Thursday, May 31, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3285

Messages In This Digest (9 Messages)

Messages

1.

Fw: Culik separuh jalan

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed May 30, 2012 8:41 am (PDT)

Culik separuh jalan

idhamlim.blogspot
DRS. KHALIL IDHAM LIM

BUTTERWORTH - Tindakan bijak pihak polis memasang perangkap dalam usaha menjejaki seorang penculik yang melarikan diri selama dua hari akhirnya berbaloi apabila diberkas tengah hari kelmarin.

Operasi diketuai Ketua Polis Balai Butterworth, Inspektor Mohd Yusof Ibrahim bersama enam anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) balai itu.

Ia adalah hasil arahan Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Mohd Shukri Awang yang mahukan kes itu diselesaikan segera selepas satu laporan dibuat berkaitan kes itu oleh mangsa pada 25 Mei lalu.

Mohd Shukri berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa seorang wanita berusia 26 tahun sedang menunggu suaminya sebaik tiba dari Kuala Lumpur awal pagi Jumaat lalu.

"Wanita yang bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur itu menaiki bas dan diturunkan di hadapan sebuah bank di Jalan Bagan Luar di sini, pada jam 3 pagi hari berkenaan.

"Ketika menunggu dijemput suaminya untuk pulang ke rumah mereka di Kulim, mangsa didekati oleh seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga Aeroback sebelum bertindak menariknya memasuki kereta berkenaan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu dilihat oleh suami mangsa yang kebetulan tiba di kawasan berkenaan sebelum bertindak memaklumkan kejadian itu kepada anggota polis beruniform yang sedang melakukan rondaan.

"Menyedari dikejar, suspek memecut laju keretanya dan apabila tiba di Seberang Jaya, suspek menolak mangsanya keluar dari kereta dan menghilangkan diri.

"Hasil pemeriksaan melalui nombor pendaftaran kereta suspek, kita memasang perangkap untuk menahannya," katanya.

Mohd Shukri berkata, selepas dua hari dijejaki, suspek yang merupakan Pegawai Operasi Pengawal Keselamatan sebuah syarikat keselamatan yang turut menetap di Kulim dapat diberkas.

"Buat masa sekarang suspek direman selama seminggu untuk disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cuba menculik.

"Bagaimanapun pihak kita tidak dapat memaklumkan perkembangan kes ini, kerana ingin memberi tumpuan kepada penyiasatan selepas mendapati terdapat beberapa kenyataan bercanggah yang diberikan oleh mangsa semasa kejadian dan selepas suspek berjaya diberkas," katanya kepada Sinar Harian.

sinar harian/-
2.

Fw: Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed May 30, 2012 8:41 am (PDT)

Rakaman CCTV Papar Pengawal Keselamatan Hanya Tercegat Bila Wanita Diragut
Posted by greenboc

Gambar: Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan hanya memerhatikan kejadian ragut yang berlaku.

Petaling Jaya – Hanya kerana pengawal keselamatan gagal bertindak, seorang eksekutif pengurus acara kerugian RM18,000 apabila rantai leher dan beg tangan dilarikan peragut.

Dalam kejadian petang 14 Mei lalu, mangsa K Sharala Thevi, 28, berkata, kejadian berlaku di pintu masuk kawasan kediamannya di Kondominium Kelana D'Putra, Kelana Jaya dekat sini.

"Saya berjalan kaki pulang dari bekerja, sebaik masuk di pintu masuk kondo, dua lelaki bertopi keledar tibatiba menerpa dari arah belakang menyebabkan saya terus menjerit dan cuba melarikan diri," katanya.

Menurutnya, ketika itu seorang pengawal keselamatan keluar dari pondok pengawal namun dia hanya melihat sahaja insiden itu berlaku.

"Saya kemudiannya terjatuh dan diheret sebelum kedua-dua peragut itu melarikan diri bersama dua lagi rakannya yang turut menunggang motosikal," katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, semalam.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, mangsa membuat laporan di pejabat pengurusan kondominium itu namun jawapan yang diberikan mengecewakan.

"Saya diberitahu pengawal keselamatan tidak mahu membantu sebab takut suspek ada senjata dan kawasan parkir pelawat bukan di bawah pengurusan kondominium itu.

"Bagi saya ini tidak masuk akal dan saya akan memfailkan saman terhadap pengurusan kondo ini kerana cuai," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Menurutnya, paling dikesalkan rantai dilarikan adalah hadiah daripada suami sempena perkahwinannya. -SH

comments:

Amuraria said...
nampak macam mamat bangla ja pengawal tuu !

Anonymous said...
nyawa sendiri lebih penting dari nyawa orang lain, lebih lebih lagi berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata sedangkan pengawal tersebut tak bersenjata, lagipun gaji bukannya mahal sangat, kalau berlaku sesuatu yang tak diingini bukannya ada insuran yang nak cover sebab majikan jenis kedekut.

Anonymous said...
Syarikat kawalan keselamatan semuanya penipu... pabila ada kes semua di serahkan pada syarikat insurance, kononya insurance cover, syarikat lepas tangan.. gaji lambat, tak setimpal dengan kerja 12 jam sehari yang dulakukan.. sekarang ni melambak bangsa asing jadi pengawal keselamatan sebab bagi mereka gaji 1ribu dah kira lumayan pada mereka.. Nasiblah wahai rakyat malaysia.. 10 tahun akan datang remaja kita bertuankan pendatang asing pula, percayalah...

din berendoi said...
Pengawal tu nampak bodoh semacam aje. Aku tak salahkan pengawal tu. Kawasan ragut tu bukan dalam kawasan kerja dia, setuju. Nyawa sendiri lebih penting daripada nyawa orang lain, setuju. Sepatutnya dia membuat pengecaman, rupa paras peragut, tanda2 yang ada pada peragut dan motor serta plat pendaftaran motor (walaupun palsu). Panduan untuk pompuan : Jangan pamer kemewahan pada diri apatah lagi semasa berseorangan !

Anonymous said...
dia bkn tk nk tolong..tp kepentingan nyawa sendiri mesti diutamakan..macam juga dr fadilah kamsah selalu ckp, beri keutamaan pada diri sendiri sebelum keutamaan pd orang lain..

kedua, pengawal tu bekerja disitu..dan ianya amat mudah utk peragut tu nak mencari dia selepas ini
3.

Fw: Jgn kondem kete malaysia..

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed May 30, 2012 9:05 am (PDT)

----- Original Message -----
From: Nur Fazedah

Subject: Jgn kondem kete malaysia..tengok gambar sapa lagi power

<-civic hantam 4wd..apa baranggg

Hahaha…kelisa hantam loli…loli yg terbalik

4a.

Cara mengetahui penggunaan petrol?

Posted by: "suhaimi ibrahim" designplanet78@yahoo.com   designplanet78

Wed May 30, 2012 10:38 pm (PDT)

salam tok Mod dan rakan rakan berkereta. ada kemuyskilan sedikit..

soalan: A mengisi minyak penuh (RM 70 ron 95) di KL dan bertolak ke JB. Sampai di JB, A mengisi semula tangi petrol secara penuh. Di JB dia hanya mengisi RM40 untuk memenuhkan semula tangki petrol. Bolehkah cara ini di gunakan untuk mengetahui fuel consumption? Tepat kah? Sekadar ingin tahu. Terima kasih

sembang-automobil

Artikel bebas mengenai kereta, automobil dan perkara yang sewaktu denganya

http://sembang-automobil.blogspot.com
4b.

Re: Cara mengetahui penggunaan petrol?

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Wed May 30, 2012 11:11 pm (PDT)

as salam,

saya praktikkan cara yg sama kalau nak ukur fc.
saya tak tahu akan cara yg lebih tepat. kalau ada sesiapa yg tahu, diujarkan untuk berkongsi.

terima kasih
 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: suhaimi ibrahim <designplanet78@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Cc: honda owners <hoc_owners@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, May 31, 2012 1:38 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Cara mengetahui penggunaan petrol?

4c.

Re: Cara mengetahui penggunaan petrol?

Posted by: "Din mi16" dinmi16@yahoo.com   dinmi16

Thu May 31, 2012 12:01 am (PDT)

Isi full tank dan reset kat meter jadi '0000'.Jalan sampai kuar fuel warning..Cth full tank 70 liter,dan jalan blh sampai 750km..so, bahagi je la 750/70..result dia 10.7km/liter.Saya kira ikut jumlah liter yang di isi,bukan ikut RM berapa kita isi.. sebabnya harga minyak berubah-ubah.

sekian.

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 31 May 2012 2:11 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Cara mengetahui penggunaan petrol?

4d.

Re: Cara mengetahui penggunaan petrol?

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Thu May 31, 2012 12:17 am (PDT)

ikut RM pun tak pe tak ? nanti boleh convert semula ke liter.... cuma kena ingat masa beli tu harga seliter berapa je la...
 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: Din mi16 <dinmi16@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, May 31, 2012 3:01 PM

4e.

Re: Cara mengetahui penggunaan petrol?

Posted by: "mohdmat" kedai_tayar@yahoo.com   kedai_tayar

Thu May 31, 2012 6:08 am (PDT)

salam. 
salah satu cara yang terbaik ialah mengikut seperti di SAE standard kat bawah. ataupun bole cross reference dgn JIS ke ISO ke atau DIN std.
 SAE J1082: Fuel Economy Measurement Road Test Procedure
-kalau nak kurang tepat sikit mcam cara yg A propose.  cara Din tu kurang lagi ketepatannya dari A.
-jadi klu nk ikut cara A tu bole dihalusi lagi utk mendapat ketepatan yang lebih. 
  caranya begini- isikan minyak kereta pada fuel pump yang sama, dan jolokkan nozzle pada kedalaman yang sama. waktu yang sama dan biar kan berhenti pada click yg sama. kenapa begitu- setiap fuel pump diset mengikut flow rate yg berlainan (bergantung kepada tokey kedai tu) dan biasanya flow rate kurang dari 60L/min. klu flow rate yang laju, air (angin) dlm fueltank x sempat nk keluar so trigger nozzle tu dgn cepat. kedalaman jolokan yg sama sbb kat hujung ada sensor yg akan stop bila detect ada fuel, so lagi dalam lagi cepat cutoff. waktu yg sama utk dapatkan suhu minyak yg sama. apabila keadaan tu dh tercapai, isikan minyak dan biarkan nozzle shutoff secara sendiri pada first click. stop. jgn isi lagi sebab klu ke 2nd click- yg saya pernah ukur bole sampai 1 L- so the result dah lain. reset to 0000. kemudian drive la kereta (klu bole dpat driving condition yg sama lagi baik), lepas tu isi balik mengikut condition yg mula2 tadi. bahagi la distance tu
dgn volume ke rm ke (klu harga fixed) yg isi ke2. lagi jauh drive km lagi tinggi ketepatannya. bole ulang yg ke3 as long as record total km then bahagi dgn L(or RM). lagi banyak lagi ok. klau guna L,then unit dia L/km. klu guna RM then unit dia RM/km or vice versa. 
-sorry ye Din tapi cara tu kurang sikit ketepatan dari method A sbb fuel warning tu x tentu keadaannya sbb minyak tu bergerak2 so float ke sensor ke dlm fueltank akan bergerak2 juga. so waktu fuel warning trigger tu x berapa tepat. dan satu lagi at fuel warning, biasanya dlm fueltank masih ada balance minyak dalam lebihkurang 6L (bergatung kepada OEM tapi lebihkurang mcm tu la) .

satu lagi full tank tu ada mcm2 maksud. biasanya fueltank direka utk isi at full sampai 3 click (clik dkt nozzle pump tu yg stop bila kita isi nk penuh). click yg pertama dh nk dkt penuh (bergantung kepada size fueltank), then click ke2 (bole isi dalam lebihkurang 1L) then click yg 3. biasanya dh fully penuh at 3rd click. 
tu je la utk cara yang saya rasa ok utk ukur dgn senang
-klu nk susah sikit- bole la ukut exactly volume dalam fueltank tu, then pegi drive certain km then pegi measure balik volume tu. lepas tu bahagi la volum yg abis dgn km yg dh jalan. mcm yg saya kata tadi, driving condition kena sama baru lagi tepat.
- klu rasa mcm x betul, sila perbetulkan sebab saya pun nk belajar juga. 
wassalam

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, May 31, 2012 3:17 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Cara mengetahui penggunaan petrol?

ikut RM pun tak pe tak ? nanti boleh convert semula ke liter.... cuma kena ingat masa beli tu harga seliter berapa je la...
 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: Din mi16 <dinmi16@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, May 31, 2012 3:01 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Cara mengetahui penggunaan petrol?

Isi full tank dan reset kat meter jadi '0000'.Jalan sampai kuar fuel warning..Cth full tank 70 liter,dan jalan blh sampai 750km..so, bahagi je la 750/70..result dia 10.7km/liter.Saya kira ikut jumlah liter yang di isi,bukan ikut RM berapa kita isi.. sebabnya harga minyak berubah-ubah.

sekian.

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, 31 May 2012 2:11 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Cara mengetahui penggunaan petrol?

as salam,

saya praktikkan cara yg sama kalau nak ukur fc.
saya tak tahu akan cara yg lebih tepat. kalau ada sesiapa yg tahu, diujarkan untuk berkongsi.

terima kasih
 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: suhaimi ibrahim <designplanet78@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Cc: honda owners <hoc_owners@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, May 31, 2012 1:38 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Cara mengetahui penggunaan petrol?

salam tok Mod dan rakan rakan berkereta. ada kemuyskilan sedikit..

soalan: A mengisi minyak penuh (RM 70 ron 95) di KL dan bertolak ke JB. Sampai di JB, A mengisi semula tangi petrol secara penuh. Di JB dia hanya mengisi RM40 untuk memenuhkan semula tangki petrol. Bolehkah cara ini di gunakan untuk mengetahui fuel consumption? Tepat kah? Sekadar ingin tahu. Terima kasih

sembang-automobil

Artikel bebas mengenai kereta, automobil dan perkara yang sewaktu denganya

http://sembang-automobil.blogspot.com
 
5a.

Re: Cermin kereta

Posted by: "lan loqius" rxzabd@yahoo.com   rxzabd

Thu May 31, 2012 7:33 am (PDT)

Bukan ke kena pakai duit kita dulu lepas tu claim blk...???
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Yahoo! Groups

Parenting Zone

Tips for a happy,

healthy home

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Wednesday, May 30, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3284[1 Attachment]

Messages In This Digest (4 Messages)

Messages

1.

Fw: Siapa pemilik plat 'WWW 1'

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 9:25 am (PDT)

[Attachment(s) from -::eSpAcE9808::- included below]

Plat " WWW 1 " milik DYMM Sultan Johor
aiyangdisayang.blogspot
Posted by aiyang

Senarai tender untuk No. Pendaftaran Plat kenderaan WWW yang dikeluarkan JPJ hari ini mengesahkan siapa pemilik siri No bertuah itu, didahului oleh DYMM Sultan Johor yang berjaya membida WWW 1 dengan harga RM520 ribu yang merupakan satu rekod baru dalam sejarah harga no. pendafatran kenderaan di Malaysia.

JPJ juga mengesahkan penjualan siri plat No. WWW mencatat sejarah sebagai penjualan yang paling tinggi dalam sejarah Jabatan berkenaan.

WWW 1 - RM 520.000.00

- D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

WWW 2 - RM 165,000,00

- Jubilee Harmoni Sdn. Bhd.

WWW 3 - RM 360,000,00

- One Power International Sdn, Bhd.
WWW 4 - RM 55, 000, 00

- Datuk Zarim Abd Aziz
- Pengarah CIDB

WWW 5 - RM 220, 000, 00

- SPB YANG DIPERTUAN AGONG

WWW 6 - RM 135, 000, 00

- H Land Development Sdn, Bhd.

WWW 7 - RM 117, 810, 00

- TAI JA VUN

WWW 9 - RM 350, 000, 00

- ASPEN SUNRISE Sdn. Bhd.

WWW 10 - RM 74, 800, 00

- DATO' NG CHEN OON

Plat MCA 1 sebelum ini menjadi rebutan.. dijual RM 320 ribu..!!

Plat Pahang CCC turun mendapat perhatian sebelum ini...

WKL 1 - Turun menjadi isu hangat satu ketika dahulu..

Jutawan Abu Dhabi, Saeed Abdul Ghaffar Khouriadalah pemilik no plat termahal
didunia setakat ini RM 43.5 Juta hanya untuk no plat "1"..

kerabatkenshiro.

Siapa pemilik plat 'WWW 1' yang berharga RM520 000 ? : Senarai pembida yang berjaya ada di sini...
nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar

Plat WWW 1 milik Sultan Johor dengan harga RM520 ribu,

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan
RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod 'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya. Malaysiakini

Dibawah antara senarai pembida yang berjaya..

Sumber: sini dan sini

comments:
1.. Anonymous
mewahnya diorang, itu baru plat kereta, yang lain entahlah. bagaimana pula harga sekeping jubin, sebiji suis lampu, sebiji cawan dan sebiji sabun mandi.
cuba kita fikir bersama.

2.. Anonymous
Sedih jugak yer..? Sedangkan masih ramai rakyat yang hidup dalam keadaan dzaif dan menderita dihimpit kemiskinan..ada yang hanya dapat menikmati nasi sekali sahaja dalam sehari..MEREKA yang hidup begitu mewah langsung tak ada perasaan.. sanggup beli nombor PLATE KERETA sahaja dengan harga begitu tinggi???? ALLAH HUAKBAR..!!!

3.. Anonymous
www1 tu no plate nak letak kat kerandanye sok

4.. Anonymous
memang betul langsung kurang hati perut rakyat dhaif serba kurang patut diutamakan otak letak kepala lutut

5.. Anonymous
Yang Komen diatas ni semua BODOH...Tak habis-habis dengan dengki khianat..Woi Pemimpin PAS pun pakai MERC la baghal..apasal depa tak bawak motosikal cabuk? duit merc boleh derma kat rakyat miskin..Anwar pakai merc 500 ribu tu..apasal tak tanya dia kenapa tak pakai proton. Ustaz Azhar Idris pakai VW 150K ...the fact is its their money and they can afford it..yang lain masing jwb kat mahsar nanti..lu apa celup?

6.. Anonymous
bongok sekor ni tak faham isunys beli plate kereta saje ratus ribu ,rakyat bawahan kalau didermakan wang itu kepada memerlukan alaaaangkah manfaatnya,

7.. Anonymous
sultan johor byk duet..tiap2 minggu pihak istana akan wat mkn2 utk org miskin..
korg tau x?
mmg xtau kn..
so..xpyh la ckp byk.
aku rse xde msalah klu setakat nk beli plate 520k..
bkn dorg xde bntu org miskin langsung..
yg pnting x gne duet rakyat.
bkn mcm mcm najib n rosmah tuh.

8.. Anonymous
belbagai elaun, sebahagian dr kehidupanya dibaiya oleh kerajaan dan berpuluh-puluh hekta tanah dan projek diberikan , dari mana dtg duit dan kekayaan itu? adakah duit itu di cetak sendiri oleh beliau?
Anonymous 00.06, ini lagi sekor keldai, bila org komen tentang "ketidakbetulan" dia melenting dan kaitkan degan politik, kuat betul dia ni berpolitik, kau ingat semua org yg membaca blog ni org politik ke? macam aku semua blog aku baca.

9.. amer
Manusia gila dah dengan duniawi. Wang sebanyak itu kalau dibantu orang miskin ada makna. Kalau setakat belli plate numbur, Insyallah tak kemana.

10.. Anonymous
Kereta itu keperluan , tetapi nombor itu kprluan?

11.. Anonymous
jgn ingar rakyat diam tnpa ambil peduli? prkara keburukan ini sntiasa trkumpul dihati rakyat, akan meletus kebencian itu di satu hari nnt

12.. Anonymous
Tidak beriman seorang kamu jia belum diuji..bila Allah uji ni la jadinya..apalah sangat dunia ni..tempat berhenti sebentar (RnR) sebelum berangkat ke destinasi nun jauh disana..mari kita renungkan bersama..(jangan cenderung kpd org y zalim).

13.. Anonymous
rasa hiba dan pilu dihatiku apabila seorang yang sepatutnya memahami situasi rakyat kebanyakan mempamerkan kepoyaan teringat aku bagaimana khalifah umar menyamar melihat rakyat ,seorang ibu memasak batu semata mata nak menghibur anaknya agar leka dari kelaparan,ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada mereka mereka ini dan yang sewaktu dengannya agar betul betul memahami rakyat yang dihimpit beban ekonomi,amin

14.. Anonymous
tak kisah la diorg guna duit rakyat ke, duit sendiri ke, kesimpulannya diorang ni memang boros! duit dh banyak sgt smpai tak tau nak letak mana agaknye. boleh beli 2-3 bijik rumah ngan duit beli no plat tuh. dasar manusia gila nombor

----- Original Message -----
From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL

Subject: Senarai penuh pemilik no. WWW

Attachment(s) from -::eSpAcE9808::-

1 of 1 File(s)

2.

Fw: Syed Zainal sah letak jawatan dalam Proton

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 7:52 pm (PDT)

Syed Zainal sah letak jawatan dalam Proton
blogpolitikus.blogspot

Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuat kuasa 4 Julai ini.

"Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu," kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuat kuasa 6 Julai. - Bernama

comments:
Anonymous said...
Syed ni hanya Puppet semasa dI Produa macam betul lain dI Produa sebelum dan semasa kini. Strategi bodoh dia takkan bawa Proton ke mana pong. Ini semua hasil idea dan dasar BODOH MAMAK TONGKANG!

SYED ZAINAL ABIDIN LETAK JAWATAN CEO PROTON
dppwm.blogspot
Abu Nu'man

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sebagai Pengarah Urusan Kumpulan, berkuat kuasa 4 Julai, 2012.

"Syed Zainal telah bersama dengan Proton lebih enam tahun dan kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan beliau kepada syarikat.

"Beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton atas kehendaknya sendiri bagi meneruskan minatnya dan kami menghormati keputusan beliau," kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media.

Syarikat itu juga mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangan Azhar Othman, berkuat kuasa 6 Julai.

"Kami mengucapkan selamat berjaya kepada mereka dalam apa juga bidang yang diceburi di masa depan," kata Proton.

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, akan meneruskan kepimpinannya dalam menerajui syarikat.
3.

Fw: Mulakan hari anda dengan lemon & air suam

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 7:52 pm (PDT)

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam
By Nadia Najib | Tupai

Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.
4.

Fw: HATI KERAS PUN MUNGKIN BOLEH MENANGIS

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue May 29, 2012 7:52 pm (PDT)

ORANG YANG HATI KERAS PUN MUNGKIN BOLEH MENANGIS TENGOK GAMBAR NI:
naimnikmat.blogspot

Dicatat oleh Na'im Nikmat
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Small Business Group

Own a business?

Connect with others.

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.