Sunday, February 22, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4132

3 Messages

Digest #4132
1
Fw: Jerat Maut Kelayakan Baru Pinjaman by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: TARIF ELEKTRIK TURUN MULAI 01 MAC. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Feb 22, 2015 12:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Allahu Rabbi!!! (Wajib Baca) Jerat Maut Kelayakan Baru Pinjaman, Hidup Di Bawah Kemampuan.. Jom Terjah!!!

telokbakong.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

Ramai kakitangan kerajaan yang mulutnya terlopong melihat kelayakan baru ini.

Air liur mula meleleh... hati meronta-ronta
Ye lah.. dulu tak mampu beli harga rumah yang macam tu..
sekarang dah mampu beli.

Apa lagi.. gelojak jiwa membara!

Bagi yang bergaji asas RM 2,000, dulu cuma mampu jeling harga rumah berharga sehingga RM255K sahaja.

Apartment kos rendah, kos sederhana, atau teres subsale di kawasan yang agak jauh dari bandar.

Tapi sekarang bila kelayakan pinjaman sudah naik, mereka sudah boleh jeling rumah berharga sehingga RM320K.

Lebih banyak pilihan dan mungkin sudah boleh beli rumah teres dua tingkat subsale jika lokasi jauh sedikit dari pusat bandar.

Katakan Malik, seorang kakitangan awam berjawatan pembantu tadbir gred N17 berumur 30 tahun ingin membeli sebuah rumah berharga RM320K dari pasaran subsale.

Beliau ingin membuat pinjaman penuh 100% untuk tempoh 30 tahun.
Beliau pilih insurans MRTA dari Etiqa.

Nak tahu anggaran bayaran balik, beliau beliau gunakan kalkulator pembayaran balik pinjaman yang disediakan di laman web BPP.
Key in maklumat yang diperlukan.

Hasilnya bayaran ansuran bulanan dijangka RM 1,597.55

Ini bermakna sekiranya Malik beli rumah yang berharga RM320K ni, bayaran ansurannya adalah sebanyak RM RM 1,597.55 sebulan.

Mari kita kira berapa Debt Service Rationya.

Gaji asas Malik tadi adalah RM2K sahaja. Tambah dengan elaun tetap lebih kurang RM595
Gaji gaji tetapnya adalah RM 2596

Andaikan Malik tak ada hutang lain kecuali pinjaman perumahan kerajaan ini, kadar DSRnya adalah:

DSR = (komitmen bulanan / pendapatan) x 100

DSR = (1,597.55/2595) x 100
= 61.6%

Wowww.. Nisbah bayaran hutangnya sudah melebihi 61%.
ni baru pinjaman perumahan tu je.

Kalau dia ada pinjaman kereta, pinjaman peribadi atau kad kredit?

Bayangkan kalau dia ada ansuran bulanan kereta sebanyak RM400, komitmennya jadi RM400 + RM1,597.55
= RM1997.55

DSR = (1,997.55/2595) x 100
= 77%

wowowwww....

77% wang gajinya hanya untuk bayar hutang!

Mana duit untuk makan?
Mana duit untuk minyak kereta?
Mana duit untuk tol?
Mana duit untuk simpanan?
Mana duit untuk perbelanjaan keluarga?

Nampak tak bahayanya buat pinjaman kerajaan mengikut kelayakan maksima ini?

Pada akhirnya, kakitangan awam yang terikut-ikut trend ini akan makin tertekan kerana menanggung gaya hidup yang mereka sebenarnya tak layak.

Mereka layak buat pinjaman sebanyak itu,tapi mereka belum layak untuk tinggal di rumah semahal itu.

Hidup di bawah kemampuan.

Ini kata kuncinya, saya ulang sekali lagi.

Kecuali!

Kecuali mereka beli untuk disewakan. Bayar bulanan RM1,597.55 tapi rumah tu disewakan pada kadar sewa RM 2K sebulan.
Haa.. yang ni baru kena.

Mereka duduk menyewa atau duduk di kuarters sahaja dengan bayaran yang lebih kecil.

Baik, in adalah jadual kelayakan yang baru, berbanding kelayakan yang lama.

Bil Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan sebelum ini (RM) Kelayakan Pinjaman mulai 2015 (RM)
1 8,500 ke atas 450,000.00 600,000.00
2 6,500 ke 8,499 450,000.00 562,000.00
3 5,500 ke 6,499 420,000.00 525,000.00
4 4,500 ke 5,499 400,000.00 500,000.00
5 3,500 ke 4,499 380,000.00 475,000.00
6 3,000 ke 3,499 320,000.00 400,000.00
7 2,500 ke 2,999 280,000.00 350,000.00
8 2,000 ke 2,499 255,000.00 320,000.00
9 1,500 ke 1,999 205,000.00 260,000.00
10 1,200 ke 1,499 168,000.00 210,000.00
11 1,000 ke 1,199 130,000.00 150,000.00
12 800 ke 999 105,000.00 120,000.00
13 799 dan ke bawah 80,000.00 120,000.00

Boleh semak di laman Web Bahagian Pinjaman Perumahan.

-SUMBER

Sun Feb 22, 2015 12:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TARIF ELEKTRIK TURUN MULAI 01 MAC.
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot.

PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWh) berkuat kuasa 1 Mac sehingga 30 Jun tahun ini selaras dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pagi ini dan pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan melebihi 300 kWh sebulan.

Beliau berkata, keputusan itu juga akan membolehkan pengguna-pengguna domestik bakal menikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan berdasarkan kadar penggunaan bulanan elektrik.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan mengenai semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT) dan kesannya terhadap tarif elektrik di sini hari ini.

Untuk rekod purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia pada masa ini adalah sebanyak 38.53 sen per kWh. - UTUSAN ONLINE POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Sun Feb 22, 2015 12:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Mimpi Ngeri Buat Rakyat Bakal Kembali Bulan Depan..
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Minyak naik lebih AS$60 buat kali pertama tahun ini

LONDON: Harga minyak naik ke paras lebih AS$60 setong buat kali pertama tahun ini, didorong terutamanya daripada langkah peserta industri minyak dan gas mengurangkan pelaburan cari gali, sekali gus mungkin menamatkan keadaan lebihan bekalan semasa.

Selain itu, prestasi ekonomi zon euro terutama Jerman yang berkembang lebih baik daripada jangkaan turut membantu menaikkan sentimen terhadap minyak.

Kontrak penanda aras antarabangsa, Dated Brent untuk penghantaran April, naik AS$1.12 kepada AS$60.40 pada pertengahan dagangan sesi pagi di sini selepas mencecah paras tertinggi AS$60.54. Kontrak Amerika Syarikat (AS) malam tadi naik 80 cents kepada AS$52.01 setong.

Harga minyak mentah Brent sudah jatuh daripada paras tertinggi AS$115 pada Jun tahun 2014 kepada AS$45.19, terendah dalam enam tahun pada Januari lalu. Bagaimanapun, langkah pengurangan perbelanjaan daripada syarikat pengeluar minyak mendorong harga kembali pulih.

Apache Corp, antara pengeluar utama minyak shal di AS, mengurangkan perbelanjaan modal pada tahun ini berikutan penurunan harga.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: