Saturday, February 11, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3198

Messages In This Digest (3 Messages)

1.
Fw: Mekanik cipta motosikal mini From: ::-eSpAcE 9808-::
2.
Fw: Petua Hilangkan Calar Pada Cermin Jam From: ::-eSpAcE 9808-::
3a.
Re: Myvi Bergegar From: Hide ID

Messages

1.

Fw: Mekanik cipta motosikal mini

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri Feb 10, 2012 7:39 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Mekanik cipta motosikal mini daripada bahan terbuang

Mohd Hanyzan Al Muari

KOTA BHARU - Bagi Rohazman Affendi Abdul Rahim, barangan terbuang seperti besi buruk, tin kosong dan botol plastik beserta enjin pemotong rumput boleh direka bentuk menjadi motosikal mini.

Motosikal mini unik ciptaan Rohazman, 46, itu kini menarik perhatian sehingga ada yang sanggup menempah motosikal berkenaan yang berharga antara RM800 hingga RM1,000 sebuah.

Mekanik motosikal dengan pengalaman lebih 15 tahun itu mendapat ilham mencipta motosikal mini berkenaan lima tahun lalu "bermodalkan" basikal rosak dan mesin rumput yang tidak boleh dibaiki.

"Idea berkenaan tercetus selepas ada seorang penduduk datang membaiki mesin rumput yang rosak, bagaimanapun ia tidak dapat dibaiki kerana tiada alat ganti berikutan mesin berkenaan jenis yang lama dan dia memberinya kepada saya.

"Selepas itu, saya teringatkan basikal milik anak yang rosak dan mengambilnya dari stor sebelum meletakkan kedua-dua barangan berkenaan sebelah-menyebelah dan berfikir apa yang boleh dibuat menggunakan bahan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di bengkelnya di Binjai, Kubang Kerian di sini.

Katanya selepas beberapa lama berfikir dia mendapat idea untuk membuat motosikal mini dan mula mengubah suai basikal anaknya itu secara perlahan-lahan selepas menyiapkan kerja di bengkel.

"Saya mula membina 'tapak' pada basikal itu untuk diletakkan enjin mesin rumput berkenaan dan daripada itu mula diubah suai sedikit demi sedikit hingga akhirnya ia berjaya disiapkan selepas kira-kira sebulan mencuba," katanya.
Berikutan kejayaannya membina motosikal mini itu, ada penduduk yang membuat tempahan daripada beliau untuk merasai sendiri kelainan menunggang kenderaan dua roda yang dibuat khas, katanya.
"Malah mereka sendiri ada yang turut menyediakan bahan berkaitan seperti basikal dan enjin mesin rumput," katanya.

Rohazman berkata beliau memerlukan masa dua minggu untuk menyediakan motosikal mini itu jika menerima tempahan pelanggan.
Katanya beliau telah mendapat sembilan tempahan daripada penduduk yang menunggang kenderaan berkenaan di kawasan kampung.

"Bagaimanapun, saya hanya melakukannya pada waktu terluang dan minat mendalam mengenai barangan berkaitan mekanikal juga menjadi pendorong untuk membina motosikal ini," katanya.- Bernama
2.

Fw: Petua Hilangkan Calar Pada Cermin Jam

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri Feb 10, 2012 8:15 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Petua Hilangkan Calar Pada Cermin Jam
wartashubhi
Posted by Mohd Shubhi Abdul

Pemberian kawan sejak zaman bujang dulu
Hampir semua orang ada jam. Kalau bukan jam tangan, tentu ada jam pada telefon bimbit. Sekarang ini kita sudah jarang dengar orang bertanya, "pukul berapa sekarang encik?".

Kalau masa dulu-dulu dalam satu hari sudah tentu sekurang-kurangnya ada sekali orang akan bertanyakan waktu pada mereka yang memakai jam tangan. Sebelum kemunculan quartz, pereka cipta jam menggunakan seni mekanikal halus untuk membuat jam, maka tidak hairanlah harganya agak mahal pada waktu itu.

Saya meminati jam sejak dari sekolah rendah lagi. Setiap kali balik Sekolah Stowell di Bukit Mertajam, saya terpaksa berjalan kaki merentasi pekan untuk ke perhentian bas balik ke Penanti.

Biasanya saya akan singgah di pertengahan jalan di Pasaraya Bukit mertajam untuk menyejukkan badan di bangunan yang berhawa dingin itu. Sambil itu saya akan leka sehingga 20 ke 30 minit melihat jam-jam yang dipamerkan di dalam almari kaca. Meleleh air liur saya melihat keindahan jam-jam yang ada di situ.

Saya kagum dengan keindahan jam yang berkilat, warna tanah yang berbagai dan perjalanan jarum halus yang lancar tidak berhenti. Ia sesuatu yang amat seni, indah dan penuh dengan ketelitian. Bayangkan pergerakan enjin yang seni dan halus di dalam bekas besi jam dan bagaimana pembuat jam melakukannya.

Begitulah hampir setiap hari saya tak akan lepas peluang pergi melihatnya. kalau amoi yang jaga itu baik dia akan ambil salah satu jam yang saya berkenan dan kenakan pada tangan saya sekejap walaupun dia tahu saya tak akan beli. Saya tersenyum lebar, puas dan berazam akan milikinya bila besar nanti.

Sehingga sekarang minat pada jam tak pernah luput dari diri saya. kalau pergi ke kompleks beli belah, kedai jam adalah salah satu tempat kegemaran saya. Saya akan leka melihat satu demi satu jam terutamanya yang mahal-mahal dari jenis automatik atau mekanik. Sekarangpun saya masih tak mampu beli kerana harganya mencecah puluhan ribu.

Walaupun saya minat jam, peliknya saya tak pernah beli jam. Rezki saya murah kerana dari dulu sampai sekarang saya hanya memakai jam yang dihadiahkan orang kepada saya. Cukuplah jam-jam yang saya minat disimpan oleh tauke-tauke jam di kedainya.

Jam yang lama dipakai sudah tentu tidak akan lepas dari tercalar apabila bergeser dengan benda keras. Ini akan meninggalkan kesan halus yang dapat menghapuskan keindahan jam yang kita pakai. Jika sebula satu calar kecil, lama-lama akan ada berpuluh-puluh calar pada jam kita.

Jika anda ada jam yang anda sayang tetapi ada kesan calar yang banyak pada jam-jam tersebut, jangan risau. Anda boleh memulihkannya seperti baru bersinar-sinar dengan menggunaka ubat gigi. Calitkan sedikit ubat gigi pada jari anda dan gogok pada permukaan cermin yang bercalar itu.

Jika ada banyak, buat lah sekerap mingkin sehingga kesan calarnya hilang. Anda boleh cuba sekarang jika ada jam anda yang calar. Selamat mencuba.

comments:

Syuhada said...
owh..info..baru tahu...hahha
kamsahamnida..
terima kasih..

Leenoh said...
Salam.
Terima kasih, insya Allah saya akan amalkan.
3a.

Re: Myvi Bergegar

Posted by: "Hide ID" Hide ID   nesta41

Sat Feb 11, 2012 6:13 am (PST)



Hide pls..

Perihal tayar:

Senyap - getah lembut - gripping baik - bunga cepat abis = Harga mahal

Bising - getah keras skit - gripping biasa - bunga lambat abis = Harga
murah skit

So pilih ikut kemampuan. As long bukan tiruan, celup, bunga korek.

Klu beli tayar 2nd hand make sure tahunnya tidak terlalu lama, sebab
getah dh keras, x selamat utk digunakan. So bleh juga sebabkan kereta
bergegar...

Just pendapat saya ye.....

_____

From: tajul_amir@yahoo.com [mailto:tajul_amir@yahoo.com]
Sent: Friday, February 10, 2012 4:00 PM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Myvi Bergegar

aku skarang pakai bridgestone my01 punya,pada pendapat aku agak bising
la,lagi satu keta aku try pakai micheline green XM2,ok la tak la bising
sgt.Sorang lagi kawan aku pakai bridgestone my01 juga,mmg bising dia
komplen.tapi busing atau senyap ni tgk jenis bunga juga.Kalau
bridgestone turanza tu tak tahu la plak.Kalau nak yg just ok2 aku cadang
Yokohama,tak mahal & tak terlalu bising.just my 2 cents la....

Sent from Samsung Mobile

"agai@017" wrote:

bridgestone so far ok....tp mahal banyak bro....bukan mahal sikit

From: bashah <bwasi@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 10 February 2012 3:13 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Myvi Bergegar

kereta aku pulak gegar pada 120km/h...pi naza kia wat aligmnet/bal pun
depa kata tak boleh buat aper sebab tayar bunting...aku tanya depan
belakang...technician kata semua 4 Dunlop bunting....hebat gak tu
....depa kata tayar lama 2009..kereta tak banyak gerak ((weekend jer)).
so aku tak boleh kata apa2...bila bawak aku rasa ok..biaq pi
lah,,lagipun aku bawak standard PLUS 110km/h jer...biarkan biarkan.. aku
plan tukar lagi 1 tahun...

walaupun overall Dunlop ni ok tapi aku cadang nak tukar ke Bridgstone
...ok tak Bridgstone ? kalu ada xperience bagi tau..thanks

From: Harris Bin Haron <Harris@maa.com.my>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 10, 2012 3:03 PM
Subject: RE: www.groupautomobil.blogspot.com - Myvi Bergegar

Kalau area KL saya biasa buat on wheel di setapak, taman kobena jalan
cheras & sentul....semua kedai apek....

Semua alignment manual bukan machine @ computer....

From: automobil@yahoogroups.com [mailto: automobil@yahoogroups.com ] On
Behalf Of Badrul Hisham Mohd Ramly
Sent: Friday, February 10, 2012 1:34 PM
To: automobil@yahoogroups.com
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Myvi Bergegar

Betul...tersilap...email second tu tersilap.....thanks..

