Monday, January 12, 2009

Re: Hidrogen

Tok Mod, minta tolong HIDE ID sekali lagi...TQ

nak menjawab soalan en. vroomm cheesss,

Betul, enjin diesel mmg di rekabentuk supaya dapat menahan tekanan
yang lebih tinggi drpd petrol.
Dari segi tersebut mmg nampak kelebihannya dr enjin petrol. Terdapat
kajian di Jepun yang menunjukkan
bahawa kecekapan enjin dapat dipertingkatkan jika pembakaran diesel
dicampur dengan sedikit gas hydrogen.

Namun terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilepas pandang, diantaranya:

1. Hydrogen "embrittlement" tetap akan berlaku kepada logam yang
bersentuhan dengan hydrogen
kecuali dengan melakukan "treatment" seperti yang digariskan oleh SAE
(Society of Automotive Engineers).

Nota:
Atom hydrogen adalah atom yang paling halus dikalangan unsur yang
terdapat dimuka bumi.
Apabila ia terkena pada logam, sebahagian drpd atom hydrogen akan
menyelinap masuk diantara
molekul2 logam/aloi dan membentuk stuktur yang lebih keras. Apabila ia
menjadi terlalu keras,
kadar kerapuhan akan meningkat, maka terjadilah hydrogen "embrittlement".
Setakat pengetahuan saya, masalah hydrogen embrittlement ini tidak
berapa serius kepada blok enjin.
Tetapi ianya agak serius kepada pin, skrew, bolt dan nut yang mengikat
komponen enjin.

2. Oleh kerana flash point hydrogen adalah sangat rendah (terlalu
rendah jika dibandang dengan diesel),
maka, pengawalan pembakaran menggunakan konsep mampatan (compression
ignition = CI) amat
sukar dilakukan. Semasa proses mampatan, suhu udara/gas dalam kebuk
pembakaran akan
meningkat. Hydrogen akan mula terbakar pada suhu yang jauh lebih
rendah drpd diesel.
Ini bermakna, enjin tersebut akan mengalami double knocking: 1 drpd
hydrogen dan satu lagi drpd diesel.

Tetapi kita tak seharusnya berputus asa dengan semua kenyataan ini.
Belum cuba, belum tau, ye tak?
Pasangkan angan-angan, teruskan usaha, insyallah satu hari nanti pasti
akan berjaya.


2009/1/6 vroomm cheesss
TQ tok mod,

To Mr HIDE ID,

Utk diesel engine compression ratio nya tinggi >20:1
jadi blok yang digunakan mampu menghadapi tekanan tinggi berbanding
dengan blok petrol
tentang samada blok surface material ade treatment ke tak kurang pasti

berdasarkn study pade pendapat En HIDE ID camner nagn
enjin diesel sesuai guna H atau x ?

wassalam

No comments: