Messages In This Digest (3 Messages)
- 1a.
- Re: FW: pemanasan enjin perlu ke x? From: Shamsul Bakri
- 2.
- peugeot 307SW From: mulder
- 3.
- Off-Topic: Nasi Lemak 7-eleven di bungkus cina bela anjing From: ahmad sopuan abdullah
Messages
- 1a.
-
Re: FW: pemanasan enjin perlu ke x?
Posted by: "Shamsul Bakri" shamsulbakri@yahoo.com shamsulbakri
Sun Jun 21, 2009 4:48 am (PDT)
setahu saya kereta ni perlu juga untuk warming up terutama waktu pagi sekadar nak slow down rpm enjin. sbb mula2 start keje ada autochop dia. bila dah idle leh la pandu terutama kete automatik. kalu enjin blom cukup idle terus masuk gear pastu tekan break lak macam kita buat stall test la pulak. alamatnya cepat la kon speed gear auto tu.
--- On Wed, 6/17/09, almustaqeem <almustaqeem@yahoo.com > wrote:
From: almustaqeem <almustaqeem@yahoo.com >
Subject: RE: www.auto.pdniaga.com - FW: pemanasan enjin perlu ke x?
To: automobil@yahoogroups.com
Date: Wednesday, June 17, 2009, 9:21 AM
manucfaturer x inform sebab nak bagi kete / enjin cepat rosak.
bila cepat rosak, mesti org nak beli lagi & lagi...
siapa yang untung???
hehehehe... logik ke kesimpulanku ini?
apa pun buat mcm biasa... kalo selesa panas enjin, panaskan aje...
mcm saya yg amalkan tabiat memanaskan enjin, alhamdullillah... walau pun 1.3, karburator pulak tu, 7 tahun pakai takde masalah.
!shoot aje lah!
--- On Tue, 6/16/09, hisyam@yahoogroups.com <hisyam@yahoogroups.com > wrote:
From: hisyam@yahoogroups.com <hisyam@yahoogroups.com >
Subject: RE: www.auto.pdniaga.com - FW: pemanasan enjin perlu ke x?
To: automobil@yahoogroups.com
Date: Tuesday, June 16, 2009, 4:42 PM
Hide ID tokmod..
Aku pun dekat2 nak pening jugak.. masa aku keja kilang roda getah kat penang dulu, kilang tu ada satu compression roller yg sangat besar running 12 jam sehari.. kalau tak warm up at least 10 minit dulu, main tibai masuk material, hah memang siap ler geng maintenance nak repair lepas tu..
Aku rasa sama la dgn enjin moto atau kereta nih.. Cuma mungkin berapa lama nak kena warm up tu lah yg kita tak tau sebab manufacturer tak bg tau… (ye ke manufacturer tak bgtau.. cuba bukak manual….)
Hisyam
From: agai@017 [mailto:agai_ disini@yahoo. com.my]
Sent: Tuesday, June 16, 2009 4:06 PM
To: automobil@yahoogrou ps.com
Subject: Re: www.auto.pdniaga. com - FW: pemanasan enjin perlu ke x?
so? kena panaskan ke tak ni?
aku dah konpius
Daripada: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo. com>
Kepada: automobil@yahoogrou ps.com
Dihantar: Selasa, 16 Jun, 2009 2:49:07
Subjek: Re: www.auto.pdniaga. com - FW: pemanasan enjin perlu ke x?
salam,
aku sempat baca separuh je. tak larat nak baca karangan panjang sangat.
padangan saya. kalau tak perlu panas enjin, tak perlu la adanya autochoke kat carburator. tak perlu la enjin RPM tinggi masa pagi2 start. tak perlu ada termostat pada enjin.
sekian.
From: "hisyam@yahoogroups. com" <hisyam@yahoogroups . com>
To: automobil@yahoogrou ps.com
Sent: Tuesday, June 16, 2009 1:22:38 PM
Subject: RE: www.auto.pdniaga. com - FW: pemanasan enjin perlu ke x?
Hide ID tokmod..
Idling = Pepura = pura-pura… hehehehe… kalau masa study dulu buku versi bahasa Melayu translatekan "idling" tu dgn "melahu" J
Hisyam
From: Razali Bin Md Yusoff [mailto:razali. mdyusoff@ osram-os. com]
Sent: Tuesday, June 16, 2009 9:52 AM
To: automobil@yahoogrou ps.com
Subject: www.auto.pdniaga. com - FW: pemanasan enjin perlu ke x?
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.
Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. . Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature" . Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.
Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
Save The Planet.
.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***** Privileged/confiden tial information may be contained in this message. If you are not the named recipient or addressee, you are hereby notified that any use review, disclosure or copying of the contents herein is strictly prohibited. In such a case, kindly discard all its contents and notify sender accordingly regarding such unauthorized disclosure or transmission by email. Opinions, conclusions, statements and other information in this message that do not relate to the official business of CIMB Group shall be understood as neither given or endorsed by it. The contents herein are meant strictly for the use of the named recipient or addressee of CIMB Group. No assumption of responsibility or liability whatsoever is undertaken by CIMB Group in respect of prohibited and unauthorised use by any other person. ************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
*****
Berhubung dengan pantas dengan lebih ramai rakan di blog dan tapak web peribadi anda?
Buat Pingbox terkini anda hari ini!
- 2.
-
peugeot 307SW
Posted by: "mulder" elamenol@yahoo.com azl46
Sun Jun 21, 2009 10:10 am (PDT)
Salam Sejahtera,
Nak tanya kat pakar2 conti kat sini. Saya berkenan sangat dekat singa 307sw (7 seater - station wagon) ni. Kalau tahun 2005 boleh dapat dlm rm60K lebih kurang. Nak banding mpv jepun, paling murah dah dekat 100k. Cuma bila survey2 dlm internet, didapati kereta ni amatlah sensitif gearbox nye.. jenis AL4. Dan nak baiki juga agak mahal (beli baru toksah ceritalah). Nak confirm kat sini ada tak experience pasal benda ni? Pastu mtce / spare part yg lain camna? senang ke nak dapat dekat half cut etc? tima kasih.
- 3.
-
Off-Topic: Nasi Lemak 7-eleven di bungkus cina bela anjing
Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my asafahaha
Sun Jun 21, 2009 10:12 am (PDT)
----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: nor faezah <aquasix03@yahoo.com >
Kepada: ahmad sopuan <asafahaha@yahoo.com.my >; asnida amin <asnida_amin@yahoo.com >; kak ijan <norlizan_abdul-rahman@agilent. >; fir_y2j@yahoo.com com ; iqbal hisham <mysterio_v4@yahoo.com >
Dihantar: Khamis, 18 Jun, 2009 7:05:09
Subjek: Fw: [KENALAN] Fw: Nasi Lemak di 7-eleven di bungkus cina bela anjing di Selangor
--- On Wed, 6/17/09, Ferdauz Joehurry <ferdaoz_joehurry@yahoo.com > wrote:
>From: Ferdauz Joehurry <ferdaoz_joehurry@yahoo.com >
>Subject: [KENALAN] Fw: Nasi Lemak di 7-eleven di bungkus cina bela anjing di Selangor
>To: "Sabahat Interaktif" <SahabatInteraktif@yahoogroups. >, "Kenalan Abadi" <KENALAN-ABADI@com yahoogroups. >, "Khairul Izwan" <azroxxxrocco@com yahoo.com >, "lela lela wan" <mummy_ila@yahoo.com >, "Suraya binti Mat Raus" <put3hanglipo@yahoo.com. >, "eyza kelantan eyza cukai" <eyza_306@yahoo.my com >, "Emmi Emmi Emmi" <emme81@gmail.com >, "Jesnita jesnita" <jesnita_n9@yahoo.com >, "Nontasbihaton" <pooh_like_me_2003@yahoo. >, "Hamimah UiTM Dungun" <mim9237@yahoo.com com >, "kudin pt seri" <qudeenz@gmail.com >, "Azli" <axis_83@yahoo.com >
>Date: Wednesday, June 17, 2009, 12:22 AM
>
>
>
>
>
>
>
>--- On Tue, 6/16/09, Yatie Yakob <mai_1507@hotmail. com> wrote:
>
>
>>From: Yatie Yakob <mai_1507@hotmail. com>
>>Subject: Nasi Lemak di 7-eleven
>>To: "aznan mamat" <aznan@muamalat. com.my>, "Elni" <elni9877@yahoo. com.my>, "Firdaus" <ferdaoz_joehurry@ yahoo.com>, "hanorliza" <hanorliza@hotmail. com>, "kak zue admin" <aida_zmz@yahoo. com>, "Rouzieda" <rouzieda@muamalat. com.my>, "shazwan" <wanredza80@hotmail. com>, "zaidah" <zaidah@muamalat. com.my>, "kak shuhada muamalat" <shuhadaridza@ muamalat. com.my>
>>Date: Tuesday, June 16, 2009, 10:55 PM
>>
>>
>>
>>
>>wallahua'lam. ..
>>
>>
>>Subject: FW: Nasi Lemak di 7-eleven
>>
>>>
>>-Salam semua,
>>
>>Kepada pengemar nasi lemak yg selalu membeli nasi lemak d 7-eleven di Selangor
>>saya nasihatkan hentikan tabiat anda itu...pagi tadi saya singgah kat kedai husband saya
>>dan ternampak satu kedai makan "cha ya nun alif" ni...and tgk ada seorang chinese girl tgh potong
>>sayur di sebelahnya anjing tgh dok hidu sayur2 dia tu.....tetiba tergerak hati nk tya husband saya...
>>ini restoran ke apa? pastu hubby sy ckp dia terlupa nk cerita kt saya.....tempatnya saya terpaksa rahsia kan ....
>>mintak maaf sbb atas sebab2 keselamatan awam...heheheh
>>
>>Menurut hubby saya ini bukan restoran tp tempat packing nasi lemak + bihun goreng utk di pasarkan ke 7 eleven seluruh selangor...
>>Owner ni dpt contract 3 tahun ngan 7 eleven....pekerjany a ramai Indon....salah sorang Indon kt tempat tu cerita
>>kt hubby saya nasi lemak yang dia org proses halal...barang2 pun dari sumber2 yg halal...
>>
>>Tapi masalahnya tgh mengoreng nasi lemak pun ada anjing kt kaki apa hal.....so tepuk dada tanya iman....
>>pada pandangan saya memg x halal sebab x menjaga kebersihan langsung...mcm mana nk halal anjing kiri kanan.....
>>So moralnya lebih baik beli nasi lemak yg di jual melayu kita di kaki2 lima tuh......
>>
>>ok ...tolong sebar2 kan email ni...sbb saya nampak ngan mata saya sendiri.....
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>
>____________________ _________ ___
check out the rest of the Windows Live™. More than mail–Windows Live™ goes way beyond your inbox. More than messages
>
>
Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Senarai Web:
� Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
� Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
� Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
� Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
� Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
� Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
� PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
� Jana Iklan � http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
� Kad Kahwin - http://www.kadkahwin.biz
� Pengiklanan PERCUMA - http://www.interniaga.com
� Kad Nama Online - http://www.kadnama.com
� Koleksi Lirik Lagu - http://www.liriklagu.interniaga.com
� Blog, Video & MP3 - http://www.pdniaga.multiply.com
� Kad IPC Shopping - http://www.empay4u.com
� PD Niaga Blog - http://pdniaga-blog.blogspot.com
� Jana Iklan � http://www.janaiklan.com
Senarai Group & Keahlian Melalui Email:
1. automobil-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/automobil
2. HitZ-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/HitZ
3. pdniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pdniaga
4. dunia-politik-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik
5. bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/bolasepak
6. auto-chat-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/auto-chat
7. ArenaPC-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/ArenaPC
8. pd-net-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/pd-net
9. interniaga-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/interniaga
10. EBuku2-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/EBuku2U
10. JanaIklan-subscribe@yahoogroups.com
http://groups.yahoo.com/group/JanaIklan
MARKETPLACE
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment