Thursday, December 8, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4641

8 Messages

Digest #4641

Messages

Wed Dec 7, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Buat aduan palsu kepada polis pun boleh jadi senator...
bloglistpolitik.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi ini, beberapa bulan lalu, telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwanya, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Tuduhan terhadap tiga penama di dalam laporan polis Azwan amat serius, iaitu kesalahan terhadap negara yang mana ia adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma. Ini amat serius, bukan perkara main-main yang boleh diandaikan.

Polis yang menyiasat, akhirnya membuat kesimpulan atau keputusan laporan Khairul Azwan adalah tidak berasas malah tidak dibuktikan dengan apa-apa dokumen atau bukti walau pun Khairul menyatakan ia "bukan dakwaan semata-mata tanpa asas".

Sewajarnya Azwan dikenakan tindakan dan didakwa di bawah peruntukkan Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang penjawat awam dengan mulut atau bertulis yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu.

Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan memfitnah untuk merosakkan nama baik seseorang yang menyebabkan seseorang itu dipandang menjijikkan dan keji.

Rupa-rupanya Azwan ini bukan sahaja dilepaskan begitu sahaja, tetapi anugerah istimewa telah menunggunya. Dan hari ini dia dilantik sebagai seorang senator!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

'Hati-Hati Ketika Berhenti di Lampu Isyarat' - Pengarah Syarikat Dirompak Ketika Tunggu Lampu Isyarat, Polis Percaya Penyamun Sasar Pemandu Wanita
siakapkeli.my

MELAKA TENGAH - Seorang pengarah syarikat wanita hanya mampu beristighfar apabila cermin kereta yang dipandunya tiba-tiba dipecahkan sebelum beg tangannya dilarikan oleh sekumpulan enam lelaki dalam kejadian samun di Jalan Bukit Katil di sini.

Ibu kepada lima anak itu disamun oleh kumpulan berkenaan yang bertindak mengepung di bahagian kiri, kanan dan belakang kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire yang dipandunya dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, lapor Sinar Online.

Kejadian samun yang menimpa mangsa, Farah Syazila, itu turut dikongsi oleh seorang lelaki yang juga saksi kejadian di Facebook.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, wanita tersebut antara enam mangsa kejadian samun yang dilaporkan kepada polis dalam tempoh lapan jam membabitkan enam lokasi berbeza di Bukit Serindit, Ayer Keroh dan Lagenda.

"Kita menerima enam laporan membabitkan kejadian samun yang berlaku antara jam 11 pagi hingga 11 petang yang mengatakan didatangi tiga hingga enam lelaki menaiki dua hingga tiga motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Kita tidak tolak kemungkinan keenam-enam kes dilaporkan ini dilakukan suspek sama berikutan modus operandi sama digunakan ketika menyerang mangsa dan mereka dipercayai menyasarkan pemandu berseorangan terutama wanita serta kenderaan mewah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, keenam-enam mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk seorang lelaki mengalami kerugian kira-kira RM15,000 dengan nilai paling tinggi berjumlah RM10,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

97 mangsa korban gempa bumi Aceh setakat ini

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

ACEH - INDONESIA. Seramai 97 orang disahkan terbunuh dan ratusan cedera dalam satu gempa bumi berukuran 6.4 skala ritcher di Aceh pagi tadi lapor BBC news.

Ketua tentera Aceh, Tatang Sulaiman mengesahkan perkara tersebut serta mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa masih ramai yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan rumah-rumah dan bangunan.

"Setakat ini, 97 orang terbunuh dan jumlah terus meningkat," katanya dalam satu temu bual langsung.

Pada 2004, gempa bumi yang melanda dasar laut di luar pantai Aceh menyebabkan tsunami yang mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia sahaja dan juga beberapa negara lain termasuklah Malaysia.

Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengesahkan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa terbabit.

Kawasan yang paling teruk dilanda gempa adalah Pidie Jaya yang terletak sepanjang pantai di Utara Aceh, kira-kira 110 kilometer dari ibu kota Banda Aceh dan mempunyai penduduk kira-kira 150,000 orang.

Dianggarkan lebih daripada 200 kedai-kedai dan rumah-rumah telah musnah berserta dengan 14 buah masjid, sebuah sekolah dan hospital.

Wakil Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Nugroho mengatakan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.

"Masih ramai lagi penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan dan operasi mencari dan menyelamat menggunakan jentera berat masih dijalankan.

"Mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan proses memindahkan kesan-kesan runtuhan ini sebelum matahari terbenam," katanya lagi.

Gempa Bumi Kuat Berukuran 6.5 Gegarkan Banda Aceh Subuh Tadi, Puluhan Bagunan Musnah
siakapkeli.my

Sekurang-kurangnya seorang meninggal dan puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas Banda Aceh, Indonesia telah dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.5 Skala Ritcher subuh tadi.

Memetik laporan Straits Times, Gempa bumi berkenaan melanda kira-kira jam 5:03 pagi tadi waktu tempatan atau 6:03 pagi waktu Malaysia.

Gempa bumi itu berlaku pada waktu subuh di beberapa wilayah yang majoriti penduduknya Muslim bersedia untuk solat subuh, kata pegawai tempatan.

Sutopo Purwo Nugroho ‏@Sutopo_BNPB
Beberapa warga luka tertimpa bangunan akibat gempa 6,5 SR di Ulee Glee Pidie Jaya Aceh 7/12/2016.

Pembesar Daerah, Apriadi Achmad berkata, seorang lelaki tua telah meninggal dunia, mungkin akibat serangan jantung, dan ada kebimbangan untuk berpuluh-puluh dipercayai terperangkap di dalam rumah rosak.

"Beberapa rumah kedai dan rumah telah runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemilik masih terperangkap di sana," Achmad, ketua pejabat pengurusan bencana tempatan, kepada AFP.

"Kami telah menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan orang-orang yang terperangkap," katanya.

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) berkata, beberapa bangunan telah musnah akibat gempa bumi dan usaha untuk merawat mangsa yang cedera sedang dijalankan.

"Beberapa rumah dan rumah kedai di Pidie Jaya telah runtuh, terdapat penduduk yang cedera, usaha sedang dijalankan untuk menangani kesan gempa bumi," kata Dr Sutopo Purwo Nugroho, yang mengetuai Bahagian Maklumat Data dan pada BNPB.

