nak sambung cerita..
En riXal,
Jawapan untuk soalan 1 dan 2 ialah sama.
Kuasa/cas yang diperlukan untuk memecahkan H2O kepada HHO adalah sama
sebab ianya bergantung kepada haba pendam spesifik air pada tekanan
dan suhu tertentu.
Jadi, tak kira dari sumber apa sekalipun, tenaga yang diperlukan untuk
menghasilkan HHO pada kuantiti tertentu adalah sama.
Untuk soalan 3, mungkin ada sedikit salah faham.
Sebenarnya saya tidak terlibat dalam pembuatan alat HHO tersebut.
Saya cuma terlibat dalan ujian prestasi alat tersebut.
Jadi saya tidak dapat menjawab soalan En. riXal.
Jawapan untuk soalan 4 ada dua:
Yang pertama, kalau dikira dari sudut keseimbangan tenaga,
tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan HHO melalui kaedah
hydrolisis adalah lebih tinggi
drpd tenaga yang diperolehi daripada pembakaran hidrogen dalam enjin.
Maknanya kita akan sentiasa rugi dari sudut nilai tenaga tersebut.
Kalau dari segi wang ringgit, tak reti la saya nak kira.
Yang kedua, kesan pembakaran hydrogen keatas logam disebut hydrogen
embrittlement.
Maksudnya logam (komponen enjin) tersebut lama-lama akan menjadi lebih
keras tetapi rapuh.
Banyak kajian telah dijalankan dan terdapat beberapa kaedah penyelesaian...
Enjin yang dibina khusus untuk pembakaran hydrogen biasanya akan
dilakukan "treatment"
kesan "embrittlement" tersebut dapat dibendung.
Kalau enjin kereta macam kita ni, confirm memang takde "treatment".
Untuk improvement kereta En. riXal,
Saya perhatikan oleh kerana sistem HHO yang saya uji tu adalah "on demand"..
bermaksud kuantiti gas hydrogen yang masuk ke intake manifold tu
bergantung kepada keperluan enjin.
Tetapi saya perhatikan sistem tersebut tiada mekanisme untuk
mengukur/mengawal jumlah
gas hydrogen yang masuk.
Masalah utama pembakaran hydrogen ialah "knocking"
sebab hydrogen terbakar tanpa "flame"... ia terus meletup.
Knocking ini biasanya berlaku pada stoiciometric.
Kaedah yang digunakan masakini untuk mengawal hydrogen knocking ialah:
i. pembakaran "lean" iaitu equivalent ratio <0.7
ii. rpm tinggi (<10,000rpm)
Cadangan saya:
En. riXal mesti mengawal jumlah gas HHO yang terhasil.
Boleh guna valve ke apa ke.. try buka kecik,, pastu buka besar,,
tengok kesannya..
Kuantiti gas HHO tersebut mestilah sesuai dengan isipadu enjin yang digunakan.
Kalau lebih cantik, kuantiti tersebut mesti ngam dengan beban enjin.
Semoga penerangan saya ini dapat membantu En. riXal dan rakan2 lain.
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
Peminat Stanley Meyer
On Tue, Dec 30, 2008 at 7:48 PM, riXal <irief2@yahoo.com> wrote:
> nk tnya skit pd encik Peminat Stanley Meyer ...
>
> 1) mcm encik kalu hho tu dsambungkan pada alternator kuasa daya kilas akan
> bekurangan 10% tp kalu kite smbg direct pd bateri tp switch kt motor
> wiper,adakah daya kilas berkurangan jugak?
> 2) antara kuasa bateri n alternator mane yg mengluarkan lebih bnyk cas pd
> HHO?
> 3) kalu keter injection kena pkai mapping system kan? bole x encik terangkan
> bgmana nk buat alat mapping tu? kalu x keberatan..
> 4) satu lg nk tnya nape encik x nk pkai HHO kalu ade org bg percuma? ade
> side efek lain lg ke selain yg encik ckp tu?
>
>
> utk pngetahuan, sya ade DIY satu HHO utk kancil mak sya ( xpkai mapping) n
> hasilnya spt ni:
> 1) minyak x nmpak jimat sgt
> 2) yg best peformance keter lebih smooth n lebih pickup skit
> 3) yg x bestnya bila bukak aircond keter trus out...enjin rasa berat gler
>
> hho sya wat ala kadar jer..pkai botol nescafe saiz kecil psl xmuat tmpat nk
> isi dlm but enjin kancil..
