3 New Messages
Digest #3361
Messages
Thu Sep 13, 2012 7:17 pm (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Towkey Ikan Bakaq Sekinchan dah merayu jangan pulau kedai dia lagi..!!!
Posted by Kedah Lanie
Panas ! Towkey Ikan Bakar Sekinchan dah Kantoi...Mohon Maaf kepada Pelanggan Semua...
Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami, Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua.
Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .
KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.
Janganlah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.
Newsletter - 11 Sept 2012 Promosi Makan Tengah Hari Lunch Set for 2 - RM35.00 Promosi Set 4 orang - RM59.90.
Itulah bunyinya rayuan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Cawangan Bandar Puteri, Puchong.
Membuktikan suara rakyat suara keramat, kuasa rakyat membawa akibat!!!
Merayu bantuan untuk bangkit semula sedangkan towkeynya terus menerus mengambil sikap angkuh dan sombong kepada rakyat.
Mamat nie dah angkat tangan...Wa rasa bagi lah dia peluang kerana dia telah lakukan Tranformasi Sikap dan sudi mohon maaf....
http://pkrl.
Thu Sep 13, 2012 7:18 pm (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Persatuan Pengedar Kereta sokong Pakatan turun harga kereta. Pencacai umno bagaimana?
kafesantai.blogspot
Dicatat oleh Tuk Kiyai
[KD] KUALA LUMPUR 13 September: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu, Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Pinjaman Kuala Lumpur Selangor menyokong penuh dasar Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menurunkan harga kereta.
Menurutnya, perbincangan tertutup selama dua jam yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN itu semalam menyentuh seluruh aspek dalam usaha menjayakan manifesto penurunan harga kereta.
"Kita dah berbincang dengan persatuan terbabit dan mereka memuji usaha kita dan ada yang memberi kritikan membina. Kita ambil serius usaha ini dan akan terus menghalusi semua cadangan agar ia dapat dilaksanakan," kata Rafizi dalam sidang medianya.
Presiden persatuan itu, Khoo Kah Jin memaklumkan, pihaknya menyokong usaha berkenaan dan perbincangan tersebut telah mencapai beberapa persetujuan bersama dalam kaedah menurunkan harga kereta.
Antaranya, mereka sepakat agar cukai eksais tidak diturunkan secara mendadak dan pengagihan Permit Import (AP) dibuat secara tender terbuka.
"Saya juga telah meminta Presiden Automotif Malaysia (MAA) untuk berjumpa dengan saya dan berbincang sekali mengenai perkara ini," kata Khoo.
Beliau juga mencadangkan supaya hutang pinjaman kereta selama 9 tahun dipendekkan kepada tujuh tahun kerana katanya, selepas tempoh 9 tahun, harga pasaran kereta akan jatuh teruk.
"Kereta terpakai juga patut dieksport seperti yang dilakukan kebanyakan negara," katanya.
Tambah beliau, peraturan kenderaan berat seperti lori yang melebihi lima tan perlu mendapat permit harus dihapuskan.
"Ia hanya mengecilkan pasaran lori dalam negara. Cuma negara kita yang ada peraturan sebegitu," kata Khoo lagi.
KEADILAN mengambil serius pelaksanaan penurunan harga kereta justeru pelbagai kempen dilakukan bagi meningkatkan kesedaran rakyat bahawa harga kereta di Malaysia boleh diturunkan.
Bermula Ogos lalu, pelekat kereta kempen Turun Harga Kereta telah diagihkan di seluruh negara dan ternyata orang ramai terutama golongan 'atas pagar' menyokong usaha itu.
Langkah seterusnya adalah membincangkan kaedah terbaik bagi merealisasikan cadangan itu secara umum bermula di Forum Turun Harga Kereta malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada jam 8 malam.
Selain Rafizi, forum itu menampilkan lain-lain panel seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Naib Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Wan Saiful Wan Jan, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Nik Nazmi bertindak sebagai moderator.
Read more: http://kafesantai.
Thu Sep 13, 2012 7:18 pm (PDT) . Posted by:
"-::eSpAcE9808::-" rienacom
Lain yang diharap, lain yang dapat - iPhone 5
By AH Mohd | Yahoo Newsroom –
Majlis pelancaran produk-produk baru Apple awal pagi ini sepatutnya diwarnai dengan iPhone 5 yang ditunggu-tunggu serta dibualkan ramai orang sejak sekian lama.
Tetapi lain pula jadinya apabila pemain muzik Apple, iPod Touch generasi baru pula yang lebih menyerlah dengan ciri-ciri menarik menutup spesifikasi biasa pada iPhone 5.
IPod Touch baru iaitu generasi kelima itu mempunyai paparan 4 inci dengan panel 326ppi yang digunakan juga iPhone 5. Ia juga menjadi iPod paling nipis dengan saiz 6.1mm saja bersama berat sekitar 88gram.
Bahagian dalamannya pula ditambah kepada cip A5 yang bermakna ia 7x lebih pantas berbanding model terdahulu. Ketahanan baterinya pula melangkau 40 jam untuk muzik atau 8 jam untuk main video
Kamera belakangnya juga dikemaskini dengan kamera 5MP ditambah lensa f2.4 serta merakam pada kelajuan 1080p dan tambahan penstabil imej dan menyokong fungsi panorama yang akan diterangkan dalam spesifikasi iPhone 5 nanti.
Ia akan mula dijual dengan dua memori iaitu 32GB serta 64GB pada harga $299 (RM919) dan $399 (RM1,226) . Lima warna ditawarkan Apple iaitu hitam, biru, kuning, merah dan warna perak.
Sementara iPhone 5 mempunyai berat sebanyak 112 grams – 20% lebih ringan dari 4S. Cir saturasi warna pula 44% lebih baik dari 4s dan boleh didapati pada rangkaian HDPA+, DC-HSPDA, and LTE yang sebelum ini hanyalah GPRS, EDGE, EV-DO, HSPA.
Syarikat telko Asia yang mempunyai LTE sekarang ialah Softbank, Smartone, Singtel, SK Telecom. Alamak! Tiada di Malaysia. Mohon Dato Seri Utama Rais Yatim pandang serius masalah ini!
Secara rasmi telko yang terlibat adalah di Eropah: Deutsche Telekom, EE, Australia: Telstra, Optus, Virgin Mobile
Cip baru diperkenalkan pula iaitu A6 dikatakan 2x lebih baik dari A5, selain 2x lebih pantas untuk fungsi grafik.
Apple berkata, jangka hayat bateri menjangkau 8 jam untuk masa berbual menggunakan 3G, 8 jam untuk pelayaran LTE, 10 jam untuk pelayaran wifi, 40 jam untuk muzik serta 225 masa sedia.
Kamera iPhone 5 pula adalah 8MP, dengan resolusi 3264 x 2448, mempunyai penapis IR hibrid dan lima elemen dalam lensa serta apertur f2.4 dan semuanya pada saiz 25 peratus lebih kecil untuk kamera.
Ciri baru pada kamera terletak pada fungsi foto panorama yang membolehkan rakaman sehingga pusingan 360 darjah manakala imej dirakam 40% lebih pantas. Rakaman video 1080p dengan pengesan muka sebanyak 5 individu dan boleh pula merakam foto ketika rakaman video dijalankan adalah ciri yang menarik ditonjolkan. Kamera depan menyokong 720p yang lebih baik dan berita paling seronok jika anda pengguna Facetime.
Fungsi audio untuk telefon pun direka lebih baik dengan lima magnet pada speaker berbanding dua magnet sebelum ini. Bermakna panggilan anda lebih jelas.
Sebelum ini, iPhone menggunakan sambungan 30 pin yang dipakai sejak 2003 dan kali ini ia ditukar kepada Thunderbolt seperti digunakan bagi Macbook iaitu 80% lebih kecil. Syarikat aksesori seperti Bose, JBL, Bowers dan Wilkins bakal menghasilkan akaesori berkaitan. Tapi jangan risau kerana adapter untuknya juga ditawarkan.
OS baru juga dilancarkan pada iOS6. iPhone baru masih dalam dua warna, hitam dan putih. Harga? $199 (RM612) untuk 16GB, $299 (RM919) untuk 32GB serta $399 (RM1,226) bagi 64GB dengan 21 negara bakal memperolehnya pada 21 September ini.
Apple Lancarkan iPhone 5 | Apple iPhone 5 specs
mohamadazhan.
Gambar Pelancaran iPhone 5
Salam untuk semua, moga dirahmati
Gergasi Teknologi, Apple telah memperkenalkan iPhone 5 dengan reka bentuk iPhone paling nipis tetapi menampilkan skrin lebih besar iaitu bersaiz empat inci di majlis pelancaran di San Francisco. Saiz yang lebih besar memudahkan pengguna menggunakan aplikasi internet dengan lebih mesra.
Kamera 8 megapiksel, resolusi 3,264 x 2,448 piksel dengan teknologi iluminasi di bahagian belakang, penapis IR hibris, lensa lima ciri, bukaan f2.4 selain boleh mengambil gambar panorama.. iPhone 5 pada mata kasar kelihatan sama seperti model sebelum ini, cuma lebih panjang dan nipis dan didatangkan dengan paparan 1,136 x 640 piksel, teknologi 4G LTE, chip A6 dan seberat 112 gram.
Kepada peminat Apple yang berhajat nak "rembat" sebijik model iPhone boleh tunggu dulu iPhone 5 masuk Malaysia, dijangka November-Disember tahun ni. Harga mungkin tak jauh beza dengan iPhone 4S. Aku tetap dengan model Samsung walau kalah saman...kih3. kasi duit syiling berlori-lori.
Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4S
sumber gambar: http://www.cnet.
Spec iPhone 5
New size: At 7.6mm in depth and 112 grams, the new handset will be 18 percent thinner and 20 percent lighter than the predecessor.
Bigger screen: A taller (but not wider) 4-inch Retina Display at 1136 x 640-pixel resolution, which allows for additional row of app icons on the homescreen.
4G/LTE: Across all the carriers — Verizon, AT&T and Sprint. We don't yet know what kind of pricing or surcharges may be involved however. Also on board: Support for HSPA+ and DC-HSDPA networks, dual-channel WiFi, 802.11a/b/g/
A6 processor: Apple reports it is twice as fast as the previous A5 (which incidentally is being put into the newest iPod touch).
Camera: On the rear camera, there's the same number of megapixels as the iPhone 4S — 8MP — but it now comes with panorama mode, faster photo capture, sapphire crystal lens, backside illumination, hybrid IR filter, a five-element lens, f/2.4 aperture, spatial noise reduction and a dynamic low-light mode. Notably, the new phone will allow for simultaneous image and video capture, just like many Android devices do.
iOS 6 (of course), plus Siri support for launching apps
FaceTime over cellular networks
New dock connector: Enter "Lightning," Apple's newest connection standard that's 80 percent smaller than the previous 30-pin version. (The company will also be offering adaptors so the new device will still work with old accessories.
Colors: White & Silver (white front with an aluminum backing), and Black & Slate (black front with an anodized-looking rear panel).
Better battery life: 8 hours of talk time (3G), 8 hours of web browsing over 4G/LTE, 10 hours of video, 40 hours of music playback and 225 hours of playtime.
Dates: Pre-orders start this Friday, 9/14, and devices will ship on September 21 in the U.S., Canada, UK, France, Germany, Australia, Japan, Hong Kong and Singapore. More countries will join in the availability list on the 28th, with a total of 100 countries getting it by the end of the year.
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web: Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com
Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz
Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com
OILYMAN - http://oilyman.com.my
No comments:
Post a Comment