BOM Australia Verified account ‏@BOM_au
No #tsunami threat to Australia from mag 6.6 #earthquake to the north of Sumatra, Indonesia. Latest info at http://www.bom.gov.au/tsunami

Gempa bumi ini dikatakan tidak berpotensi terjadinya tsunami. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Myanmar panggil Duta Malaysia, kesal dengan PM

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Menteri hal ehwal luar Myanmar U Kyaw Tin memanggil Duta Besar Malaysia Mohd Haniff Abd Rahman semalam bagi melahirkan rasa kesal ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengetuai perhimpunan solidariti Rohingya baru-baru ini.

U Kyaw Tin juga kecewa dengan kenyataan keras Najib yang menurutnya memetik dakwaan tidak disahkan dan tidak berasas terhadap kerajaan Myanmar, yang merupakan rakan negara anggota Asean.

"Menteri negeri ini juga menolak mentah-mentah tuduhan 'pembersihan etnik' dan 'pembunuhan beramai-ramai' yang jauh daripada realiti di sini.

"Kata-kata yang tidak bertanggungjawab seperti itu boleh memburukkan polarisasi yang sudah semakin mendalam antara dua masyarakat tersebut dan menghasut keganasan," kata Kementerian Luar Negeri Myanmar dalam satu kenyataan hari ini.

Najib mengetuai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 4 Disember untuk membantah penindasan Myanmar terhadap Rohingya, di mana beliau turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Isu Rohingya: Najib, panglima ATM tak sehaluan, kata PAS

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PETALING JAYA: PAS hari ini berkata kunjungan panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Myanmar untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara bertentangan dengan sikap tegas Datuk Seri Najib Razak terhadap Muslim Rohingya pada Himpunan Solidariti Ummah.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad berkata perdana menteri perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hadir untuk memulihkan hubungan Malaysia dan Myanmar.

"Akhbar Myanmar Times melaporkan Panglima Angkatan Tentera itu berada di negara itu untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

"Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada himpunan di Kuala Lumpur Ahad lepas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah menganggap masalah Muslim Rohingya sebagai isu kemanusiaan yang wajib diperjuangkan.

Malah, perdana menteri juga tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya akan menjejaskan hubungan dengan Myanmar.

Bagaimanapun, Iskandar berkata sikap ditunjukkan panglima ATM yang ingin memperbaiki hubungan kedua-dua negara itu tidak akan memberi tekanan pada Myanmar, malah dilihat tidak serius memperjuangkan nasib Rohingya.

"Kecuali jika panglima ATM ke sana adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar," katanya.

Pada himpunan sama yang turut disertai kira-kira 10,000 orang itu, Najib mengecam tindakan pemenang Anugerah Nobel Keamanan Aung Sang Suu Kyi yang enggan berjumpa wakil Malaysia bagi membincangkan isu hak asasi manusia itu.

Piagam Asean menyatakan negara anggota tidak boleh mencampuri hal ehwal dalaman negara anggota lain, namun, piagam serantau itu juga mengingatkan anggotanya untuk mempertahankan hak asasi manusia.

Myanmar Times melaporkan, Zulkifeli bertemu Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Aung Hlaing memberitahu Zulkifeli tiada pelanggaran hak asasi manusia berlaku terhadap masyarakat Muslim Rohingya.

Najib Main Wayang Kulit Di Himpunan Solidariti Ummah?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

BANGI, 6 Rabiulawal 1438H, Selasa – Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Himpunan Solidariti Rohingya Ahad lalu menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia bilamana media melaporkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berada di Myanmar untuk membaiki hubungan Yangon-Kuala Lumpur berikutan perbalahan diplomatik kedua-dua negara.

Menurut Myanmar Times, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar mengesahkan pertemuan itu.

Presiden Myanmar, U Htin Kyaw juga dilaporkan bertemu dengan Zulkifeli untuk membincangkan operasi ketenteraan yang sedang berlangsung di Maungdaw dan Buthidaung negeri.

"Jeneral Kanan Min Aung Hlaing memberitahu rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa tiada pelanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat etnik Rohingya yang beragama Islam itu.

Susulan itu, timbul tanda tanya dari sesetengah pihak berhubung tujuan sebenar Perdana Menteri hadir ke himpunan tersebut.

Sebelum ini, pemerintah Myanmar mengecam keras kehadiran Najib dalam Himpunan Solidariti Rohingya di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ribuan orang itu.

Myanmar mengatakan kehadiran beliau melanggar prinsip ASEAN untuk tidak mencampuri urusan dalam negara anggota.

"Saya tidak peduli. Apakah saya, pemimpin lebih dari 30 juta rakyat, diharapkan untuk menutup mata? Berdiam diri? Saya tidak akan melakukan itu," tegas Najib.

Malah, beliau berkata, Malaysia akan terus memberi tekanan kepada negara-negara ASEAN untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan.

Pakar mengenai hal ehwal ASEAN yang berpangkalan di Bangkok, Kavi Chongkittavorn berkata, tindakan Najib itu hanya merupakan usaha untuk mendapat sokongan daripada masyarakat Islam di Malaysia dan beliau menganggap keprihatinan beliau mampu memberi kesan melalui diplomasi bijaksana.

Malah, Penasihat kepada bekas Presiden, U Thein Sein, U Ko Ko Hlaing, menuduh Najib mengeksploitasi isu ini untuk mengalihkan perhatian awam dari dakwaan rasuah yang dilemparkan terhadapnya.

Najib Razak Disindir Media Myanmar
bloglistpolitik.blogspot
bankami.blogspot

Laman web berita bebas Myanmar The Irrawaddy menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dituduh sebagai "pengajar seni muslihat" dalam kartun yang diterbitkannya.

Kartun oleh Kyaw Thu Yein menggambarkan Najib bersongkok berjalan di atas tali dan membaling bola yang tertera perkataan "Hentikan Pembunuhan Etnik" sambil membawa beg yang dilabel "rasuah".

Kartun itu dimuat naik dalam akaun edisi Inggeris Facebook Irrawady, malam semalam dengan tajuk tajuk "Najib Razak Stunt".

Ini susulan selepas Najib dan beberapa pemimpin Umno menyertai PAS pada perhimpunan di Kuala Lumpur untuk membantah pembunuhan beramai-dakwaan kaum minoriti Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar.

Tentera negara itu didakwa terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai, tetapi kerajaan Myanmar menafikannya dan menyalahkan militan tempatan.

Yangon berkata, mereka juga akan menghantar aduan rasmi kepada Putrajaya berhubung perhimpunan Ahad lalu itu.

Perhimpunan berkenaan juga mendorong bantahan terhadap Najib di Yangon.

Bekas perdana menteri dan pengkritik lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Ahad ini hanya bersandiwara kerana sebagai perdana menteri, Najib berada pada kedudukan untuk bertindak dan bukannya menyertai bantahan.

Najib bergelut dengan tuduhan rasuah selepas RM2.6 bilion dijumpai berada di dalam akaun bank peribadi miliknya.

Walau bagaimanapun, Peguam Negara pada Januari lalu berkata dana itu disumbangkan oleh keluarga diraja Saudi dan membersihkannya daripada sebarang salah lalku.

Pengkritik mendakwa dana itu berasal dari firma pelaburan negara, 1MDB, tetapi Najib telah secara konsisten menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadinya.

MK

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, December 06, 2016 11:26 PM
Subject: Fw: PAN dan PKR tak bijak berpolitik

PAN dan PKR tak bijak berpolitik

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,, DAP bijak! bila tiba kepada kepentingan kaum Cina tergugat, mereka boleh melupakan perbezaan politik untuk bersama sama MCA mempertahankan kepentingan kaum Cina, tetapi sekutunya dalam PH hampeh.Terkini isu yang menghambat umat Islam yang besar ialah Rohinya, isu yang memerlukan keprihatinan umat Islam global melampaui sempadan poltiik.Di mana saja kalau ada perhimpunan atau acara untuk menyatukan umat Islam yang terdekat mesti dihadiri oleh umat Islam tanpa alasan waima alasan zalim sekalipun, tak patut.Kesimpulan mudah kepada ketidakprhatian PAN dan PKR kepada perhimpunan solidariti untuk Rohinya yang baru berlangsung di negara kita.
Alasan yang diberi adalah alasan politik, alasan yang membahagikan umat Islam negara dalam menunjukkan keprihatinan kepada derita Rohinya.Ada yang mendakwa apa perhimpunan itu boleh buat. boleh menakutkan Junta Myanmar? Sedangkan usul yang mereka cadangkan di parlimen untuk mengutuk Myanmar ditolak Speaker? Di parlimen mereka nak jadi hero tapi diperhimpunan soladiriti? Sengaja mereka membutakan mata bagaimana perhimpunan ini mampu memberi harapan kepada etnik Rohinya yang menumpang di negara kita.Rasa kasih dan sayang kepada saudara segama semakin menebal susudah perhimpunan ini.Apakah ini bukan hasil terbaik demi agama dari perhimpunan ini.

Cuma kerana kehadiran Najib dan TGHH sepentas mereka menolak untuk mengiktiraf perhimpunan untuk Rohinya.Malah yang bebal lagi ada yang mengatakan anjuran ini dianjur oleh kerajaan atau Umno untuk merapatkan lagi hubungan politiknya dengan PAS.Dakwaan melulu dan bebal kerana penganjur sebenar adalah NGO Islam yang mahu menghimpunkan semua umat Islam negara bersama sama ethnik Rohinya yang tinggal di negara kita.Dana pula adalah dana infad dari umat Islam yang prihatin walaupun mungkin ada dana sumbangan kerajaan yang diberi demi Rohinya bukan demi politik.Tak ada dana dari soros atau siapa siapa yang tidak berkenaan.

Pendeknya PAN dan PKR tidak mahu bersama Rohinya kerana ada Najib dan TGHH di mana mereka terus menerus mendakwa Najib zalim dan tidak boleh duduk sepentas seperti mana mereka tidak boleh duduk sedewan ketika bajet dulu.Di sinilah bebalnya pemimpin mereka untuk menyedari bagaimana DAP boleh melupakan rasuah Ling Lleong Sik satu ketika dulu untuk mempertahankan hak orang cina bersama MCA.

Sedihnya kita umat Islam kerana ada segelitir umat yang tidak mahu merasai kesusahan Rohinya kerana politik kuasa, malah mereka sanggup bersama DAP dalam menyuarakan penentangan mereka kepada kahadiran Najib dan TGHH sepentas dan sedondong.

Inilah tipikal orang bebal yang tak pandai berpolitik.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Bongok penyokong PAN, ada ker perhimpunan solidariti Rohinya dianggap politik!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"

Assalamualaikum, Mereka penyokong dan pencacai PAN tak mahu dengar bila kita mengingatkan mereka bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan MCA dalam hal hal kepentingan dengan cina tapi tetap bebal dan bongok mendakwa perhimpunan solidariti Rohinya bermotif politik.Apa kejadahnya mereka letakkan politik lebih tinggi dari ugama?DAP boleh gelak sakan dengan perangai sekutu mereka yang menjadikan semua perkara yang melibatkan PAS Umno sebagai politik.

Penolakan speaker terhadap usul yang mereka bawa di Parlimen sejurus sebelum bermulanya perhimpunan dianggap wayang politik PAS Umno dan kerana itu mereka enggan hadir memberi sokongan kepada Rohinya sebab sokongan yang mereka tawar menerusi undi Parlimen ditolak.Pada mereka mencapai resolusi mengutuk kerajaan Myanmar lebih besar dari berhimpun bersama ethnik Rohinya.Punya bongok mereka ini sambil pencacai pencacainya pula meneruskan perangai pencacai Umno, kata nak lawan Umno tapi peninggalan pencacai Umno juga diambil sebagai peluru kapor untuk serang PAS.Apa ker hal?

Lebih bongok bila ada penyokong mereka yang mendakwa non partisan menyamakan perhimpunan solidariti ini dengan bersih 4 & 5 kononnya perhimpuna bersih untuk rakyat tapi enggan dihadiri PAS tapi perhimpunan solidariti Rohinya yang juga perhimpunan untuk rakyat hadir pulak bersama sedondong dengan Umno pulak tu? Bongok sampai tahap gaban.Soalan pertama nak tanya Bersih itu untuk bela rakyat Malaysia yang ditembak, disembelih, dirogol oleh Umno ker? Soalan kedua nak tanya apakah rakyat Malaysia semuanya menyokong Bersih? Kalau semua rakyat sokong bersih sudah tentu PH akan menang pilihanraya dan Umno akan kiok.

Macam mana minda penyokong PAN ni? Segala perkara adalah politik buat mereka dan kalau perkara itu tidak memenuhi selera politik mereka, macam macam alasan yang diberi untuk mengelak dan mengutuk.kenapa mereka tak belajar dari DAP yang dengan mudah mengenepi sentimen politik apabila kepentingan kaum cina digugat.

Bodoh pian penyokong dan pencacai PAN............Ugama letak belakang, utamakan politik merebut kuasa dulu..........Jadilah mokpek DAP selamanya........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Seksa Binatang, Netizen Kecam Tindakan Lelaki Langgar Biawak Berkali-Kali Sampai Mati
siakapkeli.my

Tindakan seorang lelaki yang memuatnaik sebuah video ke laman Facebooknya nampaknya memakan diri apabila dia telah dikecam hebat oleh netizen.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki merakam tindakan seorang lelaki lain yang sedang melanggar seekor biawak berulan-ulang kali dengan sebuah motosikal sehingga reptilia berkenaan mati.

Berdasarkan percakapan yang didengar daripada video berdurasi 1 minit 33 saat itu, lelaki yang merakam video berkenaan berkata sambil ketawa biawak itu telah memakan ikan mungkin milik mereka sehingga membuatkan mereka bertindak kejam sedimikian.

Selepas melanggar lelaki berkenaan dikatakan memukul reptilia berkenaan dengan sebatang kayu dipercayai cangkul.

Rata-rata netizen menempelak tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak berkeperimanusiaan.

Apapun semoga sipelaku insaf dengan apa yang beliau lakukan itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harith Iskander Layak Ke Peringkat Akhir Funniest Person In The World Di Finland
siakapkeli.my

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander dilaporkan telah layak ke final pertandingan 'standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, semalam, lapor Sinar Harian.

Dalam pertandingan pada peringkat separuh akhir, Harith diberitakan telah berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara.

"Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna internet.

"Saya tidak tahu markah undian online saya. Cuma, saya memperoleh 29 markah daripada 30 markah daripada tiga juri professional," katanya.

Menurut Harith dia akan cuba buat yang terbaik pada final nanti di mana dia mengaharapkan majoriti rakyat Malaysia akan mengundinya, sekaligus memberikan peluang cerah kepadanya untuk bergelar juara.

"Saya belum dapat link laman web yang membolehkan netizen mengundi saya. Sekiranya menerima link tersebut, saya akan umumkan di Facebook dan Twitter rasmi saya.

"Saya harapkan undian serta doa masyarakat agar saya boleh memenangi pertandingan ini. Amin," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bersatu perlu Pas atau Pakatan Harapan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

SHAH ALAM - Bersatu tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada Bersatu dalam pertemuan sebelum ini.

"Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.

"Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.

Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.

Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.

"Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.

"Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini," katanya.

Tun Mahathir Tak Perlu Tunggu PAS, Kata Zuhdi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Jika semata-mata untuk memastikan PAS kembali ke pangkuan Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu lagi, kata Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, tindakan menunggu itu adalah kerja sia-sia kerana pendirian PAS masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersama dengan DAP dan PAN.

"Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan PAN.

"Jadi untuk duduk sekali dengan DAP dan PAN, memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu," katanya.

Zuhdi berkata terpulang kepada Dr Mahathir untuk membuat apa-apa tuduhan termasuk mendakwa partinya mempunyai agenda tersembunyi bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Cuma tuduhan dia (Dr Mahathir) kita ada hubungan dengan UMNO tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan UMNO dan Pakatan Harapan.

"Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang," tegasnya.

Semalam, Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di Persidangan Kebangsaan DAP berkata jika sesetengah pihak tidak mahu bersama Pakatan Harapan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka pakatan pembangkang bersedia untuk pertandingan lebih daripada satu lawan satu pada PRU14.

"Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk bersama, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

"Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita bersedia untuk tiga atau empat penjuru," ujarnya.

Tiba-tiba Mahathir Beri Tempoh Kepada PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.

"Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

"Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.

"Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya," katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP.

Mahathir berkata PAS akan diberikan tempoh masa akhir bila ditanya wartawan.

Yang peliknya, banyak kali PAS menegaskan bahawa PAS tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti PAN, pengkhianat.

Tun Mahathir, walaupun dikatakan licik dalam politik tetapi beremosi dengan PAS dan banyak kali menuduh PAS dalam ucapannya di hadapan rakan pakatan.

Mulut mencaci maki PAS dengan pelbagai tuduhan tapi tangan melambai PAS kononnya menyahut seruan bergabung dalam satu pakatan pembangkang yang kuat. Nak percaya orang macam ini. Sudahlah mempunyai rekod kejahatan 22 tahun yang sukar dimaafkan. PERNAHkah dia ni minta MAAF atas kesalahannya?

Dia yang fitnah dan penjara Anwar tapi sekarang dia ke Mahkamah untuk sokong Anwar. Dia ni juga yang tahan ramai pimpinan politik dalam ISA, sekarang dia KONONnya menentang SOSMA.

Orang bodoh aje boleh percaya ORANG TUA ini.

Mahathir sepatutnya sedar, jika PAS tak berikan laluan kepada parti BERSATU. Di mana BERSATU nak bertanding di KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH & PAHANG. Saya beri 4 negeri sudah cukup.

Jika BERSATU bertanding atas Pakatan Harapan di 4 Negeri itu sudah tentu akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Siapa yang untung?

Sudah tentu PAS, kerana UMNO berpecah kepada UMNO dan BERSATU.

Tak payah nak ugut PAS, seperi kata Mohd Amar, Naib Presiden PAS kalau nak bekerjasama dengan PAS jagalah mulut tu. Jangan sedap lepas aje. Jangan rasa diri masih ketua segala-galanya. Belajar hormat orang lain.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 7, 2016 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lori Bawa Muatan Kertas Gulungan Kertas Terbakar, Tayar Meletup Atas Jambatan
siakapkeli.my

KLANG - Sebuah lori kontena yang membawa muatan gulungan kertas terbakar di Jalan Pelabuhan Utara di sini malam tadi seterusnya mencetus cemas.

Menurut Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, pihaknya menerima panggilan susulan kejadian kira-kira jam 7.43 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

"Seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kebakaran.

"Kejadian itu menyebabkan 90 peratus lori kontena terbabit terbakar dan pemandu sempat menyelamatkan diri," katanya.

Bagaimanapun, jelas beliau, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas menghala ke Pelabuhan Barat, lapor Kosmo.

Menurut video yang dimuat naik di media sosial, boleh kedengaran bunyi letupan yang terhasil akibat kejadian.

Menurut Harian Metro, bunyi itu terhasil dari letupan tayar yang berlaku akibat kebakaran.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Wednesday, December 7, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4640

8 Messages

Digest #4640
1
Fw: Umno tetap saingan Pas by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
4
Fw: Exclusive Branded Warehouse Sale by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: PAN dan PKR tak bijak berpolitik by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Boleh rekod guines berkhattan mcmni! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Dec 6, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Umno tetap saingan Pas

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUANTAN - Pas sehingga kini masih menganggap Umno adalah saingan terbesar parti Islam itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan itu, Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit.

Menurutnya, justeru Pas juga pasti tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi begitu sahaja meskipun jumlahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan apa yang Umno ada.

"Oleh itu, adalah mustahil bagi Pas dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara Pas dan Umno hanyalah fitnah.

"Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat," katanya di sini, semalam.

Katanya, sebagai contoh, Pas di Kelantan telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.

Tambahnya, pada masa kini, Pas juga mengemudi RUU355 dan parti Islam itu buat kali ketiga membuat perhimpunan untuk Rohingya serta akhirnya Umno turut menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.

"Jika Pas bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak Pas? Pas adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan.

"Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.

Pada masa sama, katanya, Pas adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam.

PAS Sebenarnya GU Tetapi Difitnah UG

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Di kertas undi, rakyat ada beberapa pilihan untuk memangkah sama ada BN, PAS,PH atau BERSATU. Namun pilihan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kini hanya mampu dicapai melalui pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hakikat ini pastinya mengundang sinis dan pandangan kontradik. Namun jika ditelusuri perkembangan semasa dan rekod yang sedia ada, sudah pasti rakyat dapat menilainya.

Sejak tertubuhnya PAS, dasar Islam tidak pernah berubah. Sehinggalah tertubuhnya Pakatan Rakyat, dasar dan matlamat PAS kekal lestari. Apabila DAP mula berubah tingkah apabila mempertikaian syariah, PAS rela bermufarakah. PAS tidak memperniagakan Islam demi undi. Rela ditolak rakyat namun redha Allah bukan galang ganti.

Dari sudut pentadbiran, tiada rekod penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kerajaan Kelantan adalah model tunggal kerajaan bersih di Malaysia meskipun sudah menjangkau hampir 30 tahun. Hak-hak rakyat didahulukan bukan sekadar retorik. Pemimpin tidak menimbun harta berjuta. Hidup cukup sekadar apa yang sedia ada. Kebajikan dan keimanan rakyat dijaga.

Bagimana pula UMNO/BN dan pemimpinnya di hari ini? Ketirisan ekonomi, penyelewengan dana, rasuah dan pemborosan benar-benar meletakkan negara dalam keadaan terhimpit dan tergugat. Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Idris Jala pernah membayangkan negara akan bangkap. Lantas PM Najib memperkenalkan GST yang ternyata memeras hidup rakyat. Ahmad Maslan berforum harga barang akan turun. Title menteri otak diibaratkan taraf tok dukun.

Kini, mata wang merudum, harga barangan dan perkhidmatan melambung. Ribuan modal insan kehilangan kerja, kemasukan boroh asing memeritkan lagi nasib pribumi. Akhirnya meningkatlah jenayah, bunuh dan tembak di sana-sini. Keamanan negara di hujung tanduk antara pertembungan Baju Merah dan Baju Kuning.

PH yang bercita-cita menggantikan BN adalah buaya menanti. Bibit-bibit rasuah dan penyelewengan di Pulau Pinang menjadi amaran. Penambakan laut merosakkan ekosistem rakyat marhaen menjadi mangsa. Hendak diharapkan kepada PAN - pelanggar sumpah bai'ah, pelari kerusi dan perampas markas? Hidup hina menjadi khadam kepada DAP dijadikan tuan.

Kabinet bayangan yang janji diumumkan pada November tak muncul-muncul. Apakah menteri-menteri dipelopori oleh pemimpin DAP sedang TPM adalah Lim Kit Siang? PAN hanyalah bidak-bidak di papan catur. Yang menentukan halatuju negara ialah tuan-tuan mereka. Malaysian Malaysia bakal mengikis kuasa raja dan hak keistimewaan kita.

Yang menjadi harapan tunggal rakyat kini adalah PAS dan Gagasan Sejahtera. PAS mesti menjadi teras kerana PAS-lah suara teras Melayu/Islam. Parti pimpinan para ulama. Parti dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera. Maka jelaslah melesetnya fitnah PAS UG dengan UMNO. Sejak dulu hingga kini PAS adalah GU dengan UMNO ( PAS Ganti UMNO= PGU ). Bersedialah seluruh ummah untuk memacu negara bersama-samanya.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Bukti UMNO dan PAS Nak Bersatu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Semalam Najib dan TG Haji Hadi di HIMPUNAN BERSAMA. Ramai melihat UMNO nak bergabung dengan PAS. Saya rasa tidak akan berlaku gabungan KEKOK itu melainkan misi POLITIK SEJAHTERA oleh Presiden PAS.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 6, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bola Lencong Magis: TMJ Hadiahkan RM 15,000 Untuk Faiz Subri
siakapkeli.my

PENAUNG Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menghadiahkan kurniaan ganjaran sebanyak RM15,000 buat pemain bola sepak, Mohd Faiz Subri keatas kejayaannya berada dalam kelompok tiga terbaik Anugerah Puskas FIFA 2016.

Menurut TMJ, kurniaan ini diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan Faiz mengharumkan nama negara.

"Namun ia tidak ada ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri!," katanya menerusi satu kenyataan yang dipaparkan di laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Air Hitam, Kedah itu dijangka akan menghadiri majlis Anugerah Puskas Fifa di Zurich pada 9 Januari tahun depan.

Sumber: FB Johor Southern Tigr

Faiz Impi Pakai Baju Melayu, Beri Ucapan Dalam Bahasa Melayu Dalam Majlis Anugerah Puskas Nanti
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 5 Dis - Pemain bola sepak negara, Faiz Subri mengimpikan untuk memakai baju melayu pada majlis anugerah Puskas pada 9 Januari nanti sekiranya dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut pemain berusia 29 tahun itu, buat masa ini dia belum pasti apa akan dipakai atau perlu dilakukan dalam majlis itu kerana belum menerima maklumat rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mahu pun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun, Faiz berkata, sebagai rakyat Malaysia pertama yang tercalon dalam anugerah berprestij itu, dia sebolehnya mahu memperkenalkan Malaysia dengna emmakai baju Melayu andai perkara itu tidak melanggar kod etika pemakaian majlis tersebut.

"Sehingga hari ini saya belum menerima sebarang maklumat mengenai apa yang perlu disediakan sebelum pergi ke sana (Zurich) jadi saya belum buat sebarang persediaan.

"Semestinya saya mahu membawa semua keluarga saya kerana ini merupakan peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup kita. Alhamdullilah...Ini salah satu rezeki Allah kepada saya.

"Jika anugerah Puskas menjadi milik saya nanti, kalau boleh saya mahu memberi ucapan dalam bahasa Melayu.

"Saya lebih bangga untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan. Tiada istilah malu untuk bertutur bahasa ibunda kerana saya rakyat Malaysia.

"Kalau kita tidak bangga de­ngan bahasa kita siapa lagi?. Seperti saya cakap sebelum ini, kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang tapi kejayaan seluruh rakyat Malaysia," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Biasanya, calon atau pemenang anugerah FIFA akan mengenakan sut lengkap ketika hadir di majlis FIFA.

Namun, berucap dalam bahasa ibunda adalah perkara biasa dalam majlis-majlis seperti itu.

Penyerang Argentina, Lionel Messi bertutur dalam bahasa Sepanyol ketika memberi ucapan selepas diumum sebagai pemenang Ballon d'Or 2015.

Pemenang Puskas 2015, Wendell Lira dari Brazil juga bertutur dalam bahasa ibunda ketika memberi ucapan dalam majlis berkenaan.

Mohd. Faiz akan bersaing de­ngan dua lagi calon iaitu Marlone dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.

Sumber: Utusan Online

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, December 05, 2016 5:43 PM
Subject: Fw: Gol Faiz Subri Tersenarai 3 Calon Utama Anugerah Puskas 2016

Gol Faiz Subri Tersenarai 3 Calon Utama Anugerah Puskas 2016
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Gol magis Mohd Faiz Subri berjaya tersenarai dalam tiga calon utama untuk merebut Anugerah Puskas 2016.

Perkara itu diumumkan oleh FIFA sebentar tadi.

FIFA menyiarkan senarai rasmi tiga calon terakhir dari 10 calon yang diletakkan sebelum ini untuk diundi oleh peminat seluruh dunia.

Selain Mohd Faiz, turut tersenarai ialah Marlone dari Brazil dan satu-satunya wakil wanita, Daniuska Rodríguez dari Venezuela.

Orang ramai boleh membuat undian di https://goo.gl/LvWoYC.

Menurut laman web Fifa, pengundian akan ditutup pada 9 Januari ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 6, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Motosikal Kemungkinan Naik Tahun Depan
siakapkeli.my

Jika kadar nilau mata wang ringgit Malaysia terus jatuh, ia pasti akan mempengaruhi harga motosikal dijual di mana harganya akan lebih mahal tahun depan, lapor Sinar Harian.

Timbalan Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Tan Tien Chai berkata, ia memandangkan sistem pengankutan awam di negara ini amsih belum sempurna, jadi penggunaan motosikal tetap dianggap sebagai kenderaan penitng lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Motosikal adalah pengangkutan yang amat penting di negara kita. Oleh itu harga yang dijual mestilah berpatutan bersesuaian dengan kemampuan golongan yang memerlukan.

"Bagaimana pun, jualan motosikal bukan sahaja dikenakan GST sebanyak enam peratus, malahan turut dikenakan cukai eksais sebanyak 20 peratus.

"Harga motosikal terpaksa dinaikkan mengikut nilai Ringgit Malaysia dalam pasaran.

"Persatuan kami sekali lagi berharap kerajaan dapat memandang serius isu ini agar dapat mengkaji menurunkan cukai eksais ini bagi meringankan beban pengguna yang pendapatan rendah dan sederhana," katanya seperti dilapor Nanyang Siang Pau.

Menurutnya, sejak GST dilaksanakan pada tahun lalu, jualan motosikal di seluruh negara terjejas dan menyebabkan ramai penjual motosikal rasa bimbang dan tertekan.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 6, 2016 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

(Voucher Ekstra) Exclusive Branded Warehouse Sale Datang Lagi Dengan Harga Tidak Masuk Akal
siakapkeli.my

Exclusive Branded Warehouse Sale datang lagi pada tahun ini membawakan produk-produk barangan berjenama dengan harga potongan tidak masuk akal.

Dengan tagline Big Brand @Small Price, Exclusive Branded Warehouse Sale tahun ini akan membawakan barangan berjenama antaranya seperti Zara, Levis, Mango, Arnami Exchange, Guess, Superdry, Roxy, Ralp Lauren serta Timberland dengan potongan harga sehingga 90%.

Bukan itu sahaja, pembaca artikel ini boleh mendapatkan potongan harga tambahan 5% dengan membawa keratan gambar (screenshot) voucher dibawah.

Voucher tambahan 5%

Selain itu, pembeli juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai RM40 apabila berbelanja sebanyak RM300 dalam satu bil.

Acara Exclusive Branded Warehouse Sale akan diadakan di M3 Mall bermula 8 Disember sehingga 12 Disember 2016 bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ikuti Facebook Shoppers Hub KL untuk updates terkini tentang Exclusive Branded Warehouse Sale.

Butiran atucara Exclusive Branded Warehouse Sale:

Tempat: M3 Mall, Ground Floor Concourse Area
Tarikh: 8 – 12 Disember 2016
Masa: 10 pagi - 10 malam
Jenama besar yang mengambil bahagian: Zara, Levis, Mango, Armani Exchance, Guess, Superdry, Roxy, Ralph Lauren, Timberland
Page Facebook: Shoppers Hub KL

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 6, 2016 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PAN dan PKR tak bijak berpolitik

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,, DAP bijak! bila tiba kepada kepentingan kaum Cina tergugat, mereka boleh melupakan perbezaan politik untuk bersama sama MCA mempertahankan kepentingan kaum Cina, tetapi sekutunya dalam PH hampeh.Terkini isu yang menghambat umat Islam yang besar ialah Rohinya, isu yang memerlukan keprihatinan umat Islam global melampaui sempadan poltiik.Di mana saja kalau ada perhimpunan atau acara untuk menyatukan umat Islam yang terdekat mesti dihadiri oleh umat Islam tanpa alasan waima alasan zalim sekalipun, tak patut.Kesimpulan mudah kepada ketidakprhatian PAN dan PKR kepada perhimpunan solidariti untuk Rohinya yang baru berlangsung di negara kita.
Alasan yang diberi adalah alasan politik, alasan yang membahagikan umat Islam negara dalam menunjukkan keprihatinan kepada derita Rohinya.Ada yang mendakwa apa perhimpunan itu boleh buat. boleh menakutkan Junta Myanmar? Sedangkan usul yang mereka cadangkan di parlimen untuk mengutuk Myanmar ditolak Speaker? Di parlimen mereka nak jadi hero tapi diperhimpunan soladiriti? Sengaja mereka membutakan mata bagaimana perhimpunan ini mampu memberi harapan kepada etnik Rohinya yang menumpang di negara kita.Rasa kasih dan sayang kepada saudara segama semakin menebal susudah perhimpunan ini.Apakah ini bukan hasil terbaik demi agama dari perhimpunan ini.

Cuma kerana kehadiran Najib dan TGHH sepentas mereka menolak untuk mengiktiraf perhimpunan untuk Rohinya.Malah yang bebal lagi ada yang mengatakan anjuran ini dianjur oleh kerajaan atau Umno untuk merapatkan lagi hubungan politiknya dengan PAS.Dakwaan melulu dan bebal kerana penganjur sebenar adalah NGO Islam yang mahu menghimpunkan semua umat Islam negara bersama sama ethnik Rohinya yang tinggal di negara kita.Dana pula adalah dana infad dari umat Islam yang prihatin walaupun mungkin ada dana sumbangan kerajaan yang diberi demi Rohinya bukan demi politik.Tak ada dana dari soros atau siapa siapa yang tidak berkenaan.

Pendeknya PAN dan PKR tidak mahu bersama Rohinya kerana ada Najib dan TGHH di mana mereka terus menerus mendakwa Najib zalim dan tidak boleh duduk sepentas seperti mana mereka tidak boleh duduk sedewan ketika bajet dulu.Di sinilah bebalnya pemimpin mereka untuk menyedari bagaimana DAP boleh melupakan rasuah Ling Lleong Sik satu ketika dulu untuk mempertahankan hak orang cina bersama MCA.

Sedihnya kita umat Islam kerana ada segelitir umat yang tidak mahu merasai kesusahan Rohinya kerana politik kuasa, malah mereka sanggup bersama DAP dalam menyuarakan penentangan mereka kepada kahadiran Najib dan TGHH sepentas dan sedondong.

Inilah tipikal orang bebal yang tak pandai berpolitik.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Bongok penyokong PAN, ada ker perhimpunan solidariti Rohinya dianggap politik!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"

Assalamualaikum, Mereka penyokong dan pencacai PAN tak mahu dengar bila kita mengingatkan mereka bagaimana DAP boleh bekerjasama dengan MCA dalam hal hal kepentingan dengan cina tapi tetap bebal dan bongok mendakwa perhimpunan solidariti Rohinya bermotif politik.Apa kejadahnya mereka letakkan politik lebih tinggi dari ugama?DAP boleh gelak sakan dengan perangai sekutu mereka yang menjadikan semua perkara yang melibatkan PAS Umno sebagai politik.

Penolakan speaker terhadap usul yang mereka bawa di Parlimen sejurus sebelum bermulanya perhimpunan dianggap wayang politik PAS Umno dan kerana itu mereka enggan hadir memberi sokongan kepada Rohinya sebab sokongan yang mereka tawar menerusi undi Parlimen ditolak.Pada mereka mencapai resolusi mengutuk kerajaan Myanmar lebih besar dari berhimpun bersama ethnik Rohinya.Punya bongok mereka ini sambil pencacai pencacainya pula meneruskan perangai pencacai Umno, kata nak lawan Umno tapi peninggalan pencacai Umno juga diambil sebagai peluru kapor untuk serang PAS.Apa ker hal?

Lebih bongok bila ada penyokong mereka yang mendakwa non partisan menyamakan perhimpunan solidariti ini dengan bersih 4 & 5 kononnya perhimpuna bersih untuk rakyat tapi enggan dihadiri PAS tapi perhimpunan solidariti Rohinya yang juga perhimpunan untuk rakyat hadir pulak bersama sedondong dengan Umno pulak tu? Bongok sampai tahap gaban.Soalan pertama nak tanya Bersih itu untuk bela rakyat Malaysia yang ditembak, disembelih, dirogol oleh Umno ker? Soalan kedua nak tanya apakah rakyat Malaysia semuanya menyokong Bersih? Kalau semua rakyat sokong bersih sudah tentu PH akan menang pilihanraya dan Umno akan kiok.

Macam mana minda penyokong PAN ni? Segala perkara adalah politik buat mereka dan kalau perkara itu tidak memenuhi selera politik mereka, macam macam alasan yang diberi untuk mengelak dan mengutuk.kenapa mereka tak belajar dari DAP yang dengan mudah mengenepi sentimen politik apabila kepentingan kaum cina digugat.

Bodoh pian penyokong dan pencacai PAN............Ugama letak belakang, utamakan politik merebut kuasa dulu..........Jadilah mokpek DAP selamanya........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 6, 2016 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Boleh rekod guines berkhattan mcmni!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net
"

Teringat satu iklan merdeka oleh petronas dahulu berkenaan dengan 2 sahabat yang menjenguk kawannya bersunat. 'Itu benda potong dia ada kasi balik ka?'. Memang lagend iklan tu. Tapi itu mungkin untuk kisah berkhattan dalam kumpulan yang kecil, agak dalam 10 ke 20 orang untuk sekali berkhattan. Tapi lain pula yang berlaku di sebuah kampong di puchong selangor yang menganjurkan berkhattan dengan bayaran hampir percuma.

Adakah 50 orang? 80 Orang ?

Pakej berkhattan ini telah dianjurkan orang2 kaya dinegara kita dalam membantu meringankan kos yang sedia ditanggung oleh ibu bapa diluar sana.

Bayangkan dengan kos sebanyak rm17, seramai 300 lebih anak2 berjaya dikhatankan dalam sehari disebuah pusat kasih Alkalam di puchong selangor baru2 ini. Bermula diarakkan pada pukul 8 pagi dan berakhir hampir kewaktu maghrib dipetangnya.

Pakej yang ditawarkan oleh datok yang amat budiman ini telah menjadi viral di dunia maya sehingga menjemput ramai ibubapa dari seluruh pelusuk selangor datang bersama anak2 untuk dikhatankan.

Inilah nikmatnya mempunyai orang2 kaya disekeliling kita yang amat memehami permasalahan masyarakat sekitar. Kecil tapak tangan, habis kemaluan anak2 berjaya dikhattankan..hihi.

Sehingga terdapat bayi lelaki berusia 4 bulan dikhatankan bersama dengan anak2 yang lain pada hari tersebut. SubhanaAllah.

Video dibawah ini ada kisahnya yang mencuit hati dengan telatah dan ragam anak2 ketika berkhattan tempoh hari. Ada yang meraung dan ada yang hampir cabut lari..hihi . Butirannya DISINI ataupun klik video dibawah.

Wallahuaklam

md daud yusri al-melintangi

www.dadiydoo.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 6, 2016 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

5 Telefon Pintar Honor Yang Dijual Pada Harga Murah Sempena Perayaan Krismas ini
siakapkeli.my

Krismas akan tiba tidak lama lagi, dan pengeluar telefon pintar Honor menyambutnya dengan memberi pelbagai diskaun dan hadiah menarik kepada para pelanggan yang membeli telefon pintarnya menerusi laman web vmall.my.

Promosi itu bermula dari 1 Disember lalu dan akan tamat pada 12 Disember ini.

Untuk menyenangkan proses memilih, ini senarai telefon pintar Honor yang terlibat.

1 - Honor 8 64GB

Harga Biasa: RM 2,089 | Harga Promosi: RM 1,799 + Percuma 10,000 Powerbank

Telefon flagship dari Honor dengan kapasiti 64GB ini dijual pada harga RM1,799 dalam promosi Krismas kali ini. Bagi yang suka bergaya dengan kilauan telefon Honor 8 dan mahukan storan yang luas, ini masa yang paling berbaloi untuk membelinya.

Pembeli juga akan menerima sebuah powerbank 10,000 mAh secara percuma apabila membeli di vmall.my.

Spesifikasi
CPU: Hisilicon Kirin 950: ARM Cortex-A72 4 x 2.3GHz + ARM Cortex-A53 4 x 1.8GHz
RAM: 4GB
Storan: 64GB

2 - Honor 8 32GB

Harga Biasa: RM 1,827 | Harga Promosi: RM 1,599 + Percuma 5,000 Powerbank

Bagi yang masih mahu memiliki Honor 8 tetapi mahukan harga yang lebih murah, boleh membeli versi 32GB dengan harga serendah RM 1,599, kurang RM 228 dari harga biasa.

Pembeli juga akan menerima 5,000 mAh bateri secara percuma.

Spesifikasi
CPU: Hisilicon Kirin 950: ARM Cortex-A72 4 x 2.3GHz + ARM Cortex-A53 4 x 1.8GHz
RAM: 4GB

Storan: 32GB

3 - Honor 7E

Harga Biasa: RM 1,558 | Harga Promosi: RM 1,199 + Percuma Band Z1

Murah tapi berprestasi tinggi. Bagi yang mahukan telefon pantas dengan harga berbaloi, bolehlah membeli Honor 7E yang dijual pada harga semurah RM 1,199 sempena promosi Krismas tahun ini.

Pembeli juga akan menerima jam pintar Honor Band Z1 secara percuma.

Spesifikasi
CPU: Hisilicon Kirin 9354 * A53 2.2GHz + 4 * A53 1.5GHz with big.LITTLE technology
RAM: 3GB

Storan: 32GB

4 - Honor 5X

Harga Biasa: RM 977 (Silver) RM 1,017 (Gold) | Harga Promosi: RM 849 (Silver) RM 889 (Gold) + Percuma Honor Selfie Stick

Dengan kamera 13 MP di belakang dan 5 MP di hadapan, kamera 5X adalah kamera khusus bagi golongan yang sukakan telefon berkamera megapiksel tinggi dengan harga murah.

Kini, telefon itu boleh dibeli dari harga serendah RM 849 sahaja dan pembeli yang membuat pembelian menerusi vmall.my akan menerima percuma stik selfie ekslusif dari Honor.

Spesifikasi
CPU: Qualcomm® MSM8939™, 8-Core
RAM: 2GB

Storan: 16GB

5 - Honor 5C

Harga Biasa: RM 927 (Silver) RM 977 (Gold) | Harga Promosi: RM 749 (Silver) RM 809 (Gold) + Percuma Honor Selfie Stick & SD Card

Telefon Honor 5C pula dijual pada harga serendah dari RM 749 pada promosi Krismas Honor pada tahun ini.

Telefon khusus untuk golongan yang suka berselfie itu didatangkan dengan kamera 8MP dihadapan dan juga 13 MP dibelakang.

Malah pembeli juga akan turut menerima stik selfie percuma berserta dengan sekeping kad memori micro SD dari Honor.

Spesifikasi
CPU: Kirin650 (4x1.7GHz+4x2.0GHz)
RAM: 2GB

Storan: 16GB

Untuk membeli, pembaca boleh ke laman promosi di https://interest.vmall.my/xmas16/ dan mula bershopping.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 6, 2016 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perompak Bersenjatakan Senapang Patah, Kapak & Tukul Besi Bawa Lari Lima Dulang Barang Kemas
siakapkeli.my

Bagan Serai: Kecoh di Pusat Bandar Bagan Serai hari ini apabila empat perompak bertopeng bersenjatakan senapang patah, kapak dan juga tukul besi menyaum sebuah kedai emas di Jalan Sepakat di sini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 11.35 pagi itu, keempat-empat suspek dipercayai menaiki kereta Proton Wira itu berjaya melarikan lima dulang barang kemas.

Pemilik kedai emas terlibat, Fong Kok Heng, 51, berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama isteri serta anak dan seorang pekerja sedang membuka kedai.

Ketika menyusun barang kemas, kereta yang dinaiki suspek tiba-tiba berhenti di depan kedai dan empat lelaki memakai topeng keluar dari kenderaan terbabit.

"Terkejut dengan kehadiran suspek, saya segera menekan loceng kecemasan sebelum berlari masuk ke dalam premis bersama yang lain untuk menyelamatkan diri.

"Ketika bersembunyi, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan disusuli bunyi cermin ruang pameran dipecahkan keempat-empat suspek sebelum mereka melarikan lima dulang barang kemas," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk nilai kerugian dialami pemilik premis itu.