>
>
> harap encik dpt bg pandangan bg sya mpertingkatkan HHO sya :)
>
> tq.
>
>
> PLEASE READ !!
> DISCLAIMER: This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is
> intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain
> confidential information. You are hereby notified that the taking of any
> action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination,
> distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by
> anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you
> have received this Message in error, you should delete this Message
> immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions,
> and other information in this Message that do not relate to the official
> business of riXal@irief2 shall be understood as neither given nor endorsed
> by riXal@irief2 Sdn.Bhd
>
> ________________________________
> From: "hide@yahoo.com" <hide@yahoo.com>
> To: automobil@yahoogroups.com
> Sent: Monday, December 29, 2008 10:16:50 PM
> Subject: Re: www.auto.pdniaga.com - hidrogen
>
> Tok Mod, minta tolong HIDE ID.
> ----------------------------------------------
>
> Maaf saya terpaksa hide ID sbb nanti drpd kenyataan saya ni boleh
> menyebabkan saya kena saman dengan sebuah company yang mengeluarkan
> produk hydrofuel/hydroxene/hydroapa2 (HHO).
>
> Cara kerja HHO:
> Hydrogen akan dipecahkan kepada brown gas (2H2 dan O2) menggunakan
> konsep electrolysis/hydrolysis dengan menggunakan kuasa elektrik drpd
> bateri/alternator. Gas tersebut dihasilkan secara "on demand" dan
> disedut di intake manifold mengikut tekanan vacuum yang wujud semasa
> enjin berjalan.
>
> Saya sendiri telah terlibat secara langsung dalam membuat ujian dyno,
> fuel consumption dan exhaust emission keatas sebuah kenderaan yang
> menggunakan HHO bebaru ini.
>
> Hasil drpd 2 ujian yang dibuat menunjukkan hasil yang agak konsisten iaitu:
>
> 1. Penggunaan minyak lebih jimat (sehingga 20%) dengan menggunakan HHO.
> Sebabnya: Sebahagian bahanapi petrol digantikan dengan hydrogen.
>
> 2. Kuasa dan daya kilas maksimum akan berkurang (sehingga 10%) pada
> 3000-5000 rpm apabila menggunakan HHO.
> Sebabnya: Sebahagian drpd kuasa enjin digunakan oleh alternator
> untuk memecahkan molekul air.
>
> 3. Kuasa bateri tidak menunjukkan perubahan ketara dengan menggunakan HHO.
> Sebabnya: Pemecahan molekul air tidak menggunakan kuasa batteri.
>
> 4. Exhaust emission menunjukkan kesan yang lebih positif jika menggunakan
> HHO.
> Sebabnya: Pembakaran lebih lengkap dan kurang bahanapi hydrocarbon.
>
> Kesimpulan mudah:
> Jika kereta tuan/puan berkuasa tinggi (dan berlebihan) amat sesuailah
> menggunakan alat ini.
> Kontranya pula, alat ini biasa dikhususkan untuk kenderaan <2000 cc.
> Ini yang dilema nih..
>
> Pendapat peribadi:
> Saya tak akan pasang kat kereta saya walaupun diberi HHO secara percuma.
> Tapi kalau HHO yang guna konsep resonan seperti yang dipaten oleh
> Stanley Meyer, tu lain cerita...
>
> Diharap kenyataan saya ni tidak menjejaskan periuk nasi sesiapa.
> Sekian.
>
> Drpd:
> Peminat Stanley Meyer
>
>
>
> 2008/12/29 raugh trader <raughtrader@yahoo.com.my>:
>> aku rase benda2 ni diaorg dpt melalui mane2 e-book je...
>>
>> --- Pada Ahd, 28/12/08, Muhd Amran Mad desa <joe_spray@yahoo.com.my>
>> menulis:
>>
>> Daripada: Muhd Amran Mad desa <joe_spray@yahoo.com.my>
>> Subjek: www.auto.pdniaga.com - hidrogen
>> Kepada: automobil@yahoogroups.com
>> Tarikh: Ahad, 28 Disember, 2008, 1:01 PM
>>
>> Benda-benda macam ni (hidrogen) cuma alat tambahan je,bukan elemen penting
>> untuk kenderaan lagipun kesannya macamana,adakah positif dalam jangka
>> pendek@panjang. ada sipa-siapa yang pernah gunakan boleh kongsi pengalaman
>> kat sini ok.kami pun nak tau jugak..maklum la asyik dengar cakap orang je
No comments:
Post a Comment