On Feb 10, 2012 1:30 PM, "SEektruTH" <sethyusof@gmail.com> wrote:

Rasanya bukan on-wheel ALIGNMENT.....TAPI ON-WHEEL BALANCING bro....
dulu, sayapun kena mcm ni jugak...
myvi ni ringan...lainlah kete2 yg besar lain..kalau pakai sport rim,
kena buat on-wheel balancing betul2
kalau tak nak gegar dan murah, pakai jer rim besi kompang tu dan buat
balancing biasa..
insyaallah anda akan berpuas hati sebab tiada lg gegaran... cuba lah

undilah PAKATAN RAKYAT....yess

On Thu, Feb 9, 2012 at 7:05 PM, Badrul Hisham Mohd Ramly
<badrulhishammohd.ramly@gmail.com> wrote:

No komenlah kalau u nak tukar drive shaft. Tapi apa yg saya
belajar....kalau gegar masa bawah pada satu satu kelajuan...biasanya
kena buat on wheel alignment...kalau u nak confirmkan jugak....cuba u
bawak kereta u sampai kelajuan yg gegar tu...katakanlah pada halaju
100km/j....so cuba u tekan lagi sampai 110 @120km/j...kalau pada
kelajuan tu gegar tu tiba tiba ilang...so confirm tayar u kena buat on
wheel alignment....
Tapi kalau nak tukar drive shaft pun tak salah...tapi tak akan
menyelesaikan masalah anda...lagi satu petua dlm pembaikan kereta
ialah... cuba kaedah yg termurah dulu....
Sekian.

On Feb 9, 2012 6:16 PM, "MikaeL" <mykeus2001@yahoo.com> wrote:

Assalamualaikum wbt,

Sekadar kongsi pengalaman. pernah juga saya kena kereta bergegar
walaupun saya tak pakai myvi.

masa pakai wira dulu, penat buat balancing, masih gegar. jumpa dengan
satu pomen kedai tayar ni suh tukar

chamber..terus elok.

Masa pakai waja pulak betul2 tahun lepas, bawak kereta 100 jer gegar.
Time corner semua okay. Langsung takda bunyi. Buat balancing pun sama.
bawak gi jumpa pomen tu. dia kata, drive shaft you sudah rosak.

Dalam hati kata..ya ya je pomen ni. tak mcm drive shaft pun. pastu lama2
bawak 70 pon gegar..Gi tukar drive shaft..terus elok sampai sekarang.
hehe..Saya bukan nak kasi solution, cuma kongsi jer pengalaman. Mungkin
ada yang bleh pakai..

Sekian.

Assalamualaikum wbt..

From: Mohammad Firaj <madf2510@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, February 8, 2012 8:16 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com
<http://www.groupautomobil.blogspot.com/> - Myvi Bergegar

Cuba check tekanan angin tayar. Kalau terlalu tinggi pun boleh buat
steering gegar pada

kelajuan lebih 100km/h.

Sent from my daughter's iPad2

On Feb 8, 2012, at 3:06 PM, Badrul Hisham Mohd Ramly
<badrulhishammohd.ramly@gmail.com> wrote:



Dicadangkan buat on wheel balancing....jgn buat off wheel...

On Jan 26, 2012 10:30 PM, "NagoMakeOre" <nagoboror@gmail.com>
wrote:



Salam,



Saya ada satu kemusykilan sikit pasal kereta saya ni. Bila saya
speed lebih dari 100km/j rasa gegar. Tak tahu puncanya pulak tapi kalau
bawah 100km/j tak ada rasa apa-apa. 4 hari sebelum tu dah buat alignment
sebelum bertolak ke Kuantan, masa kat jalan lurus utk ke Dungun tu dah
rasa gegarnya ingatkan jalan tak rata tapi masa balik dari Kuantan guna
LPT dari Bukit Besi ke Ajil, kereta bergegar juga.



Rasanya isu ni dah banyak dibincangkan sebelum ni tp saya dah
lupa solutionnya. Harap kenkawan dapat bg advise.



Model : Myvi SE

Year made : 2008

Mileage : 31,400

Condition : 9/10 tak calar sikit pun.

Service : Semua perform by Perodua dan ikut jadual every 5,000
km.

All standard conditions.



Kalau kenkawan rasa nak beli pun boleh gak... dah gatal tgn nak
ambil keta lain.



Thank you.

=

DISCLAIMER:- This email is confidential and intended only for the use of
the individual or entity named above and may contain information that is
privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that
any dissemination, distribution or copying of this email is strictly
prohibited. If you have received this email in error, please notify us
immediately by return email or telephone and destroy the original
message. Thank you.

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Check out the

Y! Groups blog

Stay up to speed

on all things Groups!

Y! Sports for TV

Access it for free

Get Fantasy Sports

stats on your TV.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: