melibatkan masa tengah hari antara jam 12-2 petang itu. Pecahkan perjalanan kita ke beberapa bahagian supaya ianya mengelakkan perjalanan di masa tengah hari. Umpamanya jika saya nak ke Singapura dari KL [5 jam] saya target ETA [estimated time of arrival] saya pada jam 10 pagi di Orchard Road Hotel. "

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokman
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sun Feb 22, 2015 7:17 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Panas Ekstrem Melanda Negara, Boleh Bawa Maut !
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

"Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat. "Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa. Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut. "Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

"Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi," katanya. Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

"Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku. "Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik," katanya. - Sumber Utusan Malysia | POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Sun Feb 22, 2015 7:18 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

" VIRAL DI INTERNET SEJAK 2 HARI LEPAS. MOHON JANGAN TERGELAK DENGAN KENYATAAN BODOH INI "
bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot
tikaq buloh

Cadangan dari admin, mohon dibina tol-tol di pelosok-pelosok kampung, kalau benarlah bayar tol satu jihad orang-orang kampung pun semua pakat nak berjihad juga.

Siapalah yang keluar kenyataan bodoh macam ni, jihad korokmu, jihad nak kayakan kroni dan jihad nak jaga kepentingan orang-orang dalam kerajaan adalah.

Nak jaga kepentingan sendiri sanggup keluar kenyataanyang tak masuk dek akal.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Sunday, February 22, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4132

3 Messages

Digest #4132
1
Fw: Jerat Maut Kelayakan Baru Pinjaman by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: TARIF ELEKTRIK TURUN MULAI 01 MAC. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Feb 22, 2015 12:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Allahu Rabbi!!! (Wajib Baca) Jerat Maut Kelayakan Baru Pinjaman, Hidup Di Bawah Kemampuan.. Jom Terjah!!!

telokbakong.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

Ramai kakitangan kerajaan yang mulutnya terlopong melihat kelayakan baru ini.

Air liur mula meleleh... hati meronta-ronta
Ye lah.. dulu tak mampu beli harga rumah yang macam tu..
sekarang dah mampu beli.

Apa lagi.. gelojak jiwa membara!

Bagi yang bergaji asas RM 2,000, dulu cuma mampu jeling harga rumah berharga sehingga RM255K sahaja.

Apartment kos rendah, kos sederhana, atau teres subsale di kawasan yang agak jauh dari bandar.

Tapi sekarang bila kelayakan pinjaman sudah naik, mereka sudah boleh jeling rumah berharga sehingga RM320K.

Lebih banyak pilihan dan mungkin sudah boleh beli rumah teres dua tingkat subsale jika lokasi jauh sedikit dari pusat bandar.

Katakan Malik, seorang kakitangan awam berjawatan pembantu tadbir gred N17 berumur 30 tahun ingin membeli sebuah rumah berharga RM320K dari pasaran subsale.

Beliau ingin membuat pinjaman penuh 100% untuk tempoh 30 tahun.
Beliau pilih insurans MRTA dari Etiqa.

Nak tahu anggaran bayaran balik, beliau beliau gunakan kalkulator pembayaran balik pinjaman yang disediakan di laman web BPP.
Key in maklumat yang diperlukan.

Hasilnya bayaran ansuran bulanan dijangka RM 1,597.55

Ini bermakna sekiranya Malik beli rumah yang berharga RM320K ni, bayaran ansurannya adalah sebanyak RM RM 1,597.55 sebulan.

Mari kita kira berapa Debt Service Rationya.

Gaji asas Malik tadi adalah RM2K sahaja. Tambah dengan elaun tetap lebih kurang RM595
Gaji gaji tetapnya adalah RM 2596

Andaikan Malik tak ada hutang lain kecuali pinjaman perumahan kerajaan ini, kadar DSRnya adalah:

DSR = (komitmen bulanan / pendapatan) x 100

DSR = (1,597.55/2595) x 100
= 61.6%

Wowww.. Nisbah bayaran hutangnya sudah melebihi 61%.
ni baru pinjaman perumahan tu je.

Kalau dia ada pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau kad kredit?

Bayangkan kalau dia ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM400, komitmennya jadi RM400 + RM1,597.55
= RM1997.55

DSR = (1,997.55/2595) x 100
= 77%

wowowwww....

77% wang gajinya hanya untuk bayar hutang!

Mana duit untuk makan?
Mana duit untuk minyak kereta?
Mana duit untuk tol?
Mana duit untuk simpanan?
Mana duit untuk perbelanjaan keluarga?

Nampak tak bahayanya buat pinjaman kerajaan mengikut kelayakan maksima ini?

Pada akhirnya, kakitangan awam yang terikut-ikut trend ini akan makin tertekan kerana menanggung gaya hidup yang mereka sebenarnya tak layak.

Mereka layak buat pinjaman sebanyak itu,tapi mereka belum layak untuk tinggal di rumah semahal itu.

Hidup di bawah kemampuan.

Ini kata kuncinya, saya ulang sekali lagi.

Kecuali!

Kecuali mereka beli untuk disewakan. Bayar bulanan RM1,597.55 tapi rumah tu disewakan pada kadar sewa RM 2K sebulan.
Haa.. yang ni baru kena.

Mereka duduk menyewa atau duduk di kuarters sahaja dengan bayaran yang lebih kecil.

Baik, in adalah jadual kelayakan yang baru, berbanding kelayakan yang lama.

Bil Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan sebelum ini (RM) Kelayakan Pinjaman mulai 2015 (RM)
1 8,500 ke atas 450,000.00 600,000.00
2 6,500 ke 8,499 450,000.00 562,000.00
3 5,500 ke 6,499 420,000.00 525,000.00
4 4,500 ke 5,499 400,000.00 500,000.00
5 3,500 ke 4,499 380,000.00 475,000.00
6 3,000 ke 3,499 320,000.00 400,000.00
7 2,500 ke 2,999 280,000.00 350,000.00
8 2,000 ke 2,499 255,000.00 320,000.00
9 1,500 ke 1,999 205,000.00 260,000.00
10 1,200 ke 1,499 168,000.00 210,000.00
11 1,000 ke 1,199 130,000.00 150,000.00
12 800 ke 999 105,000.00 120,000.00
13 799 dan ke bawah 80,000.00 120,000.00

Boleh semak di laman Web Bahagian Pinjaman Perumahan.

-SUMBER

Sun Feb 22, 2015 12:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TARIF ELEKTRIK TURUN MULAI 01 MAC.
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot.

PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWh) berkuat kuasa 1 Mac sehingga 30 Jun tahun ini selaras dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pagi ini dan pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan melebihi 300 kWh sebulan.

Beliau berkata, keputusan itu juga akan membolehkan pengguna-pengguna domestik bakal menikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan berdasarkan kadar penggunaan bulanan elektrik.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan mengenai semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT) dan kesannya terhadap tarif elektrik di sini hari ini.

Untuk rekod purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia pada masa ini adalah sebanyak 38.53 sen per kWh. - UTUSAN ONLINE POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Sun Feb 22, 2015 12:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Mimpi Ngeri Buat Rakyat Bakal Kembali Bulan Depan..
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Minyak naik lebih AS$60 buat kali pertama tahun ini

LONDON: Harga minyak naik ke paras lebih AS$60 setong buat kali pertama tahun ini, didorong terutamanya daripada langkah peserta industri minyak dan gas mengurangkan pelaburan cari gali, sekali gus mungkin menamatkan keadaan lebihan bekalan semasa.

Selain itu, prestasi ekonomi zon euro terutama Jerman yang berkembang lebih baik daripada jangkaan turut membantu menaikkan sentimen terhadap minyak.

Kontrak penanda aras antarabangsa, Dated Brent untuk penghantaran April, naik AS$1.12 kepada AS$60.40 pada pertengahan dagangan sesi pagi di sini selepas mencecah paras tertinggi AS$60.54. Kontrak Amerika Syarikat (AS) malam tadi naik 80 cents kepada AS$52.01 setong.

Harga minyak mentah Brent sudah jatuh daripada paras tertinggi AS$115 pada Jun tahun 2014 kepada AS$45.19, terendah dalam enam tahun pada Januari lalu. Bagaimanapun, langkah pengurangan perbelanjaan daripada syarikat pengeluar minyak mendorong harga kembali pulih.

Apache Corp, antara pengeluar utama minyak shal di AS, mengurangkan perbelanjaan modal pada tahun ini berikutan penurunan harga.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Wednesday, February 18, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4131

1 Message

Digest #4131

Message

Tue Feb 17, 2015 7:05 pm (PST) . Posted by:

Berminat direct pm saya

Call/SMS/Whatsapp 0126855378

Thanks and regards
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Monday, February 16, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4130

3 Messages

Digest #4130

Messages

Sun Feb 15, 2015 10:49 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Feb 15, 2015 10:49 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Feb 15, 2015 11:34 pm (PST) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

kalau stop memang la tak tekan minyak. tambah2 auto.

On 12/02/2015 1:08 PM, Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil] wrote:
> Mazda 6, kalau stop, tak tekan minyak, enjin mati.
> Tekan minyak balik, enjin hidup..
> Sesuai la kalau nak nak off enjin time berenti.
>
> Regards,
> -zaied-
>
> 2015-02-11 8:05 GMT+08:00 bashah bwasi@yahoo.com
> <mailto:bwasi@yahoo.com> [automobil] <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil@yahoogroups.com>>:
>
> __
>
> """"" dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak""""
>
> Ya, eloklah sangat advice ni..bila nak start balik batt kong pasal
> selalu on-off.
> dan kereta yg enjin mati ni pulak berada disimpang empat atau
> simpang keretapi.
>
>
> On Tuesday, February 10, 2015 11:46 PM, "'-:eSpAcE9808:-'
> rienacom@yahoo.com.sg <mailto:rienacom@yahoo.com.sg> [automobil]"
> <automobil@yahoogroups.com <mailto:automobil@yahoogroups.com>> wrote:
>
>
> 
> _*Hentikan Memanaskan Enjin Kenderaan Awal Pagi !*
> _
> Dilulus untuk paparan oleh memo
> <http://www.tranungkite.net/v12/PenjagaKubur>
> tranungkite.net <http://tranungkite.net>
>
>
> <http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=7>
>
> Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta
> kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
>
> Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat
> kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama
> satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.
>
> Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan,
> pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk
> kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga.
>
> Golongan kaki panaskan enjin seperti itu mesti bangun awal. Semua
> ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk
> memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
>
> Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa
> kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak
> laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di
> Malaysia ni?
>
> Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk
> kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin
> adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada
> telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan
> enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di
> Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya
> sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak
> boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3
> minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
>
> The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara
> yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya.
> Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius,
> mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada
> sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah
> berapa agaknya suhu di Malaysia?
>
> Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat
> iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design
> temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi
> enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin
> di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di
> dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas
> untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata
> lain stylel Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus. Jadi berikut
> antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.
>
> _*DINDING SILINDER CEPAT HAUS*
>
> _Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam
> keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak
> baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi
> tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap
> membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang
> tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan
> minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang
> terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada
> pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar
> juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak
> pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan
> hilang kecekapannya.
>
> _*PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR*
>
> _Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada
> palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam
> pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor.
> Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan
> bahan api sebanyak 5%.
>
> _*PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT*
>
> _Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan
> wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang
> mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada
> enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam
> keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa
> untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam
> sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
>
> _*FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK*
>
> _Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen
> yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya.
> Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini
> disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat
> pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman.
> Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan
> karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen
> oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak
> terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah
> yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara
> dapat diminimakan.
>
> Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam
> keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin
> dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan
> berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana
> adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin.
> Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa
> pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam
> sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu
> yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan
> meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan
> dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini
> tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada
> alam sekitar?
>
> _*MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN*
>
> _Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan
> memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir
> bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari
> kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin
> mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara
> yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh
> yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran
> akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke
> bahagian bawah enjin.
>
> Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil
> sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan
> pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen
> dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu
> bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang
> dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh
> pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin
> cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir
> ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing
> laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin
> dalam keadaan idling?
>
> Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang
> kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui
> hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu
> perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup
> pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika
> enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau
> boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu
> cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah
> pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang
> dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.
>
> Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam
> sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika
> kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT,
> berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar
> mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar
> sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi
> sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran
> udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda
> di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup
> dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit
> dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke
> atmosfera yang membawa pemanasan global./-thehypemedia/
> <http://www.thehypermedia.com/2015/02/hentikan-memanaskan-enjin-kenderaan.html>
>
>
>
>
>